.

.

KARTiKEL

Khamis, 4 Disember 2014

Kursus Pendek Untuk Lepasan SPM 2014 - Selangkah Lagi ke Jepun

Wow! Ada berita baik untuk pelajar lepasan SPM 2014! Yayasan Pelajaran MARA akan menganjurkan satu kursus pendek khas untuk anda. Program Selangkah Lagi ke Jepun ini adalah kursus jangka pendek bagi mempelajari Bahasa Jepun di samping dapat mengetahui budaya Jepun yang penuh dengan keunikan.



Kursus Pendek Untuk Lepasan SPM 2014 - Selangkah Lagi ke Jepun
Program "Selangkah Lagi ke Jepun"


Keistimewaan program :

1. Dapat mempelajari Bahasa Jepun secara intensif dalam tempoh 6 minggu dikendalikan oleh tenaga pengajara yang berpengalaman tinggi.

2. Pelajar didedahkan dengan aktiviti budaya Jepun seperti memasak makanan Jepun, memakai Kimono dan tulisan kaligrafi Jepun.

3. Program ini melibatkan agensi Jepun seperti Japan Foundation Kuala Lumpur sebagai penasihat program.

4. Pelajar yang mengikuti program ini akan dipertimbang untuk tawaran biasiswa MJHEP sesi Akademik 2015/2020.

5. Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Pelajaran MARA.


Yayasan Pelajaran MARA mempelawa pelajar-pelajar yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk membuat permohonan secara on-line. Tarikh tutup permohonan ialah 20 Disember 2014.




3 ulasan:

  1. cikgu, kursus 6 minggu itu dibuat di malaysia ke Jepun ye?

    BalasPadam
  2. sedihnya. saya lepasan spm 2013 ada tak peluang untuk pergi luar negara.?

    BalasPadam