About Me

Kriteria Kemasukan Murid Tingkatan 4 ke Aliran Sains Berdasarkan PT3

Rupa-rupanya KPM telah mengeluarkan Surat Siaran Bilangan 22 Untuk tahun 2014, bagi menjelaskan Kriteria kemasukan murid tingkatan 4 ke aliran Sains berdasarkan keputusan PT3. Surat siaran yang bertarikh 30 Disember 2014 tersebut, menyebutkan dengan jelas kriteria keputusan pelajar yang digalakkan untuk mengikuti kelas aliran Sains.


Kriteria Kemasukan Murid Tingkatan 4 ke Aliran Sains Berdasarkan PT3


Dalam surat siaran tersebut, KPM menggariskan beberapa kriteria kemasukan murid tingkatan 4 ke aliran Sains. Secara ringkasnya, 


1) murid yang mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi Sains dan Matematik DIGALAKKAN memohon


2) murid yang mendapat gabungan A/C, B/C atau C/C bagi subjek Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolah bagi kedua-dua subjek, serta berminat untuk aliran Sains berdasarkan keputusan Ujian Psikometrik 


3) Kes Khas : murid yang mendapat gabungan A/D, B/D atau C/D bagi subjek Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolah bagi kedua-dua subjek, serta berminat untuk aliran Sains berdasarkan keputusan Ujian Psikometrik 


4) murid yang mendapat E bagi mana-mana subjek Sains atau Matematik TIDAK DIGALAKKAN mengikuti aliran Sains di Tingkatan 4.


Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kriteria kemasukan ini, anda boleh download surat siaran tersebut di SINI.


NOTA : 5 Tips Memilih Aliran Yang Sesuai Untuk Pelajar PT3



Catat Ulasan

47 Ulasan

  1. terima kasih cikgu utk info....xpi kalau kes khas tu mcm mana cikgu.kena buat rayuan ke mcm mana....saya sc B maths D psikometrik x igt la..dlm 80-100..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung kepada pengurusan sekolah masing2 sama ada nak menerima atau menolak permohonan anda.. semoga berjaya yer!

      Padam
  2. Assalammualaikum.

    Mcm mne klau result pt3 dia mt B tpi sc F .. ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. boleh rujuk dengan sekolah masing2.. kriteria boleh berubah mengikut pengurusan sekolah

      Padam
  3. Assalamualaikum..thnks utk info ni cikgu..minat sgt2 dgn sains..hope result pt3 ok..n dpt msk sains..:) doakn ye..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum. Cg. nk tnya skit ni, boleh x saya nk msuk class aliran sains dgn result SC : B n MT : E ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. bergantung kepada syarat yang diletakkan oleh pihak sekolah

      Padam
    2. Adakah keputusan matapelajaran
      Sains dan Matematik masing2 gred C melayakkan saya belajar di kelas aliran sains?

      Padam
  5. salam sejahtera cikgu , adakah kita ada hak untuk memilih subjek aliran sains semasa di tingkatan 4 walaupun result pt3 kurang memuaskan ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam sejahtera.. rasanya ada hak untuk memilih.. akan tetapi pihak sekolah akan mencadangkan aliran yang lebih sesuai dengan keputusan PT3 anda..

      Padam
  6. cikgu kalau ujian psikometrik ...social saya tinggi ...dari investigatif....boleh ke sya masuk kelas sains

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum cikgu , ting.4 sdah berlalu dan keputusan akhir thun sya kurg memuaskn , sya berhasrat utk drop kelas , dan memilih aliran yang lain . Sya berhasrat utk memilih aliran ekonomi , tetapi sya risau utk catch up semula sub ekonomi sblum ini seperti sub Sains , Ekonomi Asas dan Sains Sukan . Apkh pandangan cikgu ? Patutkah sya memilih aliran lain ataupun teruskn dgan aliran sya sblum ini ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum ini sya mengikuti aliran Sains Tulen

      Padam
    2. perlu berbincang dengan pihak sekolah dan juga ibubapa.. mintak pandangan mereka. jika jadi tukar aliran, maka sauadara perlu lebih banyak berusaha 3 kali ganda sebab dah tertinggal satu tahun. buat keputusan yang terbaik. semoga berjaya cikgu ucapkan.

      Padam
  8. Cikgu,, saya mendapat B untuk maths dan C untuk sains . Adakah saya boleh masuk aliran sains???

    BalasPadam
  9. Klau math e sain b blh ke

    BalasPadam
  10. Saya Sains B dan Math C agak2 leh lepas x

    BalasPadam
  11. Adakah gagal b.ing juga mempengaruhi aliran yang saya ingin pohon

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya.. saya rasa boleh mempengaruhi...
      rujuk dengan sekolah masing-masing

      Padam
  12. Cikgu, kalau markah bm kurang memuaskan adalah itu akan menjejaskan kemasukan ke aliran sains ???

    BalasPadam
  13. Cikgu,kalau markah maths D,sains C.....boleh masuk aliran sains....atau mungkin menghadapi jika masuk ke aliran sains

    BalasPadam
  14. Saya dpt pt3 5A4B1E.. Saya sbnrnya layak masuk aliran sains tapi math saya.. Hmmm.. Saya nak masuk kelas Sains.. Macam mana nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ditawarkan ke aliran Sains (berkelayakan dan berminat), maka anda haruslah ambik inisiatif untuk tambahbaik lagi kefahaman dalam Math. Ambik kelas luar, dll

      Padam
  15. kalau untuk 2016 pun sama jugak ye kelayakan untuk masuk kelas aliran sains ? saya dapat Math D sains juga D tapi Math saya Band 4 Sains saya band 6 . masih kena buat permohonan juga ye ..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya rasa sama. apa2 pun bergantung kepada pengrusan sekolah. biasanya sekolah akan atur siap yang masuk ke aliran mana.

      Padam
  16. Cikgu saya ingin masuk ke aliran sains cikgu tetapi 'result' saya tidak beberapa bagus cikgu....saya mendapat gred f dlm maths dan gred e dlm sains..........band maths saya adalah band 4 dan sains adalah band 4 dan band 3..........cikgu tolong cikgu.....saya nak peranan daripada cikgu.....tolong yer cikgu....terima kasih cikgu.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. dengn keputusan sains math yg sebegitu, dikhuatiri anda tak akan mmpu untuk melakukan lebih bnyk lagi dengan subjek Sains yang jauh lebih susah berbanding Sains PT3, seperti Fizik, KImia dan Biologi. Maka pilihlah aliran yang lebih sesuai dengan kemampuan anda.

      Padam
    2. terima kasih cikgu....tetapi adakah saya ada peluang masuk ke aliran sains.....

      Padam
    3. Salam ckgu...sye mndapat gred c dlam math dan sains....sye brminat masuk ke aliran sains....sye layak masuk ke ckgu?

      Padam
  17. Assalammualaikum cikgu, pt3 masetu saya dapat 8A1B1C , B saya math dan C saya sains. Saya didesak utk memasuki aliran sains tulen. Cikgu dan ibubapa saya juga suruh utk memasuki aliran tersebut. Tapi kan, saya tk minat langsung tentang sains. Buat eksperimen lagi tk minat. Saya lebih minat kpd aliran akaun. Mengikut ujian psikometrik pun saya lebih kpd akaun.. Cikgu rasa saya patut plih sains tulen atau akaun? tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya mendapat gred C dalam Sains & B dalam Matematik. Saya harap cg balas pertanyaan saya dgn segera kerana esok saya perlu menghantar pilihan aliran tingkatan 4 saya. Terima Kasih.

      Padam
    2. Saya mendapat B dalam Matematik & C dalam Sains. Saya ingin menjadi juruterbang. Antara aliran Sains Geografi & Sains Tulen, yang manakah aliran yg bersesuaian dgn cita cita saya. Harap dibalas segera. Terima Kasih

      Padam
  18. Sayaingin bertanya sama ada boleh AAU tidal says memasuki SMS jima hanya mendapat 5a,5b do dalam keputusan peperiksaan pt3

    BalasPadam
  19. Sayaingin bertanya sama ada boleh AAU tidal says memasuki SMS jima hanya mendapat 5a,5b do dalam keputusan peperiksaan pt3

    BalasPadam
  20. assalam ... saya dpt Sains D math C .. Kalau saya ke sains acc dan ambil jurusan penerbangan leh ke?

    BalasPadam
  21. Assalam,nak tanya cikgu...kalau saya tak ambil pt3...boleh ke nak masuk tingkatan 4 di smk

    BalasPadam
  22. Askm cikgu sye nk tye pendapat cikgu aliran sains ni susah ke senang ....dn klau kita nk jdi guru nk a ambil aliran apa....mohon keterangan

    BalasPadam
  23. cikgu tolong saya ..saya mendapat 3A 4b 2c and 1 E..math saya c dan sains saya mendapat e ..saya juga berhasrat untuk betul-betul membaiki diri saya mulai saat ini.saya ingin memasuki aliran sains..kerana bidang yang saya minat memerlukan sains..tolong reply cikgu

    BalasPadam
  24. Aslkm cg. Sy calon pt3 2017 dan tlh mndpt 8A 2B 1C. Sc sy dpt B, mt sy dpt C. Ujian psikometrik, S:21 R:20 A:18 . Indeks prbezaan 6. Mt: bntuk dan ruang-band 5, prkaitan-band 5. Sains: penyenggaraan & ksinambungan hidupan-band 5, jirim dlm alam-band 5, tenaga dlm khidupan-band 5, penerokaan angkasa lps-band 5. Adkah sy lyk utk mngambil aliran sains? Tq cg.

    BalasPadam
  25. Aslkm cg,saya mndpt Mt a & sains sy c . Ujian psikometrik tu lebih kpd sains . Tapi sy rase was2 utk ambil aliran sains sbb banyak lagi subjek nk fokus mcm b. Arab, english dll . Apa pendapat cg ? Tq cg .

    BalasPadam
  26. Cikgu math ngan sains saya Fail tapi result yg lain semua okey . Sya berminta ke kelas sains tapi math sc fail hmmmmmmm ada harapan tak nak masuk mcm buat surat rayuan kee

    BalasPadam