About Me

Panduan Menguruskan Perpindahan Guru Semenanjung ke Wilayah Asal

Pertukaran saya ke Semenanjung baru-baru ini banyak memberi panduan dan serba sedikit maklumat yang mungkin berguna kepada rakan lain yang memerlukan. Sukar juga nak cari maklumat berguna saat kita sibuk menguruskan pertukaran dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Selesai saja menguruskan pertukaran saya, maka saya kongsikan panduan ini bagi membantu rakan guru yang memerlukan sedikit tips dan panduan ketika menguruskan pertukaran balik berkhidmat ke wilayah asal. Semoga bermanfaat!



Panduan Menguruskan Pertukaran Guru Semenanjung ke Wilayah Asal



01. Dokumen Wajib Ada

Bagi memudahkan urusan anda menguruskan pertukaran ini, saya cadangkan beberapa dokumen dan salinan fotostatnya disimpan dengan baik oleh anda dalam satu fail. Ini kerana, fotostat bagi dokumen penting ini banyak digunakan sepanjang berlangsungnya proses ini. 

Antara dokumen penting tersebut adalah :
- Surat Penempatan Kali Pertama
- Surat arahan pertukaran
- Green Card kereta (geran)
- Salinan IC
- Salinan buku akaun
- Salinan slip gaji terkini

Dokumen-dokumen ini sekadar cadangan. Anda boleh tambah lagi senarai, jika merasakan ada lagi dokumen berkaitan yang diperlukan. Buat lah dalam beberapa salinan (5 salinan dah ok) bagi memudahkan kerja anda kemudian hari nanti. Jangan sampai nanti, dokumen penting tak dapat nak ditunjukkan semasa diminta, sebab fail dah naik kargo!




02. Urusan Gaji
Urusan gaji juga perlu diberi perhatian awal. Ini kerana urusan perpindahan sebegini, jika salah caranya akan menyebabkan terputusnya pembayaran gaji anda. Tentu tak nak kan?. Walaupun untuk sebulan sahaja, tetapi lebih baik dielakkan dan pastikan pembayaran gaji adalah berjalan seperti biasa.  Malah dalam surat arahan perpindahan juga ada menyatakan bahawa anda perlu menyelesaikan slip gaji akhir sebelum mula bertugas ke sekolah baru. 


Oleh kerana pemberian elaun yang tidak sama bagi Semenanjung dan Sabah Sarawak, maka baik juga jika anda berurusan dengan kerani sekolah lama. Ada kerani sekolah yang proaktif, akan menghentikan pembayaran Elaun EPW (Elaun Perumahan Wilayah) dan juga Elaun BIW (Bayaran Insentif Wilayah) supaya anda tidak terlebih menerima bayaran setelah kembali berkhidmat ke wilayah asal. 

Kemudian, sekembalinya ke sekolah baru, maka uruskan lah pula bagi Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan juga Elaun COLA. Maka, tak akan ada kes terlebih bayar, sebaliknya anda pula yang akan menerima tunggakan elaun. So, pilih lah mana yang berkenan di hati.. ;)



03. Elaun Gangguan
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa, bagi guru yang dapat berpindah ke Semenanjung, anda layak untuk memohon Elaun Gangguan. Elaun ini adalah bersamaan dengan sebulan gaji pokok anda. Tak dapat pula saya pastikan atas apa tujuan elaun ini diberikan, tetapi berkemungkinan kerana 'gangguan' yang dialami semasa proses pertukaran stesyen. Dapatkan borang daripada kerani sekolah anda dan lengkapkan dengan segera sebelum pulang berkhidmat di stesyen baru.

Bagi yang inginkan maklumat lanjut mengenai Elaun Gangguan, anda boleh rujuk di SINI



04. Nota Serah Tugas
Nota Serah Tugas adalah dokumen penting bagi menyempurnakan urusan perpindahan anda dari stesyen lama ke stesyen baru. Di dalamnya ada terkandung beberapa perkara penting yang berkaitan dengan penyerahan tugas kita. 





Antara maklumat yang terkandung dalam Nota Serah Tugas adalah :
- Surat rasmi penyerahan tugas
- Surat penyerahan dan akuan terima
- Senarai jawatan
- Kedudukan terakhir tugas-tugas belum selesai
- Senarai hartabenda / peralatan
- Kedudukan kewangan / akaun
- Lampiran senarai serahan tugas
- Lain-lain

Sebaiknya, selesai mendapatkan tandatangan daripada mereka yang bertanggungjawab dan berkaitan, maka buatlah beberapa salinan untuk diberikan kepada PK1, Ketua Panitia, Ketua Ajk dan juga untuk simpanan sendiri. Senang urusan di masa akan datang, jika terdapat sebarang masalah di kemudian hari.



05. Urusan Kargo
Bagi yang dah berkhidmat genap atau lebih 5 tahun perkhidmatan di Sabah atau Sarawak, anda layak untuk memohon kemudahan Elaun perpindahan (tak ingat nama betulnya) atau juga lebih dikenali dengan Elaun Kontena. Bagi yang berkhidmat di sekolah pedalaman P1 P2 P3, tempoh layak memohon hanyalah 3 tahun sahaja.

Kemudahan kontena ini memanglah merupakan sesuatu yang mampu meringankan beban pegawai kerajaan apabila bertukar ke wilayah asal. Kalau tak, banyak juga kos yang nak dikeluarkan untuk mengangkut semua perabot atau peralatan rumah yang lain. Itu belum termasuk kos nak menghantar kereta.



Panduan Menguruskan Pertukaran Guru Semenanjung ke Wilayah Asal
Sekadar gambar hiasan

Bagi yang layak (wajib cukup 5 tahun!) kemudahan kontena ini diberi mengikut status anda. Jika bujang, kelayakan adalah hanya 5 meter padu, tidak termasuk kereta. Anggaran harga adalah dalam sekitar RM12 000 jugak lah. 

Manakala bagi peruntukan berkahwin pula, mencapai sehingga 10 meter padu hingga 15 meter padu bergantung kepada usia dan bilangan anak. Anggaran harga boleh mencapai sehingga RM17 000. Tanya kerani anda untuk maklumat lebih lanjut berhubung isipadu kelayakan.


Anda juga dikehendaki mengambil ukuran isipadu ( panjang x lebar x tinggi) bagi setiap kotak bagi menganggarkan sebut harga yang perlu dibuat. Kemudian tender dibuka, dan syarikat dengan sebut harga dan kelayakan terbaik akan dipilih. Kemudian syarikat tersebut akan terus berurusan dengan anda. Berjanji tarikh untuk diorang datang bungkus dan ambil barang di rumah. 

Selalunya syarikat turut menawarkan khidmat pembungkusan secara percuma. Walau bagaimanapun ada juga yang tidak. Maka sila rujuk syarikat tersebut, sebelum anda memulakan kerja membungkus. Tapi secara peribadi, lebih baik kita yang bungkus sendiri supaya lebih senang urusan kita nak mengecam barangan dan juga ketika melabel nanti.



Panduan Menguruskan Pertukaran Guru Semenanjung ke Wilayah Asal
Syarikat forwarders yang terpilih akan datang ke rumah anda

Kebanyakannya adalah menjanjikan khidmat door to door service. Ambil di rumah dan juga hantar terus ke rumah baru. Tapi lebih baik bertanyakan dengan syarikat tersebut deal sebenar antara kita dan mereka. Takut nanti ada salah faham yang berlangsung. Kebiasaannya dalam tempoh 2 - 3 minggu, maka barang dan kereta anda akan tiba di alamat kediaman baru. Sediakan juga salinan IC dan green card (geran kereta) bagi tujuan pelepasan kastam untuk kereta anda nanti. 

Jika ada kereta yang turut mahu diposkan ke Semenanjung,tetapi anda tidak layak mendapat khidmat kontena ini kerana bilangan tahun yang belum mencukupi, maka anda boleh hubungi terus syarikat yang menyediakan khidmat penghantaran kereta. Anggaran kos adalah sekitar RM2000 - RM3000 bergantung kepada syarikat dan kedudukan sekolah anda.

Satu lagi ingatan adalah, memandangkan tempoh yang panjang untuk barang tiba ke alamat baru, maka simpan lah beberapa set pakaian kerja dalam beg bagasi untuk terbang bersama anda nanti. Banyak kes juga beberapa rakan yang terpaksa keluarkan duit untuk shopping baju kerja baru kerana menunggu kontena yang belum sampai!





06. Kuarters / Rumah Sewa
Bagi yang menetap di kuarters guru, maka jangan lupa juga untuk isi borang keluar rumah sebelum balik. Selesaikan urusan yang berkaitan seperti bil air dan bil elektrik, dan bil utiliti lain yang berkaitan. Demikian juga halnya dengan guru-guru yang menyewa rumah sewa. Lebih-lebih lagi bagi yang akan meninggalkan rumah sewa tersebut tanpa berpenghuni. 

Jangan lupa juga uruskan untuk menutup semula akaun bil air dan bil elektrik yang didaftarkan atas nama anda. Jika tiada pilihan, tukarkan kepada nama rakan guru yang lain sebagai penama baru.



07. Penangguhan lapor diri

Bagi rakan guru yang menjangkakan tidak sempat untuk menyelesaikan semua urusan sebelum masa lapor diri, maka dinasihatkan supaya anda memohon penangguhan lapor diri dengan kebenaran sekolah baru, dan juga daripada sekolah lama. Jika kena dengan alasan yang munasabah dan logik, saya rasa dah tentu pengetua sekolah baru akan memberi kebenaran untuk anda menangguhkan proses lapor diri untuk seminggu dua. Rujuk contoh surat penangguhan lapor diri seperti di bawah.





Surat penangguhan lapor diri ini adalah sebagai dokumen rasmi yang membuktikan bahawa anda masih melakukan tugas di stesyen lama. Juga sebagai bukti bahawa anda masih menjalankan tugas. Ini kerana ada juga kes 'terputus perkhidmatan' ketika berlaku pertukaran stesyen dan akhirnya akan memberi kesan semasa pencen nanti. 

Walaupun diberi kebenaran, pastikan anda juga mempercepatkan proses menguruskan urusan di stesyen lama, supaya lebih cepat anda lapor diri, lebih kurang masalahnya nanti. 




08. Tuntutan Perpindahan Stesyen
Selain daripada diberi faedah menuntut Elaun Gangguan, guru yang bertukar juga diberikan Tuntutan Perpindahan Stesyen di mana tiket kapal terbang untuk ke stesyen baru juga boleh dituntut. Termasuk juga dalam tuntutan ini adalah elaun lojing / hotel dan elaun makan untuk 8 hari, iaitu 3 hari di stesyen lama dan 5 hari di stesyen baru.



09. Fail Peribadi & Buku Perkhidmatan
Sebagai makluman, Fail Peribadi anda tidak boleh dibawa balik dan akan terus disimpan di stesyen lama. Jika ada surat lantikan atau apa-apa dokumen penting, maka sebaiknya anda buat satu salinan bagi simpanan anda di masa akan datang. 

Buku Perkhidmatan pula bagi yang disimpan di sekolah, akan dikemaskini terlebih dahulu oleh pihak sekolah, sebelum dihantar ke JPN stesyen baru. Buku Perkhidmatan tersebut kemudiaannya akan disimpan oleh JPN / PPD / Sekolah bergantung kepada pengurusan JPN negeri tersebut. Sebaiknya juga simpan satu salinan sebagai rujukan anda.



10. Perkara Tambahan
Bagi memudahkan urusan membungkus barang, maka lebih baik sekiranya anda sediakan kotak kosong sebanyak mungkin bagi memudahkan kerja anda. Saiz kotak tidak perlu terlalu besar, dan jangan lah pula terlalu kecil. Yang sedang-sedang saja. Sekiranya bagi keperluan buku / majalah, maka sebaiknya guna kotak yang lebih kecil saiznya. Berat!

Sediakan juga set peralatan untuk membungkus, seperti selotap, gunting, pisau, tali rafia, pen marker dan yang difikirkan perlu. Ini kerana, set peralatan ini akan diperlukan sepanjang proses pembungkusan, sehinggalah kotak yang terakhir. Maka lebih baik asingkan set tadi sebelum anda tersilap simpan lebih awal.

Bila berpindah stesyen, sekurang-kurangnya anda kena sediakan duit sebanyak rm2000 - rm3000 bagi tujuan menguruskan keperluan dan juga sebagai wang pendahuluan untuk tiket dan lain-lain. Ada yang boleh dituntut dan ada juga yang tidak boleh dituntut kembali. Maka mulalah menabung sekarang.. ;)



Ini adalah sedikit panduan yang saya dapat kongsikan dengan rakan guru yang memerlukan maklumat yang diperlukan ketika nak menguruskan pertukaran pulang ke Semenanjung, sama ada dari Sabah atau Sarawak. Jika ada kekurangan, boleh maklumkan kepada saya di ruangan komen di bawah untuk ditambah atau diperbetulkan. Semoga artikel ini membantu mereka yang memerlukan! Selamat berkhidmat di tempat baru.. ;)


Catat Ulasan

57 Ulasan

  1. Pastikan juga claim pertukaran stesyen anda diuruskan oleh kerani sekolah lama, bukan kerani sekolah baru. Buku perkhidmatan baik anda semua folo up supaya ia ikut anda ke PPD baru. Byk kes terlepas pandang, buku tersebut masih tinggal di PPD lama. Maka apabila anda nak guna nanti untuk sebarang permohonan maka ia akan jadi delay. Inilah pengalaman saya.

    BalasPadam
  2. berpindah begini memamg leceh namun demi kerjaya dan negara ..ikut jelah.betul kan?

    BalasPadam
  3. INshaAllah.. semoga boleh jadi bahan rujukan yang berguna untuk rakan guru dari Semenanjung bila nak berpindah dari Sabah Sarawak nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cikgu. Semoga urusan sy dpt pindah ke selangor dekat dgn keluarga dipermudahkan.

      Padam
  4. Salam..sy nk tanya gaji kta di smnnjung bermula dari tarikh surat atau tarikh kta melapor. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Balqis.. maaf ler, saya kurang jelas dengan pertanyaan daripada saudari nih..

      Padam
    2. gaji di tempat baru akan bermula apabila selesai semua urusan pemindahan dokumen2 perkhidmatan berkaitan dari sekolah lama ke sekolah baru...lebih kurang 6 bulan jgk la baru urusan gaji akan ditukarkan sepenuhnya ke pusat pembayar tempat baru tu...selama tempoh tu mungkin anda akan terima gaji pokok dan elaun ITKA sahaja...elaun2 lain mungkin belum dapat dan ianya akan tertunggak dan akan dibayar mengikut tarikh surat pertukaran...bkn ikut tarikh lapor diri....sekadar perkongsian pengalaman

      Padam
    3. terima kasih saudara di atas untuk perkongsian maklumat.

      Padam
    4. Owh .. patut lah sy minta tangguh lapor diri 2 minggu dr sabah ke trganu atas alasan menguruskan dokumen2 yg belum lengkap d stesen lama.. dan urusan jumpa doktor pakar d sabah.. tapi gaji baru2 ni..sy kena byr balik elaun2 d sabah selama tempoh sy minta tangguh lapor diri.. mau dekat rm1500 jugak..sedangkan sy masuk bertugas d sekolah lama mcm biasa dlm tempoh tangguh lapor diri tu..

      Padam
  5. As salam cikgu - cikgu yang di hormati semua. Jika Berminat untuk mendapatkan sebutharga perpindahan boleh hubungi saya Azizul Hakim di 0179427774 sms/wassap serta layari FB: Trio Mover. Tq

    BalasPadam
  6. Cmner dgn surat pelepasan..blh ke pindah sek baru tanpa surat pelepasan?

    BalasPadam
  7. Cmner dgn surat pelepasan..blh ke pindah sek baru tanpa surat pelepasan?

    BalasPadam
  8. Salam Sejahtera , Sesiapa mencari Forwarding Syarikat untuk menghantar kenderaan anda ke Sabah dan Sarawak? Sila hubungi kami di 01128511549 untuk harga yang terbaik. Penjimatan wang anda dengan kami. . SELAMAT CEPAT CEKAP

    BalasPadam
  9. Salam Sejahtera , Sesiapa mencari Forwarding Syarikat untuk menghantar kenderaan anda ke Sabah dan Sarawak? Sila hubungi kami di 01128511549 untuk harga yang terbaik. Penjimatan wang anda dengan kami. . SELAMAT CEPAT CEKAP

    BalasPadam
  10. Sayangnya setelah berkhidmat di Sri Aman 9 tahun, bila dapat pindah.... satu sen pun tidak dibayar. Kerani sekolah lama tendang semua borang pergi ke sekolah baru, sekolah baru pula tendang semua borang ke sekolah baru... ini melambatkan lagi urusan pindah saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika terlewat claim macam mana ya
      Ada tempoh masa tak

      Padam
    2. dalam tahun semasa,boleh claim. jgn masuk tahun baru bru nak claim. tak valid. tapi urusan claim masuk pon bergantung kpd ppd. wlu di luluskan jpn, kdg2 ppd masukkan selepas 2 tahun pon ada

      Padam
  11. Mcm mna yg dpt pindah,tp belum sah jawatan? Layak atau tak claim2 tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau belum sah jawatan dan belum cukup tempoh 5 tahun, tak layak untuk mohon kargo. tapi ada elaun lain yang boleh mohon juga. rujuk kerani kewangan untuk maklumat lanjut.

      Padam
  12. Kalau suami isteri guru berapa buah kargo dapat Dan elaun pindah tu masing -masing dpt atau suami aje dpt sebab dikira satu keluarga

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak salah saya arituh kawan yang juga suami isteri cikgu pindah, sorang saja dapat sebab dia kira satu keluarga. isipadu kargo berdasarkan berapa ramai bilangan ahli keluarga dan juga umur anak-anak..

      bab elaun pindah saya tak pasti plak.

      Padam
  13. Urusan bawa balik kereta ke semenanjung.urusan dgn puspakom Dan kastam kena buat sendiri ke atau syarikat kargo yg uruskan

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya harituh masa nak uruskan kereta, hanya bagi geran kereta sahaja. pastu serah kunci. yang lain semua diorang urus.

      Padam
  14. Terima Kasih Cikgu Hailmi....Info yang sangat berguna

    BalasPadam
  15. assalam cgu hailmi, nak tanye.. untuk kelayakan kargo mmg perkhidmatan cukup 5 tahun kan...macam mana ye tarikh di kira..contoh, dapat pindah tahun ni kan...tarikh di kira dr kite lapor diri sehingga 31 disember 2015 ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. setakat yang saya faham, genap 5 tahun tu bermaksud bermula dari tarikh anda mula lapor diri sehinggalah tarikh anda akan melapor di sekolah baru.

      walaubagaimanapun, harus diingat yer.. tempoh 5 tahun tak menjanjikan anda CONFIRM akan dapat elaun kelayakan kargo.. hanya meLAYAKkan anda untuk memohon kargo.

      Ada kawan saya yang tak cukup 5 tahun pun dapat. Ada yang terlebih 5 tahun pula tak dapat. Bergantung kepada kewangan semasa dan juga rezeki.

      Apa pun, saya doakan semoga urusan anda dipermudahkan oleh Allah SWT.

      Padam
    2. Cikgu,nak tanya kalau buat rayuan boleh ke?

      Padam
  16. Sangat membantu info ini. Terima kasih

    BalasPadam
  17. Salam cikgu...sy guru baru berpindah pertama kali dari sabah ke melaka...urusan serah tugas semua dah selesai...tp sy nk tumpang tnya dengan cikgu, utk lapor diri ke sekolah baru, perlu dibuat secepat mungkin atau tggu tarikh kuatkuasa pertukaran ye? Tarikh kuatkuasa, 1 jan 2016...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam cikgu. Lapor diri dibuat sebelum daripada cikgu menghadiri hari pertama sekolah untuk tahun 2106. Lebih awal dapat lapor diri di sekolah baru lebih bagus. Terutamanya dari segi membantu sekolah baru mengatur jadual dan juga bidang tugas baru yang menanti untuk 2016.

      Padam
  18. Assalamualaikum / Salam Sejahtera ;

    Mungkin pihak anda tidak memerlukan khidmat kami lagi ketika ini, tetapi adalah lebih baik menyimpan no telefon saya agar tidak tergesa gesa kelak serta akan menyebabkan perpindahan ke tempat baru yang sepatutnya menjadi pengalaman menarik akan menjadi mimpi ngeri buat tuan/puan.

    Di arah bertukar kerana naik pangkat atau akan berpindah, masih tercari - cari perkhidmatan memindahkan peralatan rumah, pejabat serta kenderaan yang professional serta mesra pengguna???

    INGIN BERPINDAH KE KEDIAMAN BARU!
    INGIN BERPINDAH KE PEJABAT BARU!
    AKAN BERTUKAR KE SABAH, SARAWAK ATAU KE SEMENANJUNG!!
    Tetapi tiada masa mencari kotak, lori pengangkutan, uruskan kapal serta tenaga kerja untuk membantu....

    Kami menawarkan perkhidmatan perpindahan yang professional serta selamat. Perkhidmatan termasuk membekalkan tenaga kerja terlatih untuk membungkus serta mengangkut, membekalkan peralatan membungkus seperti kotak dan menyediakan lori pengangkutan yang sesuai serta urusan kapal laut serta penghantaran kenderaan seperti kereta dan motor bagi perpindahan ke Sabah, Sarawak serta luar negara. Syarikat kami adalah berdaftar dengan Kementerian Kewangan, nombor rujukan: 357-02137134. Mempunyai pengalaman luas dalam urusan perpindahan barang rumah, kenderaan, pejabat kerajaan serta swasta dan urusan kapal laut bagi perpindahan ke Sabah, Sarawak dan luar negara.

    Sila hubungi saya melalui telefon bimbit@whatsapp : +6017-9427774. Email: hakim@triogroups.com.my.

    Kuala Lumpur Office: 03-2092 9424 Kuantan Office: 09-573 5077 / 09-573 7077 Kota Bharu Office: 017-942 7774

    Maklumat lanjut boleh lihat n like FaceBook : TRIO MOVER.

    BalasPadam
  19. Jika tuan puan memerlukan pertolongan utk peroindahan ke sabah atau sarawak syarikat kami sedia membantu . syarikat kami berdaftarvdgn kementerian kewangan. Tuan ouan boldh menghubungibsaya di 0188702696 atau mdsham20@gmail.com

    BalasPadam
  20. jika ingin pindah dari semenanjung ke sarawak...sama juga kan?

    BalasPadam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  22. Surat permohonan mlalui pengetua untuk mohon elaun gangguan.. Mcm mn ye? Kerani xtau buat

    BalasPadam
  23. salam...saya ade tanya ppd saya mengenai elaun gangguan...die kata saya x layak sebab mintak pindah...kalau dipindahkan baru layak dapat elaun gangguan...pada siapa saya nak rujuk?

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  25. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  26. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum / Salam Sejahtera ;

    Mungkin pihak anda tidak memerlukan khidmat kami lagi ketika ini, tetapi adalah lebih baik menyimpan no telefon saya agar tidak tergesa gesa kelak serta akan menyebabkan perpindahan ke tempat baru yang sepatutnya menjadi pengalaman menarik akan menjadi mimpi ngeri buat tuan/puan.

    Di arah bertukar kerana naik pangkat atau akan berpindah, masih tercari - cari perkhidmatan memindahkan peralatan rumah, pejabat serta kenderaan yang professional serta mesra pengguna???

    INGIN BERPINDAH KE KEDIAMAN BARU!
    INGIN BERPINDAH KE PEJABAT BARU!
    AKAN BERTUKAR KE SABAH, SARAWAK ATAU KE SEMENANJUNG!!
    Tetapi tiada masa mencari kotak, lori pengangkutan, uruskan kapal serta tenaga kerja untuk membantu....

    Kami menawarkan perkhidmatan perpindahan yang professional serta selamat. Perkhidmatan termasuk membekalkan tenaga kerja terlatih untuk membungkus serta mengangkut, membekalkan peralatan membungkus seperti kotak dan menyediakan lori pengangkutan yang sesuai serta urusan kapal laut serta penghantaran kenderaan seperti kereta dan motor bagi perpindahan ke Sabah, Sarawak serta luar negara. Syarikat kami adalah berdaftar dengan Kementerian Kewangan, nombor rujukan: 357-02137134. Mempunyai pengalaman luas dalam urusan perpindahan barang rumah, kenderaan, pejabat kerajaan serta swasta dan urusan kapal laut bagi perpindahan ke Sabah, Sarawak dan luar negara.

    Sila hubungi saya melalui telefon bimbit@whatsapp : +6017-9427774. Email: hakim@triogroups.com.my.

    Kuala Lumpur Office: 03-2092 9424 Kuantan Office: 09-573 5077 / 09-573 7077 Kota Bharu Office: 017-942 7774

    Maklumat lanjut boleh lihat n like FaceBook : TRIO MOVER.

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum tumpang tanya ,tunang saya berasal dari selangor dan dia ditempatkan di kelantan dan saya berkerja sebagai akauntan di Johor bahru , tunang saya sudah membuat keputusan untuk berpindah ke johor bahru , tetapi penolong kanan sekolah di kelantan tidak membenarkan dia berpindah , dia sudah mengisi borang berpindah , namun penolong kanan tidak membenarkan dia.. atas alasan kekurangan guru , kerap kali tunang saya mengadu segala kerja dia dia perlu lakukan berseorangan , warden asrama , sebahagian kerja2 di sekolah terpaksa dia lakukan , bila saya bertanya kenapa hanya dia kena hadap kerja yang banyak mana guru2 lain sedangkan kan disekolah berkenaan ramai guru. ini membuat kan saya tidak berpuas hati tentang sekolah berkenaan. jadi saya ingin bertanya , ada tak , cara lain untuk pertukaran guru. saya risau keaadan dia di sana. saya harap cikgu dapat membantu..
    ini nombor talifon saya 019-3656706 ( ABU BAKAR )

    BalasPadam
  29. Assalam mohon bertanya...
    Kenapa dlm surat perpindahan sy dinyatakan TIDAK LAYAK memohin elaun perpindahan sekaligus elaun gangguan pon xlayak.Adakah status belum sah jwtan? Berpindah dr swak-sem

    BalasPadam
  30. Cikgu...sy nak mohon pindah tp d suruh isi lampiran A ...satu surat yang x akan membuat sebarang tuntutan... sedangkan saya mohon pindah ke semenanjung selpas berkhidmat selama 11 tahun d Sabah... trus saya bingung..

    BalasPadam
  31. Kepada Cikgu2 Sekalian,

    Jangan pening2 pasal pindah ni. Serahkan pada syarikat Kontena yang berkelayakan. Kami akan cuba yang terbaik untuk pastikan barang2 Cikgu Selamat Sampai di destinasi.

    Sila layari website ini www.nizafmover.com untuk rujukan Cikgu.

    Boleh call @ whatsapp sy di 019 991 5655. Encik Kici Kasri.

    Terima Kasih.

    BalasPadam
  32. Assalamualikum...cikgu...bagaimana pula jika pindah dr selangor ke langkawi...layak dpt sepertimana di atas..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sefaham saya, yang nih hanya melibatkan pertukaran antara Wilayah; iaitu merujuk kepada Semenanjung, Sabah dan Sarawak..

      Padam
  33. cikgu, maksudnya perpindahan dr selangor ke langkawi boleh mohon semua elaun kecuali elaun kontena..? Mohon prncerahan cikgu hilmi,terima kasih banyak-banyak cikgu

    BalasPadam
  34. The most beneficial Jabodetabek private tutoring for kindergarten, elementary, junior high school. The very best private teachers graduated from well-known state universities. Closest tutoring place online to the property at inexpensive ... visit https://privat-sbmptn.vercel.app/ for more details

    BalasPadam
  35. Ideal and also Cheapest Jabodetabek Individual Classes, all of our staff members as well as tutors can come to your house, established your personal examine timetable which enable it to choose any industry regarding review ... visit https://kursus-ekonomi.netlify.app/les-privat-ekonomi-kramat-jati.html for more details

    BalasPadam
  36. You could possibly will see a cheaper fee versus table above, ensure again about the qualifications of the teacher / Kindergarten teacher recommended back ... for more information https://matematika-exed.blogspot.com/2022/05/les-privat-matematika-terdekat-di-johar.html

    BalasPadam
  37. Alhamdulillah, terima kasih cikgu

    BalasPadam