.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Ahad, 28 Februari 2016

Cikgu Hailmi Dalam Personaliti GPSBestari.com

Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh admin sebuah website pendidikan yang dikelolakan oleh Karangkraf, iaitu GPSBestari.com. Tujuannya adalah bagi berkongsi kisah kejayaan saya sebagai seorang pendidik dengan lebih ramai lagi rakan guru. Gembira juga apabila dimaklumkan kisah saya sebagai seorang guru akan dinukilkan dalam ruangan Personaliti GPSBestari.com. 


Cikgu Hailmi Dalam Personaliti GPSBestari.com
Kisah Cikgu Hailmi dirakamkan dalam ruangan Personaliti portal pendidikan GPSBestari.com

Tentu saja saya bersetuju dengan pelawaan portal pendidikan tersebut bagi merakamkan kisah perjalanan hidup saya sebagai seorang guru. Mudah-mudahan juga, kisah benar saya mengharungi 10 tahun suka duka dalam bidang perguruan boleh menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada lebih ramai lagi rakan guru.


Artikel dengan tajuk "Multimedia, Julang Nama Cikgu Hailmi Dalam Pendidikan" tersebut boleh dibaca di link berikut : http://www.gpsbestari.com/artikel/personaliti/multimedia-julang-nama-cikgu-hailmi-dalam-pendidikan-1.484590 


Semoga bermanfaat! 





Idea P&P Sains : Bahan Kumuh Dalam Tumbuhan (SISC+)

Kali ini sesi pdp sains saya berlangsung sebagai sesi peer coaching bersama pegawai SISC+ PPD Kubang Pasu hasil daripada permintaan perkongsian ilmu daripada pegawai SISC+ Bahasa Inggeris, Puan Rozina Romli yang saya kenali melalui aktiviti pemantauan guru Bahasa Inggeris di sekolah saya. Tajuk yang saya pilih adalah bagi subjek Sains, Tingkatan 3 dengan tajuk "Bahan Kumuh Untuk Tumbuhan" bagi sesi 40 minit.





Awalnya saya sangkakan, hanya beliau sahaja yang akan datang untuk melihat saya mengajar. Rupanya, beliau hadir bersama 2 orang lagi pegawai SISC+ Kubang Pasu dan bersama guru-guru dari SMA Nurul Islam dan SMA al Hidayah. Huhu. Nervous sungguh masa nampak diorang datang beramai-ramai memenuhi makmal Sains. 

Turut menemani mereka adalah Pengetua SMK Jerlun, Puan Rogayah Talib dan juga Ketua Panitia Bahasa Inggeris SMK Jerlun, Kak Noorlaila Md Akil. Keduanya cukup supportive sepanjang berlangsungnya sesi pdp. Terima kasih banyak!! :D





1. Saya mulakan kelas dengan meletakkan pasu bunga di depan kelas bagi mengaitkan mekanisma pengangkutan air dalam tumbuhan. Seterusnya dikaitkan proses ini dengan perkumuhan dalam tumbuhan. 


2. 8 orang ketua dipilih secara sukarela. Setiap ketua menerima cebisan puzzle yang berbeza. Mereka juga diberi sekeping kertas kosong sebagai papan utama puzzle.


3. Pelajar lain diberi cebisan puzzle lain yang bakinya. Kemudian mereka bergerak ke sekitar makmal secara rawak.


4. Ketua perlu melengkapkan puzzle tadi dengan mencari daripada rakan-rakan mereka.





5. Bagi menambahkan kemeriahan dan 'kesukaran', mereka perlu menjawab soalan yang dikemukan rakan terlebih dahulu. Soalan adalah bebas dan digalakkan berkait dengan pelajaran yang lalu.


6. Selesai semua cebisan dikumpulkan, mereka lekatkan pada kertas A4 kosong. Seterusnya tampalkan di papan putih mengikut Bahan Kumuh Bermanfaat atau Bahan Kumuh Memudarat.






7. Semua pelajar diberi jadual untuk memilih bahan kumuh bermanfaat atau memudarat dan berbincang dengan rakan secara berpasangan pula.


8. Pelajar bentangkan hasil perbincangan mereka.



Idea P&P Sains : Bahan Kumuh Dalam Tumbuhan (SISC+)


Lega rasanya setelah selesai sesi pdp kali ini. Kami adakan refleksi bersama semua pihak yang ada pada hari tersebut. Beberapa penambahbaikan disuarakan bagi pdp pada masa akan datang. 

Walaupun perlu bersedia lebih awal dan juga gementar akibat bilangan pengunjung yang tak disangka, namun saya melihat sesi ini sebagai satu peluang untuk saya menilai dan membuat refleksi kepada pdp saya dan juga pada masa yang sama membuat penambahbaikan yang boleh bermanfaat untuk pelajar saya. 



Idea P&P Sains : Bahan Kumuh Dalam Tumbuhan (SISC+)


Terima kasih saya ucapkan buat pasukan pelawat, terutamanya Puan Rozina Romli untuk peluang saya menjalankan pdp yang lebih baik. Semoga perkongsian sebegini juga mampu meningkatkan lagi profesionalisma saya sebagai seorang guru.

Jutaan terima kasih juga buat Pengetua saya, Puan Rogayah dan Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Kak Laila yang tak jemu-jemu memberikan kata-kata semangat dan motivasi sepanjang pdp berlangsung. TQ untuk sokongan anda!! :D







Rabu, 24 Februari 2016

Idea P&P Sains : Gallery Walk Untuk Sistem Perkumuhan

Untuk Bab 3 Perkumuhan bagi Tingkatan 3 ini, saya cuba gabungkan subtopik 3.1 dan 3.2 dengan mengambil pendekatan strategi pdp Gallery Walk. Secara peribadi saya berpendapat, strategi ini memang sangat berkesan untuk menjimatkan masa dalam melakukan aktiviti.



Idea P&P Sains : Gallery Walk Untuk Sistem Perkumuhan


Untuk aktiviti ini, saya bahagikan pelajar kepada 7 kumpulan mengikut tajuk yang sudah saya pecah-pecahkan. Setiap kumpulan terdiri daripada 3-4 orang pelajar. Antara tajuknya adalah :

1. Organ perkumuhan dan hasil perkumuhan
2. Kepentingan perkumuhan
3. Sistem urinari manusia
4. Struktur ginjal
5. Fungsi ginjal
6. Kepentingan ginjal yang sihat
7. Kehidupan dengan ginjal yang rosak

Kemudian pelajar diberikan 30 minit masa untuk menyiapkan bahan pembentangan mereka. 


Selesai masa menghasilkan pembentangan, masa untuk sesi bermula. Pelajar bergerak dari stesyen ke stesyen. Masa yang diperuntukkan bagi setiap stesyen adalah antara 3-5 minit. Dalam tempoh tersebut juga berlangsungnya sesi soal jawab antara murid sesama murid dan juga guru dengan murid. 



Idea P&P Sains : Gallery Walk Untuk Sistem Perkumuhan


Idea P&P Sains : Gallery Walk Untuk Sistem Perkumuhan


Idea P&P Sains : Gallery Walk Untuk Sistem Perkumuhan


Idea P&P Sains : Gallery Walk Untuk Sistem Perkumuhan


Idea P&P Sains : Gallery Walk Untuk Sistem Perkumuhan


Idea P&P Sains : Gallery Walk Untuk Sistem Perkumuhan


Secara keseluruhannya, saya merasa sesi berlangsung dengan baik. Murid berperanan dengan sangat aktif sepanjang berlangsungnya pembelajaran. Saya sebagai guru di sepanjang sesi pdp berlangsung hanya bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing. 

Bagi memastikan pelajar betul-betul faham, soalan dikemukakan kepada pembentang dan juga pendengar. INshaAllah, mudah-mudahan semua mendapat hasil pembelajaran yang seperti dikehendaki. 





Selasa, 23 Februari 2016

Pengajaran Sains Menggunakan Pendekatan IBSE (Inquiry Based Science Education)

Peluang menyertai satu kursus di Langkawi baru-baru ini telah membuka satu lagi ruang untuk saya bereksperimentasi dalam menggunakan pendekatan pendidikan terbaru. Terutamanya bagi pengajaran subjek Sains. Pendekatan perlulah sentiasa relevan dan menepati kehendak serta keperluan subjek Sains yang sentiasa bergerak. Maka saya kongsikan sedikit pengetahuan yang telah saya pelajari daripada pengalaman tersebut.



Pengajaran Sains Menggunakan Pendekatan IBSE (Inquiry Based Science Education)


Apa Itu IBSE?
IBSE adalah satu nama pendek bagi pendekatan sains yang menggunakan kaedah pengajaran sains berasaskan inkuiri. Ianya bukanlah sesuatu yang asing bagi pengajaran Sains, sama seperti strategi pdp konstruktivism dan lain-lain. Tetapi mengambil pendekatan sedikit berbeza dengan memanipulasi sifat inkuiri pada murid.


Adakah IBSE berbeza dengan Pembelajaran Abad 21?
Pada pendapat saya, strategi IBSE sebenarnya boleh disekalikan dengan Pembelajaran Abad 21. Terletak pada kreativiti guru dalam memasukkan strategi IBSE di dalam kriteria yang diperlukan oleh Pembelajaran Abad 21, iaitu Creativity, Critical Thinking, Communication dan Collaboration.



Pengajaran Sains Menggunakan Pendekatan IBSE (Inquiry Based Science Education)



Jenis-jenis Inquiry Based Science Education (IBSE)
1. Open Inquiry
2. Guided Inquiry
3. Structured Inquiry
4. Confirmation Inquiry


IBSE Model 'La Main a la Pate'
Bagi strategi IBSE yang kami pelajari sepanjang berkursus pada minggu lepas adalah menggunakan model 'La Main a la Pate'. Bagi model IBSE jenis ini, ianya melibatkan 4 fasa dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu :


1. Questioning
Memulakan kelas dengan peristiwa yang boleh menggalakkan murid bertanya, sehingga murid mampu memberi soalan. Daripada semangat ingin tahu ini (inquiry) ini, guru boleh memanipulasi murid untuk berfikir dan mencari penyelesaian kepada persoalan mereka tadi. Bagi memudahkan pengajaran, guru digalakkan untuk catatkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh murid dan kemudiannya memilih persoalan yang boleh diselidik lebih lanjut.


Pengajaran Sains Menggunakan Pendekatan IBSE (Inquiry Based Science Education)



2. Hypothesising
Selepas memilih persoalan murid yang ingin diselidik, guru memainkan peranan untuk menggalakkan murid membina hipotesis. Teknik penyoalan juga memainkan peranan penting kepada guru dalam membimbing murid membina hipotesis tersebut.


3. Investigating
Sesudah murid mula mendapat idea mengenai perkaitan perkara tertentu dengan persoalan mereka, maka kita teruskan dengan biarkan mereka fikirkan penyelesaian terbaik untuk menyiasat perkara tersebut. Dalam erti kata lain, biar murid menjalankan eksperimen dan ujikaji kepada perkara yang mereka fikirkan berkait dengan persoalan mereka tadi. 



Pengajaran Sains Menggunakan Pendekatan IBSE (Inquiry Based Science Education)


Di sini guru perlu berhati-hati dengan kawalan masa. Kerana penyiasatan murid kadang-kadang boleh menyebabkan masa berlangsung dengan lebih panjang daripada yang diharapkan.


4. Communicating
Fasa akhir ini menggalakkan murid untuk berkomunikasi, menyampaikan ilmu kepada rakan mereka dengan cara yang tersendiri dan kreatif. Proses ini penting, kerana memberi petunjuk sama ada pelajar tersebut mendapat kefahaman yang mendalam atau tidak dalam pdp tadi. Pelajar juga digalakkan untuk membuat kesimpulan terhadap hipotesis yang dinyatakan tadi, sama ada boleh diterima, atau pun ditolak. 



Pengajaran Sains Menggunakan Pendekatan IBSE (Inquiry Based Science Education)


Pendekatan IBSE ini merupakan satu pendekatan baru yang mampu menarik minat pelajar untuk meminati Sains. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa peluang dan cabaran yang perlu diatasi. Antara cabarannya adalah untuk menghasilkan aktiviti yang sesuai, mencabar, kreatif serta menyeronokkan bagi menggalakkan murid untuk mula bertanya.


Semoga perkongsian ini mampu memberi sedikit pendedahan kepada para guru Sains mengenai strategi alternatif yang boleh digunakan dalam pengajaran Sains. Sekiranya ada maklumat yang masih boleh ditambahbaik daripada artikel saya ini, mohon juga dinyatakan dalam komen di bawah. Saya sentiasa bersedia untuk menerima sebarang pandangan baru yang boleh membantu lebih ramai guru Malaysia untuk memahami mengenai pendekatan IBSE ini. 


Boleh sambung baca artikel mengenai "Pengalaman Menyertai Bengkel IBSE Duta Sains 2016" untuk maklumat lanjut. Untuk yang mahu mencuba pendekatan ini, saya ucapkan "Selamat Maju Jaya!"




Isnin, 22 Februari 2016

Bengkel IBSE Duta Sains 2016

Baru-baru ini saya berkesempatan mengikuti satu bengkel IBSE (Inquiry Based Science Education) yang dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia dengan kerjasama IPGM Perlis di bawah program Duta Sains. Bengkel 5 hari 4 malam ini dijalankan di De Baron Resort, Langkawi membabitkan 8 guru Sains dari Parlimen  Jerlun dan 12 guru Sains dari Parlimen Setiu.



Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Untuk pengetahuan semua, Program Duta Sains ini merupakan program pendidikan yang dijalankan oleh Akademi Sains Malaysia membabitkan 4 Parlimen di seluruh Malaysia. Antara Parlimen yang terpilih untuk mengikuti program ini adalah Parlimen Jerlun di Kedah, Parlimen Setiu di Terengganu, Parlimen Tangga Batu di Melaka dan Parlimen Tuaran di Sabah.

Walaubagaimanapun, hanya Parlimen Jerlun dan Parlimen Setiu sahaja yang memilih untuk diadakan bengkel IBSE. Manakala Parlimen lain memilih inisiatif karnival dan komuniti sebagai program pendidikan mereka.

Pada awalnya terdapat sedikit kekalutan dan kesulitan yang berpunca daripada salahfaham. Hampir-hampir sahaja kami tak jadi pergi. Walaubagaimanapun, ternyata rezeki Allah untuk kami menimba ilmu itu masih tetap ada. Kesukaran dan kekacauan dipermudahkanNya. Alhamdulillah untuk ilmuNya! Maka pada tarikh yang dijanjikan, bergeraklah semua kami ke Langkawi. 



Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Bagi bengkel IBSE di Langkawi ini, urusetia dari Akademi Sains Malaysia adalah Encik Amirul. Manakala tenaga pengajar pula adalah pensyarah IPGM Perlis yang berpengalaman dengan pengajaran yang berkaitan dengan IBSE, iaitu Encik Muhaimin dan juga Encik Abdul Aziz.



Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Untuk 4 hari ini, antara jadual yang perlu kami penuhi adalah 3 aktiviti demonstrasi mengenai Pembelajaran Kaedah IBSE (gerakan bola jatuh, kompas magnet dan rotokopter). Secara jujurnya, memang saya tak faham pun apa benda arahan yang diberi. Beberapa kali juga tugasan yang dikehendaki, macam tersalah arah jer saya bila bentangkan. Hahahaha. Terlajak berpikir agaknya...



Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Selesai sesi demonstrasi ini, bengkel diteruskan dengan microteaching. Pengajaran suasana sebenarnya dengan rakan-rakan berlakon sebagai murid selama 15 minit. Daripada 3 kumpulan kecil, hanya satu kumpulan terbaik dipilih bagi pengajaran macroteaching esok hari. 


Macam biasa, kumpulan saya tak terpilih pun. Tapi tak kisah, memang terbaik pun microteaching kumpulan yang dipilih tersebut. Sebelah malam pula, semua bertungkus lumus tolong sediakan bahan yang diperlukan untuk macroteaching esok harinya.


Pada hari esoknya, sesi macroteaching berlangsung di SK Padang Matsirat. Best jugak perasaannya. Sebab ini pertama kali, saya masuk dan lihat pembelajaran murid-murid sekolah rendah. Kebetulan pula ramai juga guru-guru dari Parlimen Setiu yang datang adalah guru Sains sekolah rendah. Maka banyak jugaklah maklumat yang diperolehi mengenai teknik mengajar murid sekolah rendah. Dah tentu pendekatan yang berbeza perlu diambil.



Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Bagi kumpulan saya, Cikgu Zakiah dan Cikgu Sharif merupakan guru yang akan mencuba macroteaching. Manakala bagi satu lagi kumpulan adalah akan dikendalikan oleh Cikgu Norseeiah. Tentu pengalaman baru buat mereka, kerana pertama kali berkesempatan untuk mengajar pelajar dari sekolah rendah.


Sesi berlangsung dengan baik sekali. Malah macroteaching yang berlangsung di SK Padang Matsirat itu juga mendapat kerjasama yang baik sekali daripada pihak Guru Besar dan juga murid-murid. Murid-murid pun nampak sangat gembira melakukan aktiviti bersama guru-guru. 


Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Sekembalinya ke hotel tempat menginap, pada sebelah petangnya kami mengadakan sedikit refleksi melihat kembali kelebihan dan kekurangan semasa sesi pdp berlangsung. Paling penting, adakah sesi pdp yang dijalankan menepati kehendak gaya pengajaran IBSE. Sesi berjalan lancar. Kekurangan dikenalpasti dan difahami. InshaAllah akan dipraktikkan dengan lebih baik pada masa akan datang.


Pada hari terakhir sebelum masing-masing pulang ke rumah, kami sempat untuk mendengar penerangan lebih jelas mengenai program Duta Sains dan apa arah tujunya. Kali ini, turut diperkenalkan adalah mereka yang akan menjadi tonggak kepada Duta Sains di Jerlun dan juga Duta Sains di Setiu.



Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Bagi Parlimen Jerlun, Duta Sains akan dikawal oleh Prof Basyarudin daripada UPM. Manakala bagi Parlimen Setiu, Duta Sains akan dikawal oleh bakal Dr Iklima, juga dari UPM. Kedua-duanya hebat dan berpengalaman luas dalam bidang mendidik masyarakat dan komuniti supaya lebih hampir dengan Sains.



Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Sesi berakhir dengan refleksi ringkas mengenai bengkel 5 hari ini. Secara jujurnya memang banyak ilmu baru yang saya dapat daripada bengkel ini. Untung sekali rasanya dapat menuntut dan refresh balik ilmu-ilmu pendidikan sekalipun dah 10 tahun mengajar. Apatah lagi pendekatan IBSE ini sangat sesuai dengan tuntutan pembelajaran abad 21, KBAT, PT3 dan lain-lain lagi. Terima kasih untuk ilmunya. InshaAllah akan cuba diamalkan! ;)


Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bengkel IBSE Duta Sains 2016 selama 5 hari ini dengan lebih lanjut, maka anda boleh lah menonton video yang saya sertakan di bawah. Semoga ada manfaat yang anda perolehi.





Yang nak tahu lebih lanjut mengenai Apa Itu Pengajaran IBSE? pulak, boleh stay tuned untuk artikel saya yang seterusnya. Mudah-mudahan anda juga beroleh manfaatnya! 






Jumaat, 12 Februari 2016

Pengalaman di KL Edtech 2016

Hujung minggu yang lalu saya berkesempatan menyertai satu seminar yang menarik, KLEdtech 2016 anjuran GEG (Google Educators Group) dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, dengan sokongan penuh daripada Google Malaysia. Suatu pengalaman yang menarik buat saya kerana pertama kali terlibat dengan seminar yang sebegini. Peluang berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman yang ada, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat.





Semuanya bermula apabila saya melihat iklan mengenai Seminar KL Edtech 2016 ini di laman facebook seorang rakan. Tertarik dengan seminar tersebut, maka saya ambil peluang untuk beranikan diri menghubungi urusetia yang menguruskan KL Edtech menerusi laman page GEG Malaysia. 

Alhamdulillah. Segala pertanyaan saya dijawab dengan baik dan setiap persoalan saya diberikan jawapan yang memuaskan hati saya. Terutama sekali berkaitan dengan bentuk perkongsian. Ini kerana saya juga bukanlah mahir sangat dengan hal-hal yang berkaitan dengan pembentangan di seminar seperti ini. 

Mula-mula niat saya adalah untuk berkongsikan pengetahuan mengenai "Penggunaan Media Sosial sebagai Platform Perkongsian Dalam Kalangan Guru". Tajuk yang sama seperti ketika pembentangan di Seminar PLC peringkat negeri Sarawak pada tahun 2014. Dengan lingkungan audiens yang berbeza, saya yakin akan mampu memberikan input positif kepada perkongsian tersebut.






Walaubagaimanapun, terlintas di fikiran saya juga untuk berkongsikan pengalaman 3 bulan berada di Korea. Memandangkan KL Edtech merupakan seminar yang lebih berfokuskan kepada ICT maka, agak sesuai jika perkongsian pengalaman tersebut dikhususkan terus kepada "Perkongsian Pengalaman : Penggunaan ICT dalam Pendidikan di Sekolah Korea". 

Rakan sepasukan KOMTEP 2015 dihubungi, dan hasilnya ada 2 orang lagi yang akan bersama-sama saya untuk membentangkan perkongsian dengan tajuk di atas. Mereka adalah Cikgu Siti Zubaidah dan juga Cikgu Pauline Foong. Beberapa orang rakan lain terpaksa menolak kerana urusan peribadi masing-masing pada tarikh berkenaan. Takpe. Janji perkongsian tersebut dapat disampaikan kepada lebih ramai khalayak. Itu misi kami. 


Segala urusan yang berkaitan dengan pendaftaran, pengesahan dan juga penyerahan bahan pembentangan adalah menggunakan aplikasi Google. Huhuhu. Fail betul saya bab nih. Terkial-kial nak gunakan segala aplikasi Google tu. Apatah lagi ada beberapa kesilapan saya yang menyebabkan keadaan jadi lebih rumit.





Mujur juga pihak urusetia telah bersusah payah membantu menguruskan segalanya dengan lancar sekali. Walaupun beberapa kali terpaksa melayan saya yang kurang mahir dengan segala aplikasi Google itu, tetapi bantuan demi bantuan tetap mereka hulurkan bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar pada hari KL Edtech berlangsung. Tahniah saya ucapkan kepada para urusetia. Terutamanya Cikgu Normi (GEG Gombak) yang sangat banyak membantu!


Majlis berlangsung di IPGM Kampus Bahasa Melayu. Nasib baik lah sebab dah biasa dengan IPGM Kampus Bahasa Melayu nih setelah seminggu berorientasi di IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa sebelum berangkat ke Korea pada tahun lepas. Maka perjalanan menjadi lebih mudah berbanding sebelumnya. Hahahaha. Mudah sungguh sampaikan sejam sebelum majlis bermula, saya dah sampai kat tempat parking. Punya semangat!


Setibanya di Dewan Zaaba, maka semua perlu mendaftarkan diri sebagai peserta atau pun sebagai pembentang. Setiap peserta menerima beg yang mengandungi goodies daripada pihak GEG dan juga tag nama. Manakala bagi pembentang pula, beg mengandungi goodies serta t-shirt merah yang sama seperti para urusetia. Tak lupa juga tag nama dengan design yang menarik.





Semua peserta dihimpunkan di dewan besar bagi sesi taklimat dan upacara perasmian. Saya bersama Cikgu Siti Zubaidah dan juga Cikgu Pauline Foong, sudah bersedia dengan pembentangan kami masing-masing. Sempat juga dalam masa menunggu tersebut, saya menerima hadiah buah tangan dari Jepun daripada Cikgu Nurmazlina Yaakub, seorang kenalan facebook. Terima kasih!!! 


Tak sempat nak menghayati ucapan daripada pihak yang akan merasmikan, saya telah dijemput oleh seorang urusetia untuk melakukan persiapan di bilik pembentangan. Wah! Mula terasa debarannya. Daripada Dewan Zaaba ke bilik pembentangan sebenarnya agak jauh dan lokasinya juga terpencil serta sukar dicari tanpa petunjuk. Mujur juga ada adik-adik IPGM Kampus Bahasa Melayu yang membantu menunjuk jalan. 




A photo posted by Norhailmi Abdul Mutalib (@cikguhailmi) on


Memandangkan saya adalah pembentang pertama bagi Bilik 3, maka persiapan yang dilakukan di bilik tersebut adalah agak kurang persediaan. Saya sendiri yang set up kan semua kelengkapan termasuk juga LCD Projektor dan sound system. Nasib baik, masa masih panjang maka segala persiapan dapat dilakukan dengan baik.


Pembentangan saya sepatutnya bermula pada jam 10-11 pagi. Tetapi sesi hanya dapat dimulakan pada jam 10.20 pagi kerana majlis perasmian yang terlajak masa. Apa pun saya cuba sebaik mungkin untuk berkongsikan pengalaman dan pengetahuan saya melalui tajuk pembentangan "Penggunaan Media Sosial Sebagai Platform Perkongsian Ilmu Dalam Kalangan Guru".





Bagi tajuk perkongsian ini, saya mulakan dengan bagaimana saya boleh terlibat dalam dunia penulisan blog dan juga media sosial. Sedikit sejarah saya di sekolah lama, sehingga lah kepada perkara yang menyebabkan saya perlu wujudkan blog. Kemudian saya teruskan perkongsian dengan menyatakan apa yang saya kongsikan menerusi media sosial. Dan sudah tentu, apa yang saya dapat setelah 3 tahun aktif dalam bidang penulisan blog. 


Di akhir perkongsian juga, saya turut memberi beberapa tips dan petua untuk berblogging bagi guru yang berminat. Sesi berakhir dengan menjawab beberapa pertanyaan daripada audiens. Semestinya soalan mengenai bagaimana saya membahagikan masa menulis dengan bidang kerja saya menjadi soalan wajib. InshaAllah saya dah berikan penjelasan dengan sebaik mungkin bagi rakan guru yang berminat untuk meneruskan misi menambah kandungan Malaysia dalam dunia internet.


Sempat juga meluangkan masa untuk bergambar kenangan dengan beberapa rakan guru yang saya mula kenali di KL Edtech 2016 ini seperti Cikgu Marziean, Cikgu Salwa dan rakan-rakan mereka yang sangat havoc sepanjang sesi perkongsian berlangsung.





Kemudian sementara menunggu sesi pembentangan kedua bersama kumpulan KOMTEP 2015, saya, Cikgu Pauline Foong dan Cikgu Siti ZUbaidah terus menanti di bilik yang sama. Kali ini adalah sesi perkongsian mengenai Kahoot. Aplikasi Online games yang boleh dijalankan di dalam kelas bagi menarik minat pelajar. Serius saya suka dan pasti akan cuba gunakan suatu hari nanti!


Sesi pembentangan kumpulan KOMTEP 2015 bermula pada jam 12 tengahari sehingga jam 1 petang. Tajuk pembentangan yang kami bawakan adalah "Perkongsian Pengalaman : ICT Dalam Pendidikan Korea".






Pembentangan dimulakan dengan pengenalan mengenai program KOMTEP 2015. Kemudian diikuti dengan serba sedikit sejarah perkembangan ICT dalam pendidikan Korea. Perkongsian diteruskan dengan memfokuskan terlebih dahulu kemudahan ICT dalam sekolah, terutamanya yang berada di dalam kelas untuk pdp. Beberapa kemudahan ICT lain yang berada di sekitar sekolah serta yang mampu memudahkan lagi segala urusan yang berkaitan dengan pendidikan. 









Sesi perkongsian berlangsung dengan baik. Saya, Pauline dan Zubaidah mengambil giliran masing-masing bercerita mengikut pengalaman masing-masing. Bagi saya, ianya berjalan dengan lancar seperti yang kami rancangkan. Sesi soaljawab juga menunjukkan respon audiens yang ternyata cukup kagum dengan perkembangan pendidikan di Korea. Semoga suatu hari nanti, sistem pendidikan di Malaysia juga mampu setaraf dengan mereka.



Selesai perkongsian, semua peserta KL Edtech 2016 bergerak sekali lagi ke Dewan Zaaba bagi acara penutup. Cabutan bertuah yang diadakan langsung tidak menyebelahi saya pada hari tersebut. Hahahaha. Sedikit refleksi dijalankan secara menyeluruh oleh pihak urusetia dan juga para peserta. 











Saya pula secara jujurnya ternyata sangat berpuas hati dan gembira kerana adanya KL Edtech 2016 yang memberikan saya dan rakan-rakan KOMTEP saya peluang terbaik untuk kami berkongsi pengalaman, pengetahuan kami seperti yang telah kami bentangkan.


Peluang berada di sini juga adalah peluang terbaik untuk kami mewujudkan rangkaian baru guru-guru yang sama-sama mahu meningkatkan mutu pendidikan negara kita ke arah sesuatu yang lebih positif. 

Betapa ramainya guru-guru yang saya jumpa di sini, menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi dalam usaha memartabatkan pendidikan Malaysia. Tak lokek ilmu. Dan juga tak lokek tenaga untuk sentiasa menambah ilmu dengan menyertai program sebegini.





Kesempatan bertemu dengan beberapa orang kenalan facebook saya sebelum ini  seperti Cikgu Rina, Puan Shamzazila serta peluang berkenalan dengan rakan guru seperti Cikgu Yasser dan Cikgu Normi, inshaAllah akan memberikan impak baru dengan semangat yang segar untuk kita sama-sama bergerak. 



Majlis penutupan selesai pada jam hampir 5 petang. Temujanji saya dan Cikgu Pauline bersama Puan Siti Maryam dan Puan Aida, pegawai meja program KOMTEP 2015 juga terus berlangsung dengan sesi makan-makan dan santai. Banyak juga perkara yang dapat dikongsikan dengan mereka, terutamanya yang berkaitan dengan program selepas kembali ke Malaysia. 






Malam pula sempat saya meluangkan masa bersama seorang bekas pelajar daripada sekolah lama saya di Sarawak, Nicholas Ampong. Beliau juga merupakan seorang pelatih guru yang sekarang menuntut di IPGM Kampus Bahasa Melayu. Memang seronok mengimbau kenangan bersama anak murid sepanjang 8 tahun berada di Sarawak.





Alhamdulillah, penganjuran KL Edtech 2016 ini saya lihat merupakan platform terbaik untuk golongan pendidik yang sentiasa dahagakan ilmu terutamanya ilmu berkaitan ICT dan pendidikan. Banyak ilmu yang diperolehi sepanjang berbengkel 1 hari di IPGM Kampus Bahasa Melayu ini. 


Semoga lebih banyak penganjuran seminar-seminar seumpamanya di lebih banyak tempat di negara kita. Saya yakin, cikgu-cikgu di Utara dan di Selatan juga pasti mahu merasakan pengalaman seperti mana saya dan rakan saya rasai di KL Ed tech 2016! Tahniah untuk penganjur!

 





Khamis, 11 Februari 2016

Idea P&P Sains : Kumpulan Penderma dan Penerima Darah [Video]

Aktiviti ini akhirnya berjaya juga dijalankan oleh anak-anak murid saya setelah beberapa kali tertangguh. Perkongsian daripada rakan guru, terutamanya guru Biologi membolehkan aktiviti ini membantu murid untuk memahami kumpulan penderma dan kumpulan penerima darah dengan lebih baik. 


















Untuk pemahaman yang lebih baik mengenai aktiviti ini, sila tonton video di bawah. 




Semoga lebih ramai murid dan guru yang mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Selamat berkreatif!