.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Selasa, 30 September 2014

Apa Yang Perlu Ada Dalam Fail PBS Guru Subjek?

Senarai kandungan Fail PBS bagi sesuatu guru matapelajaran perlu lah mengandungi beberapa perkara seperti yang telah ditetapkan. Antaranya adalah Maklumat mengenai Guru, Dokumen Penting, Pengurusan PBS dan Surat-surat lain yang berkenaan dengan PBS. Buat yang tercari-cari maklumat ini, jom kita tengok dengan lebih mendalam setiap perkara tersebut.



Apa Yang Perlu Ada Dalam Fail PBS Guru Subjek?



Senarai Kandungan Fail PBS Guru Matapelajaran

1. Maklumat Guru
     - Biodata Guru
     - Jadual Waktu
     - Surat Pelantikan


2. Dokumen
     - Dokumen Standard Kurikulum
     - Dokumen Standard Prestasi
     - Manual Pentaksiran Pusat
     - Pemetaan


3. Pengurusan PBS
     - Instrumen Pentaksiran
     - Senarai Semak Instrumen Pentaksiran
     - Rekod Transit SPPBS
     - Rekod Evidens
     - Laporan Pentaksiran Sumatif


4. Lain-lain
     - Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan / Surat Siaran JPN
     - Minit Mesyuarat / Minit Curai
     - Laporan Pelaksanaan PBS


Semoga perkongsian ini dapat membantu rakan guru yang masih tercari-cari bahan atau maklumat untuk menyediakan fail pengurusan PBS bagi subjek masing-masing. Selamat berPBS!




# Terima kasih atas maklumbalas yang diberikan pada komen di bawah. YA! DSP sudah digantikan dengan PPPM bermula April 2014 selepas PBS ditambahbaik. Maka mana bahagian yang berkenaan, sila gantikan dengan yang sesuai.

Tegurlah dengan lebih berhemah. Sama-sama masih belajar. Terima kasih!


Permohonan Online Murid ke Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Secara Online Murid ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM untuk sesi persekolahan tahun 2015 akan dibuka mulai 1 - 30 Oktober 2014. Bagi pelajar yang berminat, sila layari laman web KPM di www.moe.gov.my pada ruangan Aplikasi Berkalan untuk keterangan lanjut. 



Permohonan Online Murid ke Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2015



Klik link di bawah untuk memohon!






Semoga berjaya yer bagi yang berminat nak memohon ke Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP)!


Isnin, 29 September 2014

Senarai Finalis Top 10 Liga Remaja Kreatif 2014 Bagi Setiap Negeri

Pihak MCMC sudah mengeluarkan senarai finalis Top 10 Liga Remaja Kreatif 2014 bagi setiap negeri untuk kategori video. Dalam laman webnya, MCMC juga menyertakan senarai lengkap bagi setiap negeri. Buat sementara waktu, mungkin ada sekolah yang belum dihubungi oleh MCMC, memandangkan majlis belum diketahui tarikhnya. So, TAHNIAH saya ucapkan kepada yang terpilih sebagai finalis negeri masing-masing dan SELAMAT BERJAYA!


Top 10 Perlis
Senarai Finalis Top 10 Liga Remaja Kreatif 2014 Bagi Setiap Negeri Perlis


Top 10 Kedah
Senarai Finalis Top 10 Liga Remaja Kreatif 2014 Bagi Setiap Negeri Kedah


Top 10 Pulau Pinang
Senarai Finalis Top 10 Liga Remaja Kreatif 2014 Bagi Setiap Negeri Pulau Pinang


Top 10 Perak
Senarai Finalis Top 10 Liga Remaja Kreatif 2014 Bagi Setiap Negeri Perak


Top 10 Selangor
Senarai Finalis Top 10 Liga Remaja Kreatif 2014 Bagi Setiap Negeri Selangor


Top 10 WP Kuala Lumpur
Senarai Finalis Top 10 Liga Remaja Kreatif 2014 Bagi Setiap Negeri WP Kuala Lumpur


Top 10 Negeri Sembilan
Senarai Finalis Top 10 Liga Remaja Kreatif 2014 Bagi Setiap Negeri Sembilan


Top 10 Melaka
Senarai Finalis Top 10 Liga Remaja Kreatif 2014 Bagi Setiap Negeri Melaka


Top 10 Johor
Senarai Finalis Top 10 Liga Remaja Kreatif 2014 Bagi Setiap Negeri Johor


Top 10 Kelantan
Senarai Finalis Top 10 Liga Remaja Kreatif 2014 Bagi Setiap Negeri Kelantan


Top 10 Terengganu
Senarai Finalis Top 10 Liga Remaja Kreatif 2014 Bagi Setiap Negeri Terengganu


Top 10 Pahang
Senarai Finalis Top 10 Liga Remaja Kreatif 2014 Bagi Setiap Negeri Pahang


Top 10 Sarawak
Senarai Finalis Top 10 Liga Remaja Kreatif 2014 Bagi Setiap Negeri Sarawak


Top 10 Sabah
Senarai Finalis Top 10 Liga Remaja Kreatif 2014 Bagi Setiap Negeri Sabah



Saya perhatikan banyak juga penyertaan daripada sekolah-sekolah yang memang sebelum ini selalu mengambil bahagian dalam Liga Remaja Kreatif. Tak lupa juga sekolah-sekolah yang pernah mewakili negeri masing-masing ke Kem Pembangunan Remaja Kreatif. Tentu saingan sangat sengit, untuk peringkat negeri dan kebangsaan. 

Wakil-wakil dari sekolah yang belum dikenali juga tak boleh dikecilkan. Ada juga kemungkinan mereka dapat mengatasi johan-johan negeri pada kali ini, sama seperti yang berlaku semasa Liga Remaja Kreatif 2013.

Apa-apa pun saya ucapkan selamat maju jaya. May the best team, win!

Turut dinyatakan dalam laman web tersebut adalah video-video yang telah dipilih juri ini layak untuk diundi bagi Kategori Video Popular menerusi laman web http://lrk.my1content.my/ bermula 30 September 2014 sehingga 19 Oktober 2014. Selamat mengundi!



Koleksi Soalan JUJ Percubaan SPM Pahang 2014

Kepada rakan-rakan guru dan adik-adik pelajar yang tengah mencari bahan untuk ulangkaji akhir SPM 2014, koleksi soalan Percubaan Trial SPM 2014 oleh Pahang atau juga lebih dikenali sebagai JUJ (Jawab Untuk Jaya) ini boleh dijadikan bahan yang bermanfaat. Walaupun tak lengkap bagi semua subjek, dan tiada skema, saya berharap bahan ini boleh membantu kita semua dalam merancang persediaan menghadapi Peperiksaan SPM 2014 pada awal November nanti. Semua dijemput mendownload dan menggunakan bahan dengan sebaiknya. Segala kredit adalah untuk tuan punya fail yer.. ;)


Koleksi Soalan JUJ Percubaan SPM Pahang 2014



Bahasa Melayu
-kertas 1(set 1set 2set 3),
kertas 2

Bahasa Inggeris
-kertas 1 (set Aset B)
-kertas 2 (set Aset B)

Matematik
-kertas 1(set Aset B)
-kertas 2(set ASet B)

Sejarah
-kertas 1(Set ASet Bset C)
-kertas 2(Set ASet BSet C)
-kertas 3(Set ASet BSet C)

Sains
-Kertas 1(Set ASet B)
-Kertas 2(Set ASet B)

Add Math
-Kertas 1(Set ASet B)
-Kertas 2(Set ASet B)

Fizik
-kertas 1(set ASet B)
-kertas 2(set ASet B)
-kertas 3(set ASet B)

Kimia
-kertas 1(set ASet B)
-kertas 2(set ASet B)
-kertas 3(set ASet B)

Biologi
-kertas 1(set A, Set B)
-kertas 2(set A, Set B)
-kertas 3(set A, Set B)

Perdagangan
-kertas 1 (Set ASet B,set C)
-kertas 2 (set A, Set BSet C)

Geografi
-kertas 1 (Set ASet BSet C)
-kertas 2 (Set ASet BSet C)

Prinsip Akaun
-kertas 1 (Set ASet BSet C)
-kertas 2 (Set ASet BSet C)

Ekonomi Asas
-kertas 1 (Set ASet BSet C)
-kertas 2 (Set ASet BSet C)

Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
-(Set ASet BSet C)

Pendidikan Moral
-(set ASet BSet C)

Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Syariah Islamiah
Bahasa Arab Tinggi

Pendidikan Islam
-kertas 1(set Aset Bset C)
-kertas 2(set Aset Bset C)




Semoga bermanfaat!
Kredit : http://sains-dan-fadz.blogspot.com/




Sabtu, 27 September 2014

Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014

Bersempena dengan KL Converge! 2014, ada banyak aktiviti yang dijalankan. Salah satunya adalah penghargaan kepada beberapa individu atau kumpulan mengikut seperti kriteria yang ditetapkan oleh MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Maka sebagai penutupan kepada KL Converge! juga diadakan Anugerah ANT 2014 dan Anugerah BEE 2014.


Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Agent for National Transformation Award 2014

Jika mengikut kriteria MCMC, Anugerah ANT (Agent for National Transformation) adalah anugerah bagi menghargai kecemerlangan dan kejayaan individu atau kumpulan yang berjaya memberi impak yang besar dan telah memberi sumbangan yang amat berharga kepada masyarakat dengan menggunakan kemudahan jalur lebar dalam menguruskan operasi dan aktiviti yang diceburi. Sumber

Manakala bagi Anugerah BEE (Broadband Empowered Entrepreneur) pula adalah anugerah untuk menghargai usahawan-usahawan Malaysia yang berjaya memajukan bisnes dengan menggunakan khidmat jalur lebar. Sumber


Alhamdulillah, saya terpilih sebagai salah seorang daripada 5 pemenang bagi kategori ANT 2014 Award! Yeay.. ;)


Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014


Selain saya, mereka yang lain adalah Food Aid Foundation, The Zhariff Initiative, Youths Today dan Epic Homes. Masing-masing ada sumbangan yang tersendiri kepada masyarakat. Kisah mereka ada juga dikongsikan dan anda boleh tonton dalam video di SINI


Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Jazz Tan dan Siti daripada Youths Today

Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Mr Rick dan rakan daripada Food Aid Foundation

Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Johnson dan Jane daripada Epic Homes

Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Zharif daripada The Zhariff Initiative

Saya sebenarnya sudah mengetahui mengenai perkara ini apabila mula dihubungi oleh pihak penganjur bagi sesi rakaman. Rakaman video untuk ditayangkan pada malam majlis. Kisah mengenai sesi rakaman video tersebut sudah saya kongsikan dalam entri yang terdahulu. Cuma pada ketika itu, saya masih perlu rahsiakan mengenai kemenangan ini, sebab belum sampai lagi hari majlis nya.


Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014

Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014


Dah tentu, saya sangat gembira dengan pemilihan ini. Terasa juga segala usaha yang saya jalankan melalui blog, video dan facebook adalah sangat berbaloi, dan memberi manfaat kepada masyarakat. Setidak-tidaknya, ada juga diiktiraf dan dihargai oleh pihak yang berperanan besar dalam industri jalur lebar Malaysia.

Tambahan pula, ini adalah anugerah kedua yang saya raih untuk  sepanjang 2 tahun, sejak saya aktif berkecimpung dalam bidang media sosial ini. Anugerah pertama adalah Best Educational Blog oleh Malaysia Social Media Award 2014 pada awal tahun ini juga. Opkoz ler seronok!

Jom kita tengok lagi gambar-gambar kenangan pada malam tersebut. 


Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Bersama adik kepada kawan saya, yang juga wartawan Bernama

Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Bersama pemenang untuk BEE 2014 Award, Cipela

Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Pengarah video saya, Hazel dan rakannya

Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Hadiah disampaikan oleh Dato' Sri Shabery Cheek

Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Bersama Haji Rizal dan Mdm Laurel, orang besar Bahagian Kandungan MCMC

Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Bersama Zii, rakan daripada MCMC

Moga terus diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk saya terus menghasilkan kandungan kreatif yang bermanfaat kepada masyarakat. Terutamanya dalam bidang saya, iaitu pendidikan. 

Suka juga untuk saya ingatkan, tujuan saya menyertai dunia blogging bukanlah untuk tujuan glamer, atau dikenali. Tetapi bagi berkongsi ilmu saya dengan semua di luar sana. Mana yang baik, ambik. Mana yang tak baik, jangan ikut.

Tak lupa juga terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang banyak menyokong saya selama ini. Anda mungkin pelajar, guru, ibubapa, silent reader, terklik-blog-saya-tak-sengaja dan sesiapa saja, tetapi kerana anda lah saya masih terus berkarya. Luv y'all! 



Khamis, 25 September 2014

Sesi Pitching Top 5 Liga Remaja Kreatif 2014 Kategori Apps dan Web Portal

Perkembangan terkini mengenai Liga Remaja Kreatif 2014 adalah mengenai sesi pitching yang diadakan bagi kategori Apps dan juga Web Portal. Oleh kerana pemenang bagi kategori ini hanyalah 1 terus pada peringkat kebangsaan, maka sesi pitching diadakan bagi memilih pemenangnya.


Sesi Pitching Top 5 Liga Remaja Kreatif 2014 Kategori Apps dan Web Portal


Sesi pitching diadakan pada 18 dan 19 September bersempena dengan berlangsungnya KL Converge. 5 buah sekolah dengan apps dan web portal terbaik seluruh Malaysia telah dijemput bagi sesi ini. Sesi pitching nih lebih kurang macam sesi nak memperjelaskan lagi fungsi dan apa-apa tujuan lain yang berkaitan dengan produk kita. Ini juga untuk meyakinkan para juri supaya memilih apps dan web portal yang kita sediakan.

Kebetulan saya dan 2 orang pelajar saya juga berada di KL Converge bagi sesi perkongsian pemenang LRK 2013, maka kesempatan yang ada kami singgah sekejap ke bilik LRK 2014. Nak melihat siapakah calon-calon pemenang hadiah tunggal bagi kategori apps dan juga web portal. Menang iPhone 4 biji beserta wang tunai RM5000 tu!


Sesi Pitching Top 5 Liga Remaja Kreatif 2014 Kategori Apps dan Web Portal


Selain itu juga, nak ambil pengalaman dan pengetahuan sket mengenai sesi pitching. Mana tau masa depan ada juga rezeki pelajar-pelajar saya yang dapat peluang sebegini. Dapat juga buat persediaan dengan lebih baik.

Sesi pitching bagi kategori apps dan web portal diadakan pada hari yang berbeza. Saya hanya sempat ikut bagi kategori apps sahaja. Itu pun tak dapat nak tunggu sampai 2 pasukan terakhir disebabkan persiapan yang perlu dibuat bagi sesi perkongsian saya dan pelajar-pelajar saya.


Sesi Pitching Top 5 Liga Remaja Kreatif 2014 Kategori Apps dan Web Portal


Pelajar yang membentangkan beberapa kelebihan dan keistimewaan berkaitan dengan apps yang mereka hasilkan. Menakjubkan! Banyak juga apps yang bagus, dan paling tak sangka bila ianya dihasilkan oleh anak remaja Malaysia. Tahniah saya ucapkan.

Pembentangan mereka disusuli oleh sesi soal jawab bersama juri. Ada 4 orang juri semuanya, mewakili MCMC, KPM dan 2 lagi agensi lain. Kebanyakan soalan daripada juri adalah berkisarkan kepada mahukan lebih penjelasan bagaimana apps tersebut berfungsi serta kesahan maklumat yang disiarkan pada apps tersebut.


Sesi Pitching Top 5 Liga Remaja Kreatif 2014 Kategori Apps dan Web Portal


Secara jujurnya, saya perhatikan adik-adik yang  terpilih ini mempunyai persediaan yang agak bagus dari segi penampilan, persembahan powerpoint dan juga persembahan semasa membentangkan. Bukan main pakai redah. Sebaliknya menunjukkan persiapan rapi bagi memberikan yang terbaik. Tahniah!

Ada beberapa kesilapan teknikal yang berlaku, dan sepatutnya dielakkan lebih awal. Sebagai contoh keserasian komputer yang digunakan dengan LCD projektor yang disediakan. Mungkin pada masa akan datang, perlu sedikit masa untuk menguji terlebih dahulu, sebelum pembentangan bermula.


Sesi Pitching Top 5 Liga Remaja Kreatif 2014 Kategori Apps dan Web Portal


Sesi Pitching Top 5 Liga Remaja Kreatif 2014 Kategori Apps dan Web Portal


Sesi Pitching Top 5 Liga Remaja Kreatif 2014 Kategori Apps dan Web Portal


Dari segi apps pula, memang terbaik! Salute dengan anak-anak Malaysia yang kreatif. Cuma saya perhatikan hampir kesemua apps yang berjaya ke peringkat pitching ini menggunakan konsep kuiz dan juga nota online. Mungkin boleh kreatifkan lagi kepada bentuk permainan dan juga video atau apa-apa lagi yang lebih interaktif dan menarik.


Apa-apa pun tahniah saya ucapkan kepada semua finalis! Cikgu yakin, InshaAllah sedikit masa lagi, kita akan dapat lihat lebih banyak apps berkualiti hasil anak tempatan. Teruskan berkarya dan menghasilkan kandungan kreatif yang terbaik dan bermanfaat! 

Untuk pemenang, seawal-awal TAHNIAH saya ucapkan!


* kena tunggu hujung Oktober untuk tau pemenangnya sapa, sekali dengan pemenang video peringkat kebangsaan. May the best group win.. ;)



Rabu, 24 September 2014

Info Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Negeri / Zon

Hari nih saya didatangi surat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Surat jemputan ke Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2014. Ini kerana 1 daripada 2 video penyertaan sekolah saya telah berjaya mendapat tempat antara 10 video terbaik bagi Zon Sarawak. 

Keputusan penuh hanya akan diketahui pada majlis tersebut yang akan berlangsung pada 3 Oktober 2014, bertempat di Hotel Hilton, Kuching. Tentulah berdebar-debar kan, sebab kedudukan video masih belum diketahui. 7 tempat untuk Saguhati dan 3 hadiah utama yang sedia untuk direbut. 



Info Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Negeri / Zon


Jumlah penyertaan pada tahun ini juga meningkat kepada hampir 4000 video berbanding LRK2013, 3+++. Maka persaingan tentulah sangat sengit, dan jauh lebih sengit berbanding tahun sebelumnya. Semua orang pun dah makin pandai buat video yang bagus-bagus macam kat Youtube. Semoga yang terbaik untuk semua peserta.

Sekolah yang berjaya akan dihubungi melalui surat atau fax atau panggilan telefon terus kepada sekolah. Jangan risau. Sebab sepanjang berurusan dengan MCMC, konsep mereka, pasti akan cari anda sampai jumpa jika anda terpilih. So banyak-banyak berdoa lah yer!


BACA : Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2014


Pastu jangan nak kalut-kalut cari MCMC lak untuk bertanya anda terpilih atau pun tak. Sebabnya penyampaian hadiah akan diadakan secara berperingkat mengikut zon / negeri. Kali nih rasanya Zon Tengah yang bukak pentas dulu, sambil diikuti Zon Sarawak, Zon Sabah dan lain-lain. So, bersabar dan tunggu giliran anda yer!


Jom kita tengok info bagi majlis penyampaian hadiah Liga Remaja Kreatif 2014 bagi peringkat zon / negeri
* akan dikemaskini dari masa ke semasa


30 September 2014
ZON TENGAH 
KL, Selangor, Negeri Sembilan
MCMC, Cyberjaya


3 Oktober 2014
ZON SARAWAK
Sarawak
Hotel Hilton, Kuching


8 Oktober 2014
ZON SELATAN
Johor, Melaka
Hotel Thistle, Johor


10 Oktober 2014
ZON SABAH
Sabah
Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu


13 Oktober 2014
ZON TIMUR
Kelantan, Terengganu, Pahang



16 Oktober 2014
ZON UTARA
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak
Hotel Traders, Penang


Untuk maklumat lain, nanti saya kemaskini dari masa ke semasa yer. Sapa yang ada info, boleh tolong maklumkan saya jugak yer!



Selasa, 23 September 2014

Modul Peningkatan Prestasi SPM 2014 (Kedah)

Bagi memeriahkan lagi latihan ulangkaji menghadapi SPM 2014, saya serta download link kepada Modul Peningkatan Prestasi SPM 2014 yang disediakan oleh Majlis Pengetua Sekolah Malaysia daripada Negeri Kedah. Tentu hebat bahannya kan?. Ada banyak subjek, serta lengkap dengan skema untuk anda cuba di rumah. Selamat mencoba!


Modul Peningkatan Prestasi SPM 2014 (Majlis Pengetua Sekolah Malaysia - Negeri Kedah)



Modul Peningkatan Prestasi SPM 2014
Majlis Pengetua Sekolah Malaysia
Negeri Kedah

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Sejarah
Matematik
Sains
Pendidikan Islam
Fizik
Kimia
Biologi
Matematik Tambahan
Prinsip Perakaunan
Ekonomi Asas
Perdagangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Ekonomi Rumah Tangga
Sains Pertanian
Geografi
Pendidikan Seni Visual
Kesusasteraan Melayu
Tasawwur Islam
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
Bahasa Arab
Pendidikan Syariah Islamiah


Semoga bermanfaat!
Kredit : http://www.smktunkuputera.com




Koleksi Soalan Percubaan PT3 2014 (Kedah)

Bagi guru-guru dan adik-adik yang nak buat ulangkaji bagi menghadapi PT3 pada tahun ini, boleh lah gunakan koleksi soalan percubaan trial PT3 negeri Kedah ini untuk memantapkan lagi pemahaman pada subjek Ujian Bertulis. Jemput download dan juga semua kredit adalah untuk tuan punya fail.. ;)



Koleksi Soalan Percubaan PT3 2014 (Kedah)



Koleksi Soalan Percubaan PT3 2014
Kedah

Bahasa Melayu + Skema
Bahasa Inggeris + Skema
Matematik + Skema
Sains + Skema
Kemahiran Hidup KMT + Skema
Kemahiran Hidup ERT + Skema



Semoga bermanfaat
kredit : http://cikgusazali.blogspot.com/





Isnin, 22 September 2014

Koleksi Soalan Percubaan SPM 2014 SBP (Sekolah Berasrama Penuh)

Kepada rakan-rakan guru dan adik-adik pelajar yang tengah mencari bahan untuk ulangkaji akhir SPM 2014, koleksi soalan percubaan trial SPM 2014 oleh SBP (Sekolah Berasrama Penuh) ini boleh dijadikan bahan yang bermanfaat. Walaupun tak lengkap bagi semua subjek dan ada yang ada skema, ada yang tak ada, namun saya berharap bahan ni boleh membantu kita semua dalam merancang menghadapi Peperiksaan SPM 2014 pada awal November nanti. Semua dijemput mendownload dan menggunakan bahan dengan sebaiknya. Segala kredit adalah untuk tuan punya fail yer.. ;)


Koleksi Soalan Percubaan SPM 2014 SBP (Sekolah Berasrama Penuh)



Koleksi Soalan Percubaan SPM 2014
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Pendidikan Islam
Prinsip Perakaunan  Kertas 1 + Kertas 2 + Skema
Matematik Tambahan
Biologi
Kimia
Fizik


Semoga bermanfaat!
Kredit : http://cikgusazali.blogspot.com/