.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Ahad, 29 Jun 2014

Bengkel Bikin Video LRK 2014 di Sibu

Perancangan untuk Bengkel Pembikinan Video di sekolah saya oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini adalah bermula secara tak sengaja selepas berakhirnya Kem Pembangunan Remaja Kreatif di KL masa cuti sekolah yang lalu. Bermula daripada cakap-cakap kedai kopi, akhirnya berubah kepada perkara serius.

Bengkel Bikin Video LRK 2014 di Sibu

Segalanya berlaku dengan begitu pantas, sampai saya pun dah tak ingat di mana bermula. Peringkat awal saya mendapat maklum daripada MCMC bahawa Bengkel ini akan diadakan di sekolah bagi peringkat negeri Sarawak, maka saya pun mula menyediakan kertas kerja dan penyediaan tempat. 

Beberapa sekolah di sekitar Sibu, atau ada kenalan dimaklumkan melalui Facebook dan Whatsapp. Malah ada beberapa sekolah di sekitar Sibu, seperti Tatau, Bintangor, Mukah, dan Song yang dihubungi terus oleh saya bagi mendapatkan maklum balas mereka. Hampir 6 sekolah menyatakan persetujuan untuk menghantar pasukan.

Surat jemputan diedarkan lambat sedikit iaitu pada petang Khamis, sedangkan bengkel tersebut berlangsung pada hari Isnin. Kelewatan ini adalah kerana menunggu tarikh yang dipersetujui oleh pihak pengurusan MCMC. Memandangkan projek ini juga adalah cubaan pertama yang diadakan seumpamanya di Malaysia, dan dirancang pada saat akhir, maka teruskan juga segala dengan sebaik yang mungkin. Banyak urusan menjemput sekolah lain dilakukan oleh pihak MCMC Kuching juga. TQ untuk Scott!

Di Sibu pula saya uruskan perkara tersebut dengan pihak PPD Sibu. Mujurlah pegawai yang bertanggungjawab, Encik Oskar Gandik Stannie sangat-sangat membantu dalam menguruskan hal-hal jemputan. Sampai kena balik kol 5.30 petang! Terima kasih banyak-banyak sebab membantu.

Pada hari Isnin, maka bermula lah Bengkel seperti yang diharapkan. Alhamdulillah, sebanyak 10 buah sekolah telah mengesahkan penyertaan mereka, dengan melibatkan 20 buah kumpulan. Sasaran adalah 150 orang, tetapi berjaya kumpulkan sampai 80 orang pun dah satu kejayaan bagi saya. Terutamanya pada saat-saat akhir yang macam nih.

Pendaftaran para peserta

Antara sekolah yang berjaya hadir ke Bengkel ini adalah SMK Sibu Jaya, SMK Bawang Assan, SMK Kampung Nangka, SMK Bukit Assek, SMK Bukit Lima, SMK Chung Hua, SMK Tung Hua, SMK Tatau dari Bintulu, SMK Song dari Song dan sekolah saya sendiri, SMK Luar Bandar No.1 Sibu.

Pendaftaran dilakukan oleh pegawai MCMC Sibu, Cik Yana dan juga fasilitator dari ASWARA, Farah. Pegawai MCMC dari Cyberjaya yang datang ke bengkel pula adalah, Encik Taher Musa, iaitu orang kuat Liga Remaja Kreatif. Seorang lagi fasilitator ASWARA adalah Syafiq. Kedua-dua mereka adalah pelajar tahun akhir Fakulti Filem. Best kan?.

Sebahagian daripada peserta yang mengikuti Bengkel Pembikinan Filem Pendek di Sibu

Sesi awal dimulakan dengan Seminar Pembangunan Kandungan Kreatif di Malaysia. Baru lah saya tahu rupa-rupanya, pihak MCMC ada menawarkan Biasiswa MCMC kepada pelajar yang sambung belajar di KRU Academy dan Point College dalam jurusan industri kreatif. Anda boleh cuba mohon yer kalau berminat.

Dalam pada itu, sempat juga Encik Taher Musa mempromosikan Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 kepada para peserta bengkel. Macam biasa, hadiah-hadiah hebat yang bakal dimenangi dah tentu berjaya menarik minat pelajar yang menyertainya. Sapa yang tak nak iPhone baru kan?..

En Tahir Musa (MCMC) berkongsikan info mengenai Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014

Bengkel diteruskan dengan sesi Pengarahan dan Pembikinan Video oleh abang Syafiq dan kakak Farah. Sebelum bermula sesi, maka dilakukan sedikit regangan bagi merilekskan para pelajar. Gembira pelajar melakukan aktiviti tersebut. Baru lah nampak mula ada semangat dan keterujaan untuk mengikuti bengkel.

Abang Syafiq dan Kak Farah buat aktiviti meregangkan badan

Sesi diteruskan dengan tayangan slaidshow dan tayangan filem pendek yang bertajuk GMIE dan Orked. Kedua-dua filem pendek tersebut dihasilkan oleh pelajar ASWARA sebagai Penilaian Tahun Akhir (PeTA) mereka, dan lebih menarik sebab kedua-dua fasi tadi terlibat sebagai orang belakang tabir pembikinan filem pendek tersebut. Kak Farah sebagai Pengarah Seni dan Abang Syafiq sebagai Pengarah Fotografi. Hebat kan hasil mereka?

Kak Farah berkongsi pengalaman dalam bidang penghasilan filem pendek

Kedua-dua fasi saling memberikan beberapa tips mengenai bidang pengarahan, penulisan skrip, penggambaran, dan sedikit tips editing. Memang menarik dan banyak tips yang berguna dikongsikan. Nampak peserta bengkel sangat memberikan tumpuan semasa bengkel berlangsung. Yer lah, bukan senang nak dapatkan peluang yang sebegini. Maka ilmu yang dicurah perlu dikutip sebaik mungkin.

Sesi seminar pembangunan industri kreatif

Pada akhir sesi, peserta dikehendaki menghasilkan satu skrip cerita yang berkaitan dengan "Jalur Lebar Untuk Pendidikan", iaitu tema bagi Liga Remaja Kreatif tahun ini. Ini kerana video yang dihasilkan hari ini akan digunakan sebagai penyertaan bagi pertandingan tersebut. Maka berlumba-lumba lah para peserta berbincang mengenai skrip yang cuba dihasilkan.


Selesai makan tengahari, maka para pelajar mula bergerak ke sekitar sekolah bagi merakamkan video untuk filem mereka. Kecoh juga tengok mereka bergerak ke sana sini bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Bersungguh-sungguh. Malah ada yang nampak lebih bersemangat berbanding masa dengar ceramah tadi.

Kumpulan pelajar dalam proses penggambaran (shooting)

Pelajar diberikan masa lebih kurang 1 hingga 2 jam bagi sesi penggambaran. Kemudian masa seterusnya perlu berada di dewan bagi sesi suntingan. Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Namun ada juga beberapa kumpulan yang mengambil masa lebih panjang semasa proses penggambaran.

Peserta bengkel semasa proses suntingan

Plan asal adalah setiap kumpulan perlu menyiapkan video tersebut, termasuk muatnaik ke laman web rasmi Liga Remaja Kreatif sebagai penyertaan dari sekolah masing-masing. Namun atas beberapa kekangan, maka perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan. 

Walaubagaimanapun, saya sebenarnya sangat berpuas hati dengan penganjuran ini yang dapat membuka mata dan memberi lebih banyak pendedahan kepada para pelajar di Sibu khususnya mengenai bidang industri kreatif ini. Sayang juga sebab masa untuk tempoh jemputan adalah sangat pendek. Kalau lebih panjang, dah tentu lebih banyak sekolah yang berminat untuk turut serta.

Peserta Bengkel Bikin Video LRK 2014 di Sibu

Terima kasih buat MCMC, Encik Taher Musa yang berusaha untuk membawa bengkel ini ke bumi Sibu. Terima kasih juga buat pelajar ASWARA, Syafiq dan Farah yang sudi berkongsi ilmu dengan para pelajar di sini. 

Cikgu Hailmi bersama orang kuat Liga Remaja Kreatif, En Tahir Musa dan pelajar ASWARA, Syafiq dan Farah

Apa-apa pun saya berharap agar ada lebih banyak bakat-bakat baru dalam bidang penghasilan video di Sarawak dengan adanya bengkel ini. Mana tahu dengan adanya bengkel ini, majlis penyampaian hadiah peringkat negeri Sarawak nanti pun akan berlangsung di Sibu!



Selasa, 24 Jun 2014

Tugasan Geografi Bagi PT3 2014

Bahan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi mata pelajaran Sejarah (21) dan Geografi (23) boleh dimuat turun melalui pautan di bawah mulai 23 Jun 2014 - 19 Julai 2014.

23 - Geografi (Arahan Guru)  
23 - Geografi (Arahan Murid)


Bahan Tugasan PT3 Bagi Subjek Geografi
 

Tugasan Murid

Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon.


Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut :

2.1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji

2.2 Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut

2.3 Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di tempat kawasan kajian.

2.4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut.


Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan.


Bagi sebarang rujukan format dan bentuk rencana, boleh rujuk dengan download 23 - Geografi (Arahan Murid)

Bagi yang inginkan tips dan panduan menyiapkan tugasan Geografi PT3, boleh klik link di sini Tips dan Panduan Lengkap Tugasan Geografi PT3 2014 HOT! 

Semoga berjaya!




Tugasan Sejarah Bagi PT3 2014

Bahan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi mata pelajaran Sejarah (21) dan Geografi (23) boleh dimuat turun melalui pautan di bawah mulai 23 Jun 2014 - 19 Julai 2014.

21 - Sejarah (Arahan Guru) 
21 - Sejarah (Arahan Murid)

Bahan Tugasan PT3 Bagi Subjek Sejarah
 

Tugasan Murid

Baca Petikan berikut dengan teliti.


Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walau pun penduduknya berbilang kaum. Keamanan dan kedamaian ini dapat dikekalkan kerana toleransi antara kaum utama di negara kitau iaitu Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang membolehkan kita duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama


Dipetik dan diubahsuai daripada : http://pmr.penerangan.gov.my

Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia.

Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah perkataan.


Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:
1. Tajuk rencana
2. Nama penulis
3. Isi kandungan :
(a) Pengenalan - menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum
(b) Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum
(c) Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum
(d) Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
(e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia
(f) Membuat rumusan
(g) Menyenaraikan sumber rujukan


Bagi sebarang rujukan format dan bentuk rencana, boleh rujuk dengan download 21 - Sejarah (Arahan Murid) 

Bagi yang inginkan tips dan panduan menyiapkan tugasan Sejarah PT3, boleh klik link di sini Tips Menyiapkan Tugasan Sejarah PT3 2014 HOT!


Semoga berjaya!



Ahad, 22 Jun 2014

Contoh Soalan PT3 [DOWNLOAD]

Saya kongsikan contoh soalan instrumen bagi PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) yang akan mula digunapakai pada tahun 2014. Terdiri daripada 15 subjek, seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, KHB dan subjek bahasa lain.


DOWNLOAD Contoh Soalan INstrumen PT3




Boleh download contoh soalan dengan klik link di bawah


4shared
[9.9mb]



Secara ringkasnya, boleh dikatakan ada perubahan pada bentuk format soalan pada tahun ini untuk subjek yang masih mengekalkan Ujian Bertulis.

Soalan banyak menerapkan konsep KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), dengan style soalan panjang-panjang dan mengaitkan dengan kehidupan seharian. Pelajar perlu, memahami pernyataan, menganalisa dan kemudian baru memberikan jawapan yang sesuai.

Jawapan boleh jadi lebih daripada satu, tetapi perlu disokong dengan alasan yang munasabah dan bersesuaian dengan maklumat yang diberi dalam soalan.

InshaAllah, ada kesempatan saya akan cuba kongsikan petua dan tips menjawab soalan berbentuk seperti ini. Guru-guru yang ada tips juga boleh kongsikan tips dan petua anda di bawah. Nanti saya compile kan dalam satu entri khas. Kalau ada bahan nak dishare, boleh emel ke miecaprio@yahoo.com . Terima kasih!

Untuk pelajar, Selamat Maju Jaya!








Peperiksaan Amali Sains Mulai SPM 2015

Lembaga Peperiksaan melalui Surat Siaran Bil.1 Tahun 2014 bertarikh 10 Jun 2014 telah memaklumkan bahawa Peperiksaan Pusat Amali Sains bagi subjek Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan akan mula dilaksanakan pada SPM 2015. 

Peperiksaan Amali Sains Mulai SPM 2015

Kertas Amali Sains ini akan menggantikan Kertas 3 (Amali Sains Bertulis) bagi subjek yang terlibat. Rasionalnya, pelaksanaan ini adalah bagi memastikan murid menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Untuk pelaksanaan PEKA pula, pelajar Tingkatan 5 2014 adalah batch terakhir dan tidak perlu untuk dilaksanakan terhadap pelajar Tingkatan 4 2014. Walaubagaimanapun, PEKA masih diteruskan bagi subjek Sains (Teras), kerana tidak terlibat dengan perubahan ini.

Justeru itu, pihak sekolah haruslah memastikan kerja amali sains bagi subjek Fizik, Biologi, Kimia dan Sains Tambahan terus dilaksanakan seperti mana yang terkandung dalam sukatan pelajaran.


p/s: Zaman saya belajar dulu pun menggunakan sistem peperiksaan amali yang macam nih sebelum ditukar kepada sistem baru peperiksaan, Kertas 3 (amali). So, selamat maju jaya!


Pertandingan Video Korporat Sektor Pengajian Tinggi KPM 2014

PERTANDINGAN VIDEO KORPORAT SEKTOR PENGAJIAN TINGGI,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERTANDINGAN VIDEO KORPORAT SEKTOR PENGAJIAN TINGGI,  KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



OBJEKTIF PERTANDINGAN

1.    Objektif pertandingan video korporat  SPT ini adalah:

1.1.  Mencungkil bakat dalam kalangan pelajar serta melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.

1.2.  Mendapatkan intrepetasi ataupun perspektif berbeza  dalam kalangan mahasiswa.

1.3.  Membentuk jaringan hubungan dan membina kepercayaan pelajar terhadap Sektor Pengajian Tinggi.


PENYERTAAN

2.  Mahasiswa  IPT (IPTA/IPTS) dan semua warga KPM secara individu atau berkumpulan.


TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

3.    Terma dan syarat pertandingan video korporat  SPT seperti berikut:

3.1.  Pertandingan Video Korporat SPT bermula pada 23 Jun 2014 dan berakhir pada 23 September 2014.

3.2.  Borang penyertaan boleh didapati daripada laman sesawang KPM. Semua penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup dan akan terbatal secara automatik.

3.3.  Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa IPT dan semua warga KPM secara individu atau berkumpulan.

3.4.  Peserta mestilah mematuhi dengan peraturan pertandingan seperti berikut:-

3.4.1.    Video yang dihasilkan hendaklah menpunyai perkara-perkara berikut :

i.        Pengurusan Sektor Pengajian Tinggi (SPT)

ii.         Menteri Pendidikan , Menteri Pendidikan II,Timbalan Menteri Pendidikan I & II dan Ketua Setiausaha II.

iii.         Program-program anjuran SPT

iv.        Program-program anjuran IPT iaitu universiti-universiti,Kolej Komuniti dan Politikteknik

v.        Logo KPM
vi.        Penstrukturan SPT dan KPM

vii.        Bahagian-bahagian / Unit dan agensi di bawah kelolaan SPT.
viii.        Lain-lain difikirkan sesuai.

1



3.4.2.    Peserta perlu menghantar penyertaan bersama ‘story board’ video tersebut sebelum atau pada 7 Julai 2014 melalui email ukk@moe.gov.my. Urusetia akan menghubungi peserta melalui email yang berjaya untuk ke peringkat seterusnya.

3.4.3.    Panjang video hendaklah tidak kurang daripada 5 minit dan tidak melebihi 7
minit. Video mestilah idea asal peserta
tanpa  menciplak  hasil
karya/idea
orang lain. Para peserta hendaklah bertanggungjawab
dan
memastikan





bahan-bahan tidak diubah dari sumber yang mempunyai hak cipta terpelihara. Sekiranya didapati ada di antara peserta yang menghantar karya yang tidak tulen mahupun video sedia ada di pasaran, penyertaan tersebut akan dibatalkan.

3.4.4.    KPM tidak bertanggungjawab atas penyertaan yang menyalahi undang-undang yang berkaitan.

3.4.5.    Video yang dihasilkan boleh menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

3.4.6.    Video yang dihasilkan boleh dalam bentuk animasi,dokumenteri atau mengikut kreativiti masing-masing dan mempunyai elemen korporat organisasi.

3.4.7.   Pemilihan video yang terbaik akan dihakimi secara profesional oleh juri jemputan dan seterusnya untuk menentukan pemenang.

3.4.8.    Penyertaan akan dihakimi berdasarkan kreativiti, keaslian, sentuhan seni menarik, memenuhi terma dan syarat penyertaan serta berjaya meyakinkan para juri.

3.4.9.    Setiap peserta dibenar menghantar satu penyertaan dalam Bahasa Melayu dan satu penyertaan dalam Bahasa Inggeris.

3.4.10.  Setiap video korporat   yang dihantar mestilah bertajuk Pertandingan Video
Korporat SPT 2014 : (Nama Klip Video Anda)” dan disertakan :

i.              Borang Penyertaan,
ii.             Sinopsis Produksi

iii.            Dua salinan DVD
iv.           Salinan Kad Pengenalan Peserta

3.4.2.  Penyertaan perlu dihantar ke alamat berikut:

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 3, No.2,Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,

62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

3.4.3.    Semua maklumat terkandung dalam promosi, termasuk syarat-syarat penyertaan dan tuntutan hadiah adalah sebahagian daripada terma dan syarat pertandingan.


2



3.4.4.    Urus setia berhak membatalkan mana-mana penyertaan secara automatik jika melanggar terma dan syarat yang ditetapkan tanpa sebarang notis.

3.4.5.    Sebarang terma, syarat dan peraturan yang tidak dipatuhi boleh menyebabkan pemegang tersingkir dari pertandingan dan pemenang gantian yang tersenarai akan dipilih sebagai pemenang.

3.4.6.    Pemenang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

3.4.7.    Video yang menang adalah menjadi hak milik KPM dan KPM berhak memindah, menambah baik dan mengemas kini video serta memaparkan video tersebut melalui media, program, aktiviti atau medium-medium yang difikirkan sesuai.

3.4.8.    Keputusan pemilihan pemenang adalah muktamad dan sebarang bantahan atau surat menyurat tidak akan dilayan.

HADIAH PEMENANG

4.  Hadiah bagi pemenang bagi pertandingan video korporat adalah seperti berikut:



BIL
TEMPAT
HADIAH
1
Pertama
RM 5,000 berserta sijil
1.
Kedua
RM 2,000 berserta sijil
2.
Ketiga
RM 1,000 berserta sijil
3.
Sagu hati
RM 250 berserta sijil
4.
Sagu hati
RM 250 berserta sijil
5.
Sagu hati
RM 250 berserta sijil
6.
Sagu hati
RM 250 berserta sijil
7.
Sagu hati
RM 250 berserta sijil
8.
Sagu hati
RM 250 berserta sijil
9.
Sagu hati
RM 250 berserta sijil
10
Sagu hati
RM 250 berserta sijil



Disediakan Oleh:

Unit Komunikasi Korporat
Sektor Pengajian Tinggi

Kementerian Pendidikan Malaysia