.

.

KARTiKEL

Ahad, 5 Januari 2014

Program Realiti TV di Planet Marikh?

The Hague: Seramai 1,085 daripada 200,000 pemohon sudah terpilih berlatih bagi misi tinggal di planet Marikh dengan sebahagian kos dibiayai sebuah rancangan realiti televisyen selepas mereka selesai menjalani latihan dan persiapan lain. Bilangan itu akan dikurangkan kepada 24 orang yang akan dihantar melalui enam pelancaran bermula 2024, kata Mars One, sebuah organisasi sukarela Belanda yang terbabit dalam misi berani itu. 


Peserta juga perlu menerima bahawa perjalanan ke Planet Merah itu yang jaraknya 55 juta kilometer - atau enam bulan perjalanan dari Bumi, adalah sehala. Kos terlalu tinggi untuk menampung perjalanan pergi balik semua mereka.

Mars One berkata, seramai 1,085 terpilih untuk ke Marikh dari 140 negara itu sudah dimaklumkan pada 30 Disember lalu.

“Mereka dimaklumkan sebagai antara yang bertuah memenuhi kriteria termasuk bersemangat waja, memiliki pertimbangan yang baik, bijak, bebas dadah dan penyakit serta berbahasa Inggeris untuk menjadi perintis ke planet itu.
“Cabaran permohonan 200,000 orang ialah mengasingkan mereka yang merasa kuat fizikal dan mental untuk menjadi duta manusia ke Marikh berbanding mereka yang jelas tidak menunjukkan sikap serius dalam misi ini.
“Ada beberapa pemohon yang menghantar video mereka dalam keadaan bogel,” kata pengasas bersama pertubuhan itu, Bas Landsdorp.

Ketua pegawai perubatan kumpulan, Norbert Kraft berkata calon kini akan dipanggil untuk menjalani simulasi ketat, kebanyakan secara berkumpulan dengan memberi fokus terhadap ujian keupayaan fizikal dan emosi mereka selama dua tahun.


Calon akan dikurangkan mengikut beberapa fasa bermula tahun ini. Mars One berkata, proses berkenaan ada kaitan dengan rundingan bersama syarikat media membabitkan hak penyiaran televisyen.


Bulan lalu, penganjur mengumumkan mereka menandatangani kontrak berjumlah AS$250,000 (RM823,310) dengan firma Amerika Syarikat, Lockheed Martin Space System, untuk membina konsep modul pendaratan yang akan dihantar dalam satu ujian penerbangan tanpa penumpang pada 2018.


Ia berharap untuk menambahkan lebih ramai penaja dan rakan kongsi untuk membantu membiayai kos keseluruhan projek bernilai AS$6 bilion (RM19.76 bilion). - AFP 


Sumber

3 ulasan:

  1. pehh..biar betul diorang nih.

    BalasPadam
  2. hak3.. memang betul! tapi kos ditanggung hanya perjalanan pergi saja.. balik xdek

    BalasPadam
    Balasan
    1. habis tu nk balik cam ne??

      Padam