About Me

Permohonan ke Tingkatan 4 MRSM Semenanjung Tahun 2015

Permohonan online ke Tingkatan 4 bagi MRSM di Semenanjung Malaysia pada tahun 2015 telah dibuka. Permohonan secara atas talian ini mempelawa pemohon berpotensi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik bagi memohon untuk kemasukan pada tahun depan. 


Permohonan ke Tingkatan 4 MRSM Semenanjung Tahun 2015



Syarat Permohonan Online
1. Pelajar bumiputera tingkatan 3 yang bersekolah di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.
2. Pelajar bukan bumiputera tingkatan 3 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
3. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) tidak dibenarkan memohon.
4. Pemohon mestilah sekurang-kurangnya LULUS bagi matapelajaran Sains dan Matematik dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3


Syarat Kelayakan Masuk MRSM
Memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 (tidak termasuk matapelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi matapelajaran Sains dan Matematik.


Permohonan ke Tingkatan 4 MRSM Semenanjung Tahun 2015
Iklan Permohonan ke Tingkatan 4 MRSM Semenanjung Malaysia bagi tahun 2015


Cara Memohon Kata Laluan
1. Dapatkan kata laluan secara percuma daripada Pejabat MARA Negeri, atau Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula 3 November 2014 sehingga 17 November 2014. 
2. Bawa salinan kad pengenalan dan keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 3 yang telah disahkan serta angka giliran semasa Pentaksiran Tingkatan 3 bagi mendapatkan kata laluan
4. Semua maklumat dalam borang permohonan perlu diisi dan dihantar secara online.

5. Borang dicetak dan dihantar bersama dokumen sokongan ke alamat yang disediakan


(Permohonan ke Tingkatan Empat 2015)
Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut
50609 KUALA LUMPUR



Tarikh Penting
1. Tarikh permohonan dilanjutkan kepada 17 November 2014
2. Tarikh akhir hantar dokumen ke Ibu Pejabat MARA  adalah 24 November 2014
3. Tarikh Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM UKKM masih kekal pada 24 - 27 November 2014
4. Tarikh semakan keputusan permohonan pada bulan Februari 2015
5. Tarikh akhir menunggu keputusan permohonan adalah pada 30 April 2015


* Syarat dan Panduan boleh rujuk di SINI
* Maklumat lanjut di laman web MARA di SINI



Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Dekat mana cikgu jumpa yang tarikh dilanjutkan kepada 17hb tu ya?

    BalasPadam
  2. Mohonlah semua..kerana Produk MRSM InsyaAllah berkualiti selalu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah.. yang penting, pndai bawak diri walau kat mana pun kita belajar

      Padam
  3. Bila tarikh keputusan kemasukan mrsm?

    BalasPadam