About Me

Idea P&P Sains : Langkah Pencegahan Penyakit

Aktiviti yang saya jalankan ini adalah bagi subjek Sains untuk tajuk Langkah Pencegahan Penyakit. Pelajar tingkatan 5 ini dengan bilangan murid seramai 24 orang ini dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli. Setiap kumpulan diberikan kertas mahjong serta peralatan melukis selengkapnya seperti pensil warna, marker dan pembaris.


















Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan peta minda mengikut pemahaman mereka mengenai tajuk Langkah Pencegahan Penyakit. Walaubagaimanapun perkataan penting seperti di bawah perlu ada dalam setiap pembentangan:


Pengawalan Vektor
     - lalat
     - nyamuk

Pensterilan
     - penggunaan sinaran
             - ultraungu
             - gamma
     - penggunaan suhu 
             - autoklaf
             - pendidihan
     - penggunaan bahan kimia
             - disinfektan
             - antibiotik

Imunisasi
     - aktif
             - semulajadi
             - buatan
     - pasif
             - semulajadi
             - buatan








Selesai menghasilkan kertas pembentangan, guru bergerak dari satu kumpulan kepada satu kumpulan. Pelajar perlu menerangkan apa yang mereka fahamkan mengenai Langkah Pencegahan Penyakit. Sedikit sesi soal jawab bersama guru bagi membuktikan bahawa pelajar benar-benar faham mengenai tajuk yang mereka hasilkan. 












Hasil kerja murid kemudiannya dipamerkan di dalam makmal.






Catat Ulasan

0 Ulasan