.

.

KARTiKEL

Jumaat, 7 Februari 2014

Pelancaran Buku Teks Digital

Kementerian Pendidikan hari ini memperkenalkan buku teks versi digital yang boleh diakses secara dalam talian sebagai alternatif kepada buku teks bercetak.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata penggunaan buku teks digital itu yang mengandungi teks, grafik serta ciri flip (selak helaian) akan dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah di seluruh negara mulai tahun ini. 


Pelancaran Buku Teks Digital
"Ini adalah proses pembangunan dan peningkatan sistem pendidikan bagi pastikan kita mencapai tahap yang baik dalam dunia. Kita adalah antara satu per empat negara yang terawal di dunia yang melaksanakan perkara ini.

"Kita memberi penekanan kepada pembelajaran kendiri di mana pelajar boleh merujuk buku teks digital ini pada bila-bila masa dan di mana-mana mengikut tahap kemampuan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku teks digital di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam gelombang pertama (2013-2015), kementerian memuat naik 313 judul buku teks yang boleh diakses secara percuma melalui portal 1BestariNet menggunakan ID yang telah dibekalkan kepada semua guru dan murid.

Bagaimanapun, kata Idris, penggunaan buku teks bercetak masih dikekalkan buat masa ini.

Pendigitalan buku teks dilakukan dalam tiga gelombang seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula tahun 2013 hingga 2025.
Bagi gelombang kedua (2016-2020), kementerian merancang untuk menghasilkan buku teks dalam bentuk interaktif bagi mata pelajaran terpilih, yang mengandungi elemen teks, grafik, audio, video dan animasi untuk membantu pemahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran. 





Pelancaran Buku Teks Digital


Gelombang ketiga (2021-2025) pula bakal menyaksikan penerbitan buku teks digital bagi semua mata pelajaran termasuk bagi murid berkeperluan khas.

Idris berkata, pelajar juga dibenarkan membawa peranti masing-masing (tablet, iPad) ke sekolah bagi tujuan mengakses buku teks digital untuk menggantikan buku teks bercetak.

BERNAMA

10 ulasan:

  1. Tiada lagi alasan pelajar tak bawa buku teks, tak buat homework sebab buku teks tertinggal di sekolah... dll. Walaubagaimanapun saya harap pelaksanaan Buku Teks Digital ni dirancang dengan rapi dan menyeluruh. Contohnya janganlah hanya dimanfaatkan kepada pelajar kwsn bandar shj tetapi termasuk pelajar di luar bandar pun dpt manfaatnya. Pengetahuan ICT pelajar pun kena mantap. Yang saya bimbang hanya satu, terhapusnya minat pelajar dan generasi muda terhadap membaca buku...

    BalasPadam
  2. InshaAllah.. semoga perkara ini memudahkan pelajar luar bandar dan pelajar bandar... pendek kata bila hal yang berkaitan dengan teknologi, pelajar luar bandar lah yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu berbanding pelajar bandar..

    BalasPadam
  3. Cikgu Hailmi boleh tolong semah kesahihan berita yg beberapa kumpulan penjawat awam termasuk guru akan naik sebanyak 2 kali kenaikan gaji. Di blog2 ada yg keluarkan berita ni. Sy semak di laman jpa.gov pun ada. Tapi mungkin sy yg kurang faham. Minta pencerahan dan kalau ada kawan2 yg boleh kongsi.

    BalasPadam
  4. memang bagus nih. gua suka benda ni.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,,
    saya SANGATLAH BERSETUJU DENGAN PERKARA INI BERBANDING DENGAN PBS YANG MEMBEBANKAN!!!!!
    Tapi!!!! benda tiada efek sampingan ker???

    walau bagaimanapun,, semua perkara mesti ada pros and kontra so ad bek n buruk .... hopefully bgus lah benda nie.. =D

    BalasPadam
  6. assalamualikum cikgu.
    saya nak bertanyakan soalan, apakah pandangan cikgu berkenaan dengan buku teks versi digital ni? adakah ianya mampu utk memberi impak positif kepada pembelajaran murid?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Mahyudin..
      Untuk soalan ini, saya rasa bergantung kepada banyak perkara.. teknologi yang digunakan, bahan multimedia yang dimasukkan dalam buku teks digital tersebut dan kesediaan pelajar dan guru menggunakan buku teks digital tersebut. Jika kena pada caranya, boleh beri impak positif.. Tapi kalau tak kena, memang akan menjadi seperti projek2 lain yang terbengkalai.. sekadar pandangan

      Padam
  7. oh. terima kasih cikgu atas pandangan yang diberikan.

    BalasPadam
  8. I used to be able to find good info from your articles.


    My blog ... how to meet someone ()

    BalasPadam