About Me

Ringkasan 3 Penambahbaikan Dalam PBS

Umum sudah mengetahui mengenai penambahbaikan yang dilakukan kepada PBS sejak akhir Mac lalu. Penambahbaikan dalam PBS ini mengambilkira beberapa komen dan cadangan yang dikemukakan oleh persatuan guru dan juga ahli akademik lain. Saya kongsikan 3 Penambahbaikan Dalam PBS dan Perbezaannya dengan PBS yang dahulu.

Ringkasan 3 Penambahbaikan Dalam PBS


Penambahbaikan 1 : DSP ditukarkan sebagai PPPM
Masalah : 
1. Dokumen Standard Prestasi dikatakan terlalu rigid dan terikat. 
2. Guru perlu mentaksir mengikut pernyataan evidens
3. Guru terbeban kerana terpaksa mentaksir menggunakan kertas soalan bagi setiap pernyataan evidens.

Penyelesaian : 
1. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid lebih fleksibel.
2. PPPM lebih membantu guru memberi fokus lebih kepada pdp. 
3. Pernyataan evidens ditiadakan supaya guru tidak terikat dengan pernyataan evidens. 
4. Fail Perkembangan Murid, Fail Showcase dan Rekod Transit juga ditiadakan.


Penambahbaikan 2 : SPPBS direkodkan Secara Offline
Masalah : 
1. Masalah capaian yang perlahan
2. Rekabentuk sistem kurang mesra pengguna
3. Kemudahan dan prasarana belum lengkap

Penyelesaian : 
1. Rekod secara offline dan bebas mengikut kesesuaian masa guru
2. Menyediakan pelaporan perkembangan pembelajaran murid untuk makluman ibubapa
3. Tiada masalah untuk akses internet lagi.


Penambahbaikan 3 : PMR digantikan dengan PT3
Masalah :
1. PMR ialah peperiksaan berpusat
2. PMR dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Peperiksaan

Penyelesaian :
1. PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) menggantikan PMR
2. Bukan peperiksaan berpusat
3. Sekolah bertanggungjawab mentadbir, mentaksir, memberi skor dan mengeluarkan pelaporan





Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Thanks for sharing, buddy! I didn't have time to look into it myself.

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome.. ha3.. too busy for your 'girlfriend' ar?.. ;)

      Padam
  2. harap2 selesai semua misteri pasal PBS tu sebelum masuk penggal kedua.
    kesian bebudaK tak tahu hala tuju ke mana. cikgu nak explain pun x konfiden asyik tukar je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. INshaAllah, mudah2an.. semoga yang terbaik untuk semua

      Padam