About Me

Seminar Perkongsian Bestari Pdp Bersama Guru Sains oleh Petrosains

Alhamdulillah diberikan peluang untuk berkongsi sedikit pengetahuan mengenai pdp Sains oleh pihak Petrosains. Ya, Petrosains! Saya sendiri terkejut apabila dihubungi oleh mereka. Tetapi atas semangat mencari pengalaman, maka saya beranikan juga diri untuk berkongsi ilmu yang saya tahu.




"Seminar Guru : Perkongsian Bestari Pdp Untuk Guru-guru Sains 2016" yang diadakan pada 9 April 2016 tersebut, juga melibatkan perkongsian Pembelajaran Abad ke 21 oleh pensyarah di IPGM Kampus Pulau Pinang, Encik Mior Shaharudin yang juga merupakan pensyarah saya semasa KPLI di sana.




Yang menariknya dalam seminar ini adalah selain daripada perkongsian daripada orang luar, pihak Petrosains sendiri juga tampil dengan mendedahkan para guru dengan aktviiti-aktviiti kreatif yang boleh dilakukan oleh para guru di sekolah.

Banyak yang menarik, antaranya adalah simulasi apa yang berlaku semasa kita bersin. Perkara-perkara ini ditunjukkan dengan jelas dengan penggunaan bahan-bahan comel, serta aktiviti yang sangat menyeronokkan. Jika guru sendiri sudah teruja, apatah lagi anak murid kan?










Sesi perkongsian saya, "Pdp Kreatif Dalam Sains" mendapat maklumbalas yang cukup positif. Dengan audiens seramai hampir 170 orang memenuhi ruang ceramah di dalam Petrosains, rasa gementar itu hilang apabila guru-guru lain mula bertanyakan soalan kepada saya.










Pada saya, pertanyaan guru-guru itu merupakan satu petanda baik bahawa ada perkara yang diminati oleh mereka. Dan pertanyaan itu biasanya banyak tertumpu kepada bagaimana saya menguruskan masa dan juga sukatan pelajaran untuk setahun.








Secara peribadinya, saya sangat gembira dengan peluang yang diberikan oleh pihak Petrosains ini. Saya yakin, bukan mudah untuk mendapat kepercayaan seperti ini daripada organisasi sebesar ini. Peluang berkongsi dan bertemu dengan lebih ramai warga pendidik terutamanya bagi subjek Sains. Terima kasih Petrosains!



Catat Ulasan

0 Ulasan