.

.

KARTiKEL

Sabtu, 18 April 2015

Dialog Transformasi Sains SPM Kubang Pasu 2015

Sekali lagi saya terlibat dengan aktiviti Panitia Sains Kubang Pasu. Kali ini adalah berkaitan dengan Dialog Transformasi Sains SPM 2015, iaitu bagi membincangkan analisis dan juga strategi yang bakal dilaksanakan untuk memperbaiki keputusan SPM 2015. Lebih kurang macam dialog prestasi, tetapi lebih mengkhususkan kepada subjek Sains SPM dan melibatkan Ketua Panitia Sains seluruh sekolah menengah dalam daerah Kubang Pasu.


Dialog Transformasi Sains SPM Kubang Pasu 2015


Oleh sebab sekolah saya baru sahaja dibuka pada tahun 2014, maka calon SPM pada tahun ini merupakan 'anak sulung' keluaran SMK Jerlun. Anak-anak ini yang akan menjadi penentu kepada hala tuju sekolah baharu ini. Dan ini juga bermakna, tentu banyak kerja lagi yang perlu dibuat.


Dialog Transformasi Sains SPM Kubang Pasu 2015


Dialog Transformasi Sains SPM Kubang Pasu 2015


Dialog Transformasi Sains SPM Kubang Pasu 2015


Sudah tentu saya sendiri sebagai salah seorang guru yang diberi kepercayaan mengajar Tingkatan 5 merasa begitu tertekan menghadapi tanggungjawab besar ini. Namun, inshaAllah saya akan cuba lakukan usaha yang terbaik mungkin, sekalipun belum pernah ada pengalaman mengajar Sains Menengah Atas sebelum ini. Pendek kata, guru terpaksa belajar dan mengajar pada masa yang sama. Semoga usaha ini membuahkan hasil suatu hari nanti, amin!




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan