About Me

Pengalaman Berharga di VEX Robotics Competition 2016 Peringkat Kebangsaan

Pada 20 dan 21 Februari yang lalu saya telah menerima satu jemputan untuk menjadi ketua juri bagi sebuah pertandingan robotik di Kuala Lumpur. Walaupun pada mulanya kurang jelas dengan peranan saya sebagai Ketua Juri, tetapi saya sahut juga sebagai satu cabaran dan peluang untuk saya melebarkan lagi sayap saya mencari pengalaman pada tahun ini. Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak Roboticist Learning yang memberi peluang kepada saya.




Robotik di Malaysia
Sebelum kita sembang lebih jauh, jom kita fahamkan mengenai bidang robotik yang ada di Malaysia ini. Saya sendiri pun masih baru. Tetapi saya difahamkan di Malaysia, perkembangan robotik adalah terbahagi kepada 2, iaitu untuk tujuan pertandingan, dan lagi satu adalah bagi tujuan pendidikan. 

Dan rupanya ada banyak jenis robot yang ada dan berbeza mengikut syarikat dan pengedarnya. Sebagai contoh robotik LEGO yang dikendalikan oleh Sasbadi melalui pertandingan National Robotic Competition. Satu lagi robotik yang popular di Malaysia adalah dari jenis VEX yang diedarkan secara rasmi oleh Roboticist Learning dan dipopularkan lagi melalui pertandingan VEX Robotics Competition.






Lebih hebat mengenai VEX Robotics Competition ini adalah selain digunakan bagi tujuan pendidikan STEM dan pertandingan, pelajar juga berpeluang untuk mewakili Malaysia ke pertandingan robotik VEX ke peringkat dunia. Pada tahun lepas, pasukan dari MCKK telah berjaya mewakili Malaysia sehingga ke Los Angeles bagi pertandingan peringkat dunia. Hebat kan?


Untuk pertandingan kali ini, ada 2 kategori yang dipertandingkan. Kategori pertama adalah VEX IQ yang melibatkan pembentangan projek STEM oleh para pelajar. Manakala kategori kedua adalah VEX ROBOTICS yang lebih memfokuskan kepada kesempurnaan pelajar dalam memprogramkan robot mereka dalam melaksanakan tugasan yang diarahkan.






Saya pula ditugaskan sebagai Ketua Juri untuk Kategori VEX IQ. Memang best sangat dapat tengok camana, anak-anak nih membentangkan hasil projek mereka. Sangat bersemangat. Berebut-rebut nak bercerita apa yang mereka buat. Dari segi persediaan pun, sangat bersungguh. Ada yang sampai sediakan costume baharu, lengkap dengan prop-prop yang sangat menarik. 












Terbaik lah!!

Selesai menjalankan tugas di sini, saya bergerak ke stesyen-stesyen yang mempamerkan hasil kerja robot mereka. Memang mengejutkan bila melihat robot ciptaan anak-anak nih. Rata-rata mereka yang berumur lebih kurang 7 - 10 tahun saja. Tapi dia punya hasil kreativiti.. wow!! Teruja saya mendengar setiap hujah mereka. Cerdik sangat!! 












Rupa-rupanya anak-anak ini ada sesi setiap minggu bersama pihak Roboticist Learning di The School, Jaya One nih. Memang lain betul cara mereka belajar, dan cara mereka berfikir. I like!


Hari kedua pula menyaksikan perasmian oleh Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Mukhriz, Negeri Sembilan disaksikan oleh Penaung pertandingan Tunku Zain Al-Abidin ibni Tuanku Mukhriz dan YB Datuk P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

Majlis yang diserikan dengan gimik pelancaran menggunakan robot daripada Roboticist Learning. Pengumuman pemenang bagi acara yang telah berlangsung pada hari pertama juga menambahkan lagi kemeriahan majlis perasmian tersebut.






Selesai majlis pelancaran kami bergerak dari stesyen ke stesyen bagi bertemu dengan para peserta. Ada yang menggunakan kesempatan lawatan bagi menerangkan projek dan hasil kerja mereka. Memang hebat-hebat. Bukan alang-alang diorang bertanding. Masing-masing mencuba yang terbaik bagi memberikan saingan antara satu sama lain. 














Selfie dengan YB Datuk P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

Saya terpaksa bergerak dari sana lebih awal kerana terpaksa mengejar penerbangan saya. Sempat juga bergambar dengan tuan punya penganjur, Cik Ilylia dan juga adiknya Cik Nabila yang memang sangat komited dan bersungguh-sungguh memperjuangkan pendidikan STEM menggunakan robotik di Malaysia nih. 


Cik Ilylia dan Cik Nabila, orang kuat Pertandingan VEX Robotics Malaysia 2016

Memang kental betul nak bersaing dengan syarikat-syarikat robotik lain yang juga berusaha mencari pasaran masing-masing. Walaubagaimanapun, saya memang tabik spring pada kedua-duanya yang tak pernah lelah berusaha memberikan yang terbaik kepada anak bangsa Malaysia. Keep it up girls!


p/s : Dengar ceritanya, Pertandingan VEX Robotics Competition 2016 Peringkat Kebangsaan kali ini dimenangi oleh pasukan daripada STF. Jutaan tahniah saya ucapkan buat mereka. Semoga berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia nanti. All the best! 




Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Moga Malaysia berjaya melahirkan pencipta dan pereka robotik yang hebat dan dapat memasarkan dan mempatenkan hasil ke seluruh dunia seperti Jepun. harap kerajaan dapat menambah peruntukan kearah ini. Sekarang kita masih kebelakang.

    BalasPadam