.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Selasa, 29 September 2015

80 Hari di Korea : Hari 17 (Lotte World Seoul)

Semalam saya selamat sampai di Seoul pada jam 10 malam. Bermalam di rumah kawan yang mengikuti program yang sama, kami bergerak pada awal pagi dari Stesyen Metro Gayang (Metro 9) ke Stesyen Sport Complex. Dari sana bertukar ke Stesyen Jamsil dengan menggunakan Metro 2.


80 Hari di Korea : Hari 17 (Lotte World Seoul)


Sebaik saja keluar dari stesyen Metro Jamsil, maka kelihatan lah segala kawasan Lotte. Di sini sahaja, ada bermacam-macam jenis bangunan Lotte dapat diperhatikan. Ada menara, ada hotel, dan paling penting ada taman permainan yang kami nak pegi, iaitu Lotte World. Katanya Lotte World adalah taman hiburan indoor yang terbesar di dunia! Wah.. lagi tak sabar nak pegi tengok!

Kunjungan kami ternyata tepat pada masanya. Kebetulan hari ini adalah Hari Chu-seok (Thanksgiving Day) di Korea. Maka tiket pada hari ini dibeli dengan harga diskaun kepada 23 000 Won sahaja (RM85). Kalau harga biasa adalah pada 48 000 won yang bersamaan dengan RM178. Wah.. kira untung jugak lah..


80 Hari di Korea : Hari 17 (Lotte World Seoul)


So, kami mula lah menjelajah ke seluruh pelusuk Lotte World. Taman hiburan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian indoor dan bahagian outdoor. Bahagian indoor ada banyak jugak permainan dan sesuai untuk semua cuaca. Manakala outdoor ada lagi banyak permainan yang ekstrem dan best. Cuma bergantung kepada cuaca. Nasib baik kami pergi pada cuaca yang bagus dan juga pada hari yang ok. Tak ler sesak sangat berbanding hari minggu yang lain.

Jom jemput tengok gambar dan video semasa saya berada di Lotte World!


80 Hari di Korea : Hari 17 (Lotte World Seoul)


80 Hari di Korea : Hari 17 (Lotte World Seoul)


80 Hari di Korea : Hari 17 (Lotte World Seoul)


80 Hari di Korea : Hari 17 (Lotte World Seoul)







Ahad, 27 September 2015

80 Hari di Korea : Hari 16 (Hari Sukan Sekolah di Korea)

Sampai saja sekolah, saya lihat banyak khemah sukan yang sudah sedia dipasang di dataran sekolah. Yeahh.. tak sabar nak tengok hari sukan pelajar-pelajar di Korea nih. Mula-mula pelik juga sebab minggu selepas cuti nih akan bermula peperiksaan pertengahan semester 2 mereka. Bila ditanya kepada guru-guru, hari sukan nih merupakan hari untuk pelajar 'release tension' selepas penat belajar sebelum nih. Oh.. faham...




Yang menariknya, setiap kelas mempunyai pakaian kelas masing-masing. Memang unik. Ada yang pakai cekak rambut yang macam sesungut lebah, ada yang baju bunga-bunga, ada yang guna skirt Sesame Street. Dan yang paling saya suka adalah kelas yang mengenakan baju Hanbok moden, iaitu pakaian tradisional Korea. Cute sangat!










Acara bermula di padang sekolah pada jam 9 pagi. Walaupun matahari dah naik, tapi cuaca di sini tak ler sepanas kita di Malaysia. Masih sejuk. Masih boleh pakai kot. Acara dimulakan dengan acara tarik tali. Setiap kelas akan bertanding mengikut Grade (Tingkatan) masing-masing. Setiap Grade (Tingkatan) ada 10 kelas, dengan 30 orang murid bagi setiap kelas.

Memang meriah giler dengan bunyi-bunyian dan juga warna warni yang dapat dilihat di padang. Setiap kelas juga ada pasukan sorak masing-masing dengan gaya masing-masing. Keluar habis perangai-perangai lucu mereka pada ketika ini. Ada yang bawak gendang Korea bagi memeriahkan lagi acara.








Acara kedua adalah acara lari atas belakang kawan. Kawan-kawan sekelas mereka akan tunduk macam kedudukan Rukuk, kemudian ada seorang kawan akan berlari di atas belakang mereka membuat pusingan yang panjang. Yang ini saya suka! Sebab nampak sangat mereka perlu pantas dalam membuat keputusan secara berkumpulan. Kesilapan kecil individu boleh membuatkan satu pasukan kalah.

Acara disambung dengan 6 kaki gergasi. Ini juga menarik! Setiap kumpulan harus bekerjasama bagi membolehkan 6 kaki bergerak serentak. Berbagai-bagai taktik digunakan untuk bergerak dengan sepantas mungkin. Lompatan skipping beramai-ramai juga sangat menyeronokkan. Perlu ada kesatuan semasa beraktiviti.








Acara lain yang ada adalah digging bola tampar berkumpulan, membaling dart, menyusun jigsaw puzzle gergasi, sepak bola ragbi dan lari berganti. Namun yang bagusnya mengenai sukan di sekolah ini adalah, ianya betul-betul melibatkan penyertaan daripada semua pelajar dalam setiap kelas. Tak kira apa saiz, semua bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik untuk pasukan masing-masing.


Acara selesai pada jam 3.30 petang, selepas berehat pada jam 1. Sporting habis cikgu-cikgu nya untuk acara pegawai. Jom jemput tengok video camna pelajar-pelajar di Korea nih bersukan. 




Saya pula bergerak pulang dari sekolah lebih awal kerana akan naik bas untuk ke Seoul pada jam 5 petang. Dari rumah saya, berjalan kaki ke stesyen subway yang terdekat dan terus menuju ke stesyen utama di Dongdaegu Station yang menempatkan Stesyen KTX (Keretapi laju) dan juga Stesyen Bas Dongdaegu. 

Untuk kali ini saya cuba menaiki bas untuk ke Seoul. Harga tiket dari Daegu ke Seoul adalah lebih kurang 25 000 Won, yang bersamaan lebih kurang RM90 satu hala perjalanan. Perjalanan bas akan mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 jam bergantung kepada trafik. Tetapi harus diingat, di Korea, ada laluan khas untuk bas disediakan. Maka bas akan bergerak lebih pantas daripada kereta pada sesetengah tempat. 




Manakala jika menggunakan KTX, keretapi laju hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja dari Daegu nak ke Seoul. Harga tiket adalah lebih mahal sekali ganda dan kebiasaannya tiket perlu ditempah lebih awal. Sangat laku! InshaAllah, lain masa saya cuba naik keretapi laju nih plak. Nak ambik pengalaman.  

So, sekolah akan bercuti untuk 5 hari bersempena dengan Chu-Seok Day (Thanksgiving Day). Bagi orang Korea, Chu-Seok adalah masa untuk mereka balik kampung dan berkumpul bersama ahli keluarga sambil makan-makan. Ok, esok tunggu cerita saya di Seoul pula!





Sabtu, 26 September 2015

80 Hari di Korea : Hari 15 (Raya Haji, Malaysia dan Beautiful Nara)

Hari nih hari raya Aidiladha. Memang tak terasa langsung sambutan di Daegu, Korea Selatan nih sebab Muslim tak ramai. Kalau tak salah saya, hanya lebih kurang 5000 daripada 3 juta penduduk bandaraya Daegu nih. Tu pun sebab orang luar yang datang bekerja atau belajar di sini. Macam saya. Dari internet, katanya ada Daegu Islamic Centre. Tapi sampai ke hari nih blom saya sampai lagi. InshaAllah Jumaat depan saya nak cuba pegi sembahyang Jumaat. Itu pun kalau cukup orang.





So saya ke sekolah macam biasa. Hari hujan. Sejuk jugak lah jalan pagi-pagi. Sampai saja ke sekolah dimaklumkan oleh seorang cikgu Bahasa Inggeris, dia nak kami perkenalkan dan bercerita pasal Malaysia kat budak-budak kelas dia. Wahh.. sangat dialu-alukan. Lagipun sebelum nih budak-budak Korea nih tak banyak berinteraksi dengan kami sebab masalah bahasa. Jadi peluang ini boleh digunakan dengan baik. Sebab ada translator!


Kami memperkenalkan diri masing-masing. Cukup sekadar nama panggilan, Hailmi Songsaenim (cikgu) dan kwahak (sains) songsaenim. Pastu kami tanya mereka di mana Malaysia, sebab dalam peta dunia di English Classroom yang kami duduk nih, peta Malaysia ditanda dengan Singapura. Hmmm.. Nasib baik ada juga yang tahu. Indonesia memang mereka dah tahu sebab tahun lepas sekolah ini menerima guru pertukaran dari Indonesia.



Cari Malaysia di Peta Dunia

Kemudian mula bercerita beberapa perkara mengenai perbezaan cuaca. Cuaca Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun, manakala Korea pula dengan 4 musim yang berbeza. Bagi mereka adalah sangat pelik jika hujan untuk masa yang sebentar. Kerana di sini, hujan nya akan turun lebih panjang masanya. Kadang-kadang sehingga 1 hari.


Makanan istimewa Malaysia juga diceritakan kepada mereka. Nak bagi tak serabut nak bercerita, kami sebut makanan kegemaran rakyat Malaysia adalah NASI LEMAK. Senang kan? Semua bangsa pun makan. 

Mereka tanya saya apa makanan Korea kegemaran saya. Hu3.. nak sebut kimchi, rasanya macam cliche sangat pula. Maka saya sebut lah pa-jeon, iaitu lempeng sayur. Tapi memang sedap juga lah pa-jeon tu. Ala-ala cucur udang.



Pajeon - Lempeng sayur Korea

Bila sebut bab buah, hampir semua sebut yang mereka sukakan MANGO! Wahh.. glamer rupanya mempelam di Korea nih. Bagi saya yang depan rumah belakang rumah semua ada mempelam, memang agak melucukan bila dengar ini buah kegemaran. Tapi biasa lah, benda yang kita selalu makan, memang ler tak terasa kesedapannya tu. 

Ada juga yang tahu mengenai DURIAN. Berbau kuat tetapi tak ramai yang merasa lagi makanan tersebut. Saya maklumkan kepada mereka, yang Pengetua mereka sukakan durian.

Di Korea pula, boleh lihat banyak buah epal, pear dan pic yang saiz gedabak besar-besar. Tambah-tambah lagi epal yang memang merupakan antara buah utama di Daegu suatu ketika dahulu. Boleh tengok video saya ke Seomun Market untuk tengok saiz-saiz buahnya. 






Satu daripada kelas yang kami pergi, akan mewakili sekolah ke pertandingan koir. Tak pasti pula untuk peringkat apa, tapi pertandingan akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Cikgu tersebut juga mengajak kami bersama-sama untuk memberi sokongan kepada pasukan sekolah Daegu Girls Commercial High School. Tak sabar nak tengok!





Jadi bagi menghormati kehadiran kami ke kelas mereka, maka mereka membuat satu persembahan dengan tajuk lagu 'Beautiful Nara' atau pun bermaksud "negara yang cantik". Pada hari persembahan nanti pula, pelajar akan memakai Hanbok, pakaian tradisional Korea. Wah.. lagi tak sabar nak tengok!


Sebelah petangnya kami bersama Guru Mentor, Kim Songsaenim menaiki bas. Tujuannya dia nak ajar menggunakan pengangkutan bas dan subway yang ada di Daegu nih bagi memudahkan pergerakan kami. Dari tempat kami tinggal, memang kemudahan bas dan subway sangat lah mudah dan menyenangkan. Lagi best, tiket adalah percuma jika masa perjalanan kurang daripada 30 minit!




Rabu, 23 September 2015

80 Hari di Korea : Hari 14 (Observe Kelas Sains Korea)

Saya gembira pada hari ini kerana berpeluang untuk observe cikgu-cikgu Sains di Korea. Memang teringin nak tengok sangat memandangkan pendidikan Korea memang terkenal dengan kualiti pendidikan antara yang terbaik di dunia. Jadi peluang hari ini akan digunakan dengan sebaik mungkin bagi berkongsi dengan cikgu-cikgu Sains di Malaysia juga.





Kelas Korean Language
Sebelum ke kelas Sains, kami berpeluang untuk observe kelas Bahasa Korea terlebih dahulu. Teknik pengajaran mereka sebenarnya tak jauh beza dengan teknik pengajaran cikgu-cikgu di Malaysia, cuma ada beberapa perbezaan kecil sahaja. 




Guru mulakan dengan menulis tajuk dan objektif pembelajaran di papan putih. Gurunya juga sangat confident dan secara kasarnya saya boleh katakan mereka sangat celik IT. Setakat nak operate video camera dan computer di kelas, rasanya semua reti kot. 



Sejak daripada hari pertama dan kedua kami observe, dapat diperhatikan hampir semua kelas kami masuk merakamkan pdp mereka. Semua lapisan cikgu, tak kira junior atau senior pandai mengendalikan sendiri video kamera ketika pdp berlangsung. Bila ditanya baru lah kami tahu, setiap sebulan sekali, semua guru akan berhimpun dan menonton video-video pengajaran guru lain. Kemudian mereka akan mencadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi kelas tersebut.




Nampaknya mereka mengamalkan PLC, Profesional Learning Communities dengan baik sekali. Kaedah yang digunakan ini adalah Video Critique. Memang terbaik! Patut ler masing-masing mengajar dengan terbaik sepanjang berlangsungnya pdp.


Kelas Sains
Kelas Sains yang saya masuk ini berlangsung di dalam kelas. Jika lebih spesifik, ianya adalah bagi subjek Biologi. Mula-mula ingatkan akan ke makmal Sains, sebaliknya kelas hanya berlaku di dalam bilik darjah sahaja. Disebabkan pelajar akan menghadapi peperiksaan, maka pdp adalah lebih kepada ulangkaji dan latihtubi kepada pelajar. 

Sekalipun hanya sekadar kelas latih tubi dan ulangkaji, guru masih mengekalkan ciri pdp yang kami perhatikan. Kelas dimulakan dengan menulis tajuk dan objektif pembelajaran terlebih dahulu. Kemudian sedikit set induksi ringkas dan disusuli dengan perkembangan idea melalui teknik soal jawab.




Aktviti penting iaitu pembelajaran secara kolaboratif sesama rakan, memang wajib ada. Saya cuba melihat juga bahan lain yang dipunyai oleh pelajar. Buku teks ada, tetapi tidak digunakan semasa pdp berlangsung sekarang. Buku teks pula saya lihat lebih kepada ensiklopedia dan konsep majalah. 

Walaupun tak faham Bahasa Korea, tapi saya cuba melihat buku teks Biologi mereka. Daripada pemerhatian saya yang buat-buat faham nih, saya dapati buku pembelajaran mereka dibahagikan kepada beberapa tema. Ada tema benda hidup, ada tema gerakan, ada tema mikroorganisma. Lebih kurang ler..












Dan setiap tema ini dibahagikan kepada beberapa bab serta subtopik yang lebih kecil. Sebagai contohnya, ada bab mengenai sel yang kemudiannya dikembangkan kepada jenis-jenis sistem, bab neuron yang dikemudiannya dikembangkan kepada otak, tindakbalas fizikal dan tindakbalas kimia, seperti hormon. Bab mikroorganisma dimulakan dengan virus bakteria, kemudiannya dikembangkan kepada jangkitan darah dan penyakit.

Seperti juga subjek Bahasa Inggeris yang saya observe pada 2 hari lepas, subjek Biologi juga mengintegrasikan dunia antarabangsa ke dalam sukatan pelajaran nya. Mereka tidak hanya bercerita mengenai penyakit di Korea sahaja, tetapi sehingga ke negara antarabangsa. Jadi pelajar mereka memang dah sedia ada pengetahuan mengenai dunia luar. Lebih bersikap terbuka.






Saya perhatikan juga pada buku teks mereka, tidak ada banyak sangat eksperimen/ aktiviti. Sebagai contohnya bagi topik Gerakan, yang mempunyai 4 subtopik dalam 23 muka surat, hanya ada 11 aktiviti atau eksperimen bagi topik berkenaan. Kalau nak bahagi aktviti dan eksperimen di makmal, rasanya jauh lebih sikit. 

Di setiap akhir bab, akan ada peta minda, nota ringkas dan juga latihan sebanyak 1 mukasurat. Saya difahamkan juga pelajar sangat jarang diberi kerja rumah. Kekangan masa, kadang-kadang ada yang ke sekolah sehingga 10 malam menyebabkan kerja rumah adalah sesuatu yang tidak realistik di Korea. So latihan hanya dibuat di dalam kelas. Jadi takde masalah pelajar tak siapkan kerja rumah!






Oleh kerana sesi pdp tidak berlangsung di makmal, maka saya mohon daripada guru berkenaan untuk membenarkan saya ke makmal Sains. Nak jugak tengok apa yang ada kat dalam makmal Sains mereka. Canggih sangat ke.

Rupanya makmal Sains mereka sangat kecil jika dibandingkan dengan makmal Sains di Malaysia. Dan hanya ada 1 sahaja makmal Sains di sekolah ini untuk dikongsi bersama 10 kelas. Oh ya! Hanya pelajar Grade 2 (Tingkatan 5) sahaja yang belajar mengenai Sains. Dan daripada jadual yang terdapat pada makmal, satu kelas hanya ada peluang satu kali untuk masuk makmal bagi setiap minggu.








Meja juga tidak disusun seperti yang biasa kita lihat di makmal sains di Malaysia. Bilik bagi persiapan guru dan juga bahan pelajar turut disediakan di sebelah makmal. Kelihatan beberapa model sains yang bersaiz kecil juga ada diletakkan dalam almari yang berada di tepi dinding makmal.



80 Hari di Korea : Hari 13 (Observe Kelas di Korea II)

Sekali lagi hari ini saya akan diberi peluang untuk meng'observe' pengajaran cikgu-cikgu Korea. Jika semalam pdp bagi cikgu Business, English dan juga Commercial Design, pada hari ini kami berpeluang untuk melihat teknik pengajaran bagi cikgu Muzik, Korean History dan juga Physical Education, iaitu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.






Kelas Muzik
Kelas muzik diadakan di Bilik Muzik yang kedap bunyi. Maka sebarang bunyi dari alat muzik yang dimainkan pelajar tak akan didengar oleh orang luar. Subjek Muzik hanya dipelajari oleh pelajar Grade 2 sahaja, iaitu pelajar Tingkatan  5 jika di Malaysia. Pelajar Grade 3 lebih sibuk dengan persiapan untuk peperiksaan awam dan juga memohon pekerjaan sebaik tamat sekolah.

Untuk 10 kelas di Grade 2, hanya seorang guru Muzik dipertanggungjawabkan mengajar. Jika dilihat pada buku teks, pelajar akan mempelajari jenis-jenis muzik yang pelbagai. Antaranya adalah klasik, lagu antarabangsa, lagu pop dan tak lupa juga lagu-lagu tradisional Korea. Alat muzik yang diperkenalkan juga banyak, terutamanya yang tradisional Korea.





Pelajar diajar memainkan 'tanso' sejenis alat muzik tradisional Korea yang seperti seruling. Nak kata lebih kurang rekoder pun boleh jugak. Cuma agak susah untuk ditiup bagi menghasilkan bunyi. Mulut perlu dileperkan dan alat muzik perlu dicondongkan dengan sesuai, baru dapat menghasilkan bunyi yang dikehendaki. Saya ada cuba. Tapi langsung tak berjaya! he3..

Dalam masa yang lebih kurang 50 minit, pelajar juga diajar memainkan lagu favorite sepanjang zaman orang Korea, iaitu Ari-Rang. Walaupun ada pelajar yang terkial-kial, tapi diteruskan juga. Dan pelajar akan sambung latihan di rumah, atau pun semasa aktiviti kokurikulum nanti.





Oh ya.. Mereka juga tidak menggunakan sistem Do-re-mi-fa-so-la-ti-do untuk muzik mereka. Sebaliknya menggunakan istilah mereka sendiri dalam Bahasa Korea. Tapi bunyi nya tetap sama lah. :)



Kelas Korean History
Untuk kelas ini, rasanya sama seperti kelas Sejarah kita. Mula-mula menarik sebab persembahan cikgu nya yang bertenaga. Tapi lama kelamaan saya pula yang mengantuk sebab tak faham bahasa diorang dan juga banyak sangat perkataan.

Walaubagaimanapun, konsep pdp yang sentiasa berteraskan kepada kerja berkumpulan masih diamalkan. Mungkin disebabkan itu juga susunan meja dan tempat duduk adalah menepati keperluan Ciri-Ciri Susunatur Abad 21 yang memudahkan pelajar berkolaborasi.





Kelas Physical Education
Ini yang paling confius. Masa mula masuk kelas sehingga 20 minit pertama, kami tertanya-tanya, subjek apakah ini. Jika seperti yang dimaklumkan oleh Kim Songsaenim, guru Mentor, ini adalah kelas Physical Education, iaitu Pendidikan Jasmani. Akan tetapi kelas berlangsung di dalam kelas biasa, serta tak nampak langsung gambar-gambar atau apa-apa yang berkaitan dengan PJK.

Kemudian barulah dapat tangkap sket. Rupanya pengajaran cikgu nya pada hari ini adalah untuk pelajar mereka cipta sendiri gerakan semasa senam tari / senam robik. Jadi aktivitinya adalah pelajar boleh memilih sendiri lagu yang akan digunakan, dan setiap pelajar pula akan mereka satu gerakan bagi kumpulan masing-masing.







Saya lebih gembira kerana dimaklumkan oleh guru Mentor, esok saya akan diberi peluang untuk observe cikgu Sains pula mengajar. Yeay.. saat yang ditunggu-tunggu! Kita tunggu update untuk hari esok yer!







Selasa, 22 September 2015

80 Hari di Korea : Hari 12 (Observe Kelas di Korea)

Pagi-pagi hari nih Kim Songsaenim datang bagitahu kami berpeluang untuk observe kelas. Wah.. suka suka suka! Sebab saya memang dah lama menantikan peluang untuk melihat sendiri teknik pengajaran dan  pembelajaran di Korea. InshaAllah saya akan cuba manfaatkan dengan sebaik mungkin. Tetapi untuk hari ini, cuma kelas Business, English dan Commercial Design (Seni) yang saya akan observe.







Kelas Business
Subjek Business adalah merupakan subjek utama di sekolah saya ini. Memandangkan niche utama bagi sekolah Daegu Girls Commercial High School adalah bidang yang berkaitan dengan Business, maka melihat subjek ini diajarkan adalah merupakan satu keutamaan kepada pihak sekolah.

Kelas diadakan di makmal khas untuk subjek Business. Pelajar sama-sama mengucapkan selamat kepada guru. Bahan yang digunakan telah disediakan dalam pc masing-masing. Bermakna pelajar boleh terus membuat latihan dan pentaksiran pada masa yang sama. 





Yang uniknya adalah buku teks yang digunakan. Tidak seperti yang biasa kita lihat bagi buku teks biasa. Sesuai dengan penggunaan nya sebagai buku teks yang digunakan semasa penggunaan komputer, maka buku teks ini boleh diletakkan di atas meja seperti sebuah kalender. Bahan-bahan nya semua berwarna dan comel-comel lukisan nya.

Guru pula sentiasa ceria dan bersemangat sejak dari minit pertama hingga minit terakhir kelas berakhir, iaitu sepanjang 50 minit. Guru juga sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat, hampir ke seluruh kelas. Banyak interaksi berlaku antara pelajar dan guru, menyebabkan semua pelajar fokus kepada pengajaran.





Menariknya mengenai subjek ini adalah, pada sangkaan awal kami, subjek yang diajar adalah subjek ICT. Sebab pelajar diajar cara membuat jadual dan menukar beberapa warna jadual. Tapi selepas meminta penjelasan daripada guru tersebut, rupanya memang pelajar diajar menggunakan ICT untuk subjek Business. Maknanya ke arah menyediakan pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar. Tidak hanya pada teori business semata-mata.

Jadi tak hairanlah kenapa pelajar-pelajar daripada Daegu Girls Commercial High School nih sangat laku dalam pekerjaan selepas tamat dari sekolah.



Kelas English
Kelas kedua adalah kelas English. Seperti biasa, kelas bagi subjek English akan menggunakan English Classroom, bilik khas untuk subjek ini. Jika di Malaysia, bilik khas yang sama adalah Bilik SAL, Self Access Learning. 

Guru mulakan dengan menulis objektif pembelajaran di papan putih. Pelajar pula berada dalam kumpulan, bagi memudahkan aktiviti. Guru kemudiannya mula mengedarkan bahan edaran kepada setiap pelajar.





Agak mengejutkan apabila kelas Bahasa Inggeris ini diajarkan dalam hampir sepenuhnya dengan menggunakan Bahasa Korea. Pelajar menulis semula perkataan-perkataan English tadi kepada bahasa Korea, bagi memudahkan pemahaman mereka. Setiap patah perkataan. Lebih terkejut lagi kami dimaklumkan kelas ini adalah kelas terbaik bagi subjek Bahasa Inggeris untuk tingkatan tersebut.

Walaupun begitu, pengajaran guru dalam kelas adalah sangat menarik. Boleh dikatakan hampir 80% aktiviti dalam kelas adalah melibatkan penyertaan pelajar. Guru lebih bertindak sebagai fasilitator. 





Dan, yang paling saya suka adalah kerana integrasi yang wujud pada subjek itu tersebut. Contoh bagi subjek Bahasa Inggeris tadi, topik "Eat Healthy & Stay Fit" juga ada integrasi dengan subjek-subjek seperti Sains dan Geografi. Yer. Sebab mereka belajar mengenai budaya pemakanan masyarakat dunia yang lain juga. Jadi secara tak langsung, pelajar dah tahu mengenai pengetahuan am mengenai dunia melalui subjek ini.

Saya lebih gembira kerana di akhir pengajaran, cikgu English ini menayangkan video Makanan dari Malaysia. Wah! Bangga pula tengok makanan Malaysia diperkenalkan kepada anak-anak Korea. Like!



Kelas Commercial Design
Kelas ketiga adalah kelas bagi subjek Commercial Design, atau pun kelas yang sama dengan kelas Pendidikan Seni. Perkataan Commercial Design menunjukkan seni yang mereka pelajari adalah seni yang mampu dikomersialkan. Sebab tu bila tengok kepada hasil lukisan pelajar-pelajar ini, semuanya cantik-cantik dan comel-comel belaka. Ada nilai untuk dipasarkan.















Pelajar berada di bilik khas untuk subjek ini. Kagum juga lihat mereka melukis dan mewarna tanpa sebarang alas, tetapi masih kemas dan meja pun tak comot. Pili air dan sinki juga sedia ada dalam bilik. Maka tidak ada lelehan air di lantai sepanjang koridor.


Jemput tonton video sepanjang saya observe pada hari ini.





Hari pertama peluang observe cikgu-cikgu Korea ini membuka mata saya mengenai beberapa perkara. Ada yang baik untuk kita ambil buat pengajaran dan tambahbaik kualiti pengajaran kita dalam kelas. Sama-sama kita baiki yer!