.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Jumaat, 31 Julai 2015

Logo dan Tema Hari Kemerdekaan 2015

Bermula pada tahun 2015 ini juga, Hari Malaysia dan juga Hari Kemerdekaan tidak akan lagi menggunakan ulang tahun kali ke berapa, sebaliknya akan menggunakan tahun, iaitu 2015. Ini adalah bagi menyeragamkan sambutan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya adalah pada 16 September. Manakala tarikh 31 Ogos pula hanya melibatkan Tanah Melayu.


Logo dan Tema Hari Kemerdekaan 2015


Apa-apa pun, tema Sehati Sejiwa yang dipilih untuk tema Hari Kemerdekaan 2015 adalah bertepatan untuk mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia. Ianya juga melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Saling bantu membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri dilanda malapetaka dan bencana. 



Sistem Traffic Light Dalam Pertukaran Guru

Pertukaran guru bermula pada Jun 2015 akan menggunakan sistem traffic light untuk permohonan secara online melalui e-GTukar. Samada peringkat daerah, bahagian, atau negeri, sistem 'traffic light' ini akan membantu guru memilih negeri untuk bertukar berdasarkan kepada indikator warna yang dipaparkan dalam sistem tersebut.

Wanra hijau yang dipaparkan dalam sistem bermaksud terdapat kekosongan, manakala warna merah bermaksud penjawatan telah diisi penuh. Pejabat Pendidikan Wilayah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri akan berperanan sebagai pembuat keputusan dan kelulusan bagi semua permohonan pertukaran. Manakala Kementerian Pendidikan adalah sebagai pembuat dasar dan penguatkuasa.


Sistem Traffic Light Dalam Pertukaran Guru
Sistem Traffic Light Dalam Pertukaran Guru

Kebaikan menggunakan sistem traffic light ini dalam pertukaran guru adalah membolehkan para guru melihat terus peluang untuk mereka bertukar. Ini akan membantu guru untuk memilih mana-mana negeri berdasarkan indikator warna yang dipaparkan. 


Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Ahmad Tajudin Jab berkata antara alasan yang dikemukakan semasa guru membuat permohonan adalah mengikut pasangan, sakit kronik dan ancaman keselamatan. Walaubagaimanapun, kelulusan permohonan pertukaran guru adalah bergantung kepada tiga perkara utama, iaitu keperluan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan juga keperluan opsyen di negeri yang dimohon.


Bagi sesi Jun 2015, sebanyak 16 296 permohonan pertukaran guru telah dibuat. Sebanyak 719 permohonan telah diluluskan. Proses pertukaran guru masih dilaksanakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan iaitu Prosedur Kualiti PK 02, Pengurusan Pertukaran Guru yang berlandaskan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2008. 


Permintaan ke negeri Kelantan adalah yang paling tinggi, diikuti Kedah dan Terengganu. Sehingga Jun 2015, pertukaran guru masih dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada Januari dan Jun setiap tahun. Permohonan pertukaran bagi Jun adalah bermula pada 1 April hingga 25 April, manakala permohonan bagi pertukaran Januari adalah bermula pada 1 September hingga 30 September. 


Sumber : http://m.utusan.com.my/berita/nasional/16-296-guru-minta-bertukar-sesi-jun-2015-1.106458



Rabu, 29 Julai 2015

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2015 : Zon Tengah

Seperti yang telah dimaklumkan pada entri sebelum ini, majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan mencipta video Liga Remaja Kreatif 2015 telah mula berlangsung. Zon tengah yang terdiri daripada penyertaan dari negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi zon pertama yang terlibat dengan majlis penyampaian hadiah.

Majlis berlangsung di MCMC Cyberjaya. Tengok kepada gayanya, memang nampak meriah sangat. Siap ada retis jemputan. Tapi, saya pulak yang tak kenal. Huhuhu. Sorry yer.. Jom kita tengok keputusan Liga Remaja Kreatif 2015 bagi negeri Selangor, Negeri Sembilan dan WIlayah Persekutuan Kuala Lumpur!



Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2015 Zon Tengah Negeri Selangor Negeri Sembilan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2015 Zon Tengah



Selangor
SMK Bandar Tasik Puteri


Wilayah Persekutuan KL
SMK Seri Hartamas


Negeri Sembilan
SDAR (Sekolah Datuk Abdul Razak)


Jutaan tahniah kepada para pemenang Liga Remaja Kreatif 2015 bagi Zon Tengah. Double tahniah juga kepada SMK Bandar Tasik Puteri yang telah berjaya mengekalkan kejuaraaan buat kali kedua. Tak lupa juga, Triple tahniah kepada pasukan SDAR (Sekolah Datuk Abdul Razak) yang telah berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ketiga. Hebat woo. 

Selamat maju jaya untuk ke peringkat kebangsaan nanti.



Sabtu, 25 Julai 2015

100 Idea Hiasan Kelas Sempena Kemerdekaan

Sempena bulan Kemerdekaan yang nak menjelang tiba, maka dah tentu ramai lah pelajar dan guru-guru yang sibuk mencari idea untuk menghias kelas. Sama ada bagi tujuan suka-suka atau pun kerana tujuan Pertandingan Kelas Tercantik Bulan Kemerdekaan, semua ini akan memberikan kepuasan yang tersendiri jika kelas yang ditadbir dapat membangkitkan aura Kemerdekaan. Guru gembira. Murid lagi gembira! Jom kita tengok 100 idea hiasan kelas bertemakan Merdeka.



100 Idea Hiasan Kelas Sempena Kemerdekaan



Pintu
Pintu memainkan peranan penting bagi sebuah kelas. Seumpama penyambut tetamu pertama yang akan memberikan ekspresi dan impresi mendalam kepada para pengunjung. Justeru itu, hiaslah pintu kelas anda cantik-cantik, sesuai dengan tema kemerdekaan kita kali ini.




























Papan Kenyataan
Tak lengkap jika ruang papan kenyataan tak hias dengan hiasan bertemakan Kemerdekaan. Beberapa gambar, artikel, kronologi Sejarah Kemerdekaan boleh dipaparkan bagi memberikan pengetahuan berguna kepada pelajar. Kata-kata pujangga bersempena merdeka juga boleh dimasukkan sekali.



























Sudut Khas
Bagi memberi kelainan, kehadiran Sudut Khas Kemerdekaan dalam kelas juga boleh memberi impak menarik kepada keceriaan kelas. Jika ruang dalam kelas tidak mencukupi, cukup lah sekadar menyediakan ruang khas di dinding untuk bahan bertemakan Kemerdekaan. Pasti kelas akan tampil lebih cantik, tertarik, menarik, kau memang da boom!






















































Tugu
Kehadiran tugu atau pun struktur binaan tambahan di dalam kelas juga ternyata akan membawa kelainan kepada kelas anda. Replika bangunan-bangunan ikonik di Malaysia seperti Menara Berkembar Petronas, Menara KL, dan rumah tradisional boleh memberi nilai tambah kepada kelas anda. Lebih menarik, jika bangunan bercirikan tempatan turut menyerikan kelas anda.



















Pendek kata, kelas tentu tampak jauh lebih menarik jika dihias indah bertemakan Kemerdekaan. Secara tak langsung juga dapat menaikkan mood pelajar dan guru sendiri untuk menyambut Hari Kemerdekaan dengan lebih rasa patriotik dan rasa cinta negara. Jom kita mula hias sekarang!


* Gambar-gambar hiasan yang saya kongsikan ini adalah gambar hiasan kelas daripada SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak untuk sambutan Kemerdekaan pada tahun 2014. Semoga memberi idea dan inspirasi kepada kita untuk menghias kelas dengan lebih menarik pada tahun ini.