.

.

KARTiKEL

Rabu, 15 Januari 2014

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Dah Masuk

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia telah pun dikreditkan ke akaun sekolah masing-masing. Pihak pentadbiran sekolah boleh buat semakan kepada akaun sekolah. KPM telah memaklumkan perkara tersebut melalui pengumuman di laman webnya yang bertarikh 14 Januari 2014. 

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Dah Masuk

Diharapkan ibu bapa juga bersedia untuk dipanggil oleh pihak sekolah pada bila-bila masa bagi menerima wang bantuan tersebut. Bagi sesetengah sekolah, mungkin akan diadakan majlis khas, seperti sekolah saya pada tahun lepas. 

Sekalipun nilai wang tersebut agak kecil bagi sesetengah orang, namun bagi golongan yang kurang berkemampuan, wang RM100 tersebut dapat digunakan bagi banyak keperluan.

Gunakan lah bagi tujuan kebajikan dan untuk pendidikan anak-anak. InshaAllah satu pelaburan jangka masa panjang yang akan menyenangkan suatu hari nanti. Semoga semua beroleh manfaat.


3 ulasan:

  1. Alhamdulillah...boleh la byr yuran PIBG yg bertingkek2 or tambah buku2 rujukan utk anak2 nak exam nnt

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..kurang sikit beban diorsng

    BalasPadam
  3. alhamdulillah terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam