.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Sabtu, 31 Mei 2014

11 Laluan Menjadi Guru

Saya menerima banyak pertanyaan mengenai bagaimana cara untuk menjadi seorang guru. Terutamanya bagi pelajar lepasan SPM dan juga mereka yang sudah memiliki segulung Ijazah. Tahniah! Semoga minat anda untuk menjadi cikgu ini boleh bercambah menjadi semangat kental semasa benar-benar menjadi seorang guru nanti. Tapi tahu kah anda bahawa kita ada hampir 11 laluan bagi menjadi seorang guru?

11 laluan menjadi seorang guru atau cikgu


 1. Laluan SPM - IPG - SK
Ini antara laluan paling mudah bagi menjadi seorang guru. Pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang (4/5 A dan ke atas) boleh memohon kemasukan ke Institut Perguruan Malaysia (IPGM) atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan suatu ketika dahulu. 

Mereka ini akan dilatih selama 1 tahun persediaan dan 4 tahun tambahan bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Seterusnya akan berkhidmat sebagai guru di Sekolah Rendah. Malah bagi meningkatkan kualiti pendidikan guru, KPM juga menyediakan laluan khas terus temuduga kepada pelajar lepasan SPM yang mendapat straight A yang berminat untuk menjadi guru.


2. Laluan SPM - Matrikulasi - Universiti - SMK
Bagi mereka yang berminat untuk menjadi guru di sekolah menengah, ada laluan lain yang boleh anda cuba. Selepas mendapat keputusan yang baik untuk SPM, anda boleh memohon masuk ke Kolej Matrikulasi. Secara umumnya, keputusan SPM anda perlu lah kredit bagi semua subjek.

Semasa di Kolej Matrikulasi, dapatkan keputusan peperiksaan yang bagus untuk memohon universiti yang menawarkan program bagi perguruan. 


3. Laluan SPM - STPM - Universiti - SMK
Ada juga pelajar yang mahu menjadi guru sekolah menengah ataupun guru bagi subjek yang diajar di sekolah menengah, seperti Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan dan lain-lain, maka mereka boleh memilih laluan ini. Iaitu menyambung ke Tingkatan 6, dan seterusnya sambung belajar di universiti.


4. Laluan STPM - Universiti - SMK
Laluan ini adalah lebih kurang seperti laluan di atas, di mana pelajar Tingkatan 6 yang mendapat keputusan STPM yang cemerlang, kemudiannya sambung belajar program perguruan di universiti.

Majoriti daripada mereka akan dipostingkan untuk mengajar di sekolah menengah, kecuali jika dinyatakan subjek di sekolah rendah.


5. Laluan Diploma - Universiti - SMK
Laluan ini pula adalah laluan bagi mereka yang menyambung pelajaran ke peringkat Diploma terlebih dahulu. Selepas SPM, mungkin dah hilang rasa nak belajar di sekolah, maka pergi lah sambung belajar Diploma di mana-mana IPTA yang menawarkan program tersebut. 

Setelah memiliki Diploma, maka bolehlah memohon bagi sambung belajar untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda khusus dalam bidang perguruan di universiti yang menawarkan. Tambahan 4 tahun lagi bagi menyiapkan pengajian di peringkat ini. Namun ada juga universiti yang membenarkan beberapa subjek Universiti dikecualikan, maka dapatlah siapkan ijazah ini dengan tempoh yang lebih pendek.


6. Laluan Ijazah - DPLI - SMK
Ini pula adalah laluan bagi mereka yang sudah mempunyai ijazah sarjana muda, tetapi dalam bukan bidang perguruan. Maka anda bolehlah memohon kursus DPLI, iaitu Diploma Perguruan Lepasan Ijazah. 

Bezanya dengan kursus KPLI yang biasa kita dengar adalah DPLI dilaksanakan di universiti, bukan di IPG seperti KPLI. Dan juga DPLI adalah bagi guru untuk sekolah menengah, manakala KPLI adalah bagi guru untuk sekolah rendah.

Sedikit elaun disediakan bagi mereka yang terpilih bagi mengikuti program ini. Namun ada perjanjian kontrak dengan KPM selama 2 tahun.


7. Laluan Ijazah - KPLI - SK
Ini adalah laluan perguruan yang paling biasa kita dengar, iaitu KPLI, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Saya sendiri adalah satu daripada produk KPLI suatu ketika dahulu. Kini lepasan KPLI hanyalah untuk bakal guru yang dipostingkan ke sekolah rendah sahaja. Nak sekolah menengah, anda boleh cuba DPLI seperti di atas.

KPLI dilaksanakan di IPG, selama 1 tahun. Walau bagaimanapun, atas faktor bilangan guru dan subjek yang tidak seimbang dan berlebihan, faktor pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan ISMP yang tidak dapat posting, maka program ini dikurangkan pengambilannya. 

Jika ada pun hanya terhad kepada subjek kritikal seperti Bahasa Inggeris, KHB, Pendidikan Khas dan lain-lain lagi yang diperlukan dalam kadar yang segera. Jika dibuka pun, saingannya sangat lah sengit. Semoga berjaya!


8. Laluan Ijazah - JQAF - SK
Bagi mereka yang memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam, Bahasa Arab atau yang berkaitan dengannya, maka anda boleh cuba laluan ini. Mereka yang memohon dan ditawarkan program ini, diberi peluang untuk terus menjadi Guru JQAF di sekolah yang ditetapkan. 

Dalam masa yang sama, pada waktu cuti sekolah, mereka harus mengikuti pengajian semasa cuti sekolah selama 2 tahun. Selesai saja program JQAF ini, maka akan ada reposting semula. Bergantung kepada nasib dan kekosongan, tempat posting mungkin boleh jadi sekolah lama, atau pun sekolah baru.


9. Laluan Ijazah - MRSM
Selain daripada itu, anda juga boleh cuba nasib untuk menjadi guru MRSM, Maktab Rendah Sains MARA, terutamanya jika anda pernah ada kena mengena dengan MARA. Sama ada bekas pelajar, bekas penerima biasiswa MARA atau apa-apa yang berkaitan dengan pendidikan MARA. 

Caranya boleh tengok iklan di MRSM tertentu dari masa ke semasa. Ini bergantung kepada kekosongan subjek dan keperluan. Seperti guru lain juga, program perguruan bagi guru sebegini dijalankan semasa cuti sekolah. Keutamaannya tentulah akan diberikan kepada bekas penerima biasiswa MARA. Tapi, anda boleh cuba juga. Mana lah tahu ada rezeki jadi cikgu MRSM. 


10. Laluan Ijazah - Sekolah Swasta
Jika dah cuba MRSM dan sekolah lain, tapi blom ada rezeki, maka anda boleh cuba memohon sebagai guru sekolah swasta dan sekolah antarabangsa. Keperluannya tentulah lebih bersifat memilih pada subjek, kelayakan bakal guru dan juga kelebihan tertentu.

Laluan ini merupakan satu laluan yang baik bagi mereka yang sentiasa inginkan cabaran dalam bekerjaya. Gaji pun tentu lebih lumayan jika dibandingkan dengan guru-guru kerajaan nih. Risikonya menjadi guru di sekolah sebegini, kontrak takkan disambung jika tidak menunjukkan prestasi yang membanggakan.


11. Laluan Ijazah - Teach for Malaysia - SMK/ SK
Ini satu lagi laluan baru yang saya dapat tahu. Anda boleh sertai NGO Teach For Malaysia yang aktif dalam menyediakan guru-guru bagi subjek kritikal di sekolah-sekolah yang sangat memerlukan guru. 

Mereka yang memohon bagi mengikuti program Teach For Malaysia ini akan disaring dan diberikan sekolah untuk posting. Semasa hujung minggu mereka perlu menghadiri kursus pemantapan perguruan bersama-sama rakan Teach For Malaysia yang lain. Kontrak adalah selama 2 tahun, seterusnya mereka boleh memilih untuk terus menjadi guru atau berhenti.

Program Teach For Malaysia ini juga direstui oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, malah semakin giat dipromosikan melalui laman sosial dalam setahun 2 ini. 

Sebenarnya ada juga usaha saya untuk mendapatkan maklumat terus daripada Teach For Malaysia mengenai program ini. Namun tak berjawab. Mungkin terlalu sibuk menguruskan bakal-bakal guru yang mahu menyertai Teach For Malaysia nih..

Cara menjadi guru Cara menjadi cikgu

So, terkejut kan? Tak sangka ada banyak cara bagi anda di luar sana yang sangat ingin bergelar seorang cikgu. Maka, usahakanlah mengikut seperti yang anda rancangkan. Dan apabila berpeluang menjadi seorang guru kelak, janganlah disia-siakan peluang, tanggungjawab dan amanah yang anda pikul sebagai seorang guru! 

Tahniah sebab memilih kerjaya cikgu sebagai pilihan anda.. dan Semoga berjaya! ;)



Liga Remaja Kreatif 2014 Kembali Lagi!

Liga Remaja Kreatif 2014 (LRK2014) kembali lagi! Dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 28 Mei yang lalu, merupakan Pertandingan untuk kali keempat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mencungkil bakat-bakat muda dalam bidang industri digital kreatif.

Liga Remaja Kreatif 2014 Kembali Lagi!

Bertemakan "Jalur Lebar Untuk Pendidikan", pertandingan kali ini tampil dengan kerjasama lebih banyak pihak seperti Telekom Malaysia Berhad dan Media Prima Digital.

Menariknya lagi, untuk tahun ini selain daripada kategori Video, turut diadakan 2 kategori baharu iaitu aplikasi mudah alih (apps) dan portal internet. Hadiah makin hebat. Malah ada anugerah khas Video Popular bagi kategori Video!

Pertandingan bermula mulai 28 Mei dan berakhir pada 4 Julai. So kena cepat-cepat rancang apa yang nak dibuat. Nak tahu apa syarat-syarat penyertaan?. Jom kita baca kat bawah

Liga Remaja Kreatif 2014 Kembali Lagi!

Syarat Penyertaan


A. Maklumat Peraduan

  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 adalah anjuran bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Telekom Malaysia dan Media Prima Digital.
  2. Tema bagi pertandingan ini adalah Jalur Lebar Untuk Pendidikan dan mestilah berbahasa Malaysia.

B. Kelayakan Pertandingan

  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.
  2. Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia.

C. Terma dan syarat pertandingan

  1. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada empat (4) orang pelajar.
  2. Video penyertaan hendaklah dimuatnaik ke laman http://lrk.mcmc.gov.my selewat-lewatnya pada 4 Julai 2014. Penyertaan yang tiba lewat dari tarikh tutup tidak akan diterima.
  3. Penyertaan bagi kategori VIDEO hendaklah di antara 2-5 minit dan video keterangan projek bagi kategori PORTAL INTERNET dan APLIKASI MUDAH ALIH hendaklah tidak lebih dari 1 minit.
  4. Penyertaan bagi kategori VIDEO boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.
  5. Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
  6. Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana pertandingan peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
  7. Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
  8. Penyertaan adalah percuma.
  9. Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi penerimaan akan dikeluarkan oleh Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 kepada pihak Sekolah.
  10. Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
  11. Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.
  12. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.
  13. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
  14. Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
  15. Hak cipta produksi adalah hak milik peserta. Peserta mestilah membenarkan Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
  16. Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap penyertaan bagi tujuan penyiaran.
  17. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
  18. Peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan atas talian yang telah disediakan di http://lrk.mcmc.gov.my
  19. Peserta dikehendaki menyimpan video penyertaan asli sekiranya diperlukan.
  20. Borang Penyertaan lengkap hendaklah disertakan dengan:
    1. Biodata peserta;
    2. Perakuan daripada pihak sekolah; dan
    3. Perakuan penyertaan adalah kerja asli.


Hadiah


Peringkat Negeri

Hadiah tempat pertama : RM5,000 berserta 4 x kamera digital
Hadiah tempat kedua : RM3,000 berserta 4 x kamera digital
Hadiah tempat ketiga : RM2,000 berserta 4 x kamera digital
Hadiah saguhati : RM500 x 7

Peringkat Kebangsaan

Hadiah tempat pertama : RM10,000 berserta 4 x iPhone
Hadiah tempat kedua : RM7,500 berserta 4 x iPhone
Hadiah tempat ketiga : RM5,000 berserta 4 x iPhone
Portal Internet Terbaik : RM5,000 berserta 4 x iPhone
Aplikasi Mudah Alih Terbaik : RM5,000 berserta 4 x iPhone
Video Paling Popular : RM2,500
 

Best kan?.. Untuk yang nak mendapatkan sedikit gambaran apa yang kami dah lalui pada tahun lepas untuk Liga Remaja Kreatif 2013, boleh tengok-tengok entri kat bawah nih sebagai panduan. Ambik inspirasi. Ambik semangat. Mana tahu, untuk tahun ini rezeki anda pula! Semoga berjaya!




1. Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2013
2. Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2013 (Peringkat Sarawak)
3. Video Penuh Liga Remaja Kreatif 2013 (Penyertaan Sekolah Saya)
4. Video Pemenang Setiap Negeri LRK2013
5. Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2013 (Peringkat Kebangsaan)



Nak bagi lagi meriah lagi Liga Remaja Kreatif 2014 tahun ini, jangan lupa gunakan hashtag #LRK2014 di Facebook dan Twitter bagi berhubung antara satu sama lain dan berkongsi minat, pengalaman, dan maklumat terkini mengenai pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014. Kita bikin gempak sket tahun nih! ;)

Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang LRK 2014 di http://lrk.mcmc.gov.my.

Khamis, 29 Mei 2014

Pengalaman Sertai Petrosains Science Show Competition 2014

Tahun nih saya didedahkan lagi dengan satu pertandingan yang berkaitan dengan Sains, iaitu Petrosains Science Show Competition. Pertandingan yang lebih kurang macam drama pertunjukan Sains ini, rupanya dah lama berlangsung, sejak daripada tahun 2010 lagi. Tapi baru tahun nih, rasanya macam ada promosi secara besar-besaran. Saya dapat tahu pun daripada laman facebook.

Pengalaman Sertai Petrosains Science Show Competition 2014

Bila dikongsikan, banyak feedback pulak yang saya dapat daripada rakan-rakan guru yang ada pengalaman dan pernah menyertainya. Jadi terfikir lah jugak nak join untuk tahun ini mencari pengalaman. Lagipun bila difikirkan, ramai juga pelajar saya yang berkemampuan untuk melakukan perkara sedemikian.

Disebabkan ini adalah berkaitan dengan pertunjukan drama, maka saya cuba dengan pelajar-pelajar kelas Kimia saya. Sebabnya mereka lebih matang, ada hala tuju yang jelas dan lebih berani untuk berdepan dengan orang. Lagipun, pelajar-pelajar ini dah banyak didedahkan dengan aktiviti pembentangan dan public speaking dalam kelas. Jadi saya rasa mereka adalah orang yang tepat.

Pengalaman Sertai Petrosains Science Show Competition 2014

Selepas itu, saya pertontonkan mereka video pemenang pada tahun lepas yang diperolehi daripada Youtube. Ini bagi memberi mereka sedikit idea dan gambaran mengenai apa yang bakal mereka lakukan. Nampak ler sket macam mana perihal pertandingan ini. Video pemenang adalah seperti di bawah.





Kemudian, saya berikan mereka masa seminggu untuk memikirkan eksperimen atau aktiviti yang sesuai dan terus menyediakan skrip bagi drama mereka. Namun disebabkan musim peperiksaan dan saya sendiri sibuk dengan menguruskan pasukan sofbol Sibu, maka banyak lah kerja bertangguh-tangguh hingga hampir-hampir melupakan hasrat untuk menyertai.

Tetapi pada minggu terakhir sebelum bercuti, tiba-tiba bersemangat pula budak nak ikut serta pada saat akhir. Mujurlah sebab saya sendiri pun belum pulang ke kampung untuk bercuti, maka kesempatan ini digunakan dengan sebaik mungkin.

Pengalaman Sertai Petrosains Science Show Competition 2014


Ada 2 kumpulan yang menyertai, Kumpulan 1 dianggotai oleh Chriscynthia Tiffany dan Suzie Anthony, manakala Kumpulan 2 dianggotai oleh Elizabeth Paggy dan Abby Umang. 

Pada hari persiapan untuk sesi rakaman, kedua-dua kumpulan menyediakan semua bahan dan peralatan yang diperlukan. Memang semuanya disediakan dengan baik oleh pelajar-pelajar ini. Persediaan dari segi dialog dan skrip dilakukan terlebih dahulu, bagi mengelakkan kesilapan berulang, terutamanya dari segi hafalan. 

Pengalaman Sertai Petrosains Science Show Competition 2014

Pengalaman Sertai Petrosains Science Show Competition 2014

Akhirnya, setelah hampir 4 jam bertungkus lumus di makmal sekolah, maka selesailah juga merakamkan persembahan drama sains mereka. Video yang dirakam kemudian disimpan dalam bentuk CD dan seterusnya dihantar ke Petrosains. 

12 pasukan terbaik daripada setiap negeri akan berentap di peringkat negeri dan seterusnya mewakili negeri masing-masing ke peringkat semi final (18 pasukan) dan final (8 pasukan) pada bulan Oktober ini.

Apa-apa pun saya ucapkan tahniah kepada pelajar saya yang terlibat sebab berani menyahut cabaran ini walaupun semuanya pada saat akhir. Walaupun tak tahu sama ada layak atau tak untuk ke peringkat seterusnya, namun pengalaman yang diperolehi memang sangat berharga!

Semoga ada rezeki untuk mereka. Jom kita sama-sama doakan yer.. ;)



Selasa, 27 Mei 2014

Cikgu Izuan Ibrahim Yang Menggegarkan Malaysia

Tiba-tiba saja nama Izuan Ibrahim mula disebut di merata-rata. Dalam laman sosial tak payah cakap la. Lagi lah laju. Cikgu yang kemudiannya menjadi Jurulatih badminton bertaraf antarabangsa ini telah berjaya membikin sensasi dan membuka mata lebih ramai orang kepada situasi sebenar dunia sukan di Malaysia.

Izuan Ibrahim Yang Menggegarkan Malaysia


Hebat! Apabila berjaya menjadi jurulatih kepada jagoan di luar negara, sedangkan di negara sendiri pun, tak ramai yang mengenali dan mengetahui kewujudan Cikgu Izuan Ibrahim ini. Namun apa yang dilakukan oleh beliau ini ternyata, sangatlah hebat!


Izuan Ibrahim ini pernah menjadi cikgu di SK Seksyen 1 Bandar Kinrara suatu masa dahulu, sebelum bertukar kerjaya menjadi Jurulatih badminton. Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), beliau juga merupakan seorang pemain badminton sejak dari sekolah menengah. Pernah juga dilantik sebagai jurulatih Nusa Mahsuri di bawah kelolaan Datuk Misbun Sidek.

Tapi itu dulu..

Izuan Ibrahim Yang Menggegarkan Malaysia

Kini beliau yang juga lebih mesra dengan nama Abe Awe sedang berkhidmat sebagai Jurulatih pasukan junior kebangsaan Jepun di bawah Nihong Badminton Association dan jurulatih di R.S. Hamanaka. Izuan juga dikatakan pernah melatih dan menggilap bakat Kento Momota dan beberapa pemain-pemain negara Jepun yang lain.


Tahniah kepada Cikgu Izuan Ibrahim!

Bukan calang-calang orang untuk berupaya menunjukkan hasil yang sebegitu hebat. Antarabangsa ok! Ternyata tindakan beliau suatu ketika dahulu, dengan keberanian yang ada untuk merantau di negara orang, akhirnya membuahkan hasil yang cukup manis!


Kejayaan beliau ini sebenarnya juga membuka lebih banyak mata kepada realiti sebenar apa yang berlaku dalam dunia sukan di Malaysia. Bukan saja hanya kepada sukan badminton, tetapi juga sukan-sukan lain. 

Beberapa perkara yang kita terlepas pandang, menyebabkan akhirnya kita sendiri yang rugi. Politik, kepentingan diri dan percaturan yang salah menyebabkan bukan saja kita kekal di takuk lama, tetapi kehilangan permata-permata bernilai yang sepatutnya dirai oleh negara kita.

Semoga bakat hebat seperti ini tidak dibiarkan begitu saja. Tentu Izuan Ibrahim ini juga akan lebih gembira dan berbangga untuk kembali berbakti kepada negara tercinta sekiranya ditawarkan dengan peluang dan ganjaran yang berbaloi dengan usaha beliau.


Selamat maju jaya!


Sabtu, 24 Mei 2014

Bila Cikgu Sains Kena Jadi Ustaz

Di sekolah saya, sejak daripada Januari tahun ini hingga sekarang (Mei) belum ada lagi Ustaz / Ustazah untuk mengajar subjek Pendidikan Islam kepada pelajar-pelajar Islam.

Walaupun budak-budak Islam tak ramai (40/1500) tapi saya tetap percaya mereka juga perlukan Ustaz / Ustazah yang dapat mengajar mereka dengan lebih baik, terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam.

Pihak sekolah dah berkali-kali hantar surat memohon kepada mereka yang berkenaan. Namun jika kita perhatikan, sehingga sekarang masih tiada tindakan yang berkesan daripada mereka yang bertanggungjawab.



Ada guru Islam lain, tapi tidak berkelayakan. Cikgu Sains macam saya, cikgu Matematik, cikgu PJK dan lain-lain.

Maka atas inisiatif guru-guru Islam di sekolah, kami ambil masa untuk bergilir masuk ke kelas agama sekiranya ada kelapangan. Ajar yang seterdaya mana dengan ilmu yang terhad. Namun confirm ler tak sebaik dengan ajaran jika ada guru yang lebih berkelayakan.

Yang lebih dirisaukan adalah nasib pelajar Islam Tingkatan 5 yang akan mengambil SPM pada hujung tahun ini. Ada 9 orang semuanya mereka.

Tercongok je dalam kelas time pelajar lain belajar subjek Pendidikan Moral.

Kesian!



Maka kami ambil inisiatif mengumpulkan sedekah dan sumbangan daripada rakan guru Islam untuk membeli 10 naskhah buku latihan ini. Tujuannya nak bagi kat budak-budak nih buat juga soalan Pendidikan Islam SPM. 



Bila Cikgu Sains Kena Jadi Ustaz : Guru Pendidikan Islam di Sarawak


Kalau tak dapat jawap, salin saja jawapan dari belakang buku. Sekurang-kurangnya ada juga dia membaca dan menulis di situ. Semoga dia ingat.

Yang kelas pandai sikit, kami suruh salin jawapan dan highlight kata kunci yang ada pada soalan dan jawapan. 



Ini ja yang terdaya kami buat untuk sementara waktu ini..

Kalau cikgu-cikgu, ustaz ustazah di luar sana yang ada lebih banyak idea untuk nak bantu para pelajar ini, boleh kongsikan di bawah ini yer. InshaAllah kami cuba usahakan lagi.. 


Isu Pensyarah Kolej Komuniti Hina Sarawak

Pada 5 Mei lalu, seorang pensyarah Kolej Komuniti Betong, yang dikatakan menggunakan nama Jonathan Joseph telah meluahkan cacian dan makian berbaur penghinaan kepada negeri Sarawak di halaman laman sosial Facebook miliknya.
 
Dia dipercayai
mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina negeri Sarawak di dalam akaun Facebook beliau kerana kegagalannya berpindah tempat mengajar dari Sarawak. 


Isu Pensyarah Kolej Komuniti Hina Sarawak


Perbuatan tersebut telah menimbulkan perasaan marah dan tidak puas hati di kalangan rakyat Sarawak terhadap pensyarah berkenaan dan boleh mengugat perpaduan negara. 

"KPM amat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial dalam kalangan penjawat awam khususnya di Kementerian termasuklah daripada kalangan pensyarah, guru dan pendidik," menurut kenyataan akhbar itu.

Sehubungan itu, KPM sedang membuat siasatan terperinci mengenai kes ini dan akan mengenakan tindakan tegas yang sewajarnya kepada pensyarah berkenaan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993-P.U.(A) 395/1993 sekiranya dan terbukti telah melakukan kesalahan.



Sumber


Baru 2 tahun datang mengajar, dah meroyan tak tentu arah. Orang lain yang dah banyak tahun pun masih dapat bersabar dan tunggu sehingga tiba masa. Dengan sikap segelintir manusia yang macam nih lah, orang lain pula yang terpaksa tanggung akibat.

Semua tempat tentulah tak sama kalau nak dibandingkan dengan tempat kita sendiri. Tapi kalau pandai sesuaikan diri, inshaAllah kita akan tahu, betapa seronoknya tempat kita yang baru. Apatah lagi tempat kita berkhidmat, mencari rezeki. Jadikan ini satu pengalaman berharga yang tak dapat dijual beli.

Itu baru dapat Betong. Belum lagi dapat Kapit ka.. Belaga ka.. Tak tau nak cakap apa dia jadi.. So, sila guna otak sikit lain kali.

Rezeki kita Allah dah tetapkan. InshaAllah sampai masa nanti, dapat lah jugak transfer. Setiap aturan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita. Cuma kita saja yang belum faham. Faham?

Dengar khabarnya dah dipindahkan ke Kuching. Kereta pun dah dijual atas faktor keselamatan. Hu3. Ironinya, masih di bumi Sarawak.

Sekarang nih, siapa yang susah?.



Jumaat, 23 Mei 2014

Pukul Cikgu Sampai Berdarah!

Hari ini saya menerima sekeping gambar printscreen yang memaparkan kejadian seorang cikgu dipukul dengan teruk oleh muridnya, pelajar Tingkatan 2. Kejadian yang  dikatakan berlaku di SMK Kota Kulai, Johor ini memaparkan gambar seorang guru dengan muka yang berlumuran darah. 

Budak Tingkatan 2 SMK Kota Kulai Johor pukul cikgu sampai berdarah


Ada 2 versi cerita yang dikatakan menjadi punca kepada berlakunya kejadian tersebut. Versi pertama mengatakan pelajar tersebut naik hangen kerana ditegur oleh guru tersebut kerana tidak masuk surau. Versi kedua pula mengatakan bahawa kerana ditegur untuk diam di dalam surau.

Walau apa pun versinya, hanya mereka yang berada di tempat kejadian yang tahu apa perkara sebenar yang berlaku. 

Keagresifan pelajar Tingkatan 2 tersebut sehingga boleh naik angin sampai mencederakan guru tersebut, merupakan satu hal yang patut dipandang oleh semua pihak. Tak mustahil juga jika tiada sebarang tindakan tegas, membolehkan pelajar lain juga meniru perbuatan tersebut. 

Jika guru berada dalam keadaan bahaya dan tidak dilindungi seperti itu, mampukah kami untuk masih menjalankan tugas sebagai pendidik dengan baik?

Budak Tingkatan 2 SMK Kota Kulai Johor pukul cikgu sampai berdarah

Saya yakin, dalam mana-mana kes yang melibatkan guru, majoriti daripadanya adalah disebabkan rasa mahu ambil berat dan bertanggungjawab terhadap kemenjadian muridnya untuk menjadi manusia yang terbaik. Hanya segelintir kecil sahaja yang mungkin kadang-kadang terbawa-bawa emosi dan juga sikap yang tidak betul. Namun pada akhirnya, tujuan utama, memang lah untuk mendidik.

Namun, jika sehingga berada pada tahap seperti ini, mampu kah lagi kami untuk membahayakan diri masing-masing dan membiarkan sahaja perlakuan tidak betul tersebut berlaku depan mata??.

Kalau orang lain, mungkin.

Tapi, ini jiwa pendidik!

Moga golongan pendidik terus diberi kekuatan untuk mengharungi cabaran dan terus bersemangat memikul tanggungjawab berat ini demi agama, bangsa dan negara.


Khamis, 22 Mei 2014

APC : Anugerah Paling Controversy!

APC atau Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sememangnya menjadi idaman semua guru-guru yang bertungkus lumus menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Ini dikira macam satu pengiktirafan pihak pentadbir terhadap kesungguhan dan ketekunan kita bekerja. Tetapi, kadangkala, dalam sesetengah keadaan banyak perkara yang berlaku akan menyebabkan timbul rasa tak puas hati. Jadi pada ketika ini, APC dah jadi Anugerah Paling Controversy!
 



Kenapa Boleh Jadi Controversy?
1. Pilih Bulu / Anak Emas
Apabila ada pentadbir yang memilih bulu atau ada anak emas kesayangan, maka ketika ini lah APC jadi controversy. Budaya pilih bulu atau anak emas nih tak kisah lah sama ada kerana cikgu tu benar-benar rajin dan suka menolong, atau pun kerana cikgu tu benar-benar rajin membodek dan mengipas. Sesiapa pun pasti tak berkenan dengan mereka-mereka yang suka membodek para pentadbir.

2. Masih Junior
Kadang-kadang, ada sesetengah guru yang baru setahun dua posting, dapat APC lebih awal daripada abang-abang dan kakak-kakak yang posting berpuluh tahun. Maka di sini dah tentulah akan ada yang tak puas hati. Lagi-lagi pula faktor pemilihan lain yang diambil kira (jika ada), tidak dinyatakan dengan jelas oleh pihak pentadbir. Confirm senior hangen satu badan!

3. Tarik Balik Kerana Buat Hal
Ada juga kes yang APC ditarik semula kerana guru buat hal pada tahun semasa. Lagi-lagi semasa awal tahun sebelum keluar keputusan APC. Sedangkan pemberian APC adalah bergantung kepada prestasi pada tahun sebelumnya. Akibat daripada satu kesilapan kecil, maka pentadbir menggunakan APC sebagai hukuman kepada guru terbabit. 



Bagaimana Sebenarnya Faktor Pemilihan APC?
Bagi menjelaskan lagi tentang perkara ini, cikgu-cikgu boleh rujuk Garis Panduan Pemilihan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Pelajaran Malaysia, bertarikh 8 November 2010 ini.

Dalam surat ini dinyatakan dengan jelas kriteria dan garis panduan yang boleh digunapakai oleh pentadbir sekolah dalam memilih guru-guru dan kakitangan sekolah yang layak untuk diberikan APC.

Kriteria Umum
a. merupakan anggota perkhidmatan awam
b. berkhidmat genap tempoh setahun
c. memberi sumbangan kepada pelbagai tahap
d. markah LNPT 85% ke atas

Kriteria Tambahan
a. bebas tindakan disiplin
b. rekod kehadiran bertugas yang bersih
c. tidak pernah menerima APC 3 tahun kebelakangan
d. pencapaian dalam pdp
e. pencapaian aktiviti ko-kurikulum
f. bebas teguran audit
g. kuota bangsa, gender dan lokasi bekerja
h. kuota perkhidmatan, gred, skim, jawatan

Bilangan Penerima APC adalah tidak boleh melebihi 8% daripada jumlah anggota yang berkhidmat sehingga 31 Disember pada tahun penilaian. 

Dan jika pada tahun tersebut tidak ada yang layak untuk diberikan APC, maka agensi tidak perlu melaksanakan APC tersebut.



Jadi, Apa Yang Saya Perlu Buat Jika Belum Dapat APC?
1. Mulalah Bekerja
Bagi mereka-mereka di luar sana, yang inginkan APC, tetapi malas bekerja, maka mula lah untuk lebih rajin bekerja dengan ikhlas. Tak ada orang nak bagi anda pengiktirafan dengan secara percuma. Memang akan sampai juga giliran anda untuk menerima APC, jika pengetua anda berikan berdasarkan kepada senioriti, tetapi tentu lah lebih lewat berbanding rakan lain yang lebih muda daripada anda dalam perkhidmatan. Bukanlah satu keperluan untuk dianugerahkan APC, tetapi sebagai pengiktirafan kepada usaha dan kerja anda. Tentu lebih bersemangat untuk bekerja selepas itu kan?.

2. Teruskan Kerajinan Anda
Jika anda termasuk dalam kategori cikgu yang rajin dan pulun bekerja tetapi masih belum diberikan APC, maka bersabarlah wahai cikgu. Teruskan usaha keras anda, betulkan niat dan kuatkan semangat. Anggap itu belum rezeki anda. Mungkin ada mereka lain lagi yang lebih layak berbanding kita. Yakin bahawa suatu hari nanti akan ada juga masa anda untuk diiktiraf sedemikian rupa. Teruskan bekerja!

3. Berdepan Dengan Pentadbir
Bagi mereka yang berjiwa kental dan 'berani mati', langkah bersemuka dengan pentadbir mungkin antara jalan yang terbaik. Tetapi bersemuka secara baik, iaitu dengan bertanyakan apa lagi kekurangan pada mutu kerja anda. Melalui perbincangan ini, anda akan mendapat maklumbalas yang sebelum ini hanya diketahui oleh barisan pentadbir mengenai diri anda. Cuba perbaiki, inshaAllah boleh mendatangkan hasil pada masa akan datang. Sekurang-kurangnya, itu juga boleh beri satu 'wake up call' untuk barisan pentadbir betapa bersemangat nya anda dalam menjalankan tugas.


Walau apa pun keputusannya, maka sebaiknya redha saja dengan apa yang berlaku. Jika ada rezeki kita, maka tak ke mana. Kalau tak ada pun, inshaAllah ada rezeki lain yang bakal menyusul tiba. 

Betulkan niat, teruskan bekerja, inshaAllah pasti ada kejayaan!


Isnin, 19 Mei 2014

Bagaimana Sambutan Hari Guru Saya Tahun Ini?


Sambutan Hari Guru peringkat sekolah saya telah diadakan pada 16 Mei 2014. Terlepas lagi untuk tahun ini. Untuk kedua kalinya. Tahun lepas pun sama. Tak ingat lak pasal apa, tapi untuk tahun ini sebab sofbol.
 
Sekalipun tiada di sekolah, namun tugasan untuk menyiapkan Video Filem Pendek Sempena Hari Guru telah dijalankan dengan jayanya. Dah tonton? Kalau belum, silalah klik untuk tengok kat SINI.

 
Jadi apa yang saya buat masa sambutan Hari Guru nih? 

Hari ini seharian saya di padang, bersama pemain-pemain sofbol Sibu untuk perlawanan akhir kategori 18L. First time dapat masuk final. Tapi, kalah dengan Miri, jadi dapat Naib Johan. Pencapaian terbaik sepanjang 8 tahun memeriahkan sofbol di bumi Sarawak ini. Masih banyak lagi benda yang kena belajar.


4 orang pemain Sibu terpilih mewakili Sarawak ke MSSM di Penang nanti. 3 daripadanya adalah pemain dari sekolah saya, Pressly Palong, Petrus Manjan dan Marvine Rayong. Seorang lagi adalah Muhamad Hamizan dari SIbu Jaya. Tahniah untuk mereka. Saya pun tumpang gembira. Kita jumpa kat Penang nanti yer!

Dalam pada itu, sempat juga berjumpa dengan bekas anak murid yang kini melanjutkan pelajaran di MRSM Mukah, Nicholas Sandar dan Franke Jabang. Franke Jabang nih memang saya baik sejak dari dia di Tingkatan 1 hinggalah ke Tingkatan 3 di sekolah saya. Kemudian dapat keputusan baik dalam PMR, maka berpindah ke MRSM Mukah.
 
 
Nicholas Sandar nih plak, saya sempat berbaik untuk lebih kurang 2 bulan saja. Masa dia di Tingkatan 1. Masa tu baik, sebab dia sangat peramah, budak pandai dan suka ikut saya melatih budak olahraga time tu. Maklumlah, budak Tingkatan 1. Tiba-tiba dalam bulan Mac, dapat tawaran ke MRSM Mukah. Maka pergi lah dia..

Yang bagusnya mereka nih sebab masih ingat lagi mereka dengan cikgu mereka nih. Siap ada ucapan Hari Guru.. Hu3..

Habis di Padang MRSM Mukah, bawak pemain bermain air di tepian pantai tapak Pesta Kaul. Sempat jugak try permainan tradisional masyarakat Melanau, yang dikenali sebagai 'Tibou'. Sori.. Cikgu dia pun tumpang excited! Sebelum nih jeling dari jauh je.. ;)



Akhir sekali balik ke hotel. Bersiap untuk keluar makan malam. Jamuan meraikan kemenangan sket untuk pasukan Sibu.

Sekian laporan saya di Hari Guru 2014...

p/s: Kulit dah 'tanned' habis, Hidung dah mula berair, Tekak rasa macam ada beruang tengah garu dan suhu badan rasa macam dah mula nak meningkat.. Sampai ja Sibu, terus demam! Bestnya sambutan Hari Guru ku ini.. ;)
 
 

Ahad, 18 Mei 2014

Kejohanan Sofbol MSS Sarawak 2014

Sekali lagi saya berpanasan di padang untuk sofbol pada tahun ini. Kali ini untuk Kejohanan Sofbol MSS Sarawak 2014 (Peringkat Negeri) yang berlangsung di Daerah Mukah, bermula daripada 14-16 Mei. Sepanjang penyertaan saya dalam dunia sofbol di Sarawak, ini kali kedua Mukah jadi tuan rumah. Kali pertama adalah pada tahun 2012, di mana Sibu muncul tempat Ketiga.

Pasukan Sibu seperti biasa, dibarisi oleh pemain dari SMK Luar Bandar No.1 Sibu, SMK Bukit Lima dan SMK Sibu Jaya. Disebabkan prestasi yang tidak membanggakan pada tahun lepas, maka hanya 1 pasukan sahaja boleh dibawa bertanding. Maka kami pilih pasukan L18, berbanding P18. Banyak faktor dipertimbangkan termasuk ketiadaan guru pengiring perempuan dan urusan menjaga pemain.


Disebabkan jadual yang tidak menentu dan beberapa kali pindaan, maka tempoh untuk latihan pusat hanya lah untuk 3 4 hari sahaja. Terpaksa masa sesingkat itu digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyesuaikan sesama pemain, membaiki dan menambahbaik kemahiran pemain dan juga merancang beberapa taktikal dan strategi. Walaubagaimanapun, semuanya berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang masalah.

Maka pada hari Selasa (Cuti Wesak) kami bertolak ke Mukah. Oleh sebab jarak Sibu ke Mukah tidak lah terlalu jauh, maka perjalanan bermula pada jam 2 petang. Sampai di Mukah pada jam 4.30 petang. Terus menginap di Hotel Sarina yang agak berdekatan dengan tempat venue, SMK Mukah.

Selesai semua barang dipunggah dari van dan kereta, maka kami bergerak ke padang bagi membolehkan pelajar membuang sket rasa gementar semasa pertandingan nanti. 

Sebelah malam pula diadakan sesi penentuan kumpulan dan jadual bagi semua pasukan yang hadir yang dipengerusikan oleh Cikgu Mah-Mhad Zul Kennedy dari SMK Pending, Kuching selaku Pengerusi Teknik Sofbol Sarawak.

Wakil daripada pasukan Sibu, dihadiri oleh Cikgu Achmaed Ckhalifh, Cikgu Jerry Morris Unong dan saya sendiri.

Bagi kategori L18, Sibu dijadualkan dalam Kumpulan B bersama pasukan Naib Johan tahun lepas, Kuching dan pasukan baru mencuba nasib iaitu Bintulu. Manakala Kumpulan A pula terdiri dari Johan tahun lepas, Miri, pasukan Betong dan Mukah.


Hari 1
Perlawanan pertama kami adalah menentang pasukan baru Bintulu. Sekalipun pasukan dari Bintulu ini (dari SMK Baru Bintulu) baru menyertai semula MSS Sarawak sejak sekian lama, namun kami tetap memberi perhatian yang penuh dalam mempersiapkan pasukan Sibu. Jangan sesekali pandang rendah dengan pasukan lawan! Itu yang saya selalu pesan kepada semua pemain.



Segalanya berjalan seperti yang dirancangkan. Pasukan Sibu berjaya mengalahkan pasukan Bintulu dengan skor, 6-3.


Beberapa kelemahan yang kelihatan dengan jelas pada pasukan Sibu cuba diperbaiki bagi menghadapi satu lagi perlawanan genting pada hari esok, iaitu menentang pasukan Kuching.


Hari 2
Perlawanan hari kedua diteruskan pada sesi pagi menentang pasukan Kuching. Pasukan Kuching merupakan Naib Johan peringkat negeri pada tahun lepas. Dah tentu lah lebih besar cabaran yang terpaksa pemain-pemain ini galas.






Saingan berakhir dengan skor 5-3, buat kesekian kalinya Kuching mengalahkan Sibu. Memang tak ada luck langsung. Mungkin jugak budak dah awal-awal dah 'kalah bulu' setiap kali berdepan dengan Kuching.

Dengan berakhirnya perlawanan Sibu-Kuching juga telah melayakkan kedua-dua pasukan untuk mara ke pusing separuh akhir, menentang jagoan dari Kumpulan A iaitu Betong dan Miri.

Perlawanan pada petang diteruskan dengan pertandingan Separuh Akhir yang pertama iaitu, antara Sibu menentang Betong. Sekalipun pada mulanya pemain sedikit gementar apabila berdepan dengan juara kumpulan A, namun sikap rileks dan bersahaja mereka berjaya memberi hasil terbaik.



Disebabkan tidak meletakkan harapan yang tinggi, tiba-tiba pulak pemain Sibu dapat bermain dengan bagus. Fielding dapat dikawal dengan kemas, sehingga akhirnya berjaya menang kepada Betong dengan skor 14-6. Sesuatu yang memang tak dijangka!

Sekaligus kegembiraan ini juga bermakna pasukan Sibu melayakkan diri ke pusingan Akhir buat pertama kalinya sejak tempoh 8 tahun sofbol diperkenalkan di Sibu!


Sebelah malamnya pula, kesemua pengurus dan jurulatih daripada setiap Bahagian dijemput bagi membincangkan pemilihan pemain yang akan mewakili Sarawak ke Kejohanan Sofbol MSSM di Pulau Pinang pada cuti sekolah nanti.

Perbincangan dilakukan dengan baik dan penuh toleransi oleh semua pengurus dan jurulatih demi memikirkan atas semangat kesukanan sofbol yang tinggi.


Hari 3
Hari penentuan bagi perlawanan akhir Sibu menentang pasukan Miri. Pasukan Miri merupakan Johan pada tahun lepas, dan pasti akan cuba mengulanginya lagi pada tahun ini. 


Sementara itu, pasukan Kuching berjaya mengalahkan pasukan Betong pada perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4 pada sebelah paginya.


Manakala perlawanan akhir adalah pada sebelah petang. Venue perlawanan juga ditukar ke Padang MRSM Mukah, bersekali dengan acara penutupan yang berlangsung di tempat yang sama.

Perlawanan akhir bermula lebih awal, namun kemudiannya dihentikan bagi Acara Perasmian oleh PPD Mukah. Kemudian perlawanan disambung kembali.

Ternyata pasukan Sibu bukanlah lawan bagi pasukan Miri yang jauh lebih berpengalaman dan mempunyai taktikal yang lebih banyak. Pasukan Sibu hanya sekadar mampu memberi saingan, tetapi untuk mengalahkan masih banyak yang perlu dipelajari.








Namun, itu satu pengalaman yang baik untuk kami, pasukan SIbu. InshaAllah di masa akan datang, akan diperkemaskan lagi jentera pasukan sofbol Sibu, supaya dapat bersaing dengan pasukan utama lain.



Walaupun kalah di peringkat akhir, namun saya tetap berpuas hati dengan pencapaian pemain sofbol Sibu pada tahun ini. Ini kali pertama kami ke Final, dan juga merupakan pencapaian terbaik setakat sekarang. Berikan Sibu sedikit lagi masa, untuk kami teruskan persaingan kami ini... Selepas itu, he3...

Di sebalik semua cerita sofbol sepanjang 3 hari di Mukah, ternyata semangat kesukanan itu lebih jauh mengatasi segalanya. Semangat juang pemain dan juga kesungguhan mereka patut lah kita raikan dengan sewajarnya.

Malah saya juga mengambil peluang ketika kejohanan sebegini untuk mengukuhkan hubungan antara rakan-rakan jurulatih dan guru-guru dari hampir semua Bahagian Sarawak yang aktif dengan sukan sofbol. Bukan selalu berpeluang untuk berjumpa dengan mereka.


Peluang ini juga saya ambil ucapkan sekalung tahniah kepada pasukan Sibu atas kejayaan yang kita raih pada tahun ini. INshaAllah kita cuba lebih 'ganas' lagi tahun depan!


p/s: Suka dengan beberapa player sofbol dari Bahagian lain yang tak sombong nak datang menegur sapa dengan cikgu-cikgu dari Sibu nih.. Tak dilupa, player dari SMT Sejingkat Kuching yang sempat jadik umpire masa mereka main di Sibu bulan April lalu. Terbaik aih!