About Me

Iklan Pengambilan Guru Vokasional Secara Interim di Kolej-Kolej Vokasional 2016

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi guru vokasional secara interim di Kolej-kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia, boleh lah cuba memohon jawatan pengambilan tersebut. Tarikh tutup adalah pada 7 Ogos 2016 (Ahad). 


Iklan Pengambilan Guru Vokasional Secara Interim di Kolej-Kolej Vokasional 2016


Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai tawaran iklan tersebut:

Keterangan Program
Tajuk : 
Pengambilan Guru Vokasional secara interim untuk ditempatkan di Kolej Vokasional KPM Ambilan Tahun 2016.

Nama Perjawatan : 
Guru Vokasional Secara Interim

Tempoh Interim : 
Sehingga dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia

Perlu mengikuti latihan DIploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di IPGM dalam tempoh yang ditetapkan.


Syarat Kelayakan Asas 
1. Warganegara Malaysia
2. Sihat tubuh badan
3. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016
4. Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya :
                   a. Lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional Universiti awam (rujuk syarat khusus)
                   b. Lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional IPTS (rujuk syarat khusus)

5. Bidang yang ditawarkan:
          a. Elektrik
          b. Elektronik
          c. Kimpalan
          d. Automotif
          e. Pemesinan Industri
          f. Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
          g. Pembinaan
          h. Kejuruteraan Mekanikal
          i. Kejuruteraan Awam
          j. Pelancongan

6. Keutamaan adalah kepada calon yang mempunyai SKM dan pengalaman bekerja di industri dalam bidang berkaitan



Bagi yang berminat, dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh rujuk IKLAN di sini. Selamat maju jaya saya doakan untuk anda semua!





Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Result dpli ni dah keluar ke..ad sesape dpt emel?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cek kat jobsmalaysia sekarang

      Padam
    2. dah ..semak kt sini http://app1.mohr.gov.my/semak_atm/semak.html

      Padam
    3. keputusan temuduga dah keluar ke ?

      Padam
  2. Ujian bertulis tu selalunya soalan mcamana ye?

    BalasPadam
  3. Boleh saya tnya. Interim tu mcm mana ye? Contract ke? Tngga fan mcm mane pula?

    BalasPadam
  4. Salam cikgu .. alhamdulillah saya dapat panggilan temu duga guru interim ni .. cuma sekarang saya keliru nak pergi atau tidak sebab kalau diikutkan saya akan konvo pada bulan 10 scroll x ade lagi tapi ada diminta dalam surat tawaran .. saya nak cuba call tapi esok sabtu sebab saya baru dpat tahu tentang tawaran ni tadi.. sekarang saya risau kalau x de ijazah/scroll mereka tak bagi masuk iv dan lokasi iv agak jauh takut ade pembuangan masa di situ .. pendapat cikgu macam mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Transkrip dh ada ke?kalau dh ada bwk sekali. Isnin cuba call tanya. Rasa xde masalah kot.

      Padam
    2. Transkrip dh ada ke?kalau dh ada bwk sekali. Isnin cuba call tanya. Rasa xde masalah kot.

      Padam
  5. kalau mengandung macam mana yer..di tolak ke..sebab ada ujian fizikal..terima kasih

    BalasPadam
  6. salam cikgu,

    Apa yang dimaksudkan dengan guru vokasional secara interim? adaakah sama seperti cikgu interim? berapa peratus peluang untuk cikgu vokasional dilantik secara tetap? ( maaf bertanya soalan ini, sy kini berkerja berstatus tetap dgn syarikat swasta, sy minat mengajar, dan sy juga dapat tawaran UKCG ini,pada pendapat sy, sekiranya jawatan cikgu interim ini berstatus sama seperti kontrak, berbaloikah saya meningalkan perkerjaan sekarang?


    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, saya juga melalui perkara yang sama.
      Mohon cikgu Halimi beri pendapat.
      Terima kasih

      Padam
  7. result keputusan temuduga sama ada berjaya atau x dah keluar ke ?

    BalasPadam
  8. bila result temuduga akan keluar ye?

    BalasPadam
  9. Dengar2 dari kawan 17hb Oct baru keluar result iv..betui ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dapat info dr kawan 17hb tu dh start posting dan result akan melalui surat.. x pasti ke tak info tu..

      Padam
  10. Saya ada call pihak bptv, katanya result keluar 28hb Okt melalui jobsmalaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai yg kall bptv diorang x angkat pon hermmmmmmmmmm

      Padam
  11. oo.. terima kasih en abdul qayyum.. moga kita semua dimurahkan rezeki.. amin..

    BalasPadam
  12. Salam..boleh buat rayuan ke kepada yang tidak berjaya?

    BalasPadam
  13. Cikgu kalau tarikh sudah tutup tp saya masih mahu memohon ade laluan lain tak cikgu

    BalasPadam
  14. permohonan yang terbaru bila ea untuk tahun 2018

    BalasPadam