About Me

80 Hari di Korea : Hari 68 (Dipuri Kedua Dengan Team Muzikal)

Hari nih seperti biasa saya masuk kelas dan mengajar subjek Sains. Bagi sesetengah kelas, saya dikehendaki mengajar subjek Malaysian Culture (Kebudayaan Malaysia). Menarik juga melihat telatah anak-anak Korea apabila mempelajari mengenai budaya bangsa asing. Jangan terkejut yer, kalau mereka tak tahu di mana terletaknya Malaysia. Maka tugas saya untuk mempromosikan Malaysia kepada mereka.



80 Hari di Korea : Hari 68 (Dipuri Kedua Dengan Team Muzikal)


Seperti yang dijanjikan pada hari ini kami akan ada majlis dipuri yang kedua. Dipuri adalah majlis khas bagi meraikan kejayaan sesuatu perkara. Kiranya macam majlis kesyukuran lah. Sekalipun dah diadakan pada minggu lepas di rumah Puan Director untuk muzikal kami, tapi kali ini pengetua saya, Mr Bae berhajat untuk membuat majlis makan-makan.


Mula-mula saya ingatkan semua terlibat. Rupanya hanya beberapa orang utama sahaja yang terlibat dalam jamuan untuk kali ini. Ini juga adalah termasuk dengan pegawai jabatan pendidikan Daegu, Mr Park. Dah selalu sangat jumpa dengan mereka ini, maka senang nak berbual dan juga bergurau sepanjang majlis berlangsung.





Disebabkan malam ini juga mungkin buat kali terakhir saya bertemu dengan team muzikal ini, maka kami bertukar-tukar facebook dan juga email bagi memudahkan urusan jika mahu berhubung selepas ini.

Apatah lagi mereka juga sangat berminat untuk datang ke Malaysia jika berkesempatan pada tahun hadapan. Yeayyyyy!!



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Selamat pagi cikgu.Boleh cikgu menjadi tutor atas talian?Nama saya Sathya.Saya seorang pelajar pt3 .Saya ingin meminta bantuan cikgu untuk mengajar sains secara atas talian.Saya telah membuat soalan pt3 dan memerlukan penyemakan jawapan.Bolehkah cikgu semak jawapan saya?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikumm... tuan cikgu hailmi...
    Okey ambe nak bertanye... bagaimana nak ke arah menjadi cikgu/guru.. bagaimana kah caranya.. boleh bagi cara dan platformnya untuk.meceburi kerjaya ini... sedikit penjelasan tentang diri ambe... org terengganu.. pernah belajar di ASWARA(Akademi seni warisan dan budaya) zaman ambe belajar masih ASK (Akademi seni kebangsaan) .. ambe dalam pengkhususan seninpersembahan teater.. diploma sahaja ketika itu ditawarkan... ambe banayk terlibat dgn industri teater,drama,filem,muxik dan juga pengurusan event.. terlalu banyak dah oengalaman dalam bidang seni dah terlibat... pernah mengajar di UITM dan ASWARA sebagai pensyarah kontrak.. dalam bidang pengurusan seni dan persembahan seni teater.. dengan ekonomi skang ambe dh ditamatkan kontark mengajar... jadi kembalinkepada freelun work.. ambe mula berminat untuk menjadi pendidik.. bagaimana kah cara dan peluang untuk pergi seperti tuan... okey untuk lebih detail tuan boleh tak wassup ambe mudah untuk kite borak panjang... ini no ambe 0173176591 -arielganu.

    BalasPadam