.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Ahad, 29 Mac 2015

Pertandingan Inovasi 2015 Peringkat Sekolah

Bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahukan transformasi dalam dunia pendidikan, maka pada bulan Februari yang lalu, sekolah saya telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Peringkat Sekolah. Bunyi nya seperti memerlukan begitu banyak komitmen. Namun berkat daripada usaha dan juga semangat daripada rakan guru, ternyata pertandingan ini memberikan sedikit sebanyak pendedahan mengenai inovasi kepada rakan guru di sekolah.

Pertandingan Inovasi 2015 Peringkat Sekolah
Pertandingan Inovasi 2015 SMK Jerlun

Semuanya bermula apabila suatu pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh PPD Kubang Pasu bersempena dengan sambutan Hari Guru peringkat daerah untuk tahun ini. Pertandingan diadakan bagi memilih inovasi guru yang layak untuk dipertandingkan semasa sambutan tersebut. Jika ada rezeki terpilih sebagai pemenang dan menepati kriteria pertandingan, maka inovasi tersebut akan mewakili Daerah Kubang Pasu ke peringkat negeri yang akan diadakan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri nanti. InshaAllah.

Pengetua SMK Jerlun, Puan Rogayah Talib mengambil inisiatif dengan mengadakan Pertandingan Inovasi peringkat sekolah terlebih dahulu, sebelum pemenangnya akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Maka untuk itu, semua 13 Panitia yang ada di sekolah saya, dikehendaki untuk menyediakan satu inovasi bagi bidang masing-masing.


Pertandingan Inovasi 2015 Peringkat Sekolah
En Rashid sebagai Juri Jemputan

Mulanya semua terpinga-pinga kerana tak pernah terlibat dengan sebarang pertandingan inovasi sebelum ini. Termasuk lah saya juga. Tetapi lama kelamaan didapati, ada Panitia yang sudah melakukan usaha yang lebih jauh daripada yang diharapkan. Maka selepas itu, kesemua bergerak seperti yang dikehendaki. Malah pada akhir hari pertandingan, hampir kesemua Panitia tampil dengan inovasi masing-masing, lengkap dengan kertas kerja dan juga powerpoint untuk pembentangan. Hebat!

Panitia Sains pula mendapat idea inovasi daripada hasil perkongsian di group Cikgu Sains Kreatif. Dam permainan bagi sistem pembiakan tumbuhan. Perkongsian tadi kemudiannya ditambahbaik dengan beserta tambahan beberapa elemen teknologi ICT bagi memberi kelainan. Terima kasih kepada guru yang telah mengkongsikan idea tersebut! Mudah ler sket kerja kami.. ;)


Geng Panitia Sains : Cikgu Tengku Jasmaliza, Cikgu Sharifah, Cikgu Ayu, Cikgu Hailmi dan Cikgu Fadhli

Sesi pembentangan diadakan di Perpustakaan SMK Jerlun. Tetamu jemputan pula adalah Encik Rashid daripada PPD Kubang Pasu, yang merupakan pegawai yang bertanggungjawab menguruskan urusan inovasi bagi daerah ini. Encik Rashid juga akan bertindak sebagai Juri yang akan mengadili pertandingan peringkat sekolah ini, selain daripada Puan Pengetua, Puan Rogayah Talib, PK HEM, Encik Mohd Noor, dan PK 1, Encik Othman.


Pertandingan Inovasi 2015 Peringkat Sekolah
Pembentangan inovasi ciptaan Panitia Sains

Satu persatu Panitia mula membentangkan hasil inovasi mereka masing-masing. Seronok pula rasanya bila mendapat pengalaman melihat rakan-rakan guru membentangkan hasil kerja mereka masing-masing. Melihat kreativiti rakan guru dalam bidang masing-masing, dan mungkin boleh diubahsuai ke dalam subjek lain yang berkaitan. Cukup mengujakan.

Antara perkara yang dijelaskan semasa pembentangan adalah seperti, isu awal yang menyebabkan tercetusnya inovasi, idea ringkas, kelebihan inovasi, kos yang diperlukan dan juga kesesuaian inovasi untuk digunapakai dalam menambahbaik pembelajaran dan pengajaran.

Selesai sesi pembentangan semua Panitia, kami mendapat sedikit komen dan penerangan daripada Ketua Juri, iaitu Encik Rashid mengenai kelebihan dan kekurangan inovasi yang dihasilkan. Sedikit sebanyak ini memberi idea dan membuka minda kami mengenai apa kehendak sebenar pertandingan inovasi ini. Pengalaman yang sangat baik.


Johan Inovasi SMK Jerlun : Panitia KHB
Johan Inovasi SMK Jerlun : Panitia KHB


Naib Johan Inovasi SMK Jerlun : Panitia Bahasa Melayu
Naib Johan Inovasi SMK Jerlun : Panitia Bahasa Melayu


Ketiga Inovasi SMK Jerlun : Panitia Prinsip Akaun
Ketiga Inovasi SMK Jerlun : Panitia Prinsip Akaun


Keputusan akhir, seperti yang diduga, dijuarai oleh Panitia Kemahiran Hidup yang tampil dengan inovasi "Mesin Penggaul Tanah". Ciptaan oleh Puan Shida, Puan Azimah dan Puan Siti Maryam. Memang dah dijangka daripada awal kerana inovasi tampil jelas dengan ciptaan nya yang mudah dan diperbuat daripada bahan terpakai. Tahniah diucapkan!

Seperti yang saya katakan sebelum ini, ternyata pertandingan inovasi ini menjadi pembuka mata kepada ramai guru sekolah saya mengenai keperluan untuk berinovasi dalam mentransformasikan bidang pendidikan di Malaysia. Ternyata para guru juga bukan hanya sekadar pendidik, malah juga seorang Pencipta!



Rabu, 25 Mac 2015

Penangguhan Peperiksaan Amali Sains Bagi Peperiksaan SPM 2015

Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui laman web rasmi nya telah mengeluarkan satu Surat Siaran bertajuk "Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 1 Tahun 2015 : Penangguhan Peperiksaan Pusat Amali Sains Mata Pelajaran Physics (Kod 4531), Chemistry (Kod 4541), Biology (Kod 4551), dan Additional Science (Kod 4561)Bagi Peperiksaan SPM 2015".


Penangguhan Peperiksaan Amali Sains Bagi Peperiksaan SPM 2015
Peperiksaan Amali Sains SPM 2015 ditangguhkan!

Antara kandungan surat siaran tersebut adalah menyatakan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri telah memutuskan peperiksaan pusat amali sains yang dijadualkan pada tahun 2015, akan ditangguhkan pelaksanaannya pada tahun 2016.

Justeru itu, untuk tahun ini format peperiksaan bagi subjek yang dinyatakan diteruskan dengan adanya Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3 yang masih dikekalkan format seperti tahun sebelumnya. 

Untuk maklumat lanjut dalam Surat Siaran, sila download di SINI.



Ahad, 22 Mac 2015

Tema Hari Guru 2015

Tema Hari Guru pada tahun 2015 ini adalah "Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak" telah mula diwar-warkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sejak bulan Februari yang lalu. Tema Hari Guru tahun ini yang lebih menumpukan kepada aspek pembentukan akhlak dan sahsiah murid berteraskan ilmu dilihat bertepatan dengan kehendak dan keperluan semasa masyarakat sekarang.


Tema Hari Guru 2015
Tema Hari Guru 2015 : Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Berikut adalah huraian kepada Tema Hari Guru 2015.

1. Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.


2. Peranan guru juga tidak terbatas hanya kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan pelajar serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.


3. Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.



Sumber : http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/files/Hari%20Guru%202015.pdf

EXTRA : Koleksi Tema Hari Guru 2015 - 1972 




Idea P&P Sains : Belajar Hidrokarbon Guna Bawang

Idea Sains kreatif ini dikongsikan oleh Cikgu Mohd Rohimi Siti Hajar. Idea nya mudah, hanya menggunakan bawang, tetapi sangat membantu pelajar untuk memahami pembelajaran dengan lebih mudah. Topik yang sesuai adalah bagi topik hidrokarbon, bagi subjek Kimia Tingkatan 5. Idea ini boleh juga digantikan dengan penggunaan bola ping pong, bebola polistyrene atau pun menggunakan plastisin. Tetapi pemilihan bawang adalah unsur yang lebih dekat dengan pelajar. ;)







Ini pula adalah hasil perkongsian daripada Cikgu Norlaila Ibrahim yang katanya diusulkan ideanya daripada Cikgu Harlina Habib. Sedikit tambahan pada struktur hidrokarbon tersebut dengan menggunakan bawang putih sebagai wakil kepada unsur Hidrogen. Tentu pelajar dapat nampak lagi dengan lebih jelas. Tahniah atas modifikasi dan penambahbaikan terhadap idea. Teruskan perkongsian.. 












Selasa, 10 Mac 2015

Idea P&P Sains : Nota Berwarna Sistem Perkumuhan Tumbuhan

Hasil kerja pelajar ini dikongsikan oleh Cikgu Farodiah Nazam dalam group Cikgu Sains Kreatif. Memang cantik melihat nota yang dihasilkan pelajar penuh dengan warna-warna ceria menunjukkan hasil usaha pelajar yang bersungguh bagi memberikan hasil yang terbaik. Tahniah kepada cikgu kerana berjaya memotivasikan pelajar supaya dapat memberikan hasil yang terbaik. Cikgu-cikgu lain mungkin boleh cuba atau ubahsuai untuk anak murid masing-masing mengikut tahap penguasaan masing-masing. 



















Isnin, 9 Mac 2015

Idea P&P Sains : Mitosis (Cut & Paste)

Idea pdp Sains ini dikongsikan oleh cikgu Shazzygurl Comey. Aktiviti adalah melibatkan konsep seakan-akan permainan jigsaw puzzle. Pelajar perlu Cut and Paste dan melengkapkan semula serta melekatkan dalam buku. 





















Idea P&P Sains : Kesan Pengukuran Unit Bukan Piawai

Idea kreatif ini pula dikongsikan oleh Cikgu Nur Ashikin Mohd Noor. Aktiviti adalah melibatkan di luar bilik darjah bagi topik pembelajaran pengukuran unit bukan piawai dan juga kesannya. Seharian berkurung dalam kelas, tentu pelajar akan teruja jika dalam melakukan aktiviti luar sebegini.



















Idea P&P Sains : Kolaj Sistem Urinari

Idea pdp Sains ini dikongsikan oleh Cikgu yang menggunakan akaun Facebook dengan nama gelaran Cha Cha Icha. Aktiviti pembelajaran ini menggunakan kaedah seni dalam penghasilan bahan untuk pembelajaran, iaitu menggunakan seni kolaj. Tampalan demi tampalan pada gambarajah menghasilkan kelainan pada gambarajah yang diwarnakan tersebut. Menarik untuk dicuba!















Idea P&P Sains : Kad Permainan Sistem Pembiakan Tumbuhan

Idea P&P sains kreatif ini dikongsikan oleh Cikgu Khairunnisa Mohd Amin. Aktiviti yang berkonsepkan kad permainan ini menggunakan topik Sistem Pembiakan Tumbuhan sebagai fokus pembelajaran. Mulanya nampak macam susah, tetapi selepas dibaca sedikit panduan yang disertakan, maka barulah jelas nampak cara permainannnya. Selamat mencuba!


kad dwilabel disediakan




'chong' dulu, bagi 7-8 keping untuk setiap member.. 1 group leh main 4-5 member...




guru letakkan kad yang pertama.. pelajar 'lat tali lat' @ 'osom' untuk tentukan giliran




cth: ini kad yang ada pada pelajar pertama
pelajar kena pilih yang boleh disesuaikan dengan kad primer yang diletak cikgu tadi.
Memandangkan ovul ialah bahagian betina bunga, 
kad yang boleh disambung mestilah kad yang ada bahagian betina juga.
Dalam kes ini, pelajar memilih untuk sambung sebelah bahagian jantan

p/s: jangan bagi orang lain nampak ye kad yang ada pada tangan awak!!




kada apa yang boleh disambung dengan kad primer?
jawapannya : pelajar boleh sambung dengan apa2 bahagian jantan bunga
dalam kes ini, pelajar pilih untuk sambung dengan kad berlabel stamen




Ini pula pilihan kad pelajar kedua
pelajar boleh pilih untuk sambung kad primer tadi
sama juga caranya, kalau nak sambung, mesti sambung dengan pilihan yang berakitan

game ini boleh uji kemahiran pelajar untuk mengingat bahagian bunga




dalam kes ini, pelajar kedua pilih untuk sambung kad primer - ovul dengan stil




kalo tak muat ruang, boleh pusing ke arah lain

dan teruskan..

sampai habis kad.. sape abis dulu, dia menang

in case kalau ada pelajar xde kad yang boleh disambung, pelajar akan miss a turn.. ;)



Selamat mencuba!