About Me

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Sarawak)

Semalam diadakan majlis penyampaian hadiah bagi Liga Remaja Kreatif 2014 untuk Zon Sarawak. Tak seperti bagi Zon Tengah yang menggabungkan majlis untuk 3 negeri, Zon Sarawak pula hanyalah kepada negeri Sarawak sahaja memandangkan keluasan dan faktor jarak negerinya. Maka 10 finalis Top 10 telah dihubungi dan dipanggil ke majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Hotel Hilton, Kuching.


majlis penyampaian hadiah bagi Liga Remaja Kreatif 2014 untuk Zon Sarawak


Penyertaan sekolah saya pada kali ini adalah sebanyak 2 penyertaan. Walaubagaimanapun hanya satu yang berjaya melayakkan diri ke peringkat 10 Terbaik bagi negeri Sarawak. Sebenarnya ada kecewa sikit sebab video yang lagi satu tak terpilih, tapi akhirnya kami redha dengan keputusan juri. Maka saya pun bertolak lah ke Kuching bersama-sama Charry Fressly, Esther Maxcuel, Lilian Tan dan Roderick Renggie.

Perjalanan saya dan pelajar dari Sibu ke Kuching adalah dengan menggunakan bas. Jarak Sibu dan Kuching memakan masa hampir 6 jam perjalanan. Bukan dekat. Tapi demi memastikan pelajar merasa pengalaman berada dalam majlis yang sebegini, maka digagahkan juga sekalipun perjalanan kami tidak ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolah. Sebahagian kos perjalanan adalah ditanggung oleh pelajar.


Charry Fressly, Esther Maxcuel, Lilian Tan dan Roderick Renggie.


Sebagai persiapan, sempat juga kami menganalisis pencapaian beberapa sekolah yang mungkin memberi saingan sengit kepada kami. Antara tips berguna bagi mengesan persediaan yang kami perlukan, dengan sebarang kemungkinan. Tidak terlalu berharap, dan tidak juga terlalu yakin.


Kami tiba di Kuching pada jam 5 pagi. Rakan baik saya, Cikgu Radzif yang juga merupakan guru di SMK St Joseph Kuching sudi menumpangkan kami rumahnya untuk kami melakukan sedikit persediaan sebelum bergerak ke venue. Malah dipinjamkan juga keretanya sebagai pengangkutan untuk kami ke Hotel Hilton tempat berlangsungnya majlis. Thank you friend!


Rakan baik saya, Cikgu Radzif yang juga merupakan guru di SMK St Joseph Kuching


Sampai di Hotel, kami antara pasukan yang tiba paling awal. Semangat giler kan?. Hu3.. Sengaja saya keluar lebih awal sebab taknak terperangkap dengan traffic jam orang nak gi bekerja. Sekali awal la pulak sampai.. He3.. Layan je.. ;)


Sempat juga berkenalan dengan Cikgu Wee dari SMK Bandar No.1 Kuching dan Cikgu Haizal dari SMK Song, yang saya sudah kenali semasa Mini Kem Kamera di sekolah saya. Maka makan pagi sambil menunggu pasukan dari sekolah lain datang. Ada juga khabar mengenai 2 buah sekolah yang tidak dapat menghadiri majlis penyampaian hadiah. Rugi nya.. 


Pada jam 9 pagi, maka bermula lah majlis. Debaran nya tetap sama! Saya yakin, mana-mana sekolah, baik pelajar dan guru akan berdebar menunggu keputusan diumumkan sebab masing-masing mengharapkan yang terbaik untuk pasukan mereka. Seboleh mungkin kita mengharapkan yang terbaik untuk video masing-masing.

Keputusan dimulakan dengan pengumuman saguhati. 7 penyertaan dengan hadiah Saguhati disebut satu persatu. Mereka adalah:


Saguhati
10.  SMK Baru Miri
Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Sarawak) SMK Baru Miri


09. SMK Pujut, Miri
Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Sarawak) SMK Pujut


08. SMK Song, Kapit
Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Sarawak) SMK Song


07. SMK Baru Miri
Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Sarawak) SMK Baru Miri


06. SMK Bandar Kuching No.1
Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Sarawak) SMK Bandar Kuching No.1


05. SMK Baru Miri
Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Sarawak) SMK Baru Miri


04. SMK Tatau, Bintulu
tidak menghadiri majlis



Ini bermakna juga penyertaan sekolah kami adalah antara 3 video terbaik dan terpilih sebagai antara pemenang utama. Bagi menambahkan lagi rasa saspen, MCMC menayangkan terlebih dahulu ketiga-tiga video Top 3, tanpa mengikut kedudukan.

Kali nih lagik ler berdebar. Rasa berdebar sampai nak menitik air mata sambil tengok video satu persatu. Aiseh.. feeling lebih plak.. He3.. 


Maka diumumkan lah pemenang tempat ketiga. Pemenang tempat ketiga adalah daripada SMK Lopeng Tengah, Miri. Tapi sayang, pasukan sekolah tersebut tidak dapat menyertai majlis disebabkan atas perkara tertentu. Mungkin masalah pengangkutan disebabkan lokasi majlis yang terlalu jauh.


Pemenang tempat ketiga adalah daripada SMK Lopeng Tengah, Miri


Majlis diteruskan dengan pengumuman pemenang tempat Kedua. Ini bermakna juga yang tidak diumumkan adalah merupakan Johan bagi negeri Sarawak. Maka dalam hati nih, tolong lah jangan disebut SMK.. Sebab satu lagi pasukan yang tinggal adalah daripada Kolej Vokasional Bintulu. 

Jika encik Emcee memulakan nama sekolah dengan sebutan SMK, dah pasti hancur luluh hati saya, mengenangkan nasib para pelajar saya...





Dan tempat kedua.. 






Jatuh kepada... 







KOLEJ VOKASIONAL BINTULU!

Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Sarawak) KOLEJ VOKASIONAL BINTULU!



Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah!


Itu saja yang saya dapat katakan. Ini bermakna, masih ada rezeki buat anak-anak murid saya pada kali ini untuk bergelar Johan Sarawak. Segala usaha dan penat lelah mereka memang berbaloi. Tak sia-sia juga pelaburan yang saya lakukan untuk mereka dalam mendidik dan membimbing mereka selama ini.


Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Sarawak) SMK Luar Bandar No.1 Sibu


Dengan kualiti pesaing dari sekolah lain yang semakin sengit, saya sangat bersyukur kerana pasukan sekolah saya sekali lagi dapat mempertahankan gelaran Juara bagi negeri Sarawak untuk kali ketiga!

Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Sarawak)


Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Sarawak)


Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Sarawak)


Seperti yang selalu saya pesan dengan para pelajar saya, tak susah untuk menjadi Johan Yang lebih susah adalah untuk mempertahankan Johan. Dan alhamdulillah, mereka berjaya membuktikan kepada saya yang mereka memang berkerja keras untuk mendapatkan ini. Tahniah untuk mereka sepasukan!


Keputusan Penuh bagi 3 Terbaik untuk negeri Sarawak adalah seperti berikut


Ketiga
SMK Lopeng Tengah, Miri

Naib Johan
KV Bintulu

Johan
SMK Luar Bandar No.1 Sibu


Dengan ini juga, bermakna pasukan sekolah saya sekali lagi akan mewakili negeri Sarawak untuk pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 peringkat Kebangsaan nanti yang dijangka akan dilangsungkan pada penghujung Oktober ini. Doakan yang terbaik untuk pasukan kami yer! 


Johan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Sarawak)


Semoga dapat mengulangi kejayaan yang sama macam tahun lepas. Amin!

Sebelum balik, sempat juga kami beramah mesra dengan beberapa pelajar dan guru-guru daripada sekolah lain yang juga berkongsi minat yang sama. Memang menyeronokkan bila dapat jumpa geng yang sama kepala. 


Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Sarawak)


Di majlis ini juga saya berpeluang berjumpa dengan pelajar-pelajar SMK Baru Miri. Dua orang daripada mereka, Abdulllah Nurdin dan juga Nicole Charles boleh dikatakan selalu berhubung dengan saya melalui Facebook sejak mereka mula mengenali saya pada tahun lepas. 


bersama pelajar SMK Baru Miri


Ini kali kedua penyertaan mereka dalam Liga Remaja Kreatif. Kali pertama, video mereka gagal masuk Top 10 Sarawak. Tapi untuk tahun nih, ketiga-tiga video mereka layak ke Top 10 Sarawak! Hebat kan?. 

Walaupun ketiga-tiganya hanya mendapat Saguhati, namun Tahniah saya ucapkan buat usaha mereka dalam mempelajari kemahiran dan ilmu video ini dengan bersungguh-sungguh. Teknik dan video mereka juga semakin bagus. Ada harapan untuk menyerlah jika terus digilap dan dilatih dari masa ke semasa. 

Mereka juga tak pernah berhenti untuk meminta nasihat dan tunjuk ajar walaupun saya dah tengok tahap video mereka semakin baik. Terus menunduk, menadah ilmu. Memang terhormat. Semangat ini yang kita nak!


Jangan pula jadi seperti sebahagian pelajar yang saya kenali. Bila dah tak menang, banyak pula pihak yang mereka persalahkan. Sehinggakan ada yang sanggup memberi komen Juri LRK ini tak adil dalam laman web MCMC dan PM pada tahun lepas. Terkejutkan?. Jangan risau, saya masih simpan printscreen komen tersebut.. ;)


Tapi, pelajar yang macam kat atas tak ramai. Yang ramai saya jumpa, adalah peserta yang memang tekun dan redha dengan menang kalah adat pertandingan, macam saudara Adib Yusof. Walaupun tak pernah jumpa, tapi saya yakin Adib nih boleh pergi lebih jauh lagi dalam bidang yang dia nak ceburi. Cikgu support kamu Adib! ;)


Ok. So untuk anda semua, teruskan mengikuti perjalanan team kami ke peringkat Kebangsaan nanti. Doakan juga kejayaan terbaik buat pasukan kami. Saya percaya setiap usaha keras, pasti ada ganjaran yang setimpal. Ye dak?

Untuk zon lain yang belum buat majlis penyampaian hadiah, saya ucapkan Selamat Berjaya!

Amin!





Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Pelajar harus faham dalam penjurian LRK ada banyak aspek di ambil kira contohnya ketepatan tema & pengisian. 'Kegempakan' video sahaja tak cukup untuk membolehkan pelajar mendapat tempat. Jumpa kita di KL cikgu Hailmi..Anak-anak murid saya tak sabar nak jumpa cikgu-cikgu & pelajar-pelajar hebat di sana nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. setuju dengan pendapat cikgu.. InshaAllah ada rezeki kita jumpa nanti di sana

      Padam