About Me

KL Converge 2014 : Perkongsian Pemenang LRK2013

Saya dan kumpulan pelajar saya telah dijemput bagi menghadiri satu majlis perkongsian yang diadakan bersempena dengan KL CONVERGE! yang lalu. Pihak MCMC telah menghubungi saya beberapa minggu lebih awal memaklumkan mengenai hal tersebut. Saya dan 2 orang lagi pelajar, iaitu Jasmine dan Ohkie dikehendaki untuk berkongsi pengalaman suka duka kami mengikuti Liga Remaja Kreatif 2013, bersama dengan pemenang tempat keTiga, iaitu pasukan daripada Sekolah Bestari Asia Pasifik.


KL Converge 2014 : Perkongsian Pemenang LRK2013


Gembira jugak rasanya sebab dapat melibatkan diri dalam event yang sebesar KL CONVERGE ini. Peluang untuk bertemu dengan rakan-rakan potensi yang lain, di samping mengikuti kelas-kelas yang bermanfaat. Bagi anak murid saya pula, ini adalah peluang terbaik bagi mereka menunjukkan bakat, minat dan kesungguhan mereka dalam bidang kreatif ini. 


Disebabkan kami tiba lebih awal sebelum daripada hari perkongsian, maka sempat jugak lah saya bawak pelajar-pelajar tersebut meninjau terlebih dahulu kawasan KL CONVERGE!. Melihat teknologi dan juga industri kreatif yang berkembang di negara kita, rupanya adalah antara negara yang terkehadapan berbanding negara Asia Tenggara lain. Tahniah Malaysia!


KL Converge 2014 : Perkongsian Pemenang LRK2013


Malah beberapa minit sebelum sesi perkongsian kami di bilik 106, sempat lagi kami menghadiri sesi pitching LRK2014 bagi kategori aplikasi mudah alih. Walaupun tak lama berada di sana, tapi alhamdulillah dapat juga ilmu berguna semasa sesi pitching tersebut. 


 sesi pitching LRK2014 bagi kategori aplikasi mudah alih


Hebat anak-anak pelajar kita yang telah membuat pembentangan sebaik mungkin pada hari tersebut. Tahniah saya ucapkan kepada mereka semua, dan Semoga Berjaya. Keputusan hanya akan diumumkan semasa Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Kebangsaan yang dijangka akan berlangsung pada awal Disember nanti.


Dari sana, kami berangkat ke bilik yang disediakan. Sementara menunggu sesi sebelumnya tamat, sempat juga kami beramah mesra dengan pelajar-pelajar dari SMK Kiara Mas yang bakal menjadi audiens kami nanti bersama beberapa lagi orang lain. 


pelajar-pelajar dari SMK Kiara Mas


Disebabkan budaya menghasilkan video dan shortfilm semakin mendapat tempat di SMK Kiara Mas, maka banyak jugak lah pertanyaan ilmiah daripada mereka mengenai penghasilan video. Saya berikan beberapa tips dan nasihat untuk mereka terus menghasilkan video yang baik. Pengalaman itu penting. Begitu juga dengan semangat.


Kemudian bermulalah sesi perkongsian dari kami tepat pada jam 11.00 pagi. Jasmine dan Ohkie mewakili pasukan kami merupakan pembentang pertama. Sesi berlangsung secara santai dan rileks. Maka tak lah rasa tertekan sangat pelajar dan saya sendiri sepanjang sesi berlangsung. 


Jasmine dan Ohkie mewakili pasukan kami merupakan pembentang pertama


Pandai pulak diorang ajak saya sekali berkongsi pengalaman semasa sesi tersebut. Tiba-tiba main petik nama saya yer! Hu3.. Oleh sebab spontan dan tak dirancang, nak tak nak terpaksa lah juga saya kongsikan sedikit sejarah pembabitan sekolah kami dalam pertandingan Liga Remaja Kreatif sejak dari mula diperkenalkan pada tahun 2010 hingga lah sekarang.


pembentangan daripada kumpulan Sekolah Bestari Asia Pasifik


Selesai sesi perkongsian dari pasukan kami selama lebih kurang 20 minit, masa untuk pembentangan daripada kumpulan Sekolah Bestari Asia Pasifik. Pasukan mereka ini telah mendapat tempat ketiga pada Liga Remaja Kreatif 2013. Ketua kumpulan iaitu Iman, telah mengetuai pembentangan oleh kumpulan mereka. Disebabkan jarak yang dekat, maka kesemua ahli kumpulan merka dapat hadir. Lengkap pakai uniform sekolah lagi tu. Comey!


Pihak MCMC juga berbesar hati menyampaikan sedikit cenderamata penghargaan kepada semua pelajar yang membentangkan termasuk guru pengiring. Dapat powerbank MCMC yang eksklusif setiap sorang! Thank you MCMC...  ;)


KL Converge 2014 : Perkongsian Pemenang LRK2013


Selesai sesi pada jam 12.00 tengahari, kami semua dijemput ke bahagian pameran KL CONVERGE! di ruang utama. Sempat sekali lagi meninjau booth yang dibuka oleh delegasi dan syarikat daripada hampir seluruh negara Asia Tenggara. Kemudian terus menjamu selera di cafe yang berada di ruang yang sama.


Sudah tentu pengalaman ini adalah sangat mengujakan buat saya dan pelajar. Terlibat dan menjadi sebahagian daripada pengisian KL CONVERGE! InshaAllah ada masa dan peluang, kita akan jumpa lagi di masa akan datang.. ;)




Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wa, seronoknya dpt jalan2.happy sy tgk budak2 yg berinovatif mcm ni.mcm mana nk tanam minat mereka sedari kecil?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang diorang seronok sangat dapat jalan2 camnih...
      Tak perlu dari kecil, tapi bagi saya zaman remaja tu yang jadi penentu
      Sebab kadang2 minat kita boleh berubah.. ye dak?

      Padam