.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Jumaat, 28 Februari 2014

TERKINI Jawatan Kosong Guru di Education Malaysia

Berita baik buat rakan guru yang berminat nak cuba jelajah dunia pendidikan di luar negara! Kementerian Pendidikan Malaysia, hari nih keluarkan iklan jawatan kosong di Education Malaysia, KPM. Yang berminat, mungkin anda boleh cuba memohon. 

Sila jangan tanya saya pasal bidang tugas, kerja kat mana dan apa maksud 'atase'. Hu3.. Saya pun tak pasti sangat dengan beberapa perkara yang dinyatakan. Tapi ada disertakan emel dan orang yang patut dihubungi jika kita ada sebarang kemusykilan nak tanya. Jom kita telefon diorang ramai-ramai.. ;)

Jawatan Kosong Guru di Education Malaysia


Muat Turun
Iklan (PDF)
Borang Permohonan
Lampiran A: Borang Ringkasan Peribadi



IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI EDUCATION MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia ingin mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut:


i.    Pengarah Gred 48 (Terbuka), Education Malaysia
        a.    Dubai
        b.    Ho Chi Minh City

ii.    Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka), Education Malaysia
        a.    Australia

iii.    Atase Pendidikan (Promosi) Gred 41 (Terbuka), Education Malaysia
        a.    Dubai
        b.    Beijing
        c.    Ho Chi Minh


3.    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berikut:
i)    Cik Nurul Hidayah Binti Ahmad Zamzuri
       Penolong Setiausaha
       03-8870 5211
       hidayah.zamzuri@moe.gov.my

ii)    Puan Mardiana Binti Zulkifli
       Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
       03-8870 5241
       mardiana.zulkifli@moe.gov.my


4.    Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Mac 2014 (Jumaat). Segala kerjasama dan perhatian YBhg./Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

''BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''

Khamis, 27 Februari 2014

CiKGUHAiLMi Menang Best Educational Blog MSMW 2014!

Alhamdulillah.. Saya memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Ilahi atas kurniaanNya ini. Walaupun pada mulanya sekadar suka-suka, nak cuba-cuba. Tapi akhirnya, membuahkan hasil dan memberi satu kenangan manis yang sangat bermakna.

CiKGUHAiLMi Menang Best Educational Blog MSMW 2014!
Malaysia Social Media Awards 2014 #MSMW2014

Ceritanya pada minggu lepas saya telah terima satu emel daripada penganjur Malaysia Social Media Week 2014 (MSMW 2014) yang memaklumkan bahawa blog www.cikguhailmi.com telah menjadi pemenang bagi kategori Best Educational Blog! Sangat gembira. Sebab tak sangka! Blog saya nih baru je berumur 1 tahun 3 bulan jer. Mana lah kita nak expect banyak sangat kan.. Tapi kalau dah nama rezeki, memang tak ke mana.

Oleh sebab ini kali pertama saya join benda-benda camnih, maka bertanyalah kepada seorang dua rakan blogger yang saya kenali. So, macam rasanya dah betul lah tu. Sehingga lah saya dapat panggilan daripada orang MSMW 2014 yang meminta saya memberikan jawapan sama ada akan hadir atau pun tidak pada majlis tersebut.

Maka semalam berlangsunglah acara gilang gemilang bagi media sosial Malaysia tersebut. Saya menghadiri majlis dengan ditemani oleh kakak tersayang, Puan Norshahuri. Oleh sebab saya tak tahu pasal pemenang-pemenang lain, maka saya berpakat lah dengan Acik AkuPenghibur.com yang turut memenangi bagi kategori Best Lifestyle Blog. Sekurangnya ada jugak teman yang kita kenali kat sana nanti.

Seperti biasa tiba agak awal di Zebra Square. Selepas mendaftar, kami lepak-lepak dulu kat luar sambil minum dan menanti ketibaan tetamu lain. Sambil tu dapat juga perhatikan beberapa orang blogger-blogger otai, dari jauh. Nak tegur, rasa malu lah plak. Ye lah.. Siapa lah kita ni kan?.. ;)

Jam 8 malam hampir semua tetamu dah memenuhi ruang dewan. Hanya menunggu ketibaan tetamu kehormat tiba, iaitu Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi. Dalam pada tu, sempat juga kami bergambar dengan Sasha Saidin yang tiba-tiba melintas kat bahagian depan tu. He3

Sasha Saidin Malaysia Social Media Week 2014 MSMW 2014
Sasha Saidin

Di dalam dewan kami ditempatkan bersama pemenang-pemenang lain, termasuklah Tuan Denaihati, Shakiddo, Abangensem dan BolaDaily. MelastikBintang di meja bersebelahan, namun ada juga menjenguk ke meja sebelah sekali sekala. Bila dah lama-lama dok satu meja, makin jadi meriah pulak. Tak kenal, maka tak cinta kan?

Sesi makan juga dihiburkan dengan nyanyian Miss Nina Rina. Sehingga kami diarahkan untuk berada di luar dewan bagi mengambil hadiah. So kalau nak tahu siapa lagi pemenang boleh tengok kat bawah nih..

CiKGUHAiLMi Menang Best Educational Blog MSMW 2014!

CiKGUHAiLMi Menang Best Educational Blog MSMW 2014!

CiKGUHAiLMi Menang Best Educational Blog MSMW 2014!

CiKGUHAiLMi Menang Best Educational Blog MSMW 2014!

Senarai Penuh Pemenang Malaysia Social Media Award 2014

Best Auto Blog : http://motoring-malaysia.blogspot.com/

Best Business Blog : http://abangensem.com/

Best Educational Blog : http://www.cikguhailmi.com/

Best Foodie Blog : http://squallcuisine.com/

Best Gadget Blog :
http://WinnieKepala.com/

Best Micro Blog :
http://instagram.com/denaihati

Best Lifestyle Blog : http://www.akupenghibur.com/

Best Music & Entertainment Blog : http://munsyeed.com/

Best Sports Blog : http://boladaily.com/

Best Photography Blog : http://wazariwazir.com/

Best Travel Blog :  http://timetravelafif.blogspot.com/

Best FMCG Sector : Nestle Products Sdn. Bhd.

Best Property Sector : IJM Land Berhad

Best Corporate Engagement : RHB Group

Best Retail Chain Sector : Sogo Kuala Lumpur

Best Online Media : MalaysiaKini

Popular Shopping Mall : Pavilion Kuala Lumpur

Best Banking & Finance Sector : Maybank

Best Customer Engagement : TuneTalk

Best Automotive Sector : Honda Malaysia

Most Innovative Telco : DIGI

Best Logistics & Transportation Sector : AirAsia

Best Community Engagement : Ministry of Health Malaysia

Social Media Agency of the Year : GushCloud

The Social Media Celebrity of the Year : Yang Bhg Tan Sri Dr Tony Fernandes

The Social Media Excellence Award in Urban Wellbeing Engagement : Perbadanan
- See more at: http://www.akupenghibur.com/2014/02/alhamdulilah-menang-best-lifestyle-blog.html#sthash.hg0BgYiV.dpuf
Senarai Penuh Pemenang Malaysia Social Media Award 2014

Best Auto Blog : http://motoring-malaysia.blogspot.com/

Best Business Blog : http://abangensem.com/

Best Educational Blog : http://www.cikguhailmi.com/

Best Foodie Blog : http://squallcuisine.com/

Best Gadget Blog :
http://WinnieKepala.com/

Best Micro Blog :
http://instagram.com/denaihati

Best Lifestyle Blog : http://www.akupenghibur.com/

Best Music & Entertainment Blog : http://munsyeed.com/

Best Sports Blog : http://boladaily.com/

Best Photography Blog : http://wazariwazir.com/

Best Travel Blog :  http://timetravelafif.blogspot.com/

Best FMCG Sector : Nestle Products Sdn. Bhd.

Best Property Sector : IJM Land Berhad

Best Corporate Engagement : RHB Group

Best Retail Chain Sector : Sogo Kuala Lumpur

Best Online Media : MalaysiaKini

Popular Shopping Mall : Pavilion Kuala Lumpur

Best Banking & Finance Sector : Maybank

Best Customer Engagement : TuneTalk

Best Automotive Sector : Honda Malaysia

Most Innovative Telco : DIGI

Best Logistics & Transportation Sector : AirAsia

Best Community Engagement : Ministry of Health Malaysia

Social Media Agency of the Year : GushCloud

The Social Media Celebrity of the Year : Yang Bhg Tan Sri Dr Tony Fernandes

The Social Media Excellence Award in Urban Wellbeing Engagement : Perbadanan
- See more at: http://www.akupenghibur.com/2014/02/alhamdulilah-menang-best-lifestyle-blog.html#sthash.hg0BgYiV.dpuf
Senarai Penuh Pemenang Malaysia Social Media Award 2014

Best Auto Blog : http://motoring-malaysia.blogspot.com/

Best Business Blog : http://abangensem.com/

Best Educational Blog : http://www.cikguhailmi.com/

Best Foodie Blog : http://squallcuisine.com/

Best Gadget Blog :
http://WinnieKepala.com/

Best Micro Blog :
http://instagram.com/denaihati

Best Lifestyle Blog : http://www.akupenghibur.com/

Best Music & Entertainment Blog : http://munsyeed.com/

Best Sports Blog : http://boladaily.com/

Best Photography Blog : http://wazariwazir.com/

Best Travel Blog :  http://timetravelafif.blogspot.com/

Best FMCG Sector : Nestle Products Sdn. Bhd.

Best Property Sector : IJM Land Berhad

Best Corporate Engagement : RHB Group

Best Retail Chain Sector : Sogo Kuala Lumpur

Best Online Media : MalaysiaKini

Popular Shopping Mall : Pavilion Kuala Lumpur

Best Banking & Finance Sector : Maybank

Best Customer Engagement : TuneTalk

Best Automotive Sector : Honda Malaysia

Most Innovative Telco : DIGI

Best Logistics & Transportation Sector : AirAsia

Best Community Engagement : Ministry of Health Malaysia

Social Media Agency of the Year : GushCloud

The Social Media Celebrity of the Year : Yang Bhg Tan Sri Dr Tony Fernandes

The Social Media Excellence Award in Urban Wellbeing Engagement : Perbadanan
- See more at: http://www.akupenghibur.com/2014/02/alhamdulilah-menang-best-lifestyle-blog.html#sthash.hg0BgYiV.dpuf
Senarai Penuh Pemenang Malaysia Social Media Award 2014

Best Auto Blog : http://motoring-malaysia.blogspot.com/

Best Business Blog : http://abangensem.com/

Best Educational Blog : http://www.cikguhailmi.com/

Best Foodie Blog : http://squallcuisine.com/

Best Gadget Blog :
http://WinnieKepala.com/

Best Micro Blog :
http://instagram.com/denaihati

Best Lifestyle Blog : http://www.akupenghibur.com/

Best Music & Entertainment Blog : http://munsyeed.com/

Best Sports Blog : http://boladaily.com/

Best Photography Blog : http://wazariwazir.com/

Best Travel Blog :  http://timetravelafif.blogspot.com/

Best FMCG Sector : Nestle Products Sdn. Bhd.

Best Property Sector : IJM Land Berhad

Best Corporate Engagement : RHB Group

Best Retail Chain Sector : Sogo Kuala Lumpur

Best Online Media : MalaysiaKini

Popular Shopping Mall : Pavilion Kuala Lumpur

Best Banking & Finance Sector : Maybank

Best Customer Engagement : TuneTalk

Best Automotive Sector : Honda Malaysia

Most Innovative Telco : DIGI

Best Logistics & Transportation Sector : AirAsia

Best Community Engagement : Ministry of Health Malaysia

Social Media Agency of the Year : GushCloud

The Social Media Celebrity of the Year : Yang Bhg Tan Sri Dr Tony Fernandes

The Social Media Excellence Award in Urban Wellbeing Engagement : Perbadanan
- See more at: http://www.akupenghibur.com/2014/02/alhamdulilah-menang-best-lifestyle-blog.html#sthash.hg0BgYiV.dpuf
Best Auto Blog : http://motoring-malaysia.blogspot.com/ Best Business Blog : http://abangensem.com/ Best Educational Blog : http://www.cikguhailmi.com/ Best Foodie Blog : http://squallcuisine.com/ Best Gadget Blog : http://WinnieKepala.com/ Best Micro Blog : http://instagram.com/denaihati Best Lifestyle Blog : http://www.akupenghibur.com/ Best Music & Entertainment Blog : http://munsyeed.com/ Best Sports Blog : http://boladaily.com/ Best Photography Blog : http://wazariwazir.com/ Best Travel Blog :  http://timetravelafif.blogspot.com/ Best FMCG Sector : Nestle Products Sdn. Bhd. Best Property Sector : IMJ Land Berhad Best Corporate Engagement : RHB Group Best Retail Chain Sector : Sogo Kuala Lumpur Best Online Media : MalaysiaKini Popular Shopping Mall : Pavilion Kuala Lumpur Best Banking & Finance Sector : Maybank Best Customer Engagement : TuneTalk Best Automotive Sector : Honda Malaysia  Most Innovative Telco : DIGI Best Logistics & Transportation Sector : AirAsia Best Community Engagement : Ministry of Health Malaysia Social Media Agency of the Year : GushCloud The Social Media Celebrity of the Year : Yang Bhg Tan Sri Dr Tony Fernandes The Social Media Excellence Award in Urban Wellbeing Engagement : Perbadanan Putrajaya


Selesai majlis, maka sesi fotografi pun berlangsung. Paling excited tentunya nak bergambar dengan Wak Doyok yang memang stylo habis! Keh3.. 

Wak Doyok Malaysia Social Media Week 2014 MSMW2014
Wak Doyok yang super stylo

Azran Osman Rani Malaysia Social Media Week 2014 MSMW2014
Azran Osman Rani, CEO AirAsia X

Jason Lo Malaysia Social Media Week 2014 MSMW2014
Jason Lo yang sempoi

Acik AkuPenghibur Malaysia Social Media Week 2014 MSMW2014
Blogger Acik AkuPenghibur yang menang untuk Best LIfestyle Blog

Acik AkuPenghibur Melastik Bintang Denaihati Amanz Shakiddo Cikguhailmi Malaysia Social Media Week 2014 MSMW2014
Bersama blogger-blogger otai : Melastik Bintang, AkuPenghibur, BolaDaily, Denaihati, Amanz dan Shakiddo

Alhamdulillah juga dengan kemenangan ini semoga blog ini terus dapat berkembang dengan lebih baik dalam terus menyediakan perkongsian yang berguna dalam dunia pendidikan. Mendidik dan terus mendidik. Semoga menjadi ilmu yang bermanfaat.

CiKGUHAiLMi Menang Best Educational Blog MSMW 2014!
Kemenangan ini untuk ANDA!

Tak lupa juga, TERISTIMEWA buat semua yang mengundi blog ini, menyokong dari belakang, dan sentiasa menjadi perangsang kepada saya untuk terus berblogging tentang dunia pendidikan. Biar siapa pun anda, saya yang sebenarnya sangat terhutang budi kepada anda semua. Anda memang TERBAEK!! ;)

Rabu, 26 Februari 2014

Penyerapan Glukosa Melalui Usus Kecil [video]

Eksperimen ini dijalankan bagi melihat sama ada glukosa boleh diserap atau pun tidak melalui usus kecil semasa proses pencernaan berlaku. Jadi dua bahan diuji, kanji (bahan asal glukosa) dan juga glukosa (bahan yang lebih ringkas). Jom tonton video penyerapan glukosa melalui usus kecil di bawah.





Eksperimennya tak susah.

Sediakan dua Tiub Visking yang berisi glukosa dan kanji setiap satu. Kemudiannya simpan dalam satu bekas berisi air suling untuk semalaman. Selepas itu, uji air suling tersebut sama ada mengandungi glukosa atau pun kanji.

Bagi menguji kanji, kita gunakan larutan Iodin. Sekiranya larutan bertukar menjadi biru kehitaman, bermaksud larutan tersebut mengandungi kanji.

Bagi menguji kehadiran glukosa pula, kita gunakan Ujian Benedict. Sekiranya larutan bertukar menjadi mendakan merah bata, bermaksud larutan mengandungi glukosa.

VIdeo Eksperimen Penyerapan Glukosa Melalui Usus Kecil

Jadi, bagaimana dengan hasil akhir bagi eksperimen kita ini?.

Bagi ujian Iodin, air suling yang dicampur dengan iodin tidak berubah warna. Maka ini menunjukkan air suling tersebut tidak mengandungi kanji.

Walau bagaimana pun, bagi Ujian Benedict, kita akan mendapat mendakan merah bata yang membuktikan bahawa air suling tersebut mengandungi glukosa.


Kenapa Begitu?

Ini kerana saiz molekul glukosa adalah lebih kecil berbanding kanji. Maka glukosa akan dapat keluar melalui Tiub Visking. 

Saiz molekul glukosa lebih kecil berbanding saiz molekul kanji

Kesimpulannya, usus kecil kita dapat menyerap glukosa, tetapi tidak dapat menyerap kanji.

Terima kasih juga buat pelajar-pelajar saya yang telah menjayakan video ini. Mereka ialah Sebastian, Adrienny dan juga Joedexpher. Selamat menonton yer!


Ahad, 23 Februari 2014

PBS Ditangguhkan!

Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keputusan.


 "Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga satu kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Pelaksanaan PBS Ditangguhkan!

Dr Khair berkata, selaras dengan arahan Menteri Pendidikan supaya kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS, KPM mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya supaya dapat mengurangkan bebanan tugas guru.

“Kajian dan penelitian ini difokuskan kepada rombakan terhadap perkara yang membabitkan kekerapan guru memasukkan data berkaitan eviden dan pencapaian murid, termasuk juga pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru,” katanya.

Dr Khair berkata, di samping memastikan kajian dan penelitiannya dilaksana secara berkesan, KPM juga mengambil beberapa langkah segera bagi menanganinya termasuk menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula pada 17 Februari ini bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.

Beliau berkata, KPM juga akan mengadakan bengkel membabitkan guru termasuk kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula terhadap pelaksanaan PBS. 



“Bengkel berkenaan akan dilaksanakan pada awal dan pertengahan Februari ini dan hasilnya akan dibentangkan semula kepada KPM dalam tempoh terdekat.
“Selain itu, pihak KPM akan menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas PBS di peringkat KPM yang mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS,” katanya.

Sementara itu, bagi menangani isu berbangkit berkaitan PBS dengan segera dan berkesan, KPM akan mewujudkan ‘war room’ PBS di peringkat KPM.

“Usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan di peringkat KPM bagi memastikan guru-guru boleh mengakses sistem berkenaan secara lebih mudah dan berkesan.
“Semua tindakan berkenaan diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa yang sama, mengurangkan bebanan tugas guru yang melaksanakannya,” katanya. 

Sumber


p/s: Tentu ramai yang bersorak gembira....

Tahlil Pilu di SMK Buloh Kasap

Tentu dah ramai yang tahu kisah sedih mengenai 8 sekawan pelajar SMK Buloh Kasap yang telah lemas dalam satu kejadian di Sungai Muar. Trip petang yang pada mulanya mungkin bagi tujuan masa bergembira bersama rakan-rakan akhirnya bertukar menjadi tragedi paling tak disangka.

Kisahnya bermula apabila seorang daripada 12 rakan itu tergelincir ke dalam sungai. Kemudiannya cuba diselamatkan satu persatu oleh kawan-kawan mereka, sehingga akhirnya tinggal 4 orang yang panik melihat satu persatu rakan mereka tenggelam ditelan sungai dan tak timbul-timbul.

Kejadian dikatakan berpunca daripada kejadian pasir jerlus 1. Namun ada juga pihak yang mengaitkan dengan unsur-unsur mistik dan misteri 2. Walau apa pun kisahnya semoga banyak pihak ambil iktibar dan pengajaran dari kisah pilu ini. 

Hari ini juga pihak sekolah SMK Buloh Kasap telah mengambil inisiatif dengan mengadakan satu majlis khas bacaan Yasin dan Tahlil bagi memperingati lapan sekawan yang lemas dalam tragedi di Sungai Muar itu. 3

Suasana pilu di SMK Buloh Kasap

Sudah tentu memberi suasana sayu dan sedih kepada guru-guru dan rakan-rakan yang mengenali semua pelajar yang terlibat dalam tragedi tersebut. Pemergian yang tanpa disangka-sangka.

Semoga ruh mereka dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah!

Betabuh : Muzik Tradisional Iban Sambut Tetamu

Baru-baru ini ada Mesyuarat PIBG yang berlangsung di sekolah saya. Kehadiran ibu bapa yang memenuhi Dewan Sri Kenyalang memanglah sangat mengujakan. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, yang kadang-kadang sesetengah ibubapa bersikap lepas tangan dalam pendidikan anak-anak dan menyerahkannya bulat-bulat kepada cikgu. 

Muzik Tradisional Iban Sambut Tetamu : Betabuh Ngelaluka Temuai

Saya puji ibubapa yang datang ke Mesyuarat PIBG sekolah saya. Sebab majoriti daripada mereka datang dari kawasan yang sangat jauh dari sekolah. Kena jalan kaki, naik perahu, pastu naik bas pulak. Ada yang kena keluar kan duit dengan nilai yang agak besar. Namun tetap ada kesedaran untuk berkorban sedikit demi pendidikan anak di masa depan.

Disebabkan ramai tetamu sekolah yang hadir, maka seperti biasa ada lah bahagian pelajar yang akan membuat persembahan ringkas bagi menyambut tetamu. Kebiasaanya tetamu kehormat akan disambut dengan iringan muzik tradisional Iban yang dikenali sebagai Betabuh.

Betabuh terdiri daripada beberapa alat muzik seperti Engkerumung (seperti gamelan), Bedup (Gendang), Tawak (Gong Besar) dan Bebendai (Gong Kecil). Biasanya Betabuh ini digunakan semasa ada majlis atau pun semasa perayaan.





Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis muzik yang khusus untuk sesuatu majlis. Sebagai contohnya, muzik Betaboh bagi menyambut tetamu adalah tidak sama dengan Betabuh untuk majlis perkahwinan atau pun untuk sambutan Gawai.

Muzik yang dalam video yang disediakan di atas adalah dipanggil sebagai Betabuh Ngelaluka Temuai (Muzik Sambut Tetamu). Muzik ini boleh dimainkan oleh sesiapa saja yang berkemahiran. Tidak kira sama ada beliau lelaki atau perempuan. Kadang-kadang muzik ini juga diiringi oleh tarian Ngajat Iban.

InshaAllah di masa akan datang saya akan kongsikan pula Betabuh untuk Ngajat Iban. Terima kasih buat Kennedy Panting, Nicholas Mapang, Ricky Kapat dan Nicholas Ayum yang sporting habis untuk rakaman video ini..


p/s: Taboh dalam bahasa Utara bermaksud 'pukul-memukul bagi tujuan nak bergaduh'.. ye dak?.. "Hangpa nak kena taboh dengan aku ka?".. ;)

Khamis, 20 Februari 2014

Sistem Aplikasi PBS Bentuk Baru?

Sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bentuk baru selepas melalui proses penambahbaikan akan meringankan beban dan tugas guru di sekolah, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, sistem itu sedang melalui proses kajian dan penambahbaikan yang dijangka selesai antara dua hingga tiga minggu lagi sebelum dapat dilaksanakan semula. 



"Merujuk kepada respons yang kita terima, banyak yang menyatakan bahawa ia membebankan tugas guru selain ada isu-isu tentang teknologi maklumat (ICT) (dari segi) perhubungan dan capaian.
"Semua perkara ini sedang dilihat secara menyeluruh dan kajian yang dilakukan mengambil kira pendapat dan pandangan semua pihak," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan wacana pada majlis Siri Wacana Fikrah Ummah: Ulul Albab dalam Pembangunan Pendidikan Negara, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kajian PBS selepas pelaksanaannya di sekolah ditangguhkan bagi kajian semula seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Sistem itu yang merupakan transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik, didakwa membebankan guru ekoran sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam. 



Sistem Aplikasi PBS Bentuk Baru?


Idris berkata, PBS adalah satu sistem yang amat baik namun menghadapi kesulitan dari segi pelaksanaannya sahaja yang perlu ditambahbaik. 

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian telah melaksanakan program pendidikan Ulul Albab di tiga buah sekolah menengah iaitu di Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur pada tahun ini.

Katanya, sekolah-sekolah tersebut kini telah mengguna pakai model pembelajaran Ulul Albab yang mengintegrasikan pendidikan sedia ada iaitu sains tulen dengan program aliran agama termasuk tahfiz Al-Quran.

"Ini model yang digunakan di sekolah-sekolah Imtiaz di Terengganu sejak tahun 1999 dan dikembangkan di Maktab Rendah Sains Mara pada 2009 yang memberi fokus kepada pembangunan akademik dan rohani selain meningkatkan pemikiran aras tinggi para pelajar," katanya.

Katanya, kerajaan berharap dapat menerapkan model itu di sebuah sekolah di setiap negeri pada tahun hadapan bagi memberi peluang lebih ramai palajar mendapat manfaat daripada model itu.

Sumber

DOWNLOAD | Buku Pentaksiran KBAT 2014

Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui laman webnya telah menyiarkan satu pautan kepada e-book boleh DOWNLOAD dengan tajuk "Buku Pentaksiran KBAT 2014". Fail dengan saiz 106MB tersebut merupakan e-book kepada bentuk pentaksiran KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) yang khabarnya bakal mula akan dijalankan pada peperiksaan pada tahun ini.


DOWNLOAD | Buku Pentaksiran KBAT 2014

(106 MB)


Tidak banyak perkara yang dinyatakan dalam siaran LPM. Hanya yang disertakan adalah pautan kepada e-book ini. Maknanya kena baca sendiri lah. 

Oleh kerana unsur KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) ini akan mula diterapkan dalam bentuk-bentuk soalan peperiksaan bermula tahun ini. Maka saya sangat mencadangkan agar rakan guru, ibu bapa yang prihatin dan juga para pelajar yang disayangi untuk download dan baca e-book ini. InshaAllah membantu anda untuk memahami bentuk soalan yang bakal ditanyakan kemudian hari nanti.

Saya nyatakan serba sedikit mengenai e-Book Buku Pentaksiran KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) 2014 ini.

e-Book ini mengandungi 3 bab dengan 177 muka surat untuk dibaca. Bab 1 lebih memfokuskan kepada maksud dan definisi kepada perkataan dan istilah-istilah baru yang digunakan dan dimaksudkan. Bab 2 rasanya lebih penting dengan mengandungi panduan menulis item (soalan KBAT) dan juga untuk menilai dengan rubrik pemarkahan yang sesuai. Manakala bab akhir pula hanyalah mengandungi aktiviti untuk menguji kefahaman pembaca kepada KBAT.


Bab 1 : Pentaksiran
Konsep pentaksiran, ciri pentaksiran, kesahan dan kebolehpercayaan, konstruk, konteks, aras kesukaran, kata tugas, respons murid, item, peraturan pemarkahan

 
Bab 2 : Penulisan Item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Penulisan item, piawaian penulis item, idea penulisan item, definisi kemahiran berfikir aras tinggi, konsep item mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi, ciri item kemahiran berfikir aras tinggi, prinsip pembinaan dan penilaian item KBAT, contoh item

Penulisan Item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


Bab 3 : Aktiviti Pengukuhan
Bab ini ,engandungi beberapa contoh soalan daripada pelbagai subjek. Guru diberi peluang untuk cuba menentukan konstruk, konteks, aras kesukaran, dan kategori item sama ada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau Kemahiran Berfikir Aras Rendah.


Jom ramai-ramai kita download dan baca sama-sama!

Selasa, 18 Februari 2014

Pasukan Choral Speaking Sekolah Saya Yang Best!

Sejarah penubuhan pasukan choral speaking di sekolah saya bermula pada tahun 2010, di mana pasukan pertama yang dibentuk oleh Cikgu Nirmala bagi tujuan persembahan pada Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan. Walau bagaimanapun, oleh sebab tujuan penubuhan hanyalah bagi tujuan persembahan, maka tiada aktiviti yang dirancang selepas itu.

Kemudian kehadiran guru baru yang berbakat dan pernah terlibat secara langsung dengan kegiatan ini, telah berjaya membuka satu suasana baru kepada sekolah saya. Tak lain tak bukan, Cikgu Angeline Hii yang dibantu oleh kawan baiknya, Cikgu Belle Mahony, iaitu rakan seKimia saya. 

Pasukan Choral Speaking Sekolah Saya Yang Best!

Banyak kesan yang saya nampak daripada keaktifan pasukan choral speaking yang dibentuk oleh Cikgu Angeline Hii ini. Terutamanya daripada segi menimbulkan minat pelajar terhadap Bahasa Inggeris. Pelajar sekolah luar bandar bukanlah terdedah sangat dengan perkara-perkara sebegini macam budak bandar. Maka pendekatan ini merupakan satu pendekatan yang amat strategik dan bijak. Berhibur, sambil belajar!

Impaknya bukan sekadar kepada pelajar yang terlibat secara langsung dengan aktiviti Choral Speaking ini, tetapi juga mengubah suasana untuk pelajar lain. Pelajar yang menjadi penonton kini dilihat semakin cuba untuk memahami apa yang disampaikan oleh ahli choral speaking ini. Hmm... Bagus kan?

Pada tahun 2012, pasukan choral speaking sekolah saya ini memberanikan diri untuk membuat percubaan pertama menyertai Pertandingan Choral Speaking Peringkat Sibu. Dalam pertandingan ini mereka hanya beroleh saguhati. Kemudian tidak berputus asa, mereka membuat percubaan kedua, pada tahun 2013. Masih mendapat tempat Saguhati. Berita baiknya kali ini, mereka berjaya mengubah kedudukan ke ranking yang lebih baik!

Pasukan Choral Speaking Sekolah Saya Yang Best!

Tahun ini, mereka membuka pentas mereka dengan persembahan yang sangat hebat dan menarik semasa Majlis Perpisahan Pengetua. Pada saya, ini lah persembahan terbaik mereka yang pernah saya saksikan. Banyak peningkatan, itu yang penting. 

Walaupun tidak begitu sempurna, dan masih banyak ruang untuk diperbaiki, namun saya rasa sangat terhibur ketika menyaksikan persembahan mereka pada hari tersebut. Sampai mesej yang nak disampaikan kepada penonton.


Skrip yang bagus, kawalan konduktor yang mantap dan persembahan yang cukup menghiburkan, ternyata berjaya menambat hati ramai penonton. Cerita yang disampaikan juga mudah difahami dan sangat dekat di hati penonton! InshaAllah jika diberi ruang lagi kepada mereka untuk terus memperbaiki persembahan mereka, saya yakin mereka boleh melakukan sesuatu yang lebih hebat!

Pada tahun ini saya berharap mereka akan menyertai lagi Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Sibu. Semoga kemenangan akan memihak kepada mereka untuk kali ini. Saya cukup yakin, dengan bimbingan daripada Cikgu Angeline Hii dan Cikgu Belle Mahony, pasukan choral speaking tersebut pasti akan membawa pulang sesuatu pada tahun ini!

Majlis Perpisahan Pengetua [video]

Buat yang tengah mencari-cari idea untuk video dan gimik sempena perpisahan, perpindahan atau persaraan pengetua, saya cadangkan anda tonton video terbaru yang saya hasilkan ini. Video perpisahan Pengetua sekolah saya, Mr Tan Hock Sang yang akan berpindah bagi menjawat jawatan baru sebagai SIP+ (school improvement partners) di PPD Sibu bermula minggu depan.


Sebenarnya, sejarah perkhidmatan beliau di SMK Luar Bandar No.1 Sibu nih merupakan perkhidmatan kali kedua. Kali pertama adalah sebagai Penolong Kanan 1, dan kemudian kembali pada tahun 2004 sebagai Pengetua. Hampir 10 tahun beliau berada di sana sebagai Pengetua. Malah sebenarnya sedang menunggu tempoh persaraan beliau yang dijangka pada bulan Oktober tahun ini juga.

Sebagai Pengetua Cemerlang DG54, sebenarnya banyak perkara yang saya belajar dari beliau. Beberapa perkara berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan dapat dipelajari dengan memerhatikan tindakan beliau. Nak tanya direct, malu.

Video perpisahan Pengetua sekolah saya, Mr Tan Hock Sang

Yang saya puji dah tentu lah hal yang berkaitan dengan peningkatan tahap profesionalisma guru di sekolah saya. Semua guru-guru yang cukup tempoh sangat digalakkan oleh beliau untuk memohon jawatan Guru Cemerlang. Konsep "Paksa-Rela". Dengan "paksaan" beliau maka terlahirlah ramai Guru Cemerlang di sekolah saya. 

Kasihan juga dengan rakan guru yang berada di sekolah lain, walaupun jauh lebih daripada layak, tetapi tidak pernah mendapat berita, galakan atau sokongan untuk memohon Guru Cemerlang dari pengetua masing-masing. Jadi saya anggap ini satu kelebihan kepada Mr Tan yang inginkan semua guru di bawah seliaanya guru yang cemerlang belaka.

Ucapan akhir, Terima kasih banyak atas segala budi dan jasa baik dalam mendidik saya menjadi seorang guru seperti seadanya saya sekarang. Saya ucapkan selamat maju jaya serta semoga gembira berkhidmat sebagai SIP+. Saya yakin banyak perkara yang beliau boleh kongsikan melalui pengalaman beliau sebagai Pengetua Cemerlang!


p/s: Video ini video sedih k.. So sediakan banyak tisu sebelum anda menonton!

Perkumuhan Dalam Tumbuhan

Perkumuhan adalah proses membuang bahan yang berlebihan dan tidak diperlukan oleh badan. Kebiasaannya seperti yang kita fahami hanya manusia dan haiwan sahaja yang berkumuh. Tetapi hakikatnya, tumbuhan juga berkumuh dengan caranya tersendiri.

Tumbuhan berkumuh


Tumbuhan berkumuh melalui proses fotosintesis di mana oksigen yang berlebihan akan dibebaskan sebagai bahan buangan. Manakala melalui proses transpirasi pula, air yang berlebihan akan disingkirkan. Sebahagian bahan buangan pula akan disimpan dalam daun sehingga daun tersebut gugur.

Perkumuhan Dalam Tumbuhan

Selain daripada itu, sintesis kimia yang berlaku dalam tumbuhan pula dapat menghasilkan bahan buangan yang lebih kompleks seperti lateks (susu getah) dan juga kafein. Walaubagaimanapun, bahan buangan kompleks ini ada yang bermanfaat kepada manusia dan ada juga yang boleh membahayakan manusia.

Bahan Buangan Kompleks Yang Berguna
Lateks - digunakan untuk membuat tayar dan sarung tangan
Tannin - digunakan dalam pembuatan dakwat
Resin - digunakan dalam pembuatan varnis dan cat
Minyak - digunakan dalam pembuatan minyak wangi
Kuinina - digunakan untuk merawat malaria


Bahan Buangan Kompleks Yang Berbahaya
Nikotina - boleh menyebabkan kanser peparu
Kokaina - boleh menyebabkan ketagihan
Morfina - boleh melambatkan tindakbalas badan
Kafein - boleh menyebabkan insomnia

Isnin, 17 Februari 2014

Kepentingan Mengelak Daripada Mengambil Bahan Yang Memudaratkan Fetus

Adalah sangat penting bagi bakal ibu mengamalkan gizi seimbang yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Vitamin dan mineral yang mencukupi adalah sangat baik kepada ibu dan fetusnya. Selain itu, para ibu juga perlu menjauhkan diri daripada asap rokok, alkohol dan dadah kerana bahan-bahan ini boleh menjejaskan perkembangan fetus.

Kepentingan Mengelak Daripada Mengambil Bahan Yang Memudaratkan Fetus


Bahan Yang Memudaratkan Fetus
1. Rokok  
Rokok adalah bahan yang sangat merbahaya dan boleh memberi kesan buruk kepada kandungan. Antara kesannya adalah seperti bayi mati dalam kandungan, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

2. Alkohol  
Alkohol juga boleh memberi kesan buruk kepada bayi yang sedang dikandungkan. Ini kerana kandungan alkohol dapat menyebabkan kerosakan kepada otak bayi. Selain daripada itu bayi juga terdedah kepada SIndrom Alkohol Fetal.

3. Ubat/ Dadah  
Penggunaan ubat atau dadah yang terlarang juga mampu membahayakan bayi yang dikandung. Bayi boleh mendapat kecacatan selain daripada memberi kekacauan fizikal dan pembelajaran kanak-kanak itu nanti.


Kepentingan Mengelak Bahan Yang Memudaratkan Fetus
01. Boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi
Kandungan asap rokok yang terdiri daripada pelbagai jenis toksik dan bahan beracun yang merbahaya boleh menyebabkan kurangnya bekalan oksigen yang sampai kepada bayi. Perkara ini boleh menyumbang kepada bayi yang cacat.

02. Merosakkan otak bayi
Alkohol dan dadah boleh memberi kesan yang terus kepada perkembangan otak bayi yang sihat. Kandungan berbahaya pada kedua bahan ini boleh menjejaskan proses pembelajaran bayi tersebut apabila meningkat kanak-kanak. Perkara ini sudah tentu akan memberi lebih banyak kesan buruk kepada bayi tersebut.

03. Boleh membunuh bayi dalam kandungan
Kandungan bahan berbahaya dalam asap rokok, alkohol dan dadah juga boleh menyebabkan kematian bayi ketika masih berada dalam kandungan. Pembentukan dan tumbesaran yang berlaku dalam keadaan yang tidak sihat boleh mengakibatkan banyak perkara negatif kepada bayi. Tahap paling kronik kesan bahan berbahaya tersebut adalah apabila boleh mengakibatkan kematian kepada bayi tersebut.

Masih Ada PMR?

Sedang melayan perasaan pada petang hari ini, saya terbaca satu artikel yang saya rasa menarik untuk dikongsikan dengan semua pihak yang terlibat dengan PBS, pelajar, guru dan ibubapa. Di dalam ketegangan semua pihak yang menyokong, mempertahankan dan menentang PBS, saya rasa ini adalah bacaan yang boleh membuka mata banyak pihak. Semoga semua berlapang dada dalam setiap perkara. InshaAllah, setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya!

Masih Ada PMR?


Kesediaan kerajaan untuk mengkaji secara menyeluruh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pasti disambut penuh kelegaan oleh lebih 400,000 guru di seluruh negara.

Pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini bahawa Kementerian Pendidikan akan membuat keputusan mengenai dua perkara, iaitu sistem pengkomputeran aplikasi PBS dan kaedah PBS, sama ada untuk meneruskannya atau tidak, pada satu mesyuarat yang akan diadakan kementerian dalam masa terdekat, menunjukkan Muhyiddin dapat memahami permasalahan yang dihadapi guru.


Pelbagai keluhan didengar, dicoret dan disebarluaskan melalui media sosial mengenai kelemahan ketara PBS, khususnya kerenah sistem pelayan yang tidak dapat dicapai dengan baik, sekali gus menyebabkan guru terpaksa bersengkang mata sehingga awal pagi semata-mata mahu merekodkan prestasi dan pencapaian pelajar. Jika berjaya pun, pasti akan mengalami masalah tersangkut yang tidak berkesudahan.


Prihatin keluhan guru

Kita percaya pengalaman Muhyiddin ketika melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 8 (1), Putrajaya, dengan melihat sendiri masalah yang diketengahkan dan mendengar sendiri daripada guru mengenai kelemahan sistem pelayan untuk melaksanakan PBS dapat difahami beliau. Timbul persoalan, kenapa pegawai kanan dari peringkat pengarah dan ketua pengarah di kementerian terbabit tidak dapat memahami keluhan guru sehingga terpaksa menteri atau Timbalan Perdana Menteri turun padang untuk menyelesaikannya.

PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada 2011 dan diperkenalkan di sekolah menengah pada 2012. Ini bermakna pada 2016, murid sekolah rendah akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dibuat penambahbaikan dan pada 2014 pula, Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

Sokong kaji semula PBS

 
Cukuplah pelbagai kerja perkeranian dibebankan kepada guru, yang suatu ketika dulu dibuat oleh kerani atau pembantu pejabat. Sekurang-kurangnya pengumuman Muhyiddin itu ibarat terlepasnya beban berat di pundak setiap guru yang memang mengharapkan PBS dikaji semula, malah sampai ke tahap mahu ia dibatalkan kerana ia amat membebankan guru.

Tidak ada gunanya kita mempunyai sistem atau perkakasan terbaik, sedangkan perisian untuk melaksanakan kerja itu tidak mampu menampung kehendak pekerjaan. Inilah senario sebenar dihadapi PBS ketika ini.

Sebagai ibu bapa, kita pasti tertanya-tanya mengenai masa depan PMR dan sewajarnya keputusan mengenai mahu melaksanakan atau tidak PBS dibuat seberapa segera. Di sinilah rasionalnya rumusan Muhyiddin: “Kalau PBS hendak dilaksanakan, kita mesti pastikan segala yang diperlukan, sama ada dari segi sistem infrastruktur, latihan dan perkara lain benar-benar difahami dan dapat beroperasi secara cekap.”

Hakikatnya, pelaksanaan PBS menjadi tanggungjawab semua peringkat di jabatan dan kementerian, bukan guru sahaja. Budaya untuk menguji keberkesanan ‘sistem’ sudah ketinggalan zaman. 


Sumber