.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Khamis, 28 Mei 2015

Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh

Misi perkongsian ilmu saya di SM Imtiaz Ulul Albab Melaka tidak terhenti di situ sahaja. Minggu yang sama juga saya berkesempatan untuk berkongsi dengan sekumpulan rakan guru daripada sekolah agama swasta di Kuala Lumpur. Ini juga ceramah pertama saya bersama guru-guru untuk perkongsian mengenai Micro Teaching. Secara jujur, saya terima tawaran ini kerana peluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama rakan-rakan guru yang pada asasnya tidak pernah mendapat sebarang pendidikan formal dalam bidang pendidikan.


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Sesi ceramah ini diuruskan oleh Pengurusan Al-Amin dan kumpulan Musleh yang memiliki beberapa rangkaian sekolah agama swasta sekitar Kuala Lumpur. Seramai 62 orang guru daripada 9 buah sekolah agama telah hadir bagi sesi perkongsian ini. Pada mulanya dimaklumkan hanya dengan guru-guru yang baru mula mengajar di sekolah tersebut. Tetapi rupanya ramai yang nak mengikuti sesi perkongsian ini, termasuk juga guru-guru yang sudah mempunyai pengalaman mengajar lebih 10 tahun! Hu3..


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Sesi perkongsian dibahagikan kepada 2 bahagian. Sesi pertama adalah mengenai Pengurusan Bilik Darjah dan sesi kedua adalah mengenai Micro Teaching.

Sesi pertama saya lebih banyak kongsikan mengenai bagaimana menguruskan bilik darjah dengan berkesan,  rutin bilik darjah, masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Selain itu saya masukkan juga perkongsian mengenai ciri-ciri guru yang efektif dan juga dah tentu saya masukkan sekali dengan SKPM Standard 4 yang banyak memfokuskan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.



Sesi kedua pula saya fokuskan kepada Micro Teaching. Sedikit pengenalan mengenai micro teaching, ciri-ciri set induksi yang menarik, serta bagaimana mengembangkan pengajaran dan pembelajaran semasa proses tersebut berlangsung dalam kelas. 

Sesi kemudiannya lebih menarik, lebih hands-on apabila ada sesi bagi guru-guru berbincang memikirkan satu rancangan pengajaran sebelum tampil berkongsi mengajar di depan dewan. 

Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Selesai sesi perbincangan mengikut sekolah masing-masing, maka bermula lah sesi pembentangan micro teaching yang seperti mengajar di dalam kelas masing-masing. Saya cukup kagum sebenarnya melihat kan kesungguhan guru-guru ini memberikan yang terbaik semasa sesi perbincangan dan juga pembentangan. 

Walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam pendidikan, tetapi kesungguhan mereka sangat memberi kesan kepada saya. Sehingga kan saya terpikir, betapa ruginya apabila sebahagian daripada insan-insan yang telah dipilih menjadi guru tetap, tetapi melaksanakan nya dengan alang-alang sahaja. Alangkah lebih baik, jika mereka juga dapat menyerap semangat guru-guru ini.


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Sesi ini berlangsung dengan sungguh santai. Kebanyakkan mereka juga sungguh sporting, santai dan rileks. Hanya ada beberapa penambahbaikan kecil yang boleh dilakukan bagi menambahbaik lagi sesi micro teaching mereka. Terbaik!

Setelah selesai semua sesi, majlis penyampaian cenderamata kepada encik penceramah. Tetiba plak saya dijemput untuk memberikan Sijil Pencapaian kepada guru-guru rangkaian Al-Amin yang telah berjaya menamatkan semua modul dengan cemerlang dan kini layak bergelar pendidik di rangkaian Al-Amin dan Musleh. Tahniah!!


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Ceramah Micro Teaching bersama Guru dari Pengurusan Al-Amin / Musleh


Sesi tamat pada jam 4 petang. Dari saya, saya rasakan saya sudah melakukan yang terbaik bagi perkongsian bersama rakan guru di sini. Semoga sedikit perkongsian ilmu nih akan menjadi ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada guru-guru ini untuk dipraktikkan bersama anak-anak pelajar di sekolah nanti. Semoga berjumpa lagi! 




Sabtu, 23 Mei 2015

Teknik Penyoalan KBAT

Dalam menerapkan pdp yang berunsurkan KBAT, guru harus melaksanakan beberapa strategi berkesan bagi membimbing pelajar untuk juga berfikir secara KBAT. Antara salah satu teknik paling berkesan dalam memastikan pelajar juga berfikir secara KBAT adalah Teknik Penyoalan yang berkesan. Jom kita tengok bagaimana teknik penyoalan boleh membantu pembelajaran secara KBAT.


Teknik Penyoalan KBAT
Teknik penyoalan yang berkesan merangsang pembelajaran secara KBAT


Tujuan Menyoal
1. menilai pengetahuan sedia ada
2. menimbulkan minat
3. membina pemahaman yang mendalam
4. membina idealisme, sikap dan penghargaan
5. memantapkan pembelajaran
6. merangsang pemikiran kritis
7. mentaksir pembelajaran dan perkembangan murid
8. menjelaskan pemikiran
9. mencari sebab atau penjelasan
10. meneroka pandangan alternatif
11. menguji implikasi dan akibat


Ciri-ciri soalan yang berkesan
1. Bermatlamat (ditanya untuk mencapai tujuan tertentu)
2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dinyatakan)
3. Ringkas (dinyatakan dengan seberapa sedikit perkataan yang mungkin)
4. Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan tindakbalas)
5. Menyoal siasat (melibatkan soalan yang membawa kepada soalan yang berikutnya dan mencungkil secara mendalam)
6. Skop terhad (soalan yang mempunyai banyak bahagian yang mengelirukan)
7. Disesuaikan dengan tahap murid (sesuai aras dan berbeza-beza)


Memperkembangkan Kemahiran Menyoal Dalam Kalangan Pelajar
1. Guru perlu mengelakkan banyak bertanya soalan
2. Guru perlu mengalakkan murid bertanya lebih banyak soalan secara lisan dan bertulis
3. Guru perlu menggalakkan murid untuk menyoal murid lain semasa berbincang
4. Guru perlu menerima soalan yang diajukan
5. Guru perlu memberikan masa untuk membuat soalan susulan kepada murid
6. Guru perlu mengumpul, membincang, membina dan mengkategorikan soalan murid


Contoh Soalan Untuk  Menjelaskan Pemikiran
1. Bolehkah anda menjelaskan dengan lebih lanjut ... ?2. Apakah yang anda maksudkan dengan ... ?3. Bolehkah anda memberi saya satu contoh ... ?4. Bolehkah anda menjelaskannya dengan cara lain?5. Bolehkah anda menunjukkan saya cara ... ?

Contoh Soalan Untuk Mencari Sebab atau Penjelasan1. Mengapa anda terfikir bahawa ... ?2. Bagaimana kita tahu bahawa ... ?3. Apakah sebab-sebab anda ... ?4. Apakah bukti yang kita ada untuk ... ?5. Kenapa anda menyatakan sedemikian ... ?

Contoh Soalan Untuk Meneroka Pandangan Alternatif1. Bolehkah anda menyatakan pandangan anda dengan cara lain ... ?2. Adakah terdapat pandangan orang lain ... ?3. Bagaimana sekiranya ada orang lain mengesyorkan bahawa ... ?4. Apa yang perlu kita tahu sekiranya ... ?

Contoh Soalan Untuk Menguji Implikasi dan Akibat1. Apakah susulan daripada pernyataan anda ... ?2. Apakah pernyataan anda selaras dengan apa yang telah dinyatakan sebelum ini ... ?3. Apakah akibat sekiranya ... ?4. Adakah terdapat peraturan untuk ... ?5. Bagaimana anda dapat memastikan .... sama ada benar atau tidak?



Amalan baik untuk guru dalam menyoal
1. Soalan dirancang
2. Logik dan berurutan
3. Ditujukan kepada seluruh kelas / kumpulan
4. Seimbang antara fakta dan pemikiran
5. Memberi masa kepada murid untuk berfikir
6. Tidak berulang
7. Ditanya dalam nada perbualan
8. Direkabentuk untuk mendapatkan maklumbalas yang berterusan


Semoga perkongsian ini memberikan guru input berguna dalam memperbaiki pdp ke arah lebih berunsurkan KBAT dengan cara menambahbaik dari segi teknik penyoalan. Selamat maju jaya!



Ceramah Sains PT3 di SMK Ayer Hitam

Sekali lagi saya berpeluang untuk memberikan ceramah bersama-sama adik di daerah Kubang Pasu. Kali ini di SMK Ayer Hitam, yang letaknya hanya 10km daripada sekolah saya. Saya dihubungi oleh guru kaunseling sekolah tersebut, dan selepas beberapa kali berunding tarikh yang sesuai, maka pada 11 Mei, saya berkunjung ke sekolah berkenaan.




Sesi diadakan pada hari persekolahan, di sebelah petang. Kebetulan pula pada masa yang sama, pihak sekolah SMK Ayer Hitam mengadakan Program Peningkatan Akademik bagi pelajar Tingkatan 3. Ini adalah salah satu sesi yang ada dalam program tersebut.

Bilangan pelajarnya sangat ramai, 270 calon. Kesemuanya ditempatkan di dalam dewan sekolah. Keadaan dalam dewan agak panas kerana tidak mempunyai kipas dan aircond yang mencukupi. Semua berpeluh-peluh, termasuk encik penceramah. Ha3..








Saya cuba sebaik mungkin untuk menarik perhatian pelajar (yang ramai itu) dengan selingan video menarik. Beberapa kali juga saya cuba bergerak ke seluruh dewan bagi mengawal bunyi bising dan gangguan daripada pelajar yang berada di barisan belakang. Penat juga kerana hanya saya seorang berada di dewan pada ketika itu.

Walaubagaimanapun, sebilangan pelajar yang berada di barisan hadapan sangat menunjukkan minat yang tinggi kepada apa yang saya cakap. Penuh tumpuan diberikan. Terima kasih! 



 




Saya doakan juga semoga adik-adik calon PT3 di SMK Ayer Hitam ini berjaya dengan cemerlang dalam penilaian yang bakal berlangsung pada bulan Oktober nanti. Good luck!


Jumaat, 22 Mei 2015

Idea Perbincangan Jawapan Selepas Peperiksaan

Sesi perbincangan jawapan selepas peperiksaan merupakan satu lagi kaedah pembelajaran yang penting kepada pelajar dan guru. Perbincangan jika dijalankan dengan berkesan, mampu memberi impak positif kepada pengetahuan murid di samping memberikan input berguna kepada murid dan juga guru. Ini adalah sedikit perkongsian daripada aktiviti yang saya jalankan dengan pelajar semasa sesi perbincangan jawapan baru-baru ini. 




1. Pelajar berada dalam kumpulan kecil (3 - 5 orang)

2. Pelajar membincangkan jawapan yang paling tepat

3. Setiap kumpulan perlu memberikan satu set jawapan sahaja daripada perbincangan mereka tadi.

4. Guru membincangkan jawapan bersama pelajar sambil jawapan kumpulan tadi disemak.

5. Kumpulan yang tidak mencapai markah sasaran (bergantung kepada ketetapan guru, 40/50) akan didenda dan dihukum.

6. Selesai semua sesi perbincangan, baru lah kertas jawapan individu diedarkan.

7. Pelajar membuat pembetulan bagi jawapan yang salah sebagai kerja rumah.





Tempoh masa bagi menjalankan aktiviti ini adalah 2 waktu pdp dengan 40 minit bagi sesi perbincangan dalam kumpulan dan waktu selebihnya untuk perbincangan bersama guru. Walaubagaimanapun, tempoh masa ini juga bergantung kepada keperluan guru masing-masing. 

Kawalan guru semasa sesi perbincangan sesama pelajar adalah sangat penting. Guru lebih bertindak sebagai fasilitator dan juga membimbing pelajar dalam mendapatkan jawapan yang terbaik. Kawalan kelas yang lemah akan menyebabkan pelajar hilang tumpuan dan juga sesi pembelajaran tidak mencapai seperti yang dikehendaki.






Rasional daripada aktiviti ini adalah membolehkan perbincangan diadakan sebanyak 2 kali iaitu, sesama rakan sebaya dan juga bersama dengan guru. Guru dapat mengenalpasti kelemahan dan kekurangan pelajar semasa aktiviti perbincangan. Tindakan spesifik boleh dijalankan dengan lebih berkesan.

Sebagai penambahbaikan, guru bolehlah menetapkan pelajar daripada pelbagai aras untuk berada dalam kumpulan yang sama. Guru juga boleh mengadakan sedikit pertandingan bagi memotivasikan pelajar untuk mendapatkan markah yang tertinggi. 

Selamat mencuba! :)



Idea P&P Sains : Corak Medan Magnet Guna Penggosok Periuk

Idea yang sangat kreatif ini dikongsikan oleh Cikgu Aerra Syazilla dalam group Cikgu Sains Kreatif. Aktiviti digunakan bagi menunjukkan corak medan magnet dengan menggunakan penggosok periuk jenis besi. Kaedahnya mudah sahaja. Hanya guntingkan penggosok periuk besi tadi kepada bentuk yang lebih kecil. Kemudian masukkan ke dalam botol minyak baby oil dan letakkan magnet berdekatan dengan botol tersebut. Minyak digunakan bagi menggantikan air bagi tujuan supaya tidak berkarat. Anda boleh pelbagaikan lagi jenis magnet dan bar serta kutubnya bagi menunjukkan corak medan magnet yang lebih menarik. Selamat mencuba!


















Rabu, 20 Mei 2015

Jadual Kerja Pelbagai Instrumen Sejarah PT3 2015

Lembaga Peperiksaan melalui portal rasminya telah mengeluarkan Jadual Kerja pelbagai instrumen PT3 2015 bagi subjek Sejarah. Jadual kerja tersebut mengandungi butiran lengkap mengenai Perkara, Tarikh dan Tindakan pihak berkenaan dalam menguruskan pentaksiran pelbagai instrumen PT3 tahun ini. 


Jadual Kerja Pelbagai Instrumen Sejarah PT3 2015
Jadual Kerja Pelbagai Instrumen Sejarah PT3 2015

Berikut adalah butiran secara ringkas mengenai perjalanan pentaksiran PT3 2015:

29 Jun 
SU PT3 memuat turun Tugasan Pelbagai Instrumen PT3 Sejarah


5 - 16 Julai
Pentadbiran pentaksiran di sekolah (8 waktu pdp)


2 - 4 Ogos
Mesyuarat penyelarasan penskoran peringkat daerah


5 - 21 Ogos
Mesyuarat penyelarasan penskoran peringkat sekolah
Pemeriksaan dan Moderasi pertama oleh Ketua Pentaksir Mata Pelajaran


6 - 23 Sept
Kemasukan markah ke dalam Aplikasi PT3


2 - 5 Oktober
SU Peperiksaan mengesahkan markah 


Bagi Jadual Kerja Pentaksiran Pelbagai Instrumen Sejarah PT3 2015 yang lebih lengkap, sila DOWNLOAD di SINI


Jadual Kerja Pelbagai Instrumen Geografi PT3 2015

Lembaga Peperiksaan melalui portal rasminya telah mengeluarkan Jadual Kerja pelbagai instrumen PT3 2015 bagi subjek Geografi. Jadual kerja tersebut mengandungi butiran lengkap mengenai Perkara, Tarikh dan Tindakan pihak berkenaan dalam menguruskan pentaksiran pelbagai instrumen PT3 tahun ini. 


Jadual Kerja Pelbagai Instrumen Geografi PT3 2015
Jadual Kerja Pelbagai Instrumen Geografi PT3 2015

Berikut adalah butiran secara ringkas mengenai perjalanan pentaksiran PT3 2015:

15 Jun 
SU PT3 memuat turun Tugasan Pelbagai Instrumen PT3 Geografi


21 Jun - 3 Julai
Pentadbiran pentaksiran di sekolah (8 waktu pdp)


12 - 14 Julai
Mesyuarat penyelarasan penskoran peringkat daerah


20 Julai - 5 Ogos
Mesyuarat penyelarasan penskoran peringkat sekolah
Pemeriksaan dan Moderasi pertama oleh Ketua Pentaksir Mata Pelajaran


1 - 16 Sept
Kemasukan markah ke dalam Aplikasi PT3


2 - 5 Oktober
SU Peperiksaan mengesahkan markah 


Bagi Jadual Kerja Pentaksiran Pelbagai Instrumen Geografi PT3 2015 yang lebih lengkap, sila DOWNLOAD di SINI



Isnin, 18 Mei 2015

Ceramah Sains PT3 di SM Imtiaz Ulul Albab Melaka

Baru-baru ini saya berpeluang untuk memberikan ceramah di sebuah sekolah hebat, SM Imtiaz Ulul Albab Melaka. Secara jujur, ini adalah sekolah pertama yang saya pergi paling jauh untuk beri ceramah. Sebelum-sebelum ini, memang saya tolak. Jauh perjalanan. Penat. Tapi pelawaan daripada Cikgu Asnur ini tak dapat saya tolak, selepas saya tahu pelajar-pelajar ini adalah pelajar Tahfiz. Tak dapat nak menolak rasanya. Tak sampai hati. Maka saya terima tawaran tersebut dengan senang hatinya.


Ceramah Sains PT3 di SM Imtiaz Ulul Albab Melaka


Maka pada hari Khamis selesai sesi persekolahan pada sebelah petangnya, saya mula lah bergerak ke Melaka dengan menaiki bas. Pertama kali rasanya nih. Rasa sangat teruja nak berjumpa dengan anak-anak Tahfiz nih. Dah naik atas bas, terus tidur ler jawabnya. Nak berehat cukup-cukup sebelum sesi ceramah bersama mereka pada awal pagi Jumaat. Saya tiba di Melaka Sentral pada jam 6 pagi, dan disambut oleh Cikgu Asyraf. 

Kemudian terus bergerak ke SM Imtiaz Ulul Albab Melaka yang berada di Ayer Keroh. Perjalanan agak 30 minit daripada Melaka Sentral. Sekolahnya tak lah besar sangat, tetapi lengkap dengan segala keperluan bagi sebuah sekolah untuk beroperasi. Saya diberikan sebuah bilik bagi berehat dan melakukan persiapan untuk sesi pada jam 10 pagi nanti. 


Ceramah Sains PT3 di SM Imtiaz Ulul Albab Melaka


Oleh sebab rasa teruja nak berjumpa dengan adik-adik Tahfiz ini, maka saya dibawa oleh Cikgu Asyraf meronda ke kawasan sekolah. Sekolah terdiri daripada 2 blok bertentangan, satu digunakan sebagai asrama dan satu lagi digunakan sebagai blok kelas dan pentadbiran. Ada surau yang besar, yang mampu memuatkan semua pelajar sekolah ini. 


Ceramah Sains PT3 di SM Imtiaz Ulul Albab Melaka


Surau SM Imtiaz Ulul Albab Melaka


Ketika sesi lawatan saya pelajar-pelajar berada di Surau bagi sesi hafazan dari jam 8 pagi hingga 10 pagi. Masing-masing dengan cara dan teknik yang tersendiri. Seronok tengok mereka dan rasa betapa kagumnya melihat anak-anak ini menghafaz Al-Quran. Sempat jugak saya 'menemubual' beberapa pelajar mengenai kaedah yang mereka gunakan. OK. Cikgu tabik spring!! 


Anak-anak Tahfiz di Surau SM Imtiaz Ulul Albab Melaka


Anak-anak Tahfiz di Surau SM Imtiaz Ulul Albab Melaka


Anak-anak Tahfiz di Surau SM Imtiaz Ulul Albab Melaka


Daripada perbualan ringkas dengan Cikgu Asyraf, maka tahulah saya sekolah ini diasaskan oleh Dato Seri Zahid Hamidi di tanah wakaf kepunyaan mertuanya. Ini adalah sekolah tahfiz kedua yang dibina selepas yang pertama di Bagan Datoh, khusus untuk pelajar perempuan. Untung kan ada banyak duit nih.. alhamdulillah.


SM Imtiaz Ulul Albab Melaka ini sebenarnya menggunakan modul yang sama seperti model sekolah Imtiaz yang diasaskan oleh Dato Seri Idris Jusoh di Terengganu. Dan saya difahamkan SM Imtiaz Ulul Albab Melaka ini adalah sekolah model Imtiaz pertama yang berada di luar Terengganu. 

InshaAllah saya doakan lebih ramai hartawan-hartawan Islam di luar sana yang membuka lebih banyak sekolah sebegini di lebih banyak tempat di bumi Malaysia ini. Maka lebih ramai lah para intelek Islam yang profesional dan dalam masa yang sama juga adalah penghafaz Al-Quran. Hebat kan?


Anak-anak Tahfiz di Surau SM Imtiaz Ulul Albab Melaka


Serius. Semakin banyak saya tahu mengenai sekolah ini, semakin tak sabar saya nak berjumpa dengan para pelajar ini. Apatah lagi selepas dimaklumkan bahawa, majoriti pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang bakal mendengar ceramah saya ini merupakan pelajar yang sudah berjaya menghafaz 30 Juzuk Al-Quran. Allahuakbar.. Rasa kecik ja diri saya ini nak dibandingkan dengan mereka.


Saya bersiap awal di Bilik Mesyuarat bersama Cikgu Asyraf dan Cikgu Asnur. Bersedia awal bagi menanti kehadiran adik-adik nih dari Surau. Ternyata, sejuk jer hati melihat mereka mula masuk ke Bilik Mesyuarat. Nak menitis air mata melihat mereka.. Nak menangis ok.. Rasa malu dengan diri sendiri pun ada.. 


Ceramah Sains PT3 di SM Imtiaz Ulul Albab Melaka


Ceramah Sains PT3 di SM Imtiaz Ulul Albab Melaka


Saya rasa lebih bersemangat nak berkongsi kerana saya rasa inshaAllah ilmu yang dikongsikan ini mungkin bermanfaat untuk mereka. Mungkin membantu mereka semasa menjawab soalan nanti. Saya cuba yang terbaik, semoga jadi ilmu berguna untuk mereka.


Sesi berlangsung lebih laju daripada yang saya jangkakan. Maklumlah sebelum ini hanya terlibat dengan pelajar dari sekolah harian biasa, dan pelajar-pelajar kelas belakang. Tiba-tiba bila bersama pelajar bijak, maka cepat pula tempoh ceramah saya. Sempat juga saya memohon Cikgu Asnur supaya menyediakan kertas mahjung dan marker jika banyak sangat masa lapang yang ada, sebagai Plan B.

Ceramah Sains PT3 di SM Imtiaz Ulul Albab Melaka


Ceramah Sains PT3 di SM Imtiaz Ulul Albab Melaka


Ceramah Sains PT3 di SM Imtiaz Ulul Albab Melaka


Tetapi alhamdulillah, sesi soalan dan perbincangan berjalan dengan baik walaupun pada mulanya mereka lebih diam dan lebih banyak memerhati. Semakin nak habis ceramah, semakin aktif pula mereka terlibat dengan sesi perkongsian. Baru lah nak nampak sket perangai sebenar. He3.

Selesai ceramah saya minta untuk bergambar kenangan dengan mereka. Bukan selalu nak ke sini. Ye dak. Memang untuk kali pertama, tapi inshaAllah bukan untuk yang terakhir. Seronok rasanya dapat berjumpa dengan adik-adik yang hebat nih. InshaAllah jika diizinkan masa, saya pasti akan ke sini lagi bagi bertemu dengan mereka. Tunggu cikgu ok! ;)


Ceramah Sains PT3 di SM Imtiaz Ulul Albab Melaka


Ceramah Sains PT3 di SM Imtiaz Ulul Albab Melaka


Ceramah Sains PT3 di SM Imtiaz Ulul Albab Melaka


Ceramah Sains PT3 di SM Imtiaz Ulul Albab Melaka


Ceramah Sains PT3 di SM Imtiaz Ulul Albab Melaka


Terima kasih juga yang tak terhingga kepada pihak SM Imtiaz Ulul Albab Melaka, terutamanya Cikgu Asnur atas jemputan yang sangat berharga ini. Juga kepada rakan guru, Cikgu Asyraf yang banyak membantu memudahkan urusan saya di Melaka ini. Terima kasih banyak-banyak semua.. ;)