About Me

Tips dan Panduan Lengkap Tugasan Sejarah PT3 2014

Oleh sebab terlalu ramai para pelajar yang meminta saya untuk mengkongsikan beberapa tips bagi menyiapkan tugasan Sejarah PT3 2014, maka saya sediakan artikel khas ini untuk memudahkan para pelajar tingkatan 3 tahun. Bahan dan tips ini diambil daripada blog Cikgu Razak, serta dipermudahkan lagi bagi membantu pelajar untuk mengikut langkah demi langkah. Semoga berjaya!

Tips Menyiapkan Tugasan Sejarah PT3 2014 HOT!

 

LANGKAH 1 : MEMAHAMI TUGASAN

1. Format instrumen pelbagai  - tahun ini - kajian kes
2. Panjang tugasan – 300 patah perkataan sahaja ( boleh lebih sedikit )
3. Tugasan ditulis oleh pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ( tidak dibawa balik ke rumah )
4. Tugasan dilakukan oleh pelajar selepas bimbingan guru
5. Tugasan diselesaikan dalam 6 waktu pengajaran dan pembelajaran
6. Buat satu tugasan sahaja
7. Penilaian dibuat secara individu
8. Tugasan dilakukan di sekolah sahaja
9. Isu – pelajar tidak hadir – masih tertakluk pada tarikh penghantaran
10. Tajuk/ isi huraian  penulisan pelajar – biasanya lebih kurang sama
11. Tugasan tidak boleh dilakukan di rumah/ disediakan terlebih dahulu
12. markah dimasukkan dalam pelaporan PT3
13. Tiada proses  semak semula untuk tugasan kajian kes ini.



LANGKAH 2 : MENYEDIAKAN SENARAI SEMAK

· Objektif kajian 

Mengenalpasti isu-isu perpaduan kaum secara umum
Mengenalpasti kepentingan perpaduan kaum kepada negara ini
Menghuraikan cabaran dan kekangan dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum di negara ini
Menyenaraikan langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia 

· Menetapkan kaedah kajian 

Membaca akhbar tempatan
Merujuk buku teks atau rujukan
Melayari internet berkaitan dengan isu perpaduan

· Menetapkan tajuk – perpaduan kaum di Malaysia

· Menyediakan kerangka kasar penulisan

Kerangka awal

Tajuk rencana
Nama penulis
Isi kandungan
Pengenalan isu perpaduan secara umum

Kepentingan perpaduan kaum

Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum

Cabaran mengekalkan perpaduan kaum

Langkah untuk mengekalkan dan menetapkan perpaduan kaum di Malaysia

Membuat rumusan

Meletakkan rujukan

Tarikh
Huraian

Mendengar taklimat daripada guru

Membuat rujukan lanjut ke laman web kementerian Pendidikan/ LPM

Bertanya guru untuk mengenalpasti tugasan

Menentukan tajuk tugasan

Membuat kajian perpustakaan

Membuat kajian internet

Membuat kerangka kasar

Merujuk guru tentang huraian tugasan

Membuat draf akhir

Menulis rencana ikut format

Menyemak tugasan

Menghantar laporan



LANGKAH 3 : MEMBUAT DRAF AWAL

1. Tajuk rencana (contoh -  Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada petikan di atas dianggap betul  contohnya  Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguh bercerai roboh , perpaduan rakyat di negara ini, dll )

2. Nama penulis – Nama kita

3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum  ( cadangan )

·         Dasar pecah dan perintah British
·         Sistem pendidikan zaman British
·         Pendudukan Jepun
·         Peristiwa 13 Mei
·         Isu agama dan budaya- trend terkini

(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )

·         mewujudkan masyarakat harmoni dan aman
·         memelihara kedaulatan Negara
·         mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme
·         meningkatkan imej Negara di mata dunia
·         membangunkan ekonomi negara
·         mengekalkan kestabilan politik
·         membina masyarakat yang saling menghormati

(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan )

·         Peristiwa 13 mei
·         Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular
·         Penubuhan parti politik
·         Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan
·         Dasar pebdidikan kebangsaan

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )

·         kewujudan pelbagai aliran sekolah
·         parti politik berasaskan kaum
·         kesan dasar penjajahan british
·         Sikap individulistik dalam masyarakat
·         Penyalahgunaan media sosial – menimbulkan isu sensitif
·         Campurtangan kuasa luar

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia               ( cadangan )

·         Kempen kerajaan
·         Program RIMUP
·         Gotong royong
·         Rumah terbuka
·         Sambutan perayaan
·         Program sukan
·         Slogan I Malaysia
·         Aktiviti kokurikulum

(f) Membuat rumusan ( cadangan )

Pengetahuan 
·         Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
·         Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........
·         Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

Iktibar
·         Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan ( saya berharap agar )
·         Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan
·         Tidak terpengaruh dengan anasir luar
·         Menghargai jasa tokoh

 (g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/
a. Buku
Lofti Ismail,1988.Sejarah Malaysia 1400 - 1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee,1967.From Malayan Union to SingaporeSeparation: Political Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur:Universiti Malaya Press.

b. Jurnal
Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara”
dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah . Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin,1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”,dalam JSEAH.Vol 1.Mac 1960.

c. Ensiklopedia
Tajuk, jilid dan tahun.

d. Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.

e. Orang Sumber
 Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman  Beringin 52000 Kuala Lumpur.

Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman
Sri Gombak,68100 Selangor.

f. Melawat Tempat Kajian
·        Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato’ Onn, Pusat
Dagangan DuniaPutra,45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
·        Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur.
·        Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah.
·        Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri, Sarawak.


g. VCD
Tajuk program, terbitan.

h. Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

i. Televisyen
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

j.Majalah
Nama majalah, tarikh, tahun.

k. Sumber lain :
Jenis sumber, alamat/punca sumber.
Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm
 


Kredit : http://cikgurazak.blogspot.com/


Catat Ulasan

71 Ulasan

  1. geografi ada tips//

    BalasPadam
  2. thankzzzzzz.it may helpful 4 me

    BalasPadam
  3. Thanks, CikguHailmi. Ianya amat membantu. Kepala Iqmal dah serabut memikirkan macam mana nk buat Sejarah ni :'(

    BalasPadam
  4. tq for tips yg cikgu bagi..x de la kite org susah sgt nk wt keja nie..

    BalasPadam
  5. Moga panduan-panduan ini bermanfaat untuk semua calon PT3.

    BalasPadam
  6. thanks yeahhh! even cikgu dah bagi benda ni dkt sekolah..

    BalasPadam
  7. Thanks for sharing =)

    BalasPadam
  8. Thanks CIKGU .. semoga cikgu dilimpahi rahmat

    BalasPadam
  9. terima kasih utk panduan ini. amat membantu saya dlm menyiapkan tugasan pt3 sejarah ini. moga dibalas jasa oleh Allah. amin.

    BalasPadam
  10. Thank you so much

    BalasPadam
  11. ada tips dan panduan untuk geografi tak ?

    BalasPadam
  12. sangaaaaat membantu untuk first batch pt3 yg dh nk pecah kepala ni

    BalasPadam
  13. terima kasih banyak cikgu. very useful! tengok je terus dapat idea. alhamdulillah. thank u again & again

    BalasPadam
  14. Terima kasih cikgu untuk geografi ada jugak tak?

    BalasPadam
  15. thanks for this..this gave me good info.

    BalasPadam
  16. hahaha cikgu mekasih,saya dari Sekolah Tinggi Muar... mengucapkan salam terima kasih daripada saya dan kawan-kawan

    BalasPadam
  17. terima kasih cikgu ,isi ini sangat membantu untuk saya dan semua 1 batch

    BalasPadam
  18. nak tanya, kaedah kajian dengan objektif kajian ni kene dlm bentuk 3 perenggan ke?

    BalasPadam
  19. Tq cikgu for sharing

    BalasPadam
  20. CIKGU . MOGA DIRAHMATI ALLAH . SANGAT FAHAM KAMI , TERIMA KASIH .

    BalasPadam
  21. Cikgu, pelajar kena hafal utk sumber rujukan tu...

    BalasPadam
  22. CIKGU JASAMU AKAN KU KENANG SELALU . HEHEHEHE

    BalasPadam
  23. Senang sikit kalau ada rujukan mcm ni.

    BalasPadam
  24. Tq..hrp bleh bat..

    BalasPadam
  25. bodohlah kerja cam ni,susah btol,menyusahkan org lain,lebih baik buat peperiksaan!

    BalasPadam
  26. thank you cikgu! sangat berguna untuk nak buat kerja gila ni.. bersyukur sangat sangat saya jumpa blog cikgu dari last year...

    BalasPadam
  27. a lot of thanks to cikgu hailmi because share and give so many tips?

    BalasPadam
  28. tolongla jangan guna vulgar words kat sini. ni blog seorang cikgu for gods sake.. tq cikgu benda ni sangat berguna untuk reference. kitorang sebenarnya dah tak boleh dah ni haih apa lah nasib malang sangat batch kami ni

    BalasPadam
  29. cg tips untuk geografi ade tak btw thanks sangat2 cg mempermudahkan kerja kitorg untuk pt3 ni apalagi yang sekolah swasta haish

    BalasPadam
  30. Thank you very much for helping us :) Ckg kat sekolah pun tak bagi penerangan macam ni biarpun tak details tapi sgt berguna. Ada rujukan ni, at least boleh la jadikan panduan sikit2 untuk susun isi semua tu :) tqvm.

    BalasPadam
  31. Cuba jelaskan dengan lebih teliti berserta contoh

    BalasPadam
  32. Terima kasih! Alhamdulillah mudah sikit nak buat sejarah ni..

    BalasPadam
  33. terima kasihlah cikgu

    BalasPadam
  34. Cikgu saya ade satu soalan..kerangka kasar penulisan tu kene buat isi yg kite dh cari je kan..contoh nye cabaran untk mengekalkan perpaduan kaum tu..isinye Campur tgn kuasa luar lps tu huraian dn conth nye sikit kn cikgu??????

    BalasPadam
  35. Alhamdulillah ..sngat mmbantuu

    BalasPadam
  36. terima kasih cikgu

    BalasPadam
  37. tak faham.. arhh stress.. rasa nak hentuk je kepala kt dinding sbb pt3 segala kejadah ni --'

    BalasPadam
  38. jem otok staro nim gaxp

    BalasPadam
  39. tima kasih cikgu, dptlah jgk idea

    BalasPadam
  40. Ya Allah terima kasih cikgu semoga kerja cikgu dipersenangkan lagi :)

    BalasPadam
  41. semoga allah membalas jasa cikgu

    BalasPadam
  42. jawapan mana???? asyik soalan je!!!

    BalasPadam
  43. assalamualaikum ckg. saya nak tanya, draf awal dan draf akhir tu mcm mna ? kerangka kasar dan kerangka awal tu mcm mna ? perlu tak buat senarai kandungan sebelum mulakan onjektif kajian dan seterusnya. tq

    BalasPadam
  44. Great! Thanks a lot!

    BalasPadam
  45. Thanks Cikgu :) Kalau tak pasal cikgu, saya tak boleh nak buat xDD Tak tau langsung macam mana nak buat. Sekali lagi TERIMA KASIH CIKGU !

    BalasPadam
  46. Thank for your information

    BalasPadam
  47. Thanks .. Terbaik Lah cg ..

    BalasPadam
  48. thank you sir..for sharing with we all students form3 2014....i'm grateful to Sir.Hailmi...sweet^_^

    BalasPadam
  49. thank you cikgu.amat membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.

    BalasPadam
  50. thank you so much

    BalasPadam
  51. thank you cikgu

    BalasPadam
  52. ade dahjjal di sini tolong halau die cikgu

    BalasPadam