.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Ahad, 28 Jun 2015

Pengalaman Jumpa Cikgu Yasmin Noorul Amin

Selesai ceramah saya di SMK Mergong, saya terus bergerak ke Kuala Lumpur untuk memenuhi satu lagi jemputan di sebuah sekolah di Kajang. Dalam perjalanan sambil-sambil melihat update di Facebook, tiba-tiba tergerak pula hati bermesej nak berjumpa dengan Cikgu Yasmin Noorul Amin. Kenal tak siapa Cikgu Yasmin nih?


Pengalaman Jumpa Cikgu Yasmin Noorul Amin


Cikgu Yasmin Noorul Amin nih adalah merupakan cikgu kimia di sekolah SM La Salle. Nama beliau mula dikenali selepas kejayaan beliau yang telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia, apabila telah tersenarai antara 50 guru terbaik dunia dalam satu pertandingan antarabangsa, iaitu Global Teacher Prize. 

Perkenalan dengan Cikgu Yasmin bermula di facebook apabila beliau menegur saya untuk bertanyakan mengenai Guru Cemerlang. Lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Kak Min, beliau betul-betul ambil peluang untuk mengutarakan pelbagai soalan yang mengelirukan dirinya selama ini, terutamanya yang berkaitan dengan Guru Cemerlang.


Pengalaman Jumpa Cikgu Yasmin Noorul Amin


Tidaklah saya nih arif sangat, tetapi boleh lah nak berkongsi mengenai sedikit sebanyak mengenai Guru Cemerlang. Apatah lagi carian di Google mengenai Guru Cemerlang, pasti akan membawa kepada blog saya melalui entri Panduan Memohon Guru Cemerlang : Fasa 1 dan juga 7 Kelebihan Jadi Guru Cemerlang

Kebetulan pula, semasa saya mahu ke Kajang, Cikgu Yasmin sedang berada di Terminal Bas Bersepadu. Maka saya ambil kesempatan untuk bertemu dengan beliau sebelum saya sendiri mencari tempat menginap di sana. Alhamdulillah, segala perancangan dipermudahkanNya. Pertemuan yang dijanjikan berjalan dengan lancar dan tanpa masalah.


Pengalaman Jumpa Cikgu Yasmin Noorul Amin


Ditemani suaminya, Kak Min memang seorang yang peramah dan mudah didekati. Walaupun baru pertama kali berjumpa, tetapi banyak pula perkara yang kami bualkan. Pertemuan singkat, tapi penuh bermaklumat. Sempat juga kami berkongsi beberapa pendapat mengenai isu pendidikan di Malaysia. Tak lupa juga perkembangan terbaru mengenai perjalanan kerjaya beliau dan juga saya sendiri. 

Kejayaan Cikgu Yasmin di peringkat dunia ini sudah pasti membuka banyak mata mengenai kualiti dan kemampuan guru-guru kat Malaysia. Nampak tak, betapa hebat dan standardnya cikgu Malaysia dalam kalangan pendidik dunia.

Untuk Kak Min, saya ucapkan semoga terus berjaya dalam perjalanan sebagai seorang guru. Pedulikan kata orang dan teruskan memberi inspirasi kepada lebih ramai guru dan murid.. Saya support! ;)



Sabtu, 27 Jun 2015

Ceramah Sains PT3 di SMK Mergong

Cuti persekolahan saya kali ini diisi dengan sesi ceramah di SMK Mergong, Alor Setar. Tak sampai hati pula nak menolak pelawaan daripada pihak sekolah. Apatah lagi saya sendiri blom ada apa-apa perancangan pada musim cuti sekolah ini, kecuali pada minggu kedua. Maka saya terima atas dasar nak berkongsi ilmu dan juga mencari pengalaman baharu.


Ceramah Sains PT3 di SMK Mergong


Sesi ceramah diadakan di Makmal Komputer dan disebabkan ramai sangat pelajar, maka mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan. Juga bermakna, ada 2 sesi yang saya perlu siapkan bagi kedua-dua kumpulan. Penggunaan meja di makmal komputer sebenarnya agak membataskan pergerakan saya untuk berada lebih hampir dengan semua pelajar. 


Ceramah Sains PT3 di SMK Mergong


Ceramah Sains PT3 di SMK Mergong


Ceramah Sains PT3 di SMK Mergong


Ceramah Sains PT3 di SMK Mergong


Ceramah Sains PT3 di SMK Mergong


Ceramah Sains PT3 di SMK Mergong


Ceramah Sains PT3 di SMK Mergong


Ceramah Sains PT3 di SMK Mergong


Ceramah Sains PT3 di SMK Mergong


Ceramah Sains PT3 di SMK Mergong


Walaubagaimanapun, semakin lama berlangsungnya sesi, semakin rancak pula interaksi antara pelajar dengan saya. Ramai yang berani dan cuba menjawab soalan semasa sesi perkongsian berlangsung. Ini saya suka!


Ceramah Sains PT3 di SMK Mergong


Maka saya doakan adik-adik saya di SMK Mergong ini semoga mendapat keputusan yang cemerlang untuk PT3 pada bulan Oktober nanti. Amin!

Ucapan terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan buat pihak sekolah, terutamanya Panitia Sains yang sudi menjemput saya memberi ceramah. Sebarang kekurangan daripada pihak saya, saya mohon ampun dan maaf. InshaAllah jika ada kesempatan, kita akan jumpa lagi di masa akan datang. 



Jumaat, 26 Jun 2015

Program Familiarization 2015 di Pusat Sains Negara

Saya terpilih untuk mengikuti satu program yang dianjurkan oleh Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU), iaitu Program Familiarization. Mulanya, saya sendiri pun tak pasti apa kandungan programnya. Cuma agak kebetulan juga saya baru pulang daripada Seminar STEM di RECSAM, maka saya jangkakan tentu lebih berfokus kepada perkembangan perkara-perkara seperti STEM.





Bagi Program Familiarization ini, pihak Pusat Sains Negara telah memilih 3 orang guru daripada setiap PPD dalam JPN Kedah. Ada juga rakan guru yang datang sejauh dari Langkawi dan Sungai Petani ke tempat kursus ini, iaitu di Pusat Sains Negara yang bertempat di Gunung Keriang, Alor Janggus ini. Pusat Sains Negara ini lokasinya terletak bersebelahan dengan Muzium Padi.


Bagi slot pertama, kami diperkenalkan tentang Pusat Sains Negara dengan lebih lanjut oleh Cik Marziana, iaitu salah seorang staf di sini. Diceritakan sejarah pembinaan dan juga tujuan kenapa ditubuhkan Pusat Sains Negara ini. Kemudian diketengahkan lagi dengan apa yang ada dalam Pusat Sains Negara itu sendiri. 









Terdapat 5 galeri pameran yang ada, iaitu Islam dan Sains, Disaster Area,  Science Mall, Kids Pavilion dan Outdoor (landskap). Walaubagaimanapun, kadang-kadang ada juga dianjurkan pameran yang bertema pada musim tertentu. Sebagai contoh, tema Energy World.

Dan sebenarnya, ada banyak lagi program pendidikan yang dianjurkan oleh Pusat Sains Negara ini. Program pendidikan ini dibahagikan kepada 2, iaitu Program Jangkau Dalam dan juga Program Jangkau Luar.


Program Jangkau Dalam
Program Jangkau Dalam adalah program yang dianjurkan terus di Pusat Sains Negara. Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh anda dapat jika mengikuti program jangkau dalam ini.

Program Sekolah
Prasekolah - Saintis Tunas
Sek Men dan Sek Rendah - My Lab (CheMagic, Sains Forensik), Kem Science, Rocket Air

Program Awam 
Science Show
Science Busking

Program Khas
Festival Sains (dijangka pada bulan Oktober)


Program Jangkau Luar
Manakala bagi Program Jangkau Luar pula dikendalikan oleh Skuad Sains Utara di luar daripada kawasan Pusat Sains Negara. Nak buat kat sekolah anda pun boleh! Antara program yang boleh diadakan adalah.

Program Tempahan
Pameran
Science Show
Science Busking

Program Kerjasama
Karnival Minggu Sains (kerjasama dengan JPN, BTP dan Kerajaan Negeri)


Ini saya senaraikan siap-siap antara program dan aktiviti menarik lain yang bakal diadakan pada tahun 2015 di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara ini. Yang mana dekat boleh lah jemput datang. Kalau berminat dan nak dapatkan maklumat lebih lanjut, boleh terus menghubungi Pusat Sains Negara.


Special Science Day (26-28 Julai)
Festival Kreativiti dan Nano (10-17 Ogos)
Festival 'Encik Robot' (10-13 Oktober)
Science Kids (23-27 Oktober)

Program Guru (Familiarization) (26 Mei)
Program Guru (Professional Development) (29-31 Julai)
Program Guru (Penempatan Pendidik) (23 Nov - 13 Dis)


Sesi kedua pula lebih menarik kerana melibatkan penyertaan aktif daripada guru-guru. Beberapa aktiviti menghasilkan alatan yang mudah dengan menggunakan konsep Sains yang asas. Boleh juga digunakan bagi aktiviti Sains yang menarik dengan para pelajar di sekolah nanti.


Zat Besi Dalam Makanan
Cornflake dimasukkan dalam bekas plastik dan dihancurkan. Tambah air untuk melarutkannya. Guna magnet untuk menarik zat-zat besi yang ada dalam bekas tersebut. Boleh nampak jika anda perhatikan betul-betul!










Kromatogafi
Celup coklat m&m ke dalam air dan letakkan di atas kertas turas. Boleh nampak kesan pewarna yang tinggi dalam coklat tersebut. Beberapa warna asas pun anda boleh nampak!






Pom Pom Shooter
Ikat belon, dan gunting bahagian hujung bagi membuat satu bukaan. Pasangkan pada bahagian bawah cawan plastik yang sudah dipotong. Gunakan bebola sebagai 'peluru'. 











Sesi pada sebelah petang pula kami dibawa untuk mencuba sendiri pengalaman pembelajaran Sains di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara. 


Science Show
Pertunjukkan Sains diadakan pada ruangan yang telah disediakan. Ada hos dan staf yang mengendalikannya secara cara demonstrasi dan juga menerangkan konsep Sains yang terlibat. Antara yang dipertunjukkan adalah sabun dan tangan berapi.











Lawatan ke Galeri Pameran
Ada 6 galeri pameran yang boleh dilawati, termasuk galeri bertema. Disebabkan saya sendiri sudah banyak kali ke sini, dapat diperhatikan banyak galeri yang sudah dibaikpulih dan ditambah lebih banyak lagi aktiviti yang menarik. Ada kemajuan!
















Sains Forensik
Aktiviti yang paling menyeronokkan! Guru diberi tugasan bagi menyelesaikan kes pembunuhan berdasarkan bahan bukti yang diberi. Tugas mengumpul bahan bukti dan juga mengenalpasti pembunuh sememangnya agak mencabar. Banyak sangat tengok cerita CSI, menyebabkan otak nih terfikir banyak sangat drama pembunuhan yang penuh dengan teori dan konspirasi. Ha ha ha. Tapi memang terbaik lah!













Kesimpulannya, Program Familiarization yang dijalankan oleh Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara ini memang mencapai objektifnya. Program ini berjaya mendedahkan guru-guru dengan program pendidikan yang boleh dilaksanakan di sini atau pun di sekolah masing-masing. Banyak lagi benda yang kita boleh explore sebenarnya, sekalipun dah banyak kali kita berkunjung ke sini.

So kepada yang belum pernah datang, jom kita ke Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara!! ;)


Khamis, 25 Jun 2015

Ceramah Sains PT3 di SM Sultan Abdul Halim

Rasa teruja juga bila saya mendapat panggilan telefon daripada Cikgu Azizah, bagi berkongsikan sedikit ilmu dengan anak-anak di SM Sultan Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai SEMSAH dalam kalangan pelajar SBP, dan sebagai Jenan dalam kalangan penduduk Kedah. Ini kerana, ini adalah pertama kalinya saya mendapat pelawaan ceramah daripada sekolah berasrama penuh.


Ceramah Sains PT3 di SM Sultan Abdul Halim


Dah tentu saya terima, bagi mengutip lebih banyak peluang dan pengalaman lebih luas dalam bidang ini. Walaupun sebenarnya, dalam hati, ada rasa banyak kekurangan yang masih perlu lagi saya perbaiki dan atasi. Tetapi, saya terima pelawaan ini sebagai menyahut cabaran untuk saya buat yang lebih baik.

Memandangkan pada sesi ceramah sebelum ini, kebanyakan audiens saya adalah terdiri daripada pelajar sekolah harian biasa dan SABK, maka bagi sesi ceramah ini, saya merasakan saya perlu lakukan sedikit perubahan pada sudut kandungan. Pendekatan bagi mereka tentulah tak sama dan berbeza. Lain padang, lain lah belalangnya.


Sesi berlangsung pada waktu malam. Itulah kelebihan yang dimiliki oleh pelajar sekolah berasrama. Malam pun boleh digunakan dengan penuh manfaat sekali. Kebetulan pula, sesi ceramah Sains ini adalah bagi mengisi slot terakhir untuk Program Motivasi PT3 2015 sebelum mereka balik bercuti ke kampung halaman masing-masing.


Ceramah Sains PT3 di SM Sultan Abdul Halim


Ceramah Sains PT3 di SM Sultan Abdul Halim


Ceramah Sains PT3 di SM Sultan Abdul Halim


Ceramah Sains PT3 di SM Sultan Abdul Halim


Ceramah Sains PT3 di SM Sultan Abdul Halim


Ceramah Sains PT3 di SM Sultan Abdul Halim


Ceramah Sains PT3 di SM Sultan Abdul Halim


Saya ambil kesempatan ini juga untuk mendoakan kejayaan cemerlang buat adik-adik calon PT3 di SM Sultan Abdul Halim ini. Teruskan berusaha dan buat yang terbaik untuk PT3 nanti! 

Tak lupa juga buat barisan guru-guru yang sudi memberi peluang kepada saya untuk berkongsi ilmu dengan adik-adik ini. Terima kasih yang tak terhingga atas peluang dan pengalaman berharga ini. 


Ceramah Sains PT3 di SM Sultan Abdul Halim