About Me

Senarai Top 10 Terbaik Peringkat Negeri Liga Remaja Kreatif 2015

Beberapa hari sebelum tibanya Hari Raya, beberapa orang rakan guru dan anak pelajar dari Pantai Timur dan Selatan, mula berkongsikan mengenai Surat Jemputan ke Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2015 Peringkat Negeri. Seperti yang dijangkakan, majlis penyampaian hadiah untuk peringkat zon akan bermula pada bulan Ogos ini. Sekolah-sekolah yang terpilih sebagai Top 10 bagi setiap negeri sudah mula dihubungi oleh pihak sekretariat Liga Remaja Kreatif 2015 melalui emel kepada guru pembimbing dan faks ke sekolah. 


Senarai Top 10 Terbaik Peringkat Negeri Liga Remaja Kreatif 2015
10 Terbaik (Peringkat Negeri) Liga Remaja Kreatif 2015

Dah pasti ada beberapa kejutan yang menyelubungi senarai keputusan penyertaan yang terpilih sebagai 10 Terbaik. Untuk tahun ini, dan juga seperti tahun-tahun sebelumnya. Ada video yang bagus kita tengok, tapi tak masuk dalam senarai. Ada yang kureng bagus, tapi masuk plak dalam senarai. Pelik kan? 

Seperti yang selalu saya bagitahu dengan pelajar-pelajar pada sebelum-sebelum ini, video anda bukan tak bagus. Cuma mungkin tak menepati kehendak pertandingan dan kehendak juri. Baca syarat pertandingan sebelum menyertai apa-apa pertandingan dan percayalah, juri-juri yang telah terpilih bukan calang-calang orang dalam nak menilai tahap dan kualiti video anda!  Ya.. kat situ, anda kena 'gali' lagi. 

Nasihat saya; sabar, kuat semangat dan jangan terus putus asa! Ini bukan penghujung kepada minat anda ini. Banyak lagi peluang di luar sana untuk anda rebut.

Berikut adalah senarai penyertaan yang telah terpilih bagi 10 Terbaik untuk setiap negeri.


Zon Utara
Tarikh : 30 Julai 2015
Venue : Eastern & Oriental Hotel, Georgetown, Pulau Pinang

Senarai Top 10 Terbaik Peringkat Negeri Liga Remaja Kreatif 2015 Perlis

Senarai Top 10 Terbaik Peringkat Negeri Liga Remaja Kreatif 2015 Kedah

Senarai Top 10 Terbaik Peringkat Negeri Liga Remaja Kreatif 2015 Pulau Pinang

Senarai Top 10 Terbaik Peringkat Negeri Liga Remaja Kreatif 2015 Perak



Zon Pantai Timur
Tarikh : 
Venue : 

Senarai Top 10 Terbaik Peringkat Negeri Kelantan Liga Remaja Kreatif 2015

Senarai Top 10 Terbaik Peringkat Negeri Terengganu Liga Remaja Kreatif 2015

Senarai Top 10 Terbaik Peringkat Negeri Pahang Liga Remaja Kreatif 2015



Zon Selatan 
Tarikh : 10 Ogos 2015
Venue : 

Senarai Top 10 Terbaik Peringkat Negeri Melaka Liga Remaja Kreatif 2015

Senarai Top 10 Terbaik Peringkat Negeri Johor Liga Remaja Kreatif 2015



Zon Sarawak
Tarikh : 
Venue :

Senarai Top 10 Terbaik Peringkat Negeri Sarawak Liga Remaja Kreatif 2015



Zon Sabah
Tarikh : 
Venue :

Senarai Top 10 Terbaik Peringkat Negeri Sabah Liga Remaja Kreatif 2015



Zon Tengah
Tarikh : 
Venue : 

Senarai Top 10 Terbaik Peringkat Negeri Selangor Liga Remaja Kreatif 2015

Senarai Top 10 Terbaik Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Liga Remaja Kreatif 2015

Senarai Top 10 Terbaik Peringkat Negeri Sembilan Liga Remaja Kreatif 2015


Tahniah saya ucapkan kepada semua yang telah terpilih 10 Terbaik bagi negeri masing-masing. Dengan kualiti video dan bilangan penyertaan yang semakin meningkat setiap tahun, pemilihan 10 Terbaik ini adalah merupakan dalam kalangan yang terbaik! Serius, saya pun naik kecut tengok Top 10 yang hebat-hebat dari semua negeri yang bertanding.


Hampir kesemua Johan LRK 2014 bagi setiap negeri masih berada dalam Senarai 10 terbaik bagi LRK 2015 tahun ini, kecuali bagi negeri Pulau Pinang. Sudah pasti, penyandang kejuaraan ini akan membuat yang terbaik bagi terus mempertahankan gelaran bagi negeri masing-masing.

Beberapa nama besar dalam pertandingan mencipta video, nampaknya kembali ke senarai teratas untuk negeri-negeri tertentu. Top 3 negeri dan juga Top 3 Kebangsaan. Pasti akan ada saingan sengit yang kita boleh saksikan daripada beberapa negeri tersebut. Tak mustahil juga jika penyandang kejuaraan akan kecundang, dan gelaran Johan akan bertukar tangan kepada pemenang baru di beberapa negeri ini. 

Tak lupa juga kepada pendatang-pendatang baru yang gayanya mampu memecahkan monopoli penguasaan beberapa sekolah dalam LRK2015 kali ini. Beberapa buah sekolah sudah berada dalam senarai saya yang dijangka akan membuat kejutan nanti. Kita sama-sama saksikan kejutan daripada mereka-mereka ini. Hmmm.


Secara jujur, saya juga sangat gembira apabila pasukan sekolah lama saya di Sarawak dan pasukan sekolah baru di Kedah turut terpilih 10 terbaik bagi negeri masing-masing. Semoga pasukan sekolah lama di Sarawak masih berjaya mengekalkan kejuaraan bagi negeri Sarawak dan semoga pasukan sekolah baru di Kedah berjaya melakarkan kenangan manis buat saya untuk tahun ini. Amin!


Video-video 10 Terbaik bagi semua negeri ini juga sudah boleh ditonton di my1Content untuk undian Video Paling Popular. Terima kasih juga kepada yang telah rajin mengumpulkan senarai sekolah mengikut negeri, dan berkongsikan dengan saya. Semangat nau! Usaha anda, sangat saya hargai. 

Kepada semua yang akan bertanding pada peringkat negeri nanti, saya ucapkan 'Semoga Berjaya!' Nantikan update saya mengikut zon dari masa ke semasa. All da best!




Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. congrats!! Hopefully we have the chance to meet in the finals XD *finger crossed*

    BalasPadam
  2. Ada juga video yg lebih baik tapi tak dapat top10. Setting video dan tema pun nampak bagus. Mata beginner tengok macam tu lah. Tapi juri lebih tahu. Good luck untuk semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya setuju... mata beginner memamg camtu lah.. so, kita biarkan juri menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin.. mereka kan lebih ahli dalam bidang mereka.. kipidap!

      Padam
  3. Tahniah cikgu Hailmi coz berjaya tersenarai top ten utk negeri Kedah. Kami dari team SMK Munshi Abdullah Melaka berharap dapat bertemu kembali (jika ada rezki kami) pada #kamera2016 nanti. All the best for team #kamera2015.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah juga untuk cikgu Kamal kerana tersenarai Top 10 Melaka.. moga2 dapat mempertahankan kejuaraan Melaka juga pada tahun ni.. doakan kejayaan team kami juga untuk peringkat Kedah nnti.. :)

      Padam
  4. Alhamdulillah.. Nmpknya sekolah sy tersenarai dlm top 10 zon pantai timur.. adakah nombor kedudukan dalam senarai itu merujuk kpada kedudukan pemenang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak.. keputusan hanya diketahui di majlis penyampaian hadiah.. GOOD LUCK..

      Padam
  5. Adakah pengetua sahaja yg hadir pada penyampaian hadiah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung kepada sekolah.. Ada yang pengetua hadir, ada yang guru dan pelajar. Ada juga yang semuanya pun hadir.

      Padam
  6. Alhamdulillah sekolah sy terpilih 10 terbaik utk negeri perak.tahun kedua kami sertai.kami sebuah sekolah kecik dan bukan sekolah ternama.dilihat dengan pasukan bertanding kami rasa kerdil tp kami semangat yg besar...SMK LAHAT TERNAMA itulah moto kami.sy adalah guru pembimbing.

    BalasPadam
  7. tahniah cg atas kejayaan. sekklah sy terlewat tahu tentang pertandingan ini dan xsempat menyertainya. sy harap sekolah kamk juga turut dpt menyertainya tahun ni dan bertanding secara sihat

    BalasPadam
  8. tahniah cg atas kejayaan. sekklah sy terlewat tahu tentang pertandingan ini dan xsempat menyertainya. sy harap sekolah kamk juga turut dpt menyertainya tahun ni dan bertanding secara sihat

    BalasPadam