About Me

Penyerapan Glukosa Melalui Usus Kecil [video]

Eksperimen ini dijalankan bagi melihat sama ada glukosa boleh diserap atau pun tidak melalui usus kecil semasa proses pencernaan berlaku. Jadi dua bahan diuji, kanji (bahan asal glukosa) dan juga glukosa (bahan yang lebih ringkas). Jom tonton video penyerapan glukosa melalui usus kecil di bawah.





Eksperimennya tak susah.

Sediakan dua Tiub Visking yang berisi glukosa dan kanji setiap satu. Kemudiannya simpan dalam satu bekas berisi air suling untuk semalaman. Selepas itu, uji air suling tersebut sama ada mengandungi glukosa atau pun kanji.

Bagi menguji kanji, kita gunakan larutan Iodin. Sekiranya larutan bertukar menjadi biru kehitaman, bermaksud larutan tersebut mengandungi kanji.

Bagi menguji kehadiran glukosa pula, kita gunakan Ujian Benedict. Sekiranya larutan bertukar menjadi mendakan merah bata, bermaksud larutan mengandungi glukosa.

VIdeo Eksperimen Penyerapan Glukosa Melalui Usus Kecil

Jadi, bagaimana dengan hasil akhir bagi eksperimen kita ini?.

Bagi ujian Iodin, air suling yang dicampur dengan iodin tidak berubah warna. Maka ini menunjukkan air suling tersebut tidak mengandungi kanji.

Walau bagaimana pun, bagi Ujian Benedict, kita akan mendapat mendakan merah bata yang membuktikan bahawa air suling tersebut mengandungi glukosa.


Kenapa Begitu?

Ini kerana saiz molekul glukosa adalah lebih kecil berbanding kanji. Maka glukosa akan dapat keluar melalui Tiub Visking. 

Saiz molekul glukosa lebih kecil berbanding saiz molekul kanji

Kesimpulannya, usus kecil kita dapat menyerap glukosa, tetapi tidak dapat menyerap kanji.

Terima kasih juga buat pelajar-pelajar saya yang telah menjayakan video ini. Mereka ialah Sebastian, Adrienny dan juga Joedexpher. Selamat menonton yer!


Catat Ulasan

3 Ulasan