.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Isnin, 31 Mac 2014

Pembiakan Vegetatif Dalam Tumbuhan Berbunga

Biasanya, tumbuhan berbunga membiak secara seks dengan menghasilkan biji benih. Sebagai contohnya, bunga matahari yang membiak dengan menggunakan biji benih. Namun, ada juga tumbuhan berbunga yang membiak secara aseks, iaitu dengan menggunakan bahagian tumbuhan itu sendiri. Sebagai contohnya, tebu membiak menggunakan batang, dan lobak merah membiak menggunakan akar. Pembiakan yang sebegini dinamakan PEMBIAKAN VEGETATIF.

Bahagian vegetatif yang boleh digunakan untuk membiak adalah seperti :

1) Akar
keledek, lobak merah

Pembiakan Vegetatif akar



2) Batang (tuber/rizom)
kentang, halia 

Pembiakan Vegetatif batang tuber rizom


3) Batang (batang rayap)
kiambang, rumput karpet

Pembiakan Vegetatif batang rayap


4) Batang (bebawang)
bawang, pokok lili

Pembiakan Vegetatif batang bebawang


5) Daun
pokok setawar, begonia

Pembiakan Vegetatif daun


Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Maghribi) Sesi Kemasukan 2014/2015

PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (MESIR, JORDAN DAN MAGHRIBI) BAGI SESI KEMASUKAN 2014/2015

Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Maghribi) Sesi Kemasukan 2014/2015
31 March 2014

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa, bermula sesi 2014/2015, pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Maghribi) perlu membuat permohonan secara atas talian di http://app.moe.gov.my/timurtengah/logMasuk.php.
  1. Permohonan atas talian akan dibuka pada 01 April 2014 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 16 Mei 2014 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari. Manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi selewat-lewatnya 30 Mei 2014 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.
  1. Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Maghribi bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  sahaja. Oleh itu, semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen dihantar ke KPM. KPM tidak melantik mana-mana ejen penempatan pelajar bagi menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah.
  1. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah dirujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6611/6627.
 
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya

Ahad, 30 Mac 2014

Percambahan Biji Benih

Seperti yang telah kita ketahui sebelum ini, biji benih adalah berasal daripada ovul yang disenyawakan. Dalam biji benih, terdapat embrio yang berkembang. Selain itu, biji benih mengandungi simpanan makanan bagi embrio yang dilitupi oleh lapisan keras yang dipanggil TESTA (kulit biji benih).

Makanan disimpan dalam KOTILEDON. Bagi sesetengah tumbuhan ada yang mempunyai 1 kotiledon, seperti jagung. Namun ada juga yang mempunyai 2 kotiledon seperti biji kacang hijau. Boleh rujuk nota bagi perbezaan antara tumbuhan monokotiledon dan dikotiledon.


Biji benih monokotiledon dan dikotiledon

Bahagian yang berbeza pada biji benih, dan ada fungsi yang tersendiri

Kulit Biji
1) Testa - melindungi biji benih
2) Hilum - tempat biji benih melekat pada buah
3) Mikropil - bukaan yang membenarkan air dan udara masuk

Embrio
1) Plumul - bahagian embrio yang membesar menjadi pucuk
2) Radikel - bahagian embrio yang membesar menjadi akar
3) Kotiledon - menyimpan dan membekalkan makanan untuk biji benih


Apabila biji benih bercambah, embrio akan mengeluarkan akar baharu yang dikenali sebagai RADIKEL. Kemudiannya mengeluarkan pucuk baharu yang dikenali sebagai PLUMUL. Kotiledon pula akan semakin mengecil kerana sumber makanan diambil dari sana. Anak pokok mula menghasilkan makanan sendiri apabila daun baharu mulai tumbuh. 


Perubahan fizikal anak benih semasa percambahan

Biji benih akan bercambah jika mempunyai keadaan yang sesuai, iaitu mempunyai air, udara dan suhu yang sesuai. Boleh tengok video di bawah bagi menguji keadaan tersebut, sama ada diperlukan atau tidak di dalam proses percambahan biji benih.





Boleh juga baca artikel mengenai Eksperimen Mengkaji Keadaan-keadaan Yang Diperlukan Bagi Percambahan Biji Benih bagi menambah kefahaman anda.

Oh ya! Biji benih TIDAK MEMERLUKAN cahaya untuk bercambah!

Sabtu, 29 Mac 2014

Perkembangan Buah dan Biji Benih Pada Tumbuhan

Tahukah anda bahawa buah adalah terhasil daripada bunga pada tumbuhan? YA. Proses pendebungaan (percantuman gamet jantan dan gamet betina) akan menghasilkan buah. Jom kita lihat bagaimana perkembangan dari sekuntum bunga menjadi sebiji buah.

Kita mulakan dengan gamet jantan yang terkandung dalam butir debunga.

Apabila ada sebutir debunga mendarat atas stigma, butir debunga itu akan mula mengeluarkan satu tiub debunga (macam akar). Manakala nukleus yang berada dalam butir debunga akan membahagi kepada 2 gamet jantan.

Perkembangan Buah dan Biji Benih Pada Tumbuhan

Tiub debunga tadi akan tumbuh dan memanjang melalui stil, sehinggalah ke mikropil ovul yang mengandungi gamet betina.

Maka disitulah akan berlakunya percantuman gamet jantan dan gamet betina yang dinamakan proses PERSENYAWAAN.

Hasil daripada persenyawaan tadi, OVARI AKAN JADI BUAH dan OVUL AKAN JADI BIJI BENIH.

OVARI AKAN MENJADI BUAH dan OVUL AKAN MENJADI BIJI BENIH.

Dalam bahasa yang lebih mudah nak faham :

1) Butir debunga mendarat atas stigma
2) Butir debunga keluarkan tiub debunga
3) Tiub debunga memanjang sehingga ke mikropil
4) Gamet jantan bertemu gamet betina
5) Persenyawaan berlaku
6) Ovari jadi buah
7) Ovul jadi biji benih
Senang kan?

Perlu diingat, bahawa HANYA SATU BUTIR DEBUNGA sahaja yang akan berjaya sampai ke nukleus ovum untuk disenyawakan.


Klinik Sofbol Manuel Bacarisas di Sibu

Selesai berpanasan di padang kerana Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 dan Kejohanan Sofbol KAT 2014 Peringkat Negeri Sarawak, ada satu lagi program sofbol yang berlangsung, iaitu Klinik Sofbol. Ini merupakan klinik sofbol yang pertama diadakan di Sibu sejak sekian lama. Atas usaha Cikgu Joshua Tingom (KV Sibu) dan juga Cikgu Syahmi Tan (KV Miri) maka berjaya jugaklah warga sofbol Sibu merasa pengalaman berharga ini.

Klinik Sofbol Jurulatih SUKMA Sarawak di Sibu

Sememangnya sudah terdapat semakin ramai pemain sofbol di daerah Sibu ini. Kehadiran bekas pemain sejak 2 / 3 tahun kebelakangan ini dalam hampir setiap kejohanan peringkat sekolah yang dianjurkan, memberi petanda baik dalam perkembangan sofbol di Sibu. Saya juga berharap suatu hari nanti, satu pasukan Sibu akan berjaya dibentuk atas kerjasama semua bekas pemain.

Bagi klinik sofbol ini, Coach Manuel Bacarisas telah dijemput sebagai penceramah. Beliau merupakan jurulatih sofbol pasukan SUKMA Sarawak yang beroperasi dari Miri. Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Coach Onee, merupakan bekas pemain sofbol pasukan kebangsaan Filipina. 

Klinik Sofbol Jurulatih SUKMA Sarawak di Sibu

Beliau juga bergiat aktif dalam memberi tunjuk ajar kepada pasukan-pasukan sofbol yang aktif bermain di daerah Miri. Kebetulan beliau juga baru pulang daripada Klinik Sofbol di Bintulu yang memakan masa sehingga 1 minggu.

Klinik sofbol di Sibu bermula pada pukul 2.30. Ramai juga pemain dan bekas pemain yang hadir, hampir seramai 20 orang. Ditambah lagi dengan kehadiran beberapa orang guru pembimbing dari sekolah lain sekitar Sibu dan juga guru-guru dari Kolej Vokasional daerah Kuching. Malah ada guru dari daerah Betong yang sanggup datang dari jauh bagi mengikuti klinik ini. Tahniah atas usaha anda!

Klinik Sofbol Jurulatih SUKMA Sarawak di Sibu

Dalam klinik tersebut, ada 2 kemahiran asas yang dikongsi oleh Coach Manuel Bacarisas, iaitu kemahiran pitching dan kemahiran hitting / batting. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, dengan slanga Filipina. Tahniah atas usaha beliau untuk mempelajari Bahasa Malaysia, sekalipun baru setahun 2 berada di Malaysia.

Jom kita tonton video tersebut kat bawah ini.







Kami guru-guru juga tidak melepaskan peluang mencuba sendiri teknik yang diajar. Ini bagi membolehkan teknik kami dibetulkan oleh Coach Manuel Bacarisas, dan dapat pula diajarkan kepada anak murid kami masing-masing. Mula-mula melucukan. Tapi lama-lama, makin bersemangat pulak.

Klinik Sofbol Jurulatih SUKMA Sarawak di Sibu

Yang bagusnya mengenai Coach Manuel Bacarisas ini adalah kerana beliau memberi peluang kepada semua pemain untuk mencuba teknik yang diajarkan. Jadi, setiap kesalahan pelajar dibetulkan serta merta, sebelum balik dan praktis di rumah. Cuma semasa mencuba teknik hitting / batting, kekangan masa menyebabkan ada sebahagian kecil pemain yang tak dapat peluang untuk mencuba.

Klinik Sofbol Jurulatih SUKMA Sarawak di Sibu

Klinik Sofbol Jurulatih SUKMA Sarawak di Sibu

Klinik Sofbol Jurulatih SUKMA Sarawak di Sibu

Klinik Sofbol Jurulatih SUKMA Sarawak di Sibu

Maklumbalas daripada para pemain juga agak positif. Teknik yang diajarkan agak mudah difahami dan senang untuk dipraktikkan.

Saya berharap dengan adanya klinik ini, akan memberi peluang kepada pemain Sibu untuk terus bergiat aktif dengan sofbol. Juga berharap klinik seumpama ini diadakan lagi pada masa akan datang bagi membantu pasukan Sibu memperbaiki mutu permainan ke peringkat yang lebih tinggi.

Klinik Sofbol Jurulatih SUKMA Sarawak di Sibu

Akhir sekali, terima kasih banyak kepada Coach Manuel Bacarisas dan semua yang telah menjayakan klinik sofbol ini!

Jumaat, 28 Mac 2014

8 Penyakit Jangkitan Seksual STD

Gonorrhea dan siflis (syphilis) merupakan antara penyakit jangkitan secara seksual (STD Sexual Transmitted Disease) yang paling berbahaya. Selain daripada 2 penyakit ini, ada banyak lagi penyakit berjangkit yang dikaitankan dengan sentuhan seksual, seperti chlamydia, herpes, HIV, HPV, Hepatitis B dan Scabies.


Gonorrhea
Gonorrhea adalah disebabkan oleh bakteria (Neisseria gonorrhoeae)  yang hidup di membran berlendir yang lembap dalam urethra, faraj, rektum, mulut dan mata. Jangkitan boleh merebak melalui sentuhan pada zakar, faraj, mulut dan anus. 

Gonorrhea

Simptom gonorrhea akan mula muncul selepas 2 hingga 5 hari selepas berlaku sentuhan. Namun ada juga yang mengambil masa sehingga 1 bulan. Antara simptom nya adalah rasa sakit ketika kencing, kerap kencing, bengkak pada zakar, sakit ketika melakukan hubungan seks dan demam jika jangkitan merebak sehingga ke tiub fallopio. 

Dalam kebanyakkan kes, gonorrhea boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik.
Sumber


Siflis (syphilis)
Siflis juga diakibatkan oleh bakteria (Treponema pallidum). Dalam sesetengah keadaan, siflis perlu dirawat dengan rapi dan berterusan kerana ianya boleh mengakibatkan kesan jangka masa panjang dan akhirnya kematian. 

Siflis (syphilis)

Simptom siflis adalah berbeza-beza bergantung kepada tahap kritikalnya. Peringkat pertama, kemunculan bengkak-bengkak. Siflis peringkat kedua ruam yang semakin kerapa pada tapak tangan dan tapak kaki. Siflis peringkat ketiga lebih kritikal dengan gangguan pada neurologi dan sistem kardiak. Siflis peringkat empat atau akhir boleh menyebabkan kematian.

Siflis dapat dirawat dengan menggunakan antibiotik.
Sumber


Chlamydia
Chlamydia diakibatkan oleh bakteria Chlamydia trachomatis . Jangkitan chlamydia adalah penyebab utama kepada penyakit berkaitan dengan mata dan alat kemaluan. Dianggarkan 1 juta individu di Amerika Syarikat dijangkiti chlamydia. 


chlamydia

Simptom bagi chlamydia adalah keluaran cairan putih daripada kemaluan, dan sakit ketika kencing. Jika dibiarkan berterusan, penyakit ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius pada sistem pembiakan. Chlamydia pada mata boleh mengakibatkan buta.


Seperti gonorrhea dan siflis, chlamydia dapat dirawat dengan antibiotik.
Sumber


Herpes
Herpes adalah penyakit yang diakibatkan oleh virus Herpes simplex virus type 1 (HSV-1) dan type 2 (HSV-2). 

Herpes

Simptom yang jelas kelihatan adalah jangkitan ulser pada mulut atau muka yang dikenali sebagai Herpes Oral. Simptom akan mula kelihatan sehingga hampir 3 minggu. Semasa jangkitan virus diangkut sepanjang saraf deria ke sel badan. 

Rawatan kepada penyakit ini belum dimajukan. Sekali anda dijangkit, bermakna virus tersebut akan selamanya berada dalam badan anda. 
Sumber
 

HIV / AIDS
HIV (human immunodeficiency virus) adalah virus yang menyebabkan penyakit AIDS (acquired immunodeficiency syndrom). Dianggarkan sejak penemuannya, AIDS telah mengakibatkan kematian sehingga 36 juta di seluruh dunia sehingga tahun 2012.

HIV / AIDS

Simptom awal bermula dengan demam berpanjangan. Sakit yang berterusan ini mendedahkan pesakit kepada penyakit lain disebabkan oleh kurangnya sistem imunisasi. Kesannya, jika tanpa rawatan rapi, boleh mengakibatkan kematian.

Sehingga kini, tiada tiada penawar atau vaksin yang boleh merawat AIDS. Tetapi rawatan antiretroviral boleh memperlahankan kesan penyakit.
Sumber
 

HPV
HPV berasal daripada sejenis virus (human papillomavirus). Seperti virus papillomavirus yang lain, HPV menjangkiti keratin pada kulit atau membran bermukus.

hpv

Antara simptom HPV adalah tumbuh ketuat pada kemaluan. Jangkitan yang berterusan akan membawakan kepada penyakit kanser.

HPV boleh dirawat dengan menggunakan vaksin HPV, iaitu Cervarix dan Gardasil.
Sumber


Hepatitis B
Hepatitis B adalah jangkitan penyakit pada hati yang disebabkan oleh virus Hepatitis B. Dikatakan bahawa 1 per 3 penduduk dunia, telah dijangkiti penyakit ini pada satu ketika dalam hidup mereka.

hepatitis b

Simptom penyakit ini adalah radang hati, muntah-muntah, jaundis dan akhirnya boleh membawa maut. Jangkitan yang kronik juga boleh menyebabkan cirrhosis dan kanser hati.

Rawatan adalah dengan menggunakan vaksinasi. Virus hepatitis B ini lebih berjangkit 50 - 100 kali ganda berbanding HIV.
Sumber


Scabies

Penyakit scabies adalah diakibatkan oleh jangkitan pada kulit oleh kutu Sarcoptes scabiei. Kutu ini kecil dan tidak mudah dilihat dan akan bertindak sebagai parasit yang menyebabkan kegatalan. 

Scabies

Scabies dikelaskan sebagai penyakit yang berkaitan dengan air, tetapi boleh dipindahkan melalui sentuhan kulit. Simptom scabies adalah kegatalan yang melampau, ruam dan kulit berkerak.

Tiada vaksin bagi penyakit ini, tetapi penjagaan kesihatan yang baik adalah perlu. Rawatan boleh juga menggunakan permethrin dan ivermectin.
Sumber


Rabu, 26 Mac 2014

Agen Pendebungaan

Agen pendebungaan adalah apa-apa bahan yang boleh menyebabkan berlakunya pendebungaan kepada sesuatu tumbuhan itu. Ada banyak agen pendebungaan, tetapi yang paling utama adalah serangga dan angin. Agen pendebungaan yang lain adalah kelawar, burung dan air.

Agen Pendebungaan dan Jenis Pendebungaan


Terdapat perbezaan yang jelas bagi bunga yang didebungakan oleh serangga dan juga bunga yang didebungakan oleh angin.


Agen pendebungaan serangga

Serangga
1. Bunga besar / gugusan bunga kecil yang padat
2. Ranggi berwarna terang dan berbau
3. Anter pada kedudukan yang mudah bersentuh dengan serangga
4. Stigma pada kedudukan mudah bersentuh dengan serangga, melekit, berbentuk rata atau bercuping
5. Butir debunga sedikit. Butir debunga kasar atau melekit supaya mudah melekat pada serangga


Agen pendebungaan angin

Angin
1. Bunga kecil
2. Ranggi berwarna putih, hijau atau pudar serta tidak berbau
3. Anter tergantung longgar pada filamen halus, panjang dan bergoyang ditiup angin
4. Stigma panjang, bercabang dan berbulu untuk menambahkan luas permukaan bagi memerangkap butir debunga yang ditiup angin
5. Butir debunganya banyak, kecil dan ringan supaya mudah dibawa angin



Boleh lihat perbezaan pada bunga yang didebungakan oleh serangga dan bunga yang didebungakan oleh angin melalui jadual di bawah.


perbezaan pada bunga yang didebungakan oleh serangga dan bunga yang didebungakan oleh angin

Semoga bermanfaat!

Pendebungaan

Pendebungaan ialah satu proses pemindahan butir debunga daripada anter ke stigma. Terdapat 2 jenis pendebungaan, iaitu pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk. Bagi berlakunya pendebungaan, ada agen pendebungaan yang memainkan peranan. Yang paling utama adalah serangga dan angin. Agen pendebungaan yang lain adalah burung, kelawar dan air. 

Pendebungaan

Jenis Pendebungaan dan Agen Pendebungaan


Pendebungaan Sendiri
Pendebungaan sendiri adalah pendebungaan yang berlaku pada bunga yang sama, atau pada bunga yang berbeza tapi dari pokok yang sama.

Pendebungaan Sendiri

Pendebungaan Kacuk
Pendebungaan kacuk ialah proses pendebungaan yang berlaku pada bunga daripada pokok yang berbeza, namun masih daripada spesies yang sama.


Pendebungaan Kacuk


Kelebihan Pendebungaan Kacuk
1. Percampuran baka yang menghasilkan kepelbagaian baru yang mempunyai ciri yang lebih baik daripada kedua-dua pokok induk
2. Memberi hasil tanaman yang bermutu tinggi, misalnya buah yang lebih besar dan lebih manis

3. Mempunyai rintangan terhadap serangan daripada serangga dan penyakit serta lebih tahan terhadap perubahan keadaan persekitaran



Sistem Pembiakan Seks Tumbuhan Berbunga

Tumbuhan berbunga membiak secara seks. Bunga sebenarnya adalah merupakan struktur pembiakan bagi tumbuhan yang berbunga. Pada bunga, ada organ pembiakan yang boleh menghasilkan gamet jantan dan gamet betina. 

Gamet jantan boleh dijumpai dalam butir debunga yang dihasilkan dalam struktur bernama anter. Manakala gamet betina pula ialah ovum yang terdapat di dalam struktur yang bernama ovul.

Sistem Pembiakan Seks Tumbuhan Berbunga

Berikut adalah penerangan kepada bahagian yang terdapat pada bunga


a) Sepal 
Melindungi bunga semasa dalam peringkat kudup (belum berkembang)

b) Ranggi
Mempunyai nektar bergula di dasarnya. Biasanya ranggi berwarna dan berbau

c) Stamen
Stamen ialah bahagian jantan bunga, yang terdiri daripada anter dan filamen.

d) Pistil
Pistil ialah bahagian betina bunga, yang terdiri daripada stigma, stil dan ovari.


Selasa, 25 Mac 2014

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

KAT atau pun Kejohanan Antara Teknik merupakan antara kejohanan yang dinantikan oleh Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik. Ini kerana kejohanan yang menggabungkan beberapa jenis sukan dan permainan serta aktiviti seperti debat dan nyanyian. Bagi yang memenangi pada peringkat negeri, akan terus membawa saingan ke peringkat kebangsaan.

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Pada tahun ini, Kolej Vokasional Sibu (KV Sibu) telah menjadi tuan rumah kepada KAT Peringkat Sarawak. Ada 7 acara yang dipertandingkan, termasuklah sukan sofbol. Maka Cikgu Joshua Tingom pun secara tak langsung telah melibatkan kami, guru-guru penggiat sukan sofbol di Sibu sebagai umpire (pengadil). Tidak lah beberapa sangat ilmu di dada untuk menjadi umpire, tapi sanggup menerima kerana nak bantu Cikgu Joshua.
 
Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014


KAT untuk sofbol di Sibu ini disertai oleh 6 buah KV dan Sekolah Teknik seluruh Sarawak. KV Sejingkat, KV Matang, KV Betong, KV Sibu, KV Bintulu dan KV Miri. Yang dipertandingakan hanya lah bagi kategori perempuan sahaja. Buat pengetahuan, KV Miri yang mewakili Sarawak pada tahun lepas merupakan Johan bagi KAT Peringkat Kebangsaan 2013.

Pertandingan dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Johan bagi setiap kumpulan, akan terus ke Final. Manakala pasukan yang menjadi naib johan kumpulan akan ke pusingan penentuan tempat ke-3 dan ke-4.

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Seperti dijangka, KV Miri muncul Johan bagi kumpulan A, manakala KV Sejingkat muncul Johan bagi Kumpulan B. KV Matang pula naib johan kumpulan A dan KV Sibu naib johan kumpulan B.

Pertandingan penentuan tempat ke-3 dan ke-4 menyaksikan KV Matang telah berjaya mengalahkan KV Sibu. Faktor picther merupakan faktor penentu kepada kejayaan pasukan ini untuk muncul sebagai pemenang.

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Manakala pada pertandingan final antara KV Miri dan juga KV Sejingkat, pertandingan sengit dapat disaksikan. KV Sejingkat bermain dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat tinggi dalam menentang pasukan bekas johan kebangsaan ini. Memang sengit! Namun akhirnya, pengalaman mengatasi segalanya. KV Miri muncul Johan sofbol KAT peringkat negeri Sarawak.

Kejohanan Sofbol KAT Sarawak 2014

Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang berlangsungnya kejohanan.

Isnin, 24 Mac 2014

Permohonan Kemasukan ke Politeknik Sesi Jun 2014 Bagi Calon Lepasan SPM

Permohonan Kemasukan ke Politeknik Premier/Konvensional/METrO Sesi Jun 2014 Bagi Calon Lepasan SPM dan SKM

Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dipelawa untuk memohon ke Program Diploma Politeknik KPM Sesi Jun 2014

Permohonan boleh dibuat dengan membeli Nombor Unik ID Kategori A berharga RM 10.60 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara.


Permohonan dibuka mulai 20 Januari 2014 sehingga 7 April 2014. Cepat isi yer!

Permohonan Kemasukan ke Politeknik Sesi Jun 2014 Bagi Calon Lepasan SPM
Untuk iklan, boleh tengok kat SINI

Klik pautan berikut untuk melihat syarat kemasukan : Politeknik Premier

Klik pautan berikut untuk melihat syarat kemasukan : Politeknik Konvensional/METrO


Jika sudah menetapkan hati untuk sambung belajar di Politeknik, anda bolehlah teruskan mengisi Borang Permohonan Politeknik kat SINI

Kalau nak maklumat lebih jelas mengenai Politeknik, anda boleh rujuk SINI 

Ahad, 23 Mac 2014

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada 18 - 21 Mac yang lalu. Tempat pertandingan masih dikekalkan, di SMK Bukit Assek kerana lokasinya yang strategik. Seperti biasa, pasukan sekolah saya menyertai dengan 2 kategori, iaitu lelaki 18tkb dan juga perempuan 18tkb.

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Sesi latihan telah bermula sejak awal Februari lagi. Apatah lagi dengan ketiadaan ramai pemain senior, maka saya merasakan wajar untuk saya memulakan latihan lebih awal dari biasa. Kali ini, saya tidak lakukan sesi pemilihan pemain. Pesanan saya kepada pelajar, jika anda berminat nak main sofbol, sila turun sesi latihan. 

Kemudian semua pelajar yang turun selama berminggu-minggu, saya pilih sebagai pemain sekolah. Sekalipun ada pelajar yang lebih berbakat, namun perkara utama yang jadi faktor pemilihan saya adalah KOMITMEN TERHADAP LATIHAN!

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Bimbang juga saya pada mulanya, memandangkan majoriti daripada pemain yang saya pilih, adalah pemain baru yang kurang pengalaman. Mereka hanya ada pengalaman bermain sofbol semasa Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan dan juga Karnival Sofbol Merdeka Sibu. Namun saya tetap meletakkan harapan positif terhadap mereka. 

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Bak kata orang, nak mengekalkan kejuaraan sebenarnya jauh lebih susah daripada nak mendapatkan kejuaraan. Sebagai rekod, alhamdulillah pasukan lelaki sekolah saya memegang rekod kejohanan peringkat Sibu untuk tempoh 6 tahun berturut-turut. Lebih manis lagi, dengan rekod tanpa kalah!

Pada hari pertandingan, permainan awal menentang pasukan Dragons Sibu Jaya telah berjaya menundukkan pasukan tersebut dengan skor 4 - 0. Bermain sehingga inning ke-5, permainan dihentikan atas faktor masa setelah pasukan Dragon Sibu Jaya tidak mampu mengejar lagi, sekalipun pasukan kami masih berbaki 1 kali lagi giliran memukul.

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Permainan kedua adalah menentang pasukan Bukit Lima. Keyakinan setelah berjaya menundukkan Sibu Jaya, menyebabkan pemain telah bermain dengan lebih baik. Kali ini, mengalahkan Bukit Lima, 16 - 0. Akhir sekali, berjaya mengalahkan pasukan Bukit Assek dengan skor 8 - 1.

Pasukan perempuan tak kurang hebatnya. Memulakan langkah dengan mengalahkan pasukan Sibu Jaya 21 - 1, kemudian mara mengalahkan pasukan Bukit Lima, 16 - 8 sekalipun 2 inning yang pertama sudah ditinggalkan pasukan lawan. Namun berjaya bangkit dan menewaskan pasukan lawan dengan agak selesa.

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Perjuangan diteruskan dengan mengalahkan pasukan Bukit Assek 8 - 1. Perlawanan akhir menentang pasukan yang memberi saingan, pasukan Chung Hua, juga menyaksikan pasukan sekolah saya berjaya menewaskan mereka dengan skor 10 - 0.

Agak menggembirakan kejayaan kali ini, memandangkan kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan menunjukkan prestasi yang cemerlang. 

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Pasukan lelaki terus mengekalkan kejuaraan buat kali ke-7 serta rekod tanpa kalah. Manakala pasukan perempuan pula berjaya meraih semula kemenangan setelah hampir 4 tahun tidak pernah muncul Johan. 

Hadiah terbaik daripada mereka-mereka yang tidak pernah dijangka!

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!


Keputusan akhir kejohanan adalah seperti berikut

Lelaki 18tkb
Johan : SMK Luar Bandar No.1 Sibu
Naib Johan : SMK Sibu Jaya
Ketiga : SMK Bukit Lima

Perempuan 18tkb
Johan : SMK Luar Bandar No.1 Sibu
Naib Johan : SMK Chung HUa
Ketiga : SMK Bukit Assek


Seramai 7 orang pemain lelaki telah terpilih mewakili bahagian Sibu untuk ke peringkat negeri yang akan berlangsung di Mukah pada hujung April nanti. Manakala bagi pasukan perempuan, belum ada kepastian sama ada pasukan akan dihantar atau pun tak.

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2014 : Johan Berganda!

InshaAllah kami akan usahakan bagi mendapat keputusan yang lebih baik di peringkat negeri nanti. Doakan jugak yer! ;)