About Me

Gallery Walk Sebagai Strategi Pengajaran

Gallery Walk merupakan antara satu strategi pengajaran yang sangat sesuai untuk dipraktikkan bagi pembelajaran abad ke 21. Perbincangan secara berkumpulan, dan juga student- centred ini membolehkan pelajar untuk terhubung secara aktif semasa sesi pdp. Berkolaborasi dalam kumpulan kecil untuk berkongsi idea dan juga berkomunikasi melalui soalan, dokumen, gambar, situasi dan juga teks.



Gallery Walk Sebagai Strategi Pengajaran


Saya kongsikan sedikit pengalaman saya menggunakan strategi Gallery Walk ini sebagai strategi pengajaran dengan pelajar saya. Subjek Sains dan tajuknya adalah 'Ciri-ciri Mikroorganisma'. Masa pdp adalah 2 waktu, dengan lebih kurang masa 80 minit.


Bahagi Kumpulan
Langkah pertama adalah dengan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Dalam pengajaran ini, saya menggunakan tajuk 'Ciri-ciri Mikroorganisma' dengan membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan.



Gallery Walk Sebagai Strategi Pengajaran



Tugasan Kumpulan
Setiap kumpulan diberikan tugas dengan tajuk yang berbeza. Untuk tajuk ini, pembahagian tajuk adalah seperti berikut:

Kumpulan 1 : Ciri-ciri Virus
Kumpulan 2 : Ciri-ciri Bakteria
Kumpulan 3 : Ciri-ciri Protozoa
Kumpulan 4 : Ciri-ciri Alga
Kumpulan 5 : Ciri-ciri Fungi



Pelajar Sedia Bahan
Lebih kurang 20 minit masa diperuntukkan kepada pelajar untuk menyediakan bahan pembentangan mereka. Saya mengarahkan pelajar supaya membahagikan tugasan dengan baik supaya menjimatkan masa. Mereka juga dibekalkan dengan marker, kertas mahjong, pensil warna, krayon dan beberapa lagi bahan bantu jika nak digunakan.



Gallery Walk Sebagai Strategi Pengajaran


Gallery Walk Sebagai Strategi Pengajaran



Sesi Pembentangan
Selesai menyediakan bahan pembentangan, pelajar diberi masa untuk menampal kertas mahjong mereka di sudut yang ditetapkan dalam kelas. Setiap kumpulan melakukan persediaan akhir dengan memilih seorang daripada kalangan mereka untuk menjadi pembentang di sudut tersebut. 



Gallery Walk Sebagai Strategi Pengajaran



Mula!
Maka bermulalah sesi pembentangan di sudut masing-masing. Kumpulan tadi akan bergerak ke sudut lain mengikut pusingan jam. Pembentang yang dipilih tadi akan kekal menunggu di sudut mereka dengan kumpulan baru. Pembentang akan menceritakan segala info yang berkaitan dengan tajuk yang diberi. 



Gallery Walk Sebagai Strategi Pengajaran


Gallery Walk Sebagai Strategi Pengajaran


Gallery Walk Sebagai Strategi Pengajaran


Gallery Walk Sebagai Strategi Pengajaran


Jika ada soalan daripada tetamu, mereka akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan jawapan yang terbaik. Setiap kumpulan hanya diperuntukkan masa lebih kurang 5 - 7 minit bagi setiap sudut. 

Saya juga memberi kebebasan kepada pelajar untuk membawa buku teks, buku nota dan bahan-bahan lain. Jika mereka berjaya mengesan sebarang kesilapan atau tambahan yang boleh dilakukan pada persembahan kawan mereka, mereka dibenarkan untuk menulis menggunakan marker. Tetapi dengan syarat, menulis nama siapa yang membetulkan info tersebut.



Penutup
Selesai semua bergerak ke setiap sudut, maka tiba giliran ketua-ketua kumpulan tersebut pula untuk bergerak ke sudut yang lain. Giliran mereka pula untuk mendengar rakan mereka membentangkan kepada mereka. 

Pelajar lain pula mengemaskini nota mereka dan melakukan semakan semula apa yang telah dinyatakan oleh rakan-rakan mereka tadi. 



Fungsi Guru Sepanjang Gallery Walk
1) Guru berfungsi sebagai perancang kepada pelaksanaan aktiviti dengan memilih topik yang sesuai, pembahagian kumpulan dan juga menyediakan bahan yang mungkin digunakan oleh pelajar

2) Guru berfungsi sebagai fasilitator sepanjang aktiviti berlangsung dengan memberi bimbingan kepada pelajar dari setiap kumpulan mengenai apa yang perlu diceritakan dalam pembentangan mereka kelak.

3) Guru berfungsi sebagai pemerhati dan pemantau bagi memastikan setiap pelajar aktif dan belajar sepanjang tempoh pembentangan setiap kumpulan.



Pemerhatian Saya
Saya mendapati pelajar saya sangat bersemangat untuk berkolaborasi sesama mereka semasa menjalankan aktiviti ini. Mereka juga bekerjasama dengan baik, dan teratur bagi memastikan tugasan dapat dilaksanakan dengan sesempurna mungkin pada masa yang ditetapkan. 



Gallery Walk Sebagai Strategi Pengajaran


Mereka juga nampak lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka dan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh ketika mencari maklumat. Paling penting mereka sangat aktif semasa pembelajaran ini. 



Gallery Walk Sebagai Strategi Pengajaran


Gallery Walk Sebagai Strategi Pengajaran


Semasa sesi pembentangan pun mereka nampak lebih santai dan selesa membentangkan tajuk kepada rakan-rakan mereka berbanding pembentangan di depan guru. Ini adalah sesuatu yang baik dalam menaikkan keyakinan diri pelajar untuk aktiviti pembentangan seperti ini. 



Catat Ulasan

30 Ulasan

  1. terbaik cikgu....saya pernah menggunakan kaedah ini untuk mengajar add math kpd student saya...memang student akan jadi lebih confident...terimakasih ckg krn banyak memberi panduan...

    BalasPadam
  2. saya baru je guna kaedah ni pagi tadi untuk subjek sains tingkatan 3 tajuk respirasi. tapi saya gunakan model respirasi sebagai bahan. setiap group mempunyai model yang sama, namun kaedah pembentangan nya berbeza mengikut kreativiti group masing-masing. alhamdulillah teknik pengulangan ini berjaya buat pelajar kelas belakang mengingat dengan baik. actually saya tak tau pun rupanya kaedah ni memang wujud sbgai gallery walk..hehehe ;)

    BalasPadam
  3. Terima kasih cikgu. Saya mahu cuba.

    BalasPadam
  4. Cikgu I want to congratulate you on such a wonderful work done

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika pdp berpusat kpd guru murid mungkin akan menjadi bosan.Tetapi kaedah ini menerapkan nilai self confident kpd pelajar.

      Padam
  5. Terbaik cikgu. Bagaimana dgn permulaan pdp tu cikgu? Atau cikgu terus kpd lw?

    BalasPadam
  6. Persediaan awal perlu bagi memastikan aktiviti berjalan sempurna. Jika pembentang tdk faham dan master tugasan... habislah... Mana nak siapkan kertas mahjong lagi

    BalasPadam
  7. Bagaimana dgn murid yg membentang tu.. apa input yg dia dapat dr kumpulan lain... takkan dia kena belajar sub topik kumpulan lain bentang sendiri... kalau camtu... baik bg tajuk aje suruh diorg selesaikan di rumah...

    Ada pengalaman murid yg saya nak kongsikan...
    Cikgu menyediakan nota ttg subtopik tersebut. Kemudian mengarahkan murid menafsir/ membuat interpretasi/ memahamkan sendiri atau apa2lah yang setara dgn arahan ini... thdp tajuk tersebut... dan kumpulan murid itu mesti menyelesaikan tugasan yg disertakan... guru tak bagi apa2 input... guru tak menguasai subjek yg diajar sebab subjek tsb adalah subjek sampingannya... (guru opsyen sains mengajar teori2 pend.seni)... ini telah menunjukkan guru melepaskan tanggungjawab belajar kandungan subjek kpd muridnya... instead of bertindak sbg fasilitator...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada waktu penutup ketua2 kumpulan (pada hemah saya termasuklah pembentang) akan pergi ke sudut2 untuk mendengar pembentangan yg lain. Mungkin di dalam kumpulan tugasan juga perlu dibahagi kepada dua, dan mereka bertukar syif sebagai pembentang/pelawat.

      Bagi saya kaedah ini sangat berkesan kerana murid akan dapat menghadam info lebih banyak kerana keterlibatan mereka berbanding hanya mendengar penjelasan daripada guru. Tambahan pula, semua murid akan dapat sebanyak boleh maklumat melalui pertanyaan dan penjelasan daripada rakan. Hal ini agak mustahil jika sekadar menyalin/mendengar daripada guru kerana tidak semua murid berpeluang bertanya dan memberi pendapat.

      Padam
  8. Pandangan...Sangat sesuai untuk aktiviti pengukuhan supaya pelajar lebih memahami sesuatu topik yang telah diajar...

    BalasPadam
  9. Gallery walk ni sm ke dgn 3 stry 1 stay dr segi pelaksanaannya?tq

    BalasPadam
  10. Kami pernah menggunakan kaedah ini di tadika. Kanak-kanak sangat enjoy dan berusaha untuk mencari maklumat. Apa yang memeranjatkan saya ialah kanak-kanak sebenarnya mampu untuk membuat pembentangan dengan cara mereka dan guru berfungsi menambah input serta beri guideline dan menjelaskan penerangan. Pada awalnya agak kelam kabut tetapi setelah mendapat 2 kali pendedahan, mereka tahu apa yg perlu dibuat bila mendapat tajuk pembentangan. Sekarang, kertas mahjung dan marker dah pun jadi 'mainan' mereka dan selalu bertanya : "Bila kita nak buat presentation ni cikgu?".

    BalasPadam
  11. Gallery Walk is an excellent approach. Saya selalu guna untuk mata pelajaran pengajian perniagaan stpm.

    BalasPadam
  12. good idea....saya dah cuba di kelas tingkatan 1 dan pelajar suka dan sangat faham serta bersemangat

    BalasPadam
  13. Dulu lain sekarang lain.Tapi kaedahnya hampir sama. Semasa menjalani sesi praktikum pada tahun 2000 dahulu, saya menggunakan kaedah yang hampir sama,dinamakan 'stesyen' dalam PdP Kajian Tempatan.Bezanya cuma setiap stesyen itu saya dedahkan murid kepada pelbagai aktiviti yang lain.Contoh aktiviti di stesyen 1 murid boleh meneroka bahan maujud, sementara stesyen ke 2 pula murid mencari bahan melalui perisian di komputer/ensiklopedia, hinggalah ke stesyan ke 6 dengan pelbagai aktiviti termasuk mencatat maklumat daripada rakaman.Kemudian hasil dapatan setiap kumpulan akan dibentangkan kepada rakan kelas yang lain.Nyata kaedah sebegini berjaya menjana idea murid

    BalasPadam
  14. apakah beza gallery walk dgn 3 stray 1 stay...nmpak mcm hmpir sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak tanya soalan yang sama juga..ataupun bilangan murid dalam kumpulan yang berbeza????

      Padam
  15. Tq cg...sy nk cuba buat juga...

    BalasPadam
  16. Ermmm...good idea n good respons

    BalasPadam
  17. mohon halalkan ilmu ya cikgu.....

    BalasPadam
  18. Sangat menarik aktiviti ni. Sy ada dengar ttg nama 1 lg aktiviti.nama lebih kurang dgn yg ni, Gallery Tour. Boleh ckgu bagi ulasan berkenaan Gallery Tour tu mcm mana? Tqvm

    BalasPadam
  19. adakah kaedah ini sesuai untuk murid lemah...

    BalasPadam
  20. Boleh buat utk subjek bm x?

    BalasPadam
  21. Very best as well as Cheapest Jabodetabek Personal Instructions, each of our employees plus tutors come home, fixed your very own analyze routine and may decide on almost any discipline with analyze ... click https://privat-inggris.netlify.app/kursus-bahasa-inggris-setiabudi.html for more details

    BalasPadam
  22. Perhaps you will see a cheaper fee versus the table above, ensure that again concerning the qualifications with the teacher / Kindergarten teacher recommended for you ... for detail https://kimia-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-kimia-di-cilandak-terdekat_28.html

    BalasPadam
  23. Do you want to attempt a transformative language learning experience? Simply visit Executive-Education.id's language course. From cultural immersion to expert guidance, our program offers an all-natural method to language acquisition. Explore the good thing about a fresh language, broaden your horizons, and achieve a competitive edge in today's interconnected world. Visit https://kursus-turki.github.io/kursus-bahasa-turki-matraman.html for latest information.

    BalasPadam