.

.

KARTiKEL

Jumaat, 21 Ogos 2015

Ceramah Sains PT3 di SMK Bandar Baru Perda

Kali ini jemputan ceramah adalah ke sebuah sekolah di negeri Pulau Pinang. Atas jemputan seorang kawan lama semasa bersekolah dulu, Cikgu Ernyza maka dapat juga saya menjejakkan kaki ke SMK Bandar Baru Perda ini. Tak susah nak cari sekolahnya, lagi-lagi dengan menggunakan Waze.

Bilangan pelajar yang menjadi calon PT3 agak ramai juga, dalam 150 orang. Sesi perkongsian diadakan di dewan pada tingkat 2, bersebelahan dengan Bilik Guru. Kekok jugak setiap kali bercakap melihat guru keluar masuk dari Bilik Guru berkenaan. Tapi saya hayun bagi ceramah sama saja. Hahahaha.


Ceramah Sains PT3 di SMK Bandar Baru Perda, Pulau Pinang


Sesi berjalan dengan baik. Beberapa orang pelajar yang berada di bahagian hadapan cukup aktif ketika menjawab soalan sepanjang ceramah berlangsung. Paling saya teringat, seorang pelajar bernama, Aiman. Memang aktif sungguh. Sampai saya tanya orang lain pun, dia jugak yang jawab. 

Pelajar-pelajar perempuan di barisan hadapan juga menunjukkan respon yang sangat baik. Ramai jugak daripada mereka yang mengenali saya daripada blog saya nih, www.cikguhailmi.com. Alhamdulillah, ada kesempatan juga nak bertemu sendiri dengan mereka dan mendapat input maklumbalas terus daripada diorang.


Ceramah Sains PT3 di SMK Bandar Baru Perda, Pulau Pinang


Ceramah Sains PT3 di SMK Bandar Baru Perda, Pulau Pinang


Ceramah Sains PT3 di SMK Bandar Baru Perda, Pulau Pinang


Tahniah dan terima kasih juga untuk rakan guru Sains dari SMK Bandar Baru Perda yang menunjukkan sokongan dan komitmen yang tinggi kepada anak didik mereka. Boleh dikatakan sepanjang 2 jam sesi berlangsung, mereka berada bersama pelajar di dewan. Secara tak langsung, disiplin pelajar lebih terkawal dan pelajar pun nampak bersemangat nak belajar dan menuntut ilmu. Tahniah cikgu!


Ceramah Sains PT3 di SMK Bandar Baru Perda, Pulau Pinang


Ceramah Sains PT3 di SMK Bandar Baru Perda, Pulau Pinang


Ceramah Sains PT3 di SMK Bandar Baru Perda, Pulau Pinang


Dan kepada adik-adik di SMK Bandar Baru Perda yang juga merupakan calon PT3 bagi tahun 2015, saya ucapkan Selamat Maju Jaya. Semoga mendapat keputusan yang terbaik bagi Ujian Bertulis PT3 yang akan berlangsung pada bulan Oktober nanti, terutamanya bagi subjek Sains! Amin!



1 ulasan:

  1. Terima Kasih cikgu sbb sudi datang ke SMK BBP . Dgn bantuan cikgu , dpt suntik semangant utk menjawab soalan Sains PT3 2015 . Terima Kasih Cikgu !
    * Nama yg cikgu maksudkan tuh Iman laaa :) Bkn aiman . Hahaha .

    Terima Kasih lg sekali .
    Ikhlas drpd , Iman .

    BalasPadam