.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Sabtu, 28 Februari 2015

Idea P&P Sains : Piramid Nombor

Idea ini saya perolehi daripada Pinterest. Topik nya adalah bagi Piramid Nombor. Agak menarik perkongsian ini kerana pelajar berpeluang untuk membina sendiri Piramid seperti yang dimaksudkan. Semoga perkongsian mengenai Piramid nombor ini membantu guru  dalam menyediakan aktiviti Sains yang menarik kepada pelajar. Piramid disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Selamat mencuba!



Idea P&P Sains : Piramid Nombor
Versi Bahasa Inggeris


Idea P&P Sains : Piramid Nombor
Versi Bahasa Melayu





Idea P&P Sains : Model Pencernaan Manusia

Idea kreatif ini adalah hasil perkongsian Cikgu Istiaq Idris dengan pelajar nya. Arahan guru kepada pelajar adalah membuat model berkenaan sistem pencernaan dengan menggunakan inkuiri terbuka. Ini membolehkan pelajar untuk bebas beraktiviti serta lebih kreatif dalam menghasilkan model. Best!
















Idea P&P Sains : Kesan Antibiotik Terhadap Bakteria

Idea kreatif ini dikongsikan oleh Cikgu Shaza Ahmad. Disebabkan ketiadaan bakteria dalam stok makmal, maka dengan kreatifnya Cikgu Shaza menggunakan Yakult sebagai ganti. Tabung uji A mengandungi Yakult, manakala tabung uji B mengandungi Yakult dan antibiotik. Selepas 30 minit, kelihatan cecar lutsinar yang membuktikan bahawa bakteria mati. 



19 Tempat Menarik Untuk Lawatan Kelab Sains

Cadangan ini diperolehi daripada perkongsian rakan guru di Cikgu Sains Kreatif. Berikut disenaraikan beberapa tempat menarik yang boleh dijadikan cadangan bagi mengadakan lawatan untuk Kelab Sains.

19 Tempat Menarik Untuk Lawatan Kelab Sains


01) Pusat Sains Negara
02) Planetarium Negara
03) Petrosains
04) Taman Botani
05) Taman Negara
06) Paya Bakau
07) Gua Tempurung
08) Universiti
09) Hospital
10) Pusat Rawatan Air
11) MARDI
12) Langkawi
13) UPM (Muzium Neurologi)
14) Edupark, UPM
15) FRIM
16) Akuaria
17) Kompleks Falak Al Khawarizmi, Melaka
18) Muzium Anatomi UKM
19) Kilang Solar



Jumaat, 27 Februari 2015

Idea P&P Sains : Rantai Makanan

Idea genius ini dikongsikan oleh Cikgu Yanti Sulaiman. Katanya idea asal diperolehi daripada Pinterest. Mula-mula melihat terfikir juga apa yang cuba dikongsikan. Selang beberapa lama baru lah saya dapat kaitkan gambar tersebut dengan rantai makanan. Tahniah. Perkongsian yang sangat baik.







Idea P&P Sains : Mutasi Gen dan Mutasi Kromosom

Idea ini dikongsikan oleh Cikgu Noorhaslini Abdulllah mengenai topik mutasi gen dan mutasi kromosom. Beliau menggunakan kaedah membawa pelajar ke Pusat Sumber Sekolah bagi mendapatkan terus maklumat mengenai mutasi gen dan kromosom dengan menggunakan internet. Kemudian pelajar menjawab soalan yang disediakan melalui lembaran kerja.












Idea P&P Sains : Apron Sistem Pencernaan

Idea asal ini dikongsikan oleh Cikgu Mastura Muhamad Mokhtar. Idea dikreatifkan dengan menggunakan apron putih yang kosong sebagai bahan untuk dilukiskan sistem pencernaan manusia. Pembelajaran diteruskan dengan aktiviti learning walk dan diulang penerangan kepada pelajar-pelajar.











Ini pula adalah gambar yang dikongsikan oleh Cikgu Nur Adilah Che Arif. Idea dikreatifkan lagi dengan memberi kebebasan kepada pelajar untuk menggunakan apron, singlet atau tshirt lama sebagai platform hasil kerja. Nampak sangat pelajar-pelajar pun sangat gembira dengan hasil kerja mereka. Tahniah kepada cikgu dan murid! 


















Idea P&P Sains : Lagu Otak dan Hormon Manusia

Idea pdp Sains kreatif ini dikongsikan oleh cikgu Eyma Iris. Cikgu Eyma menggunakan lagu bagi tujuan memudahkan penghafalan murid-muridnya mengenai tajuk Otak dan Hormon Manusia. Satu pendekatan baik memandangkan pelajar memang suka perkara yang sebegini. Tahniah cikgu!



Untuk video, anda boleh tengok di bawah.







Idea P&P Sains : Kelas Makanan (kerat-tampal-warna)

Idea pdp kreatif ini dikongsikan oleh seorang guru yang menggunakan nama gelaran Facebook, Cat Kidnapper. Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti untuk pelajar tingkatan 2. Katanya pelajar tingkatan 2 sekolah lelaki pun boleh teruja dengan aktiviti sebegini. Aktiviti mudah, iaitu gunting, tampal dan warna. 

Cikgu Cat Kidnapper juga mengkongsikan beberapa perkara lain seperti, pdf worksheet didownload terlebih dahulu. Kemudian gambar diprint dalam bentuk besar seperti poster. Kemudian kepingan gambar tadi dicantum dan warna ikut arahan. Semuanya ada 8 kumpulan dengan aktiviti yang berbeza. Ini bagi mengelakkan pelajar meniru. Worksheet boleh diperolehi daripada http://www.nourishinteractive.com/kids/healthy-games 


















Idea P&P Sains : Kitar Nitrogen 2

Idea pdp Sains kreatif ini dikongsikan oleh Cikgu Nonie Ahmad dengan pelajarnya dari kelas 5UKM. Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan, dan mereka menghasilkan gambar rajah Kitar Nitrogen dengan kreatif dan membentangkannya di hadapan kawan mereka. Kemudian, set soalan kuiz diberikan kepada mereka untuk dijawab di dalam kumpulan tanpa merujuk buku nota / buku kerja. Masa yang diperuntukkan adalah sebanyak 4 waktu.