.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Selasa, 30 Disember 2014

8 Tahun di Sarawak, Pertukaran Saya Kini Diluluskan

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi selepas menerima berita baik berkenaan pertukaran saya kali ini. Selepas menunggu untuk 8 tahun, dengan hampir 13 kali permohonan, nampaknya rezeki memihak kepada saya untuk permohonan kali ini. 

Seperti yang telah saya jelaskan berulang kali, permohonan saya bukanlah disebabkan kerana sudah tidak suka berada di Sarawak. Bukan kerana tidak suka berada di Sibu. Dan bukan kerana sudah tidak suka berada di SMK Luar Bandar No.1 Sibu. Tetapi lebih kepada keperluan untuk saya berada bersama keluarga, terutamanya ibubapa yang sudah makin uzur dan perlukan jagaan yang lebih. 

Apabila berdepan dengan situasi di mana saya perlu memilih antara impian dan keluarga, maka bagi saya, keluarga adalah pilihan utama saya. Tidak ada galang gantinya. Maka dalam sesetengah keadaan, sebaik mana pun apa yang kita sudah ada, masih saya akan utamakan kedua mereka.




Jika difikirkan kembali, bukan sedikit usaha dan ikhtiar yang telah saya usahakan sepanjang 8 tahun ini. Pelbagai cara. Pelbagai alasan. Pelbagai usaha. Dan dengan pelbagai orang. Putrajaya juga dah berapa kali saya naik turun. Orang-orang VIP, kenamaan dan kononnya memiliki power untuk perpindahan juga dicuba. Tetapi akhirnya semua masih dengan keputusan yang sama. Masih GAGAL.


Usaha kali nih, saya betulkan semula niat untuk saya berpindah. Niat kerana mahu menjaga ibubapa di kampung yang saban hari semakin uzur. Niat mahu berbakti kepada kedua mereka seadanya saya. Dan niat menjalankan tugas dan tanggungjawab saya sebagai seorang anak.

Tips dari seorang rakan juga, saya cuba usahakan, iaitu bernazar. Beberapa orang kawan dari sama sekolah juga menggunakan tips yang sama, dan alhamdulillah sudah ada rezeki masing-masing untuk mereka.

Dan akhir sekali adalah doa yang tak putus-putus dari ibubapa, keluarga dan paling penting dari diri sendiri. Tak lupa juga memohon orang mendoakan agar urusan saya dipermudahkan bagi setiap kali diajukan dengan soalan "macam mana, dapat tukar dak?.."




Syukur ke hadrat Allah, dengan usaha "kabel besar" ini  permohonan saya kali ini berjaya!

Dan sesungguhnya perancangan Allah itu Maha Hebat lagi Maha Sempurna... 

Bukan setakat berjaya ke Kedah, saya ditempatkan di sekolah yang baru 1 tahun usianya. Sekolah baru di tepi jalan utama dari Alor Setar ke Kangar. Pelajarnya baru mencecah 300 orang, dengan bilangan guru yang tak sampai 30 orang. Dan lebih best, sebab jarak sekolah tersebut (walaupun di Kedah) dari rumah saya yang terletak di Perlis, hanyalah 20 minit perjalanan sahaja!

Cantik kan aturan Allah tu?.. ;)

Syukur sangat dengan apa yang diberikan kepada saya. Allah itu Maha Mengetahui. Disimpannya saya di Sarawak untuk 8 tahun, supaya dapat diberikan ke tempat yang paling sesuai untuk saya, pada masa dan keadaan yang paling tepat. 




Dalam pada gembira kerana sudah tiba masa untuk kembali ke kampung halaman, ada juga rasa sedih yang mendalam apabila mengenangkan pelajar dan rakan-rakan yang bakal saya tinggalkan di Sibu ini. 8 tahun masa bersama, bukan satu masa yang singkat. Sedih sebab tak tahu bila lagi masa akan dapat bertemu lagi. Hanya masa yang akan menentukan.

Banyak sangat kenangan saya di bumi Sibu ini. Dan begitulah banyaknya jasa bumi Sarawak ini kepada perkembangan saya menjadi seorang pendidik. Pengalaman 8 tahun ini inshaAllah boleh menjadi modal yang berguna untuk saya di masa akan datang. Sangat bernilai. Betapa terhutang budinya saya kepada pelajar-pelajar dan rakan guru di SMK Luar Bandar No.1 Sibu.


Tetapi perjalanan hidup harus diteruskan. Masing-masing ada destinasi yang tersendiri seperti yang telah dicatatkanNya. Maka setiap yang bertemu pasti akan ada perpisahan.


InshaAllah saya mendoakan yang terbaik buat mereka. Semoga mereka baik-baik saja. Malah saya akan bawa semangat dan impian ini ke sekolah baru yang bakal saya sumbangkan khidmat selepas ini. Mudah-mudahan usaha ini mendapat keberkatan dariNya.

Banyak idea yang dah berlegar di minda untuk diusahakan di sekolah baru nanti. Walau bagaimana pun, biar dulu saya jejakkan kaki ke sana. Melihat-lihat dulu suasana baru di sana. Berikan sedikit kesempatan untuk otak dan kudrat, rehat seketika. Sebelum menyambung misi yang lebih mencabar dan memberi dugaan bagi tahun 2015.


Semoga semuanya yang terbaik menanti setiap daripada kita. Amin!



Jumaat, 26 Disember 2014

Refleksi Saya Sepanjang Tahun 2014

Alhamdulillah syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana saya dapat tamatkan sesi persekolahan pada tahun ini dengan jayanya. Seperti juga refleksi kendiri saya pada tahun lepas, pencapaian tahun ini saya jadikan sebagai penanda aras dan juga sumber motivasi dan inspirasi untuk saya terus bekerja. Adakah saya jadi guru yang lebih baik, atau pun guru yang semakin lemah, menurun prestasinya dan hanya menjadi beban kepada guru lain. Yang penting, tujuan utama menjadi guru adalah harus terus mendidik, dan harus terus memberi ilmu. 



refleksi guru sepanjang 2014
Refleksi kendiri sepanjang tahun 2014


Guru Cemerlang

Jika pada tahun lepas, saya dilantik menjadi Guru Cemerlang, alhamdulillah tahun ini, genap setahun, maka saya sudah mendapat surat pengesahan pada bulan April. Jika sebelumnya dengan taraf 'memangku', selepas pengesahan, dah tak perlu nak tulis perkataan 'memangku' tersebut lagi. 

Kalau ditanya dari segi gaji, rasanya macam tak ada beza sahaja antara memangku dan selepasnya. Cuma dari segi kelayakan untuk memohon ke gred seterusnya, kini dah terbuka luas. InshaAllah dengan 'lesen' ini, maka dah tentu lah saya akan tertumpu kepada usaha mencabar diri untuk ke gred seterusnya. Doakan kejayaan saya nanti yer!

Bacaan Menarik : Panduan Mohon Guru Cemerlang
Bacaan Menarik : 7 Kelebihan Jadi Guru Cemerlang



Inovasi Video
Melihatkan sedikit bakat dan kemahiran yang ada dalam bidang video, maka untuk tahun ini saya tampil menghasilkan inovasi video. Inovasi yang saya namakan Video Eksperimen Sains tu adalah merupakan koleksi video bagi eksperimen-eksperimen penting sains yang menggunakan tenaga kerja produksi di sekolah, iaitu anak-anak murid saya sendiri. 






Untuk tahun 2014, hanya berkesempatan menghasilkan 12 video eksperimen sahaja. Kekangan masa dan sibuk bekerja juga membataskan penghasilan inovasi tersebut. Tapi inshaAllah saya akan terus usaha menghasilkan lebih banyak video ini kerana kesannya kepada pembelajaran murid dan pengajaran guru. 

Tambah bersemangat apabila saya mendapat maklum balas terus daripada sebilangan guru yang mengatakan bahawa mereka menggunakan video tersebut untuk pembelajaran di sekolah. Terutamanya guru yang mengajar di sekolah yang tidak mempunyai kelengkapan makmal yang sempurna dan mencukupi. Alhamdulillah.. ada guna juga video tersebut! Ingatkan dah syok sendiri dah.. ;)



Penceramah
Tahun ini sebenarnya saya banyak menerima undangan ceramah di sekolah serata Malaysia. Ada dari Sabah, ada dari Selangor, dan ada dari Johor. Tetapi sebaik sahaja, mengetahui saya mengajar di Sarawak, banyak yang terpaksa dibatalkan sebab tak ada budget untuk pengangkutan. Takpe.. saya redho. Bukan rezeki saya kot nak jumpa anak murid di sana.

Kalau tahun lepas ada berceramah di SMK Bakun mengenai teknik menjawab. Tapi kali ini, pelaksanaan PT3 buat pertama kalinya juga memberi kesan kepada guru-guru yang selalu keluar beri ceramah. Maka, tahun ini saya fokuskan lebih kepada bidang yang berkaitan profesionalisma keguruan dan bidang pendidikan.



Adik-adik Tunas Geliga

Antara kenangan manis adalah apabila diberi kepercayaan oleh pihak Peneraju bagi terlibat dengan Pemilihan Penerima Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2014 bagi Zon Sarawak dan juga sebagai penceramah untuk Kem Pembangunan Tunas Geliga Kebangsaan yang diadakan semasa cuti sekolah ini. Semua ini adalah pengalaman berharga yang berguna untuk perkembangan kerjaya saya sebagai seorang pendidik.



PLC (Professional Learning Communities)
Tahun ini juga saya banyak diberi peluang untuk berkongsi kejayaan saya dalam laman sosial, terutamanya mengenai bidang pendidikan. Banyak pihak nampaknya yang dah mula buka mata mengenai apa yang dah saya buat selama ini. Alhamdulillah. Peluang ini adalah peluang terbaik untuk saya kongsikan ilmu saya, dan sebolehnya memotivasikan lagi guru lain untuk sama-sama bekerja.



Seminar PLC 2014 peringkat negeri Sarawak

Terima kasih yang tak terhingga buat Cikgu Lau Shin Chai, JPN Sarawak yang banyak memperkenalkan saya kepada warga pendidik Sarawak melalui PLC. Atas sebab PLC nih juga saya diberi peluang berkongsi pengalaman mengajar bersama guru-guru Sains di SMK Bawang Assan. Bukan pegi tengok cikgu sana mengajar ye. Tapi, saya yang mengajar, sambil diperhatikan oleh guru-guru Sains lain sekolah tersebut! Konsep Peer-Coaching. Nervous, tapi alhamdulillah, banyak pengalaman diperolehi.

Peluang kedua adalah apabila diberi peluang untuk menjadi pembentang dalam Seminar PLC 2014 Peringkat Sarawak. Hu3.. Seminar peringkat negeri Sarawak ini mengumpulkan peserta Seminar yang terdiri daripada Pengetua-pengetua, Guru Besar, orang JPN, orang PPD dan wakil PLC sekolah seluruh Sarawak! Nak terkucil jer rasa. Tapi saya cuba yang terbaik dan tak sangka pula boleh terpilih sebagai Pembentang Terbaik untuk Seminar tersebut! Moga kejayaan ini akan jadi motivasi saya untuk terus bergiat aktif dalam bidang PLC selepas ini.



Jurulatih Sofbol
Tahun ini juga mencatatkan kenangan manis buat saya sebagai Jurulatih Sofbol. Pasukan sekolah saya muncul Johan bagi kedua-dua kategori Lelaki dan Perempuan untuk daerah Sibu. Juara berganda. Ini juga bermakna pasukan sofbol lelaki telah menjadi Johan buat kali ke 7 berturut-turut dengan rekod tanpa kalah sepanjang 7 tahun ini. Best!

Kejayaan ini diteruskan lagi apabila pasukan Sibu berjaya merangkul Naib Johan bagi pertandingan sofbol peringkat negeri Sarawak! Ini juga merupakan pencapaian terbaik pasukan Sibu sepanjang 8 tahun kami membabitkan diri dalam dunia sofbol di Sarawak nih. Terbaik!



Kenangan manis bersama pasukan Sibu selepas muncul Naib Johan Sarawak 2014

Walaupun ada mulut-mulut hampeh dan longkang (dah semestinya mereka-mereka yang tidak berada di padang, dan bukan status jurulatih pun.. ) yang mempertikaikan kemenangan 'team ulam' nih, tapi bagi saya sebagai jurulatih, pemain-pemain Sibu dah lakukan yang terbaik! Anda memang layak.. So, Ada aku kesah?!! ;)

Seramai 3 orang pelajar sekolah saya telah terpilih untuk membarisi pasukan sofbol Sarawak ke peringkat kebangsaan yang berlangsung di Pulau Pinang. Kejayaan ini juga membolehkan saya untuk diberikan Anugerah Guru Cemerlang Ko-Kurikulum di Majlis Anugerah Kecemerlangan peringkat sekolah. Terima kasih!




Penulis Buku
Kali ini merosot sikit bilangan buku yang saya tulis. Tahun lepas sempat sampai 3 buah buku. Memang diakui ada banyak pelawaan dari penerbit buku. Tawaran pun menarik dan lumayan. Tapi atas faktor kekangan masa dan keutamaan projek, maka saya hanya menerima satu sahaja tawaran menulis pada tahun ni. Sebuah ensiklopedia Sains. Itu pun projek masih terkangkang dan berselerak. Harapnya dapat disiapkan seperti yang dikehendaki pada tarikhnya.

Sasaran saya selepas ini adalah mahu kekalkan prestasi dengan sekurang-kurangnya sebuah buku bagi setiap tahun. InshaAllah, itu lebih baik daripada terima banyak-banyak, kemudian tak dapat disiapkan pada tempohnya. Semoga dipermudahkan urusan saya. Amin!



Liga Remaja Kreatif 2014
Kejayaan menjuarai Liga Remaja Kreatif 2013, membuatkan saya selaku guru pembimbing, mempunyai lebih banyak tugasan dan kerja yang perlu dilakukan. Dari awal tahun sudah saya pertanggungjawabkan pelajar-pelajar berpotensi untuk mengasah bakat dan minat mereka dalam bidang penghasilan video melalui penghasilan video eksperimen Sains. 

Pelbagai persiapan dilakukan termasuk menghantar sekumpulan pelajar pelapis bagi Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2014 di Kuala Lumpur. Kemudian apabila berlangsungnya Liga Remaja Kreatif 2014, maka lebih rancaklah persiapan yang dilakukan bagi memastikan kejayaan masih milik kami.



Menjuarai Liga Remaja Kreatif peringkat Kebangsaan buat kali kedua

Ternyata usaha kami tak sia-sia. Sekali lagi muncul sebagai Johan bagi negeri Sarawak dan akhirnya dinobatkan buat kali kedua sebagai Johan Peringkat Kebangsaan, merupakan kenangan manis saya buat tahun ini. Secara jujur bagi saya, bukan senang nak mendapatkan Johan Kebangsaan, memandangkan saingan daripada sekolah-sekolah lain juga adalah sengit pada tahun ini. Namun, tetap tak mustahil jika kita usahakan pada jalan yang betul dengan usaha yang betul.



Anugerah Blog Pendidikan Terbaik
Usaha selama 2 tahun dalam dunia blogging ini juga mula membuahkan hasil yang manis buat saya. Pemilihan blog niche pendidikan ternyata mampu mengetengahkan lebih banyak bakat dan peluang untuk saya. 

Awal tahun ini, blog saya telah memenangi Best Educational Blog bagi Anugerah Media Sosial Malaysia 2014. Kejayaan pertama ini ternyata memberi motivasi besar kepada saya untuk berusaha dengan lebih gigih memantapkan lagi kandungan blog ini. Sehingga blog ini sekali lagi dipilih sebagai Johan bagi Pertandingan Blog dan Kurasi Kandungan 2014 anjuran UPSI. 





Kemuncak bagi kejayaan blog ini adalah apabila saya terpilih sebagai Agent of National Transformation 2014 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang bertujuan mengiktiraf usaha-usaha individu atau komuniti dalam memberi sumbangan kepada masyarakat. 


Terima kasih atas semua penghargaan dan pengiktirafan daripada semua pihak terhadap usaha yang saya lakukan selama ini. Semua ini tak lebih kepada usaha untuk menambah motivasi saya agar bekerja dengan lebih gigih dan kuat di masa akan datang. INshaAllah, kita berkerja bersama-sama. Jika ada yang tak betul, silakan tegur saya dengan berhemah. Saya juga masih belajar. ;)

Saya ambil peluang ini juga untuk merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih buat insan-insan belakang tabir yang menjadi sumber kekuatan saya selama ini, termasuk lah rakan pembaca. Moga dengan sokongan anda yang berterusan, inshaAllah perkongsian ini akan jadi lebih bermakna dan lebih berharga. Amin!


Khamis, 25 Disember 2014

Keputusan PT3 2014 : Apa Kata KPM?

Seminggu nih memang riuh di laman sosial mengenai keputusan PT3 2014 yang dikatakan jauh beza benar berbanding keputusan PMR sebelum-sebelum ini. Seperti biasa, mesti lah ramai yang mempunyai pendapat sendiri berhujah menggunakan fakta masing-masing. Ada yang menyokong, perlu diteruskan, ini baru permulaan, perlu transformasi sistem pendidikan. Dan tak kurang juga yang membantah, dengan alasan, patut dimansuhkan, menghancurkan, masa yang diberi suntuk, tiada perancangan teliti. Kita tengok pula apa respon KPM melalui kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada 24 Disember 2014.


keputusan PT3 2014 yang dikatakan jauh beza benar berbanding keputusan PMR sebelum-sebelum ini
Keputusan PT3 yang penuh kontroversi

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan masyarakat umum yang telah memberikan pelbagai respon mengenai keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan pada 22 Disember 2014.

Sehubungan itu, KPM ingin menjelaskan sekali lagi bahawa keputusan melaksanakan PT3 untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dibuat setelah mendapat pandangan rakyat daripada pelbagai peringkat yang pada ketika itu rata-rata mahukan sistem pendidikan negara tidak terlalu bertumpu dan mementingkan peperiksaan semata-mata yang mengekang percambahan berfikir. Sebaliknya negara kita mesti melahirkan pelajar berkualiti yang mempunyai kemahiran berfikir yang lebih kritis, kreatif  dan mendorong pelajar untuk berfikir di luar kotak.

Justeru itu, setelah meneliti dan membuat kajian terperinci, PT3 yang mengantikan PMR telah diperkenalkan pada tahun ini, ditambah baik dengan memberikan lebih penekanan kepada soalan-soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi.

Oleh itu, KPM ingin menekankan bahwa keputusan PT3 pada tahun ini tidak boleh dibandingkan dengan keputusan PMR yang dijalankan sebelum ini kerana format dan instrumen yang digunakan adalah berbeza.

Struktur soalan PT3 berbentuk  subjektif (respon terbuka) berbeza dengan soalan PMR yang berbentuk objektif (aneka pilihan). Struktur soalan baharu ini memerlukan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan benar-benar memahami sukatan pelajaran apabila menjawab soalan peperiksaan berbanding soalan objektif yang hanya memerlukan pelajar menghafal sukatan pelajaran untuk memperoleh keputusan cemerlang.

Nisbah aras kesukaran soalan juga adalah berbeza, iaitu PT3 : 3:4:3 (rendah : sederhana : sukar), manakala PMR : 5:3:2 (rendah : sederhana : sukar). Kaedah pengredan juga berbeza iaitu pengredan PT3 ditetapkan berdasarkan penetapan standard  (kriteria tertentu mengikut mata pelajaran) dan  pengredan PMR adalah berdasarkan penentuan standard (gred ditetapkan mengikut prestasi keseluruhan calon).

Murid-murid Tingkatan 3 yang menduduki PT3 mulai tahun ini telah ditaksir melalui empat komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

PT3 merupakan pentaksiran sumatif yang setara di Tingkatan 3 bagi menilai pencapaian akademik calon dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh di peringkat menengah rendah. Melalui PT3, calon ditaksir untuk melihat penguasaan dan keupayaan intelek mereka di akhir sesuatu program pembelajaran. Pelaksanaan PT3 mengambil kira instrumen dan panduan penskoran setara yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) manakala pentadbiran dan penskoran oleh guru di sekolah masing-masing dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh LP.

PT3 bukan menjadikan murid sebagai bahan ujikaji dan juga bukan disediakan dalam masa yang singkat. Soalan PT3 adalah berdasarkan kurikulum sedia ada yang telah digunapakai untuk PMR. Format soalan PT3 juga adalah selari dengan format instrumen Pentaksiran Sekolah (PS). PS yang dilaksanakan mulai Tingkatan Satu menggalakkan guru mentaksir murid dengan menggunakan pelbagai instrumen seperti lisan, ujian bertulis, kajian lapangan , kuiz, kajian di makmal sains dan senarai semak. Ini bermakna murid telah didedahkan dengan pelbagai format instrumen ujian sejak tahun 2012.

Keputusan PT3 juga tidak menjejaskan kemasukan murid ke Sekolah Berasrama Penuh dan ke aliran sains atau sastera. Pemilihan ke aliran tersebut dibuat bukan sahaja berdasarkan keputusan PT3, tetapi juga mengambilkira pelaporan keempat-empat komponen PBS.

Pihak KPM ingin menegaskan bahawa soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dinyatakan sebagai penyebab kemerosotan pencapaian murid adalah tidak benar, kerana soalan KBAT menggalakkan  calon berfikir secara kreatif dan kritis.

Selain itu, LP amat mementingkan kesahan dan kebolehpercayaan skor. Untuk memastikan ketekalan pemeriksaan oleh guru, LP telah menyediakan panduan penskoran yang setara, melatih guru-guru untuk memeriksa skrip jawapan calon, serta melantik pentaksir luar yang berkecuali untuk menjalankan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor calon.

KPM juga ingin menjelaskan makluman mengenai  empat komponen PBS telah disampaikan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) dan pihak sekolah sejak tahun  2012 lagi. Manakala makluman mengenai PBS dan PT3 sekali lagi telah disampaikan kepada PIBG dan pihak sekolah melalui program turun padang Outreach PBS Public Engagement PIBG.

KPM juga telah membuat siri Program Outreach PBS dan Public Engagement PIBG untuk menerangkan tentang empat komponen PBS kepada ibu bapa dan pentadbir sekolah sejak bulan Februari tahun lepas lagi manakala Public Engagement PIBG  yang menerangkan mengenai Pentaksiran Tingkatan 3 (Format instrumen, pentadbiran, penjaminan kualiti) dan empat bentuk pelaporan PBS yang akan diterima oleh calon telah dijalankan pada April hingga Jun 2014.

Di samping itu, KPM juga telah melaksanakan hebahan dan memberi kefahaman tentang PT3 kepada pelbagai pihak melalui pelan komunikasi iaitu penerangan tentang PBS kepada masyarakat umum melalui media elektronik seperti radio, televisyen dan portal LP.


Program bual bicara di radio dan televisyen utama telah membincangkan PBS dan PT3 dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil bagi memberi kefahaman kepada pelbagai pihak berkepentingan. Begitu juga dengan iklan PT3 dalam empat bahasa telah disiarkan dalam radio juga media massa lain. Penerangan bagi memberi kefahaman tentang PT3 kepada masyarakat umum juga dibuat melalui media cetak. Artikel dan maklumat tentang PT3 telah disiarkan dalam akhbar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

KPM sentiasa menerima pandangan dan maklumbalas daripada semua pihak untuk meningkatkan kualiti pendidikan secara amnya dan pentaksiran secara khususnya.

Sehubungan itu, KPM akan terus meneliti dan mengambil langkah-langkah wajar utuk memperbaiki sebarang kelemahan dengan mengambil kira pandangan dan input daripada semua pihak demi memastikan pelajar-pelajar mendapat pendidikan yang terbaik.


KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA24 DISEMBER 2014


Saya pula secara peribadi menyifatkan ada pro dan kontranya mengenai PT3 ini. Saya yakin, untuk terus kekal relevan dan bersaing, kita perlu sistem pendidikan baru yang seiring dengan rentak keperluan dunia sekarang. Kehendak dah tak sama. Walaubagaimanapun bagi setiap transformasi yang mahu dilakukan, haruslah dirancang teliti dengan kadar masa yang sesuai, setelah mengambilkira pendapat yang terbaik dalam kalangan mereka yang terbaik. Baru lah hasilnya pun terbaek!


Teringat saya dengan satu kata-kata komen dalam laman sosial yang saya sempat ingat, 

"... yang mahukan transformasi pendidikan ini adalah masyarakat.. dan ironinya juga, yang menjadi penentang transformasi ini juga adalah masyarakat sendiri... jadi apa yang kita mahu sebenarnya?..  "


Renung-renung kan..

Rabu, 17 Disember 2014

Isu Pendidikan dan Kontroversi Sepanjang Tahun 2014

Isu pendidikan dan juga kontroversi dalam dunia pendidikan yang berlangsung sepanjang tahun 2014 ini. Seperti biasa, isu guru dan pendidikan di Malaysia memang isu yang popular dan selalu dimainkan di media massa. Perkara biasa, tetapi kalau dilakukan oleh insan-insan yang bergelar guru, maka hebohlah satu dunia. Jom kita tengok balik isu-isu pendidikan sepanjang tahun 2014, serta kontroversi yang melandanya.



Isu Pendidikan dan Kontroversi Sepanjang Tahun 2014



Isu 01 : PT3 Tetiba Wujud
Rasanya isu pendidikan paling besar pada tahun 2014 adalah pelaksanaan PT3 yang boleh dikatakan tiba-tiba sahaja 'diwujudkan'. Bermula dengan tentangan segolongan guru dan ibubapa dengan sistem PBS, KPM kemudiannya mengeluarkan arahan PBS dihentikan seketika bagi memberi laluan untuk penilaian semula. 





Menjelang April, diumumkan pula 3 penambahbaikan pada PBS, iaitu DSP ditukar kepada PPPM, SPPBS secara Offline dan PMR digantikan dengan PT3. Dah tentu perkara ini menyebabkan banyak pihak yang lebih resah. Tak pernah dinyatakan langsung akan ada peperiksaan atau penilaian, tiba-tiba umum pula ada PT3. Format penilaian pun belum dikeluarkan, sedangkan pelaksanaan adalah dijangka pada bulan Oktober. 

Kemudian barulah KPM melalui Lembaga Peperiksaan mula mengeluarkan format dan contoh soalan, bermula pada bulan Jun / Julai. Guru-guru terpilih juga mula giat dihantar berkursus mengenai pelaksanaan PT3. Dan dalam keadaan semua orang blur-blur, kekurangan bahan, tak ada idea, maka berlangsunglah PT3 pada bulan Oktober. Keputusan PT3 bakal diumumkan pada bulan Disember ini. 



Isu 02 : UPSR Bocor Sebocor Bocornya
Isu UPSR bocor ini jugak isu besar untuk tahun ini. Dimulakan dengan pendedahan soalan bocor Sains di laman sosial dan media massa, tak sampai sehari, kecoh pula subjek Bahasa Inggeris juga mengalami masalah yang sama! Kemudian Bahasa Tamil juga diumumkan akan menjalani peperiksaan ulangan.



UPSR Bocor Sebocor Bocornya


Banyak pihak menyelar tindakan mereka yang tak bertanggungjawab. Malah beberapa orang guru dan Guru Besar juga turut diheret ke lokap, sebelum kemudiannya dibuktikan tidak bersalah. Ujian ulangan berlangsung sebaik sahaja peperiksaan terakhir UPSR seperti yang dirancangkan pada kali pertama.

Kesan daripada kes tersebut, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Naimah kemudiannya digantung tugas berserta Timbalannya. Jawatan Pengarah Lembaga Peperiksaan kemudiannya diambil alih oleh Dato Misrah Haji Ibrahim. 



Isu 03 : Buli Kembali Lagi
Nampaknya drama buli masih tak habis-habis lagi dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Bermula dengan penyebaran secara viral kes buli budak perempuan Pailang di Samarahan, sehinggalah kes buli yang terkini, budak singlet hitam, semuanya ditangkap kerana sebaran secara berleluasa melalui laman sosial.





Malah sekolah-sekolah elit juga tak lepas daripada dugaan dalam menguruskan perkara-perkara sebegini. SDAR, MRSM Balik Pulau adalah antara sekolah yang terpalit dengan kejadian buli sehingga ke media massa. Antara tindakan yang diambil terhadap para pelajar ini adalah dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak, dibuang dari sekolah.



Isu 04 : Malang Tidak Berbau
Tahun ini juga menyaksikan banyak kejadian malang yang berlaku di sekolah, atau pun yang melibatkan sekolah. Bermula dengan kejadian viral pada awal tahun sesi persekolahan, iaitu tersepit celah kerusi, dan berterusan lagi dengan kes-kes sedih yang menyayat hati.



Kes tersepit celah kerusi


Antaranya adalah kes budak tercucuk besi, kes budak sekolah rendah jatuh dari siling di Sabah, bas rombongan sekolah yang kemalangan dan paling menyayat hati adalah kes pelajar sekolah menengah di Perlis yang meninggal dunia selepas jatuh dari siling dewan sekolah.

Jika dilihat kepada kejadian yang berlaku, maka usaha-usaha menambahbaik aspek keselamatan di sekolah perlu dipertingkatkan. Tak kisah lah apa pun puncanya, faktor pencegahan haruslah diberi perhatian. Semoga banyak kejadian malang yang berlaku tahun ini menjadi pengajaran kepada pihak sekolah dan mereka yang berkaitan.  



Isu 05 : Saman Jangan Tak Saman
Rasanya tahun nih tak banyak sangat kes saman menyaman cikgu nih. Kalau ada pun tak banyak yang mendapat perhatian. Hanya beberapa kes kecil antaranya kes Cikgu meLembukan murid, dan kes cikgu mualaf yang dihalang datang ke sekolah dengan bertudung. Namun kesemuanya diselesaikan dengan baik selepas campur tangan pihak lain.





Kes saman yang popular tahun nih tentulah kes Cikgu Mimi. Mula-mula ibu saman cikgu, pastu cikgu saman balik sebab tuduhan palsu.


Ianya bermula dengan kisah viral penderaan terhadap seorang pelajar sekolah rendah. Ibu mangsa tampil dan mahu menyaman guru tersebut. Dalam tengah HOT, rupa-rupanya barulah diketahui punca sebenar yang berlaku pada pelajar tersebut, iaitu alahan. Maka ramai lah yang pula tampil dan memberi galakan kepada Cikgu Mimi untuk saman balik ibu tadi.

Perkembangan kes terkini tak pula diketahui. Tapi saya harapkan semuanya berakhir dengan aman, dan memuaskan hati semua pihak. Hanya tuan punya badan dan yang terlibat sahaja yang tahu permasalahan sebenar. Jangan terpengaruh dengan hasutan dan bobrokan orang lain. Sebab akhirnya, kita juga yang akan menanggung akibat.



Isu 06 : Mana Laptop Kami?
Mula-mula ianya adalah berita gembira buat warga pendidik, apabila diumumkan akan diberi Netbook 1Malaysia bagi menghargai jasa warga pendidik. Walaupun pada mulanya respon dari rakan guru adalah bercampur, ada yang setuju, dan ada juga yang tak setuju atas alasan kualiti Netbook yang bakal diterima, namun semua harapan hanya tinggal harapan.



warga pendidik, apabila diumumkan akan diberi Netbook 1Malaysia


Sejak diumumkan sehingga lah kini, tiada sebarang tanda bahawa guru akan benar-benar menerima Netbook tersebut. Tiada siapa yang tampil bagi memaklumkan perjalanan terkini Netbook tersebut. Walaubagaimanapun, pada perkembangan terkini, di dakwa guru-guru di KL bakal menjadi penerima pertama Netbook ini, sedikit masa lagi. Wallahualam. Sama-sama kita nantikan!




Isu 07 : Transformasi Pendidikan
Tahun ini juga KPM nampak nya sungguh-sungguh berusaha untuk mentransformasikan sistem pendidikan Malaysia. Seperti biasa, pasti ada kelompok yang tak berkenan di mana-mana bahagian perubahan yang dilakukan, namun usaha yang bagus haruslah dipuji. Nak berjaya, mesti kena ada pergerakan, mesti ada perubahan.

Antara yang sering dipromosikan sekarang adalah PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia) kerana segala transformasi adalah berdasarkan kepada pelan yang dirancangkan ini. Selain daripada mengupayakan PPD, PLC (Professional Learning Communities) juga diperkenalkan. Program peningkatan profesionalisme guru sedia ada dan guru baharu juga giat dijalankan melalui Kursus CPD (Continuous Professional Development) dan juga melalui PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu). Penilaian PBPPP juga bakal dijadikan instrumen penilaian utama menjelang tahun depan.



PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia)


Penggunaan pelbagai sistem online adalah seiring dengan perkembangan teknologi. Cuma beberapa aspek perlu diberi perhatian, seperti sistem tunggal yang stabil, cekap dan dapat dilayari ketika apa jua keadaan. e-Kehadiran yang diperkenalkan pada lewat tahun ini juga memberi banyak faedah, jika tak perlu lagi nak isi rekod berulangkali.

Bagi menjadikan transformasi ini seiring dengan keperluan dan kehendak pasaran dunia sekarang, maka program seperti Ujian TIMSS dan PISA, KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dan iThink diperkenalkan. Guru-guru juga dikehendaki menyiapkan Modul Online iThink yang bertujuan menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif.

Jika dilihat dengan teliti, sebenarnya tidak banyak dasar baharu yang diwujudkan pada tahun ini. Sebaliknya lebih berfokus kepada usaha memastikan dasar-dasar yang telah wujud, dilaksanakan dengan lebih mantap. 



Isu 08 : Isu Posting dan Pertukaran
Isu posting dan pertukaran memang isu hot tak kira tahun. Tapi masalah posting makin menjadi sehingga memaksa universiti-universiti kini menawarkan ijazah terbuka, bukan lagi ijazah pendidikan. Posting kalau ada kekosongan, tidak dijanjikan seperti dulu lagi.

Dikatakan juga hampir seramai 2000 yang sudah dipanggil temuduga, namun masih dalam senarai menunggu. Tempoh sah temuduga hanya untuk setahun. Jika tamat tempoh, perlu mohon sekali lagi untuk temuduga. Perit!



Isu Posting dan Pertukaran


Maaf bagi yang mengharap. Tapi berdasarkan situasi semasa, maka saya sangat merasakan KPLI dan DPLI berkemungkinan besar tidak akan ditawarkan lagi. Yang masih mempunyai kecintaan yang mendalam terhadap dunia pendidikan, anda boleh cuba 11 lagi alternatif lain untuk menjadi guru.

Isu pertukaran tahun ini, masih lebih kurang sama. Cuma tidaklah sehot kisah Cikgu Idayu pada tahun lepas. Apa pun kita doakan yang terbaik buat semua. Semoga urusan semua orang dipermudahkanNya. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahNya.



Isu 09 : Warna Warni 2014
Bagi menyerikan lagi dunia pendidikan di Malaysia, saya turut kongsikan beberapa lagi kisah sensasi yang mewarnai sepanjang tahun 2014 ini. Antara yang menarik adalah Che Ta hadiahkan anak kereta mewah sebab cemerlang SPM, cikgu beranak di sekolah, cikgu makan katak, dan isu pelajar bakar sekolah kerana bergaduh dengan rakan sekelas.



Che Ta hadiahkan anak kereta mewah sebab cemerlang SPM



Semoga isu-isu pendidikan dan kontroversi panas sepanjang tahun ini, menjadi iktibar dan pengajaran yang berguna kepada kita di masa akan datang. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Selamat menjadi guru yang lebih hebat untuk tahun 2015! 


Selasa, 16 Disember 2014

Instrumen PPSAT 2015 : Pemeriksaan Persediaan Sekolah Awal Tahun

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti melalui laman web KPM, telah mengeluarkan pemberitahuan mengenai Instrumen Pemeriksaan Bertema Pemeriksaan Persediaan Sekolah Awal Tahun (PPSAT) 2015. Nampaknya gembar-gembur mengenai kehadiran nazir ke sekolah-sekolah pada hari pertama persekolahan tahun depan, mungkin menjadi kenyataan.


Instrumen PPSAT 2015 : Pemeriksaan Persediaan Sekolah Awal Tahun
Instrumen PPSAT 2015 : Pemeriksaan Persediaan Sekolah Awal Tahun

Instrumen yang terdiri daripada 4 Bahagian itu mengandungi beberapa maklumat yang perlu dipantau semasa kehadiran Nazir ke sekolah pada hari pertama persekolahan. Antara maklumat berikut adalah seperti di bawah.


Bahagian A
Kesediaan Sekolah Untuk Beroperasi Pada Hari Pertama Persekolahan
- Maklumat sekolah
- Kantin
- Prasekolah
- Pendidikan Khas
- Bilik Kaunseling
- Asrama
- Makmal Komputer
- Kemudahan internet
- Buku Teks
- Keselamatan
- Kebersihan
- Kehadiran (murid dan guru)
- Jawatan pengurusan sekolah
- Pengetua / Guru Besar
- Guru Kaunseling
- Mesyuarat Pengurusan Sekolah
- Takwim 2015
- Jadual Waktu
- Senarai Tugas Guru


Bahagian B
Pembelajaran dan Pengajaran 
- Buku Rekod
- RPH
- Pdp berlangsung


Bahagian C
Kesediaan Sekolah Untuk Melaksanakan Dasar-Dasar KPM
- Program Guru Penyayang
- Jawatankuasa wajib tubuh di sekolah
          - JK PPPM
          - JK Sarana
          - JK SKPM
          - JK PBS
- KWAPM
- RMT
- Susu 1Malaysia
- Kutipan tambahan dari murid
- Bantuan Persekolahan RM100
- DSKP
- Jadual Waktu KSSR Tahap II
- Pasukan Pemandu KBAT
- Penggunaan makmal Sains
- Komputer 1Netbook


Bahagian D
Lain-Lain


Bagi melihat instrumen lengkap PPSAT 2015, anda boleh DOWNLOAD di SINI



Isnin, 15 Disember 2014

3 Kemahiran Yang Perlu Dikuasai Pelajar Abad ke 21

Corak pembelajaran bagi bilik darjah untuk abad ke 21, ternyata dah berubah seiring dengan peredaran zaman. Dengan teknologi moden yang semakin berkembang, ternyata kemahiran yang diperlukan pelajar abad ke 21 ini juga jauh berbeza berbanding pelajar abad ke 20 suatu ketika dahulu. Jom kita tengok 3 kemahiran penting yang diperlukan oleh pelajar untuk abad ke 21 ini.



3 Kemahiran Pelajar Abad ke 21
Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar abad ke 21


1. Kemahiran Maklumat dan Komunikasi
Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai literasi terhadap maklumat dan media. Celik ICT orang kata. Dengan kemajuan teknologi dan sistem komunikasi yang bertambah canggih dengan adanya internet dan jalur lebar, maka ini juga mendorong kepada pengukuhan kemahiran berkomunikasi yang lebih berkesan. Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu pelajar abad ke 21 dalam memperolehi ilmu dengan lebih meluas dan dunia tanpa sempadan.


2. Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan Masalah
Pelajar abad ke 21 juga perlu mempunyai jenis pemikiran yang kritikal dan bersistem. Jenis pemikiran yang sebegini mampu memberi kelebihan kepada pelajar, terutamanya apabila berkaitan dengan penyelesaian masalah. 

Kemahiran berfikir secara kreatif juga mampu membawa pelajar abad ke 21 ke arah perkembangan yang positif. Dengan semangat meneroka yang tinggi, maka diharapkan mereka akan dapat menghasilkan sesuatu baru yang lebih mendatangkan manfaat kepada semua.


3. Kemahiran Interpersonal dan Arah Kendiri
Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar adalah kemahiran interpersonal dan kolaborasi. Mempunyai semangat juang dan ketrampilan diri yang unggul, serta mampu untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain. Perkembangan kemahiran ini juga perlu bersifat terarah kendiri, dengan setiap pelajar belajar mengikut aras masing-masing.



Pelajar abad ke 21 yang berkemahiran interpersonal dan terarah kendiri
Pelajar abad ke 21 yang berkemahiran interpersonal dan terarah kendiri

Pelajar mempunyai akauntabiliti yang tinggi, boleh diharapkan dan dapat beradaptasi dengan persekitaran dan rakan sekelas lain. Selain daripada itu, pelajar juga mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan atas rasa tanggungjawab dan penuh prihatin. 



Jadual Tarikh Gaji 2015

Jadual Tarikh Gaji untuk tahun 2015 dah pun dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Malaysia. Seperti biasa, tarikh gaji 2015 juga mempertimbangkan tarikh sambutan hari perayaan kaum-kaum utama di Malaysia. Almaklum lah, banyak belanja yang nak dikeluarkan musim perayaan. 


Jadual Tarikh Gaji 2015


Semoga jadual tarikh gaji 2015 ini dapat membantu golongan kakitangan awam dalam merancang perbelanjaan pada tahun hadapan. Berbelanja lah dengan hemah! ;)


Pengalaman Siapkan Modul Online iThink

Saya nak kongsikan pengalaman saya menyiapkan Modul Online iThink. Pihak sekolah saya telah mengeluarkan arahan supaya guru-guru terus menyiapkan Modul Online tersebut, sekalipun pada mulanya ada ura-ura penangguhan akan dijalankan. Tapi, dengan menggunakan perkataan 'menangguhkan' itu tidak bermaksud 'menghentikan', maka pihak sekolah mengambil keputusan meneruskan juga pelaksanaan Modul Online iThink.

Penyelaras iThink sekolah saya telah membahagikan 100 orang guru kepada 10 penyelaras kecil. Salah seorang nya saya. Sebagai penyelaras, kami dikehendaki memantau proses pelaksanaan Modul Online iThink bagi guru di bawah seliaan kami. Dalam masa yang sama, kami punya modul pun perlu juga disiapkan.


Bagi memudahkan kerja, kami semua diberi tarikh tertentu dan sasaran modul yang perlu disiapkan. Maka proses pelaksanaan modul ini dapat berlangsung dengan teratur dan aman jika mengikut jadual seperti yang telah dicadangkan. Tak perlu tergesa-gesa. Tak perlu last minute punya kerja. 

Malah bagi menggalakkan guru-guru mempercepatkan lagi proses menyiapkan Modul Online iThink ini, senarai guru yang belum siap seperti yang dicadangkan akan dipaparkan di papan notis, beserta galakan. Memang sungguh menggalakkan!


Saya mulakan Modul Online iThink ini pada tanggal 17 september dan dapat siapkannya dalam tempoh hampir 2 bulan, iaitu pada 9 November. Rakan-rakan lain ada yang mampu siapkan dalam tempoh hanya 1 minggu. 24 jam menghadap Modul Online iThink! Hak3.. Saya memang orang yang ikut jadual. Skema badak. Jadi buat slow-slow. Markah akhir adalah sebanyak 2451. ok lah kan.. Cukup-cukup makan.. ;)


Proses Awal
Kami diberi username dan password untuk log in ke akaun masing-masing. Username adalah no kad pengenalan atau emel masing-masing, dan password pula adalah mengikut penyelaras iThink sekolah masing-masing. 



Muka depan Modul Online iThink
Muka depan Modul Online iThink


Kemudian boleh terus log in, pilih bahasa (Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris) dan mulakan sesi Modul Online iThink anda!



Pengenalan
Sebagai pengenalan, ada 24 modul kesemuanya yang perlu anda siapkan. 1 modul terdiri daripada beberapa lagi subtopik dan kuiz serta aktiviti. Ada modul yang mengambil masa pendek, ada juga yang mengambil masa lebih panjang. Tetapi yang bagusnya sebab sistem akan menyimpan aktiviti anda secara automatik. Jadi boleh belajar, stop sekejap, mandi, makan, sambung balik siapkan iThink.

Anda boleh tengok prinstcreen di bawah bagi mendapatkan sedikit info awal mengenai sistem yang ada pada Modul Online iThink.



Page pertama anda masuk selepas Log In


Peta Kursus yang mengandungi 24 modul online untuk disiapkan


Direktori Pengguna yang mengandungi maklumat pengguna modul yang lain


Anda boleh kemaskini STATUS, KOMEN dan LIKE di bahagian Berita


Buletin mengandungi maklumat STATUS, KOMEN dan LIKE anda dalam MOdul Online iThink


Ruangan MESEj untuk anda berbincang secara lebih sulit


Profil pengguna yang lengkap dengan markah akhir dan juga info penuh modul yang anda dah siapkan


Sebagai makluman, Modul ke 24 adalah Ujian Akhir yang perlu dijawab dengan baik oleh anda. Terdiri daripada 2 ujian kecil, markah purata bagi kedua-dua ujian WAJIB 60% ke atas. Anda dikira GAGAL jika mendapat markah lebih rendah daripada nilai tersebut. Maka cubalah sebaik  mungkin!



Tips 
#01 - Bagi memudahkan anda menjawab dengan baik, saya nasihatkan anda sediakan senarai kata kunci yang penting yang berkaitan dengan istilah tertentu. Boleh rujuk juga nota saya mengenai iThink : Pemikiran Kreatif dan Inovatif sebagai panduan untuk anda.

#02 - Untuk Ujian Akhir yang memerlukan anda mendapat 60% ke atas, jangan tekan butang HANTAR jika anda dapat markah lebih rendah daripada itu. Terus pangkah, dan buka sekali lagi. Kemudian jawab seperti biasa. Dah dapat markah seperti yang dikehendaki, baru lah tekan butang HANTAR. ;)

#03 - Markah terkumpul bagi keseluruhan Modul Online iThink juga boleh ditambah lagi menjadi lebih banyak dengan lebih kerap menghantar komen dan mengemaskini status anda. Butang LIKE juga dapat memberi markah tambahan untuk anda.




Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Cuti sekolah saya kali ini dipenuhi dengan aktiviti yang padat. Bermula dengan tugas sebagai Pengawas SPM, kemudian sempat lagi pegi Bercuti ke Pontianak sebelum kembali ke kampung halaman di Perlis, ada satu lagi tanggungjawab yang perlu saya laksanakan, iaitu sebagai Penceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014.

Bagi yang belum biasa dengan Kem Peneraju Tunas Geliga, kem ini adalah dikhaskan kepada pelajar-pelajar seluruh Malaysia yang merupakan penerima Biasiswa Peneraju Tunas Geliga


Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014


Pelajar-pelajar ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2, adalah pelajar-pelajar terpilih, kebanyakkannya datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan, tetapi mempunyai keputusan peperiksaan UPSR yang cemerlang. Dan selepas ditawarkan menerima Biasiswa Peneraju Tunas Geliga, mereka akan dipantau perkembangan akademik. 

Kebanyakkan mereka ditempatkan ke sekolah berasrama penuh atau pun MRSM dan kem ini adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan yang perlu disertai oleh kesemua penerima Biasiswa Peneraju Tunas Geliga dari seluruh Malaysia. Biasiswa untuk 5 tahun di sekolah menengah ok! Untung sangat kan mereka nih?


Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014


Seperti biasa, saya dijemput untuk 2 hari bagi memberikan ceramah mengenai teknik menjawab soalan sains PT3. Plan asalnya adalah menyertai kem sebagai salah seorang fasilitator. Tapi terpaksa saya menolak pelawaan daripada Kak Ana dan Kak Mimi kerana komitmen kepada keluarga dan juga tugas lain. Maka saya cari juga 2 hari bagi tidak menghampakan pelawaan mereka berdua.

Nak dijadikan cerita, sesi diadakan pada waktu 8 malam di Sekolah Sains Alam Shah, Cheras. Seawal jam 6 petang saya sudah bergerak ke sana, memandu kereta abang ipar, berseorangan, dari Taman Melati, Gombak. Jangan ketawa ok. Saya keluar 2 jam lebih awal sebab ini adalah kali pertama saya memandu di Kuala Lumpur! Semua jalan pakai rembat, semata-mata berpandukan Google Maps. 


Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014


Alhamdulillah saya selamat sampai ke destinasi pada masa yang ditetapkan. Tapi lama sikit la.. Sebab ada tersalah jalan sikit. 

Disebabkan ada 2 hari untuk sesi ceramah, maka saya bahagikan kepada 2 sesi berbeza. Malam pertama untuk sesi perkenalan dan motivasi, manakala malam kedua untuk sesi teknik menjawab soalan. Terkejut juga saya bila diberitahu semua mereka akan mengikuti ceramah saya. Ini juga bermaksud ada hampir lebih 450 orang pelajar yang akan mendengar dan mengambil manfaat daripada ceramah ini. Aigoo.. ramainyer... :3

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014


Hari pertama langsung dengan agak baik. Fokus saya adalah lebih kepada nak menjalinkan hubungan dulu dengan pelajar. Biar diorang rasa lebih rileks dan bersedia untuk sesi ceramah pada esok nya. Sesi pertanyaan soalan dibuka, majoriti yang bertanya soalan adalah pelajar dari Sabah dan Sarawak. Excited diorang jumpa 'orang Sarawak' nih. Malah ada yang ambil kesempatan bertanya dalam Bahasa Melayu Sarawak dan juga Bahasa Iban! ;)


Hari kedua pula lebih banyak saya fokuskan kepada teknik menjawab soalan sains PT3. Saya mulakan ceramah dengan berkongsi teknik pembelajaran Sains dan juga kaedah menambahkan minat dan ingatan terhadap pelajaran Sains. 


Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014

Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014


Untuk hari kedua ini, rasanya nampak pelajar lebih terbuka dan bersedia untuk menerima ilmu. Mereka juga nampak lebih santai, serta lebih selesa untuk nak dengar ceramah daripada saya. Lebih ramai pelajar yang berani untuk tampil ke hadapan bagi bertanyakan soalan. 


Disebabkan majoriti pelajar adalah terdiri daripada pelajar-pelajar bijak dari sekolah-sekolah pandai, maka tidak lah menjadi masalah besar sangat untuk mereka. Cuma disebabkan bilangan mereka yang terlalu ramai (450 orang) dan keadaan dewan yang besar, maka kawalan kelas perlu dilakukan dengan lebih baik. Saya cuba tarik perhatian mereka dengan sedikit jenaka dan juga dengan menggunakan video selingan.


Ceramah di Kem Peneraju Tunas Geliga 2014


Sebelum saya menutup sesi bersama anak-anak ini, sempat juga saya menawarkan 10 buah kalender eksklusif Cikgu Hailmi 2015 buat anak-anak Tunas Geliga yang bertuah. Mereka hanya perlu tulis nama, sekolah dan alamat ke atas sekeping kertas, dan kemudian saya akan buat cabutan secara rawak. 10 yang bernasib baik, akan menerima kalender tersebut terus ke alamat yang diberikan! Tahniah!

Alhamdulillah, selesai juga sesi 4 jam bersama anak-anak Tunas Geliga. Gembira juga sebab saya akhirnya berjaya kongsikan ilmu saya yang sedikit ini dengan lebih ramai anak-anak di Malaysia. InshaAllah jika ada peluang lagi di masa akan datang, pasti saya akan cuba libatkan diri lagi.. ;)


Kesempatan ini juga saya ambil untuk ucapkan ribuan terima kasih kepada team Peneraju, terutamanya Kak Ana dan Kak Mimi yang banyak memberi peluang kepada saya dalam bersama-sama menjadi penggerak kecil kepada bidang pendidikan di Malaysia. INshaAllah dengan usaha kecil ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada anak-anak di seluruh Malaysia.