.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Sabtu, 31 Januari 2015

Idea P&P Sains : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Bagi pengajaran dan pembelajaran bagi topik "Cara Merawat Penyakit yang Berkaitan dengan Mikroorganisma", saya mencuba kaedah perbincangan dalam kumpulan buat pertama kalinya dengan pelajar di sekolah baru saya ini. Disebabkan dalam topik ini, ada 2 perkara yang perlu dinyatakan, iaitu Ubatan Tradisional dan juga Ubatan Moden, maka saya merancang persaingan bagi 2 kumpulan besar.



Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden
Idea pdp : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Disebabkan ini juga adalah untuk pertama kali saya adakan dengan pelajar-pelajar ini, maka ada beberapa perkara yang saya pertimbangkan dan perlu beri perhatian. 
1. Berkemungkinan mengambil lebih banyak masa untuk persiapan dan pembentangan.
2. Sesi pembentangan tentu akan berlangsung dengan hambar disebabkan mereka masih malu-malu, gementar dan kekok.
3. Bahan-bahan hias dan juga alatulis tambahan perlu dibekalkan jika mahu melihat hasil yang lebih menarik dan cantik


Kebetulan kelas pertama saya adalah dengan pelajar 5C. Kelas paling belakang dalam tingkatan, dan juga kesemua pelajarnya adalah pelajar lelaki. Kebanyakkan mereka terdiri daripada pelajar kategori lemah (dan nakal). Kawalan kelas perlu ditambah dengan lebih baik. Maka percubaan pertama saya ini adalah bagi mengukur sejauh mana kebolehan mereka untuk melakukan kerja dalam berkumpulan.



Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden


Bilangan pelajar adalah seramai 18 orang. Maka saya bahagikan kepada 4 kumpulan, iaitu 2 kumpulan akan membuat pembentangan mengenai "Ubatan Tradisional", dan 2 lagi kumpulan untuk "Ubatan Moden". Sengaja saya wujudkan persaingan di situ untuk membolehkan mereka lebih bersungguh-sungguh ketika membuat persediaan.



Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden


Kemudiaan sesi pembentangan dijalankan sebaik sahaja masa yang diberikan tamat. Saya menganggarkan lebih kurang 5 minit untuk sesi pembentangan bagi setiap kumpulan. Memang saya akui, setiap kumpulan kurang dapat membentangkan dengan baik. Selain itu, bahan yang dinyatakan dalam kertas mahjong juga hanyalah info yang diperolehi daripada buku teks semata-mata. 

Tetapi, ada juga baiknya. Mereka berusaha untuk membaca dan mendapatkan info daripada buku teks. Menunjukkan sikap bersungguh-sungguh untuk buat lebih baik berbanding rakan mereka kerana ada persaingan.



Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden


Gambar-gambar pembentangan tersebut saya kongsikan di facebook CiKGUHAiLMi dan juga group Cikgu Sains Kreatif. Alhamdulillah maklumbalas yang saya terima daripada rakan guru lain adalah sangat membantu.

Ada yang mencadangkan saya membawa artikel berkaitan dengan ubat-ubatan sebagai bahan bantu, atau membawa ubat-ubatan sendiri, atau membawa pelajar ke perpustakaan bagi mencari bahan bacaan berkaitan ubat-ubatan.



Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden


Maka untuk kelas saya yang seterusnya, dengan pelajar 5B saya telah menukar sikit kaedah pengajaran. Kali ini saya bawa mereka ke perpustakaan dahulu bagi mendapatkan beberapa buah bahan bacaan yang berkaitan. Kemudian mengikuti langkah lain seperti yang digunakan bagi kelas 5C.

Ternyata hasilnya adalah lebih baik. 



Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden


Sesi pembentangan kali ini disertakan dengan info luar dari buku teks, dan lebih pelbagai. Ada yang saya sendiri pun tidak mengetahuinya, terutama jika berkaitan dengan ubatan tradisional dan juga herba. Maka dari satu sudut, saya melihat penambahbaikan kaedah ini adalah lebih baik untuk pdp saya. 



Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden

Idea Pdp Sains Tingkatan 5 : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden


Dari segi pembentangan, tidak lah adil bagi saya nak bandingkan antara pelajar kelas B dan kelas C. Tetapi inshaAllah, jika diadakan lagi beberapa kali, maka saya yakin kedua-dua kumpulan akan menunjukkan peningkatan seperti yang diharapkan. Penambahan sesi ke perpustakaan saya rasa memberi lebih impak kepada perjalanan pdp ini. 


Jika ada rakan guru yang mempunyai idea lain yang boleh membantu, jom kita kongsikan di sini. Mudah-mudahan lebih ramai guru Sains yang mendapat manfaat kepada perkongsian kita ini. Selamat mencuba!





Tajuk-tajuk bagi Sains Tingkatan 4

Berikut adalah tajuk-tajuk bagi matapelajaran Sains Tingkatan 4 mengikut sukatan KBSM. Sukatan terdiri daripada 6 tema, dengan 8 bab yang perlu dikuasai oleh pelajar.



Tajuk-tajuk bagi Sains Tingkatan 4




                                                    BAB 1 PENYIASATAN SAINTIFIK
1.2 Menyedari kepentingan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni semasa menjalankan kaedah penyiasatan saintifik



BAB 2 KOORDINASI BADAN
2.1 Memahami koordinasi badan
2.2 Memahami sistem saraf manusia
2.3 Menganalisa koordinasi saraf
2.4 Memahami peranan proprioreseptor dalam mengekalkan keseimbangan dan koordinasi
2.5 Memahami otak manusia dan kerencamannya
2.6  Memahami koordinasi kimia dalam badan
2.7 Menganalisa koordinasi antara sistem saraf dengan sistem endokrin
2.8 Menilai kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan dan kesihatan.
2.9 Menganalisa kesan pengambilan alkohol berlebihan terhadap koordinasi badan dan kesihatan
2.10 Menyedari kepentingan minda yang sihat dan baik



BAB 3 KETURUNAN DAN VARIASI
3.1 Memahami proses pembahagian sel.
3.2 Memahami prinsip dan mekanisme pewarisan
3.3 Memahami penentuan seks anak dan kejadian kembar pada manusia.
3.4 Memahami mutasi
3.5 Menilai kesan penyelidikan genetik terhadap kehidupan manusia
3.6 Menganalisa variasi dalam hidupan
3.7 Menyedari kepentingan mematuhi etika dalam penyelidikan genetik


BAB 4 JIRIM DAN BAHAN
4.1 Menganalisa perubahan keadaan jirim
4.2 Memahami struktur atom
4.3 Mengaplikasi idea tentang nombor proton dan nombor nukleon dalam unsur
4.4 Memahami pengelasan unsur dalam Jadual Berkala
4.5 Memahami sifat bahan berdasarkan zarah yang terdapat di dalamnya
4.6 Memahami sifat-sifat dan kegunaan bahan logam dan bukan logam
4.7 Menganalisa kaedah penulenan bahan
4.8 Menghargai kepelbagaian sifat dan keadaan bahan memberi manfaat kepada
manusia



BAB 5 TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA
5.1 Memahami perubahan fizik dan kimia
5.2 Menganalisa perubahan haba dalam tindak balas kimia
5.3 Mensintesiskan siri kereaktifan logam
5.4 Mengaplikasikan siri kereaktifan Logam
5.5 Memahami elektrolisis
5.6 Memahami penghasilan tenaga elektrik daripada tindak balas kimia
5.8 Menghargai sumbangan inovatif Kebijaksanaan manusia memanfaatkan tindak balas kimia sebagai sumber tenaga



BAB 6 TENAGA NUKLEAR
6.1 Memahami bahan radioaktif
6.3 Menyedari keperluan mengendalikan bahan radioaktif dengan cara yang betul



BAB 7 CAHAYA, WARNA DAN PENGLIHATAN
7.1 Mensintesiskan pembentukan imej oleh cermin satah dan kanta.
7.2 Mensintesiskan pembentukan imej oleh alatan optik
7.3 Menganalisa penyebaran cahaya
7.4 Menganalisia penyerakan cahaya
7.5 Menganalisa penambahan dan penolakan cahaya berwarna
7.6 Mengaplikasikan prinsip penolakan cahaya berwarna
untuk menerangkan kehadiran objek berwarna.
7.7 Menganalisa kesan pencampuran pigmen
7.8 Menilai kepentingan warna dalam kehidupan harian
7.9 Menghargai penciptaan pelbagai alatan optik dalam memberi manfaat kepada manusia



BAB 8 BAHAN KIMIA DALAM PERINDUSTRIAN
8.1 Memahami sifat sifat aloi dan kegunaannya dalam industri
8.2 Menganalisa penghasilan dan penggunaan ammonia dalam industri
8.3 Menganalisa kesan pembuangan bahan sisa industri terhadap alam sekitar
8.4 Menyedari kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dari pencemaran sisa buangan industri untuk kepentingan manusia sejagat







Jumaat, 30 Januari 2015

Tajuk-tajuk bagi Sains Tingkatan 5

Berikut adalah tajuk-tajuk bagi matapelajaran Sains Tingkatan 5 mengikut sukatan KBSM. Sukatan terdiri 6 tema, dengan 7 bab yang perlu dikuasai oleh pelajar.



Tajuk-tajuk bagi Sains Tingkatan 5




BAB 1 MIKROORGANISMA DAN KESANNYA TERHADAP BENDA HIDUP
1.1 Memahami pengelasan mikroorganisma
1.2 Mensintesis idea tentang faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
1.3 Mengaplikasi pengetahuan tentang mikroorganisma berfaedah
1.4 Menganalisis kesan mikroorganisma berbahaya kepada manusia
1.5 Menganalisis cara-cara mencegah jangkitan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma
1.6 Memahami cara merawat penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma
1.6 Memahami cara merawat penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma (idea pdp)
1.7 Menyedari kewujudan mikroorganisma yang dapat memberikan kesan yang mendalam terhadap kehidupan manusia dan keseimbangan alam



BAB 2 NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN
2.1 Menilai kepentingan mengambil makanan bernutrisi dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat
Kalori & Diet (idea pdp)
2.2 Menganalisa keperluan nutrient oleh tumbuhan
2.4 Menghargai kepentingan amalan pengamalan nutrisi yang baik



BAB 3 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
3.1 Menganalisis keseimbangan alam semula jadi
3.2 Menganalisis kesan pencemaran terhadap alam sekitar
3.3 Mensintesis idea tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan pengawalan pencemaran
3.4 Menilai kepentingan pengurusan sumber alam secara terancang dalam mengekalkan keseimbangan alam
3.5 Mengamalkan sikap tanggungjawab terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar



BAB 4 SEBATIAN KARBON
4.1 Menganalisis kepelbagaian sebatian karbon
4.2 Menganalisis alkohol dan kesannya terhadap kesihatan
4.3 Menganalisis lemak dan kesannya terhadap kesihatan
4.4 Menganalisis kelapa sawit dan kepentingannya terhadap pembangunan Negara
4.5 Menganalisis proses pembuatan sabun daripada minyak dan tindakan pencucian sabun
4.6 Memahami polimer semula jadi
4.7 Menghargai kajian saintifik terhadap penggunaan sebatian karbon untuk kesejahteraan hidup



BAB 5 GERAKAN
5.1 Menganalisis gerakan kenderaan di atas darat
5.2 Menganalisis konsep laju, halaju dan pecutan
5.3 Memahami konsep inersia
5.4 Mengaplikasikan konsep momentum
5.5 Mensintesis konsep tekanan
5.6 Mengaplikasi prinsip sistem hidraulik dalam kehidupan seharian
5.7 Menganalisis gerakan kenderaan di air
5.8 Menganalisis gerakan kenderaan di darat
5.9 Menghargai kebolehan dan kreativiti manusia dalam mencipta dan mereka bentuk kenderaan untuk kesejahteraan hidup



BAB 6 TEKNOLOGI MAKANAN DAN PENGHASILAN MAKANAN
6.1 Menganalisis kaedah dan bahan yang digunakan dalam teknologi pemprosesan makanan
6.2 Menganalisis cara untuk meningkatkan pengeluaran makanan
6.3 Menghargai sumbangan teknologi dalam pengeluaran makanan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup
6.4 Mengamalkan pemikiran kritis dan analitis dalam membuat pemilihan makanan yang diproses



BAB 7 BAHAN SINTETIK DALAM INDUSTRI
7.1 Memahami polimer sintetik
7.2 Menganalisis plastik
7.3 Mengamalkan sikap tanggungjawab dalam pelupusan polimer sintetik






Jadual Peperiksaan Awam 2015

Bagi mereka yang tercari-cari Jadual Peperiksaan Awam bagi peperiksaan UPSR, PT, SPM dan STAM bagi tahun 2015, anda boleh jadikan ini sebagai rujukan. Tidak pula saya katakan ini adalah yang muktamad, tetapi boleh digunakan sebagai panduan bagi rakan guru merancang apa yang patut bagi perkembangan akademik anak didik kita. Selamat Merancang!


Jadual Peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STAM 2015
Jadual Peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STAM 2015

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat terkini berhubung tarikh sebenar Jadual Peperiksaan Awam 2015, anda boleh melawat terus laman web KPM (http://www.moe.gov.my/v/takwim-peperiksaan) atau terus ke laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia (http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/index.php?lang=en)


Selasa, 27 Januari 2015

Apa Yang Perlu Ada Dalam Minit Curai?

Minit Curai adalah laporan ringkas yang ditulis oleh guru yang menghadiri kursus, bengkel, mesyuarat atau perkara yang seumpamanya dengan tujuan tidak berlaku kecairan maklumat untuk disampaikan kepada barisan pentadbir dan juga AJK Latihan Dalam Perkhidmatan peringkat sekolah nanti. Kandungan Minit Curai adalah terdiri daripada butiran mengenai Taklimat / Bengkel / Kursus / Mesyuarat yang dihadiri, agenda atau perkara yang dibincangkan semasa berlangsungnya majlis dan juga tindakan yang perlu diambil oleh pihak yang berkenaan.


Senarai Kandungan Minit Curai



Senarai Kandungan Minit Curai
Contoh Minit Curai

Semoga perkongsian ini dapat membantu rakan guru lain yang tercari-cari bahan atau maklumat untuk menyediakan Minit Curai di sekolah masing-masing. Selamat berkongsi!



Isnin, 26 Januari 2015

Kenangan Akhir di Bumi Sibu Sarawak Dengan Rakan Guru

Tak lengkap rasanya jika saya catatkan perjalanan kisah hidup saya di bumi Sarawak, tanpa menyertakan kehadiran insan-insan di sekeliling yang sentiasa memberi sokongan kepada saya setiap masa. Sejujurnya, mereka ini lah juga antara orang yang tak pernah bosan menjadi tukang kritik, pemotivasi, dan pendengar kisah saya yang setia. 

Sebilangan mereka punya kehebatan yang tersendiri, yang saya sendiri pun cukup kagum! Malah ada yang saya setkan sebagai mentor, dan sebagai "keluarga angkat" saya sepanjang berada di bumi Sibu, Sarawak. Jom teruskan melihat gambar akhir kenangan saya bersama mereka, beserta sedikit coretan kenang-kenangan antara saya dan guru-guru hebat ini.



Adeline Annet dan Wilma Ngian

Kedua-dua kawan baik nih memang antara yang kamceng ngan saya
Banyak projek saya diorang support
Semoga terus berjaya dengan pasukan kebudayaan mereka
Geng wanita kental nih!

Geng Pembantu Makmal

Mereka-mereka ini lah yang banyak menolong saya semasa di makmal
TQ banyak atas segala pertolongan selama ini

Madam Pamela Senek dan Siew Haw Siong

Siew Cikgu Koperasi dan seorang pencinta Apple.
Cool jer orangnya, dari dulu sampai sekarang

Madam Pamela, guru senior yang paling saya respek
Sifat keibuan dia sentiasa mengingatkan saya kepada mak saya
Tapi paling ingat, tentulah tong gas sakti
Yang dah ditempah oleh Madam Pamela sejak zaman-berzaman!

Cikgu Mackie Juing

Ketua Panitia yang merangkap mentor saya
Juga merangkap 'abang angkat' saya
Serius saya banyak belajar daripada GC Kimia nih
InshaAllah, jasa baik dia akan saya sentiasa ingat

Cikgu Stephen Wong dan Cikgu Hakim

Cikgu Stephen cikgu ragbi
Tengok badan dah rasa gerun, tapi orang nya baik je
Tak pernah pun hayun tangan kat budak, walaupun gagah perkasa camtu

Cikgu Hakim nih housemate saya semasa saya mula-mula sampai ke Sarawak
Lepas dah kawin, maka tinggallah saya sorang-sorang kat kuarters..
Kesian kan?.. ;)

Cikgu Mackie Juing, Cikgu Jit Kayan, Cikgu Judo Usop, Cikgu Minggu Alun

Geng-geng guru senior yang ada kelebihan masing-masing.

Cikgu Peter Limbau

Cikgu Peter nih baru je berpindah ke SMKLBS
Tapi dah rasa macam dah lama lak kenal dia kat sini
Hebat orangnya..
Baru dilantik jadi PK1
Akademik bagus, Ko-kurikulum pun dia bagus

Saya doakan Cikgu Peter Limbau nih bakal jadi Pengetua di Sibu suatu hari nanti!

Cikgu Tuan Asmadi, Cikgu Thomas Majing, Cikgu Jason Menga

Cikgu Sity Salang

Ini sorang lagi mentor saya di sini
Guru Cemerlang Sains
Walaupun Cikgu Sity dah berpindah sekolah, tapi masih lagi berhubungan dengan beliau
Baik orangnya..

TQ jugak untuk hadiah Pua Kumbu hand-made kenang-kenangan!

Cikgu Andy Janang

Member se-cube, geng emcee dan pa sistem sekolah
termasuk teman bergurau senda yang tahap melampau
Seronok kerja ngan Cikgu Andy nih, sebab dah sama-sama faham tugas masing-masing
Rindu nak bergandingan untuk majlis-majlis di sekolah

Bakal jadi jutawan nih.. ;)

Cikgu Mackie Juing dan isteri, Cikgu Dina Uyo

Sekali lagi bergambar bersama mentor dan isteri
Terima kasih untuk hadiah best daripada diorang
Topi Kayan daripada manik yang sangat cantik!

Cikgu Beatrice Bangkang

Ini memang geng keras, nak bergurau-gurau
Sangat memahami dan antara gengforeva yang terakhir masih ada kat sini
Suaminya, Cikgu David pun dah dapat berpindah ke Sibu.
Tahniah..

Target saya, suatu hari nanti, mesti dia boleh jadi PK Ko-K!

Cikgu Joshua, Cikgu Jerry Morris Unong, Cikgu Peter Coelho

Team Sofbol Sibu yang the best!
Best sungguh ler 8 tahun nih membangunkan sofbol di Sibu bersama-sama mereka
Kuat team tok!

Cikgu Mujib, Cikgu Ibrahim, Cikgu Busang, Cikgu Hakim, Cikgu Janting, Cikgu Peter Limbau

Geng-geng guru barisan pertama yang berkerja keras sama-sama membangunkan sekolah

Cikgu Chai Ming Yong, Cikgu Lim Kuo Hung, Cikgu Siew Haw Siong

Cikgu Chai nih saya panggil dia 'ce ce' (kakak)
Dia kan panggil saya 'di di' (adik)

Memang suami isteri nih ler yang banyak bantu saya semasa saya memohon GC dulu
Kedua-dua pun juga adalah GC
Sangat membantu dari semua segi.
Semoga mereka terus berjaya!

Geng Pejabat dan Barisan Pentadbir

Alhamdulillah
Berpeluang untuk bergambar kenangan dengan semua staf pejabat
Dan juga barisan pentadbir
Dari Pengetua, Mr Wong Teck Ling
PK1, Cikgu Peter Limbau
PK HEM, Cikgu Hassan Samu
PK KOKO, Cikgu Ibrahim Jahar
dan
Mantan Pengetua, Mr Tan Hock Sang

Cikgu Jennie Dato

Ini pun antara my bestfriend kat sini
Sama posting
Banyak membantu, terutamanya bila bab nak translate mentranslate

TQ Jennie, sebab selalu menyokong segala usaha aku! ;)

Cikgu Ling Eung Fu

Cikgu BM nih memang baik
Sangat baik
Muka selalu serius, tapi bila bab bergurau, memang ble pecah perut ketawa

Orang dia hebat! GC BM!
So saya jangkakan dia pun akan jadi Pengetua suatu hari nanti!

Cikgu Thomas Majing

Ini memang kawan baik nih..
Paling best kalau bergabung pasal drama ke,
buat video ke, buat persembahan ke
Idea cikgu Thomas nih memang superb
Semoga terus berjaya!

Cikgu Belle Mahonie

Ahmoi cantik nih geng sePanitia dalam Kimia
Rajin orangnya, baik je

Cikgu Minggu Alun, Cikgu Jackswell, Cikgu Jason Menga

Ini ler geng lepak kat cube kitorang
Para 'penjenayah' yang suka buat havoc.. ;)

Cikgu-Cikgu SK Pelugau

Ini kenangan masa saya melawat diorang wat kali terakhir sebelum balik
Sedap sungguh Nasi Kerabu!

Cikgu Achmed Ckhalifh

Ini membe baik giler untuk geng sofbol Sibu
Sama-sama bersusah payah mulakan sofbol di Sibu
Sama-sama berkerja keras menaikkan sofbol Sibu
Bab bergurau takyah cakap ler
Memang best betoi!

Ini pun saya target akan jadi orang besar dunia pendidikan di Sarawak, suatu hari nanti.. 

Dan tak lupa juga kepada rakan-rakan guru Semenanjung yang bersama-sama untuk majlis makan malam perpisahan kat port baru. Terima kasih atas sokongan, dorongan dan bantuan anda semua selama ini. Saya sangat2 menghargainya.. TQ juga untuk hiasan dinding yang sangat handsome! Memang wajib gantung tu di rumah ku nanti.








Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mula-mula menabur bakti. Bersama-sama mereka yang hebat nih, menjadikan diri saya sentiasa ada motivasi nak bekerja. Jasa baik mereka semua dalam ingatan saya. Semoga mereka juga suatu hari nanti berjaya dalam apa yang mereka hajatkan!



p/s: Ada lagi sebilangan mereka-mereka yang hebat, tapi tak berkesempatan untuk bertemu. InshaAllah ada peluang, saya ceritakan pula pasal mereka.