.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Selasa, 31 Disember 2013

Permohonan Skim Biasiswa Sukan 2014

Permohonan Skim Biasiswa Sukan (SBS) 2014

02 January 2014
Borang Permohonan SKIM BIASISWA SUKAN KPM 2014

Permohonan Skim Biasiswa Sukan 2014

Dimaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa Sukan (BS) 2014 kini telah dibuka. Sila muat turun borang dan panduan permohonan yang dilampirkan untuk edaran. 
 
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing setelah mendapat pengesahan pengetua pada atau sebelum 30 April 2014 untuk tindakan selanjutnya.
 
 

Sabtu, 28 Disember 2013

PBS Sains Tingkatan 3 : Senarai Tugasan Band 6

Bagi memudahkan urusan adik-adik pelajar menyiapkan tugasan PBS Sains Tingkatan 3, terutamanya bagi Band 6, maka saya kumpulkan kesemua tajuk di sini. Ada 9 tugasan Band 6 yang perlu disiapkan untuk tingkatan 3. Entri ini lengkap dengan soalan dan juga senarai semak bagi membantu adik-adik pelajar memahami kehendak tugasan dan juga lengkap beserta contoh. Semoga menjadi panduan yang berguna dan dimanfaatkan oleh kita bersama. Sila SHARE dengan kawan-kawan lain juga ya! Rujuk juga dari masa ke semasa bagi update terkini.. ;)


PBS Sains Tingkatan 3 : Senarai Tugasan Band 6

B6D1E1


B6D2E1
Pembentangan hasil buku skrap dalam pelbagai bentuk persembahan bertajuk “Kepentingan sistem respirasi yang sihat”:


B6D3E1
Pembentangan hasil penulisan artikel dalam pelbagai bentuk persembahan mengenai:


B6D4E1
Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan mengenai:


B6D5E1
Memberi ceramah atau membahaskan mengenai:


B6D6E1
Membuat pembentangan risalah yang dihasilkan mengenai PETROSAINS/ Planetarium/ Pusat Sains Negara/ Loji Penapisan Minyak

atau

Membuat pembentangan risalah yang dihasilkan mengenai
 Sifat dan kegunaan pelbagai pecahan petroleum.
 Sumbangan petroleum dan gas asli kepada pembangunan ekonomi negara; dan
 Penggunaan yang cekap petroleum dan sumber bahan api semula jadi yang lain 


B6D7E1
Mereka cipta peralatan menggunakan tenaga alternatif 


B6D8E1
Memberi ceramah mengenai:
 langkah keselamatan yang perlu diambil apabila menggunakan elektrik.
 memerihal langkah yang perlu diambil apabila berlakunya kemalangan yang melibatkan elektrik,
 mewajarkan keperluan adanya langkah-langkah keselamatan dan ciri-ciri keselamatan di rumah bagi mengelakkan kemalangan elektrik

atau 

Memberi ceramah mengenai:
 Aktiviti yang menyebabkan pembaziran elektrik.
 Memerihal cara memulihara elektrik.
 meramal masalah yang akan dihadapi oleh negara jika berlakunya kekurangan elektrik. 


B6D9E1
keunikan, ketertiban, keindahan dan keharmonian alam semesta sebagai satu tanda keagungan Tuhan 

Jumaat, 27 Disember 2013

9 Jenis Masalah Pembelajaran Kanak-Kanak

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:
1. kebolehan kognitif
2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan
4. penguasaan membaca
5. kemahiran perkembangan (developmental skills)
6. kemahiran matematik


9 Jenis Masalah Pembelajaran Kanak-Kanak


CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:


a. Ciri-ciri fizikal
Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.


b. Ciri-ciri intelek
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.


c. Ciri-ciri sosial dan peribadi
Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.



JENIS-JENIS MASALAH PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
Terencat Akal (kategori ringan) 

 
Disleksia, Diskalkulia, Disgraphia

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

 
Autisme
Bermasalah komunikasi
Sukakan rutin
Berada di dunia sendiri
Ekolalia
Cederakan diri sendiri
Kompulsif tanpa tahu kesan
Tidak suka bergaul
Tidak ada tentangan mata
Kerencatan bahasa
Masalah kefahaman
Tidak suka disentuh
Bermasalah interaksi sosial
Pergerakan berulang-ulang



Palsi Serebrum
Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan
Masalah pergerakan
Masalah postur
Kekejangan
Pergerakan tidak terkawal
Masalah imbangan badan
Masalah komunikasi
Masalah motor halus/kasar
Masalah tulisan
Masalah perkembangan motor halus/kasar

Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa

Kecelaruan pertuturan
Kecelaruan bahasa
Kecelaruan suara
Masalah artikulasi
Masalah kelancaran



Sindrome Down



Gangguan Penumpuan ADHD
Lambat menyiapkan tugasan
Mudah terganggu
Masalah kosentrasi
Masalah mengurus tugasan
Cepat lupa
Impulsif
Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu
Memerlukan pengawasan yang lebih
Masalah menunggu giliran



Hiper Aktif
Tidak boleh duduk diam
Impulsif
Tumpuan perhatian singkat
Suka ganggu orang lain
Bermasalah Pembelajaran



Pintar cerdas dan Berbakat
Keupayaan umum yang istimewa
Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi
Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi
Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran
Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan



Sumber

Khamis, 26 Disember 2013

Survey Menteri Pendidikan II : Menangi 10 iPad dan Sesi Minum Petang Bersama!

Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh melalui laman facebook nya telah melancarkan satu survey pendidikan bagi mendapatkan pendapat dan pandangan guru-guru mengenai sistem pendidikan Malaysia dan cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan.

Survey Menteri Pendidikan II : Jom Menangi 10 iPad dan Sesi Minum Petang Bersama

Satu usaha yang sangat baik, kerana interaksi melalui dunia digital ini ternyata akan dapat merapatkan jurang antara pemimpin utama dengan golongan pelaksana. Pasti ada banyak idea dan cadangan yang boleh diutarakan oleh rakan guru yang merupakan pemerhati paling hampir dengan dunia pendidikan!

Lebih menarik, apabila survey pendidikan ini juga menawarkan hadiah bagi penyertaan terbaik! Hadiah berupa 10 buah Apple iPad dan juga sesi minum petang bersama Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh sendiri.. Best kan?


Kaji Selidik Interaksi Guru - YB Menteri Pendidikan II 2014

* Sepuluh penyertaan terbaik berpeluang untuk memenangi 10 buah Apple iPad dan sesi minum petang bersama saya.

Semua pandangan dan cadangan dalam penyertaan ini akan disampaikan secara langsung kepada saya.

Tarikh tutup pada 29 Disember 2013.

Sertai sekarang, klik sini --> http://goo.gl/1HvAve


Namun paling utama, bukanlah hadiah yang menjadi rebutan rakan guru, tetapi sebaliknya peluang untuk menyuarakan pandangan dan pendapat apa yang boleh dan perlu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merangka dasar-dasar baru. 

Semoga dengan pelaksanaan survey pendidikan melalui laman sosial sebegini mampu merapatkan jurang dalam keluarga pendidikan, sekaligus membolehkan suara golongan pelaksana dapat didengar terus oleh pucuk pimpinan.

Bagi yang belum sertai, boleh terus berbuat demikian sekarang, sebab tarikh tutup pun dah hampir habis, iaitu pada 29 Disember 2013. Cepat!!

Owh ya. Survey pendidikan ini hanya terbuka kepada guru-guru sahaja. Anda hanya perlu LIKE laman sosial Dato' Seri Idris Jusoh dan terus ke bahagian survey tersebut. Nyatakan permasalahan dan cadangan anda, serta lengkapkan sedikit maklumat perkhidmatan anda. Selamat berjaya yer!
 

Rabu, 25 Disember 2013

PPMR Ganti PMR, Bukan PBSMR

PPMR atau pun Penilaian Pentaksiran Menengah Rendah dikatakan akan menggantikan PMR. Dan bukannya PBSMR seperti yang dicanangkan pada awalnya. Kontroversi peperiksaan yang bakal menggantikan PMR bermula tahun depan ini berlanjutan dengan tiada mana-mana pihak yang berani tampil untuk memberi keterangan yang lebih jelas.

PPMR Ganti PMR, Bukan PBSMR

Kronologinya pada bulan Oktober lalu, KPM dilaporkan akan memansuhkan PMR dan menggantikan dengan peperiksaan baru iaitu PBSMR (Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah). Sumber

Maklumat yang diterima oleh para guru juga adalah mengenai kewujudan PBSMR dan sangat terhad. Gambaran awal yang kurang jelas diberikan hanya secara umum. Sebagai contohnya, peperiksaan terbahagi kepada 3 jenis instrumen pengujian seperti Ujian bertulis dan lisan bagi subjek bahasa, Ujian bertulis bagi subjek Sains dan Matematik dan pelbagai istrumen bagi subjek lain.

Pengumuman ini tentulah memberi respon berbeza yang turut meresahkan ibubapa, pelajar dan golongan pelaksana iaitu guru. Banyak perkara yang perlu dijelaskan oleh para guru kepada pelajar dan ibubapa. Apatah lagi dengan tempoh bagi peperiksaan tersebut untuk berlangsung (iaitu cuma tahun depan sahaja) dan juga bentuk atau format bagi peperiksaan yang akan dilaksanakan.


Dalam kebingungan dan kekaburan semua pihak, kita dikejutkan lagi dengan berita yang mengatakan bahawa sebenarnya PBSMR tidak wujud. Tetapi peperiksaan PMR sebenarnya akan ditambahbaik. Pulak dah! Sumber

Sekalipun diberitahu ditambahbaik, tapi format dan bentuk peperiksaan juga masih tidak dijelaskan. Adakah masih sama? ataupun mempunyai format baru? Dah tentu lah ini mendatangkan kegusaran dalam kalangan ibu bapa, murid dan guru sendiri. 


Tambah memeningkan kepala, hari ini saya menerima satu gambar Whatsapp dari seorang rakan guru mengenai PPMR atau pun Penilaian Pentaksiran Menengah Rendah yang khabarnya juga bakal diadakan pada tahun 2014!

Khabarnya juga, gambar tersebut diambil daripada slaid persembahan yang telah ditayangkan kepada pengetua-pengetua sekolah di sebuah negeri di Utara Semenanjung yang telah diberi taklimat mengenai peperiksaan tersebut.

PPMR Penilaian Pentaksiran Menengah Rendah 2014


Jika diperhatikan masih mirip kepada seperti yang dikatakan pada apa yang bakal dilaksanakan dalam PBSMR, cuma namanya sahaja yang ditukar. Masih tiada penjelasan yang boleh membantu guru, murid dan ibubapa dalam memahami apa yang akan berlaku pada tahun hadapan!


Tak sampai seminggu sahaja lagi untuk persekolahan 2014 memulakan sesinya. Saya yakin dan pasti ramai di luar sana, termasuk ibubapa, murid dan guru yang bersungguh-sungguh mahu tahu apa yang sebenarnya dirancangkan oleh KPM untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2014.

Selagi teka teki ini masih belum terjawab, maka selagi itulah golongan ini akan terus mendesak mendapatkan kepastian. Ingat! pendidikan anak-anak, bukanlah satu perjudian!

Selasa, 24 Disember 2013

PBSMR Sebenarnya Tak Wujud?

Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menjelaskan format peperiksaan baru menggunakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebenarnya tidak wujud.
 
Ketua Gerak Kerjanya, Norizzat Mohd Johari berkata, perkara itu telah dinyatakan sendiri oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dalam perbincangan meja bulat yang diadakan hari ini.
 
PBSMR Sebenarnya Tak Wujud?
 
Menurutnya, kementerian telah menjelaskan bahawa hanya akan ada penambahbaikkan dalam peperiksaan PMR. 
 
"... ini juga masalah salah faham yang berlaku, saya juga telah tegaskan kepada kementerian, bahawa perkara ini tidak mahu berulang kembali kerana 2014 adalah tahun kemuncak.
 
"... dan saya berani katakan KPM mengakui bahawa tiada kewujudan nama PBSMR, sebenarnya ia hanya penambahbaikkan itu sendiri, bukan tukar nama.
 
"Perkara itu bukan daripada pihak kementerian sendiri, kita minta pihak kementerian uar-uarkan perkara itu sendiri, tapi hari ini apa yang SGMM dapatkan (daripada perbincangan) itu hanya khabar angin, ataupun nama-nama yang digembar-gemburkan yang ditakuti guru-guru selama ini," katanya kepada sidang media, selepas perbincangan meja bulat bersama Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, hari ini.
 
Oktober lalu media melaporkan format peperiksaan baru untuk menggantikan PMR itu adalah bagi mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
 
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, peperiksaan baru dikenali PBSMR bagi menggantikan PMR itu masih belum dapat disahkan.
 
“Apabila ada pelan berkenaan, sudah pastinya akan berlaku perubahan format. Bagaimanapun, saya hanya akan membuat komen apabila semuanya sudah dimuktamadkan dan diterima umum.
 
“Saya tidak gemar komen sesuatu yang tidak pasti dan masih belum diwujudkan, malah saya tidak boleh sahkan perkara itu,” katanya.


Pulak dah... Penat lah kalau camnih.. Mula-mula kata macam lain, pastu bagitau macam lain pulak. Kalau ikut 'perancangan' asal, dah nak start tahun depan. Tapi apa-apa format pun belum dapat dipastikan lagi. Cikgu susah, budak susah, ibu bapa pun susah. Semoga dipermudahkan untuk tahun 2014!
 
 

10 Isu Panas Dunia Pendidikan Malaysia 2013

Sesi persekolahan bagi tahun 2013 dah lama melabuhkan tirainya. Banyak kenangan suka duka yang telah berlangsung sepanjang tahun ini. Sama ada ianya kenangan manis atau kenangan pahit untuk anda pada tahun ini, sudah tentu ianya akan menjadi titik tolak kepada satu permulaan yang baru, ke arah yang lebih baik, inshaAllah. Jom saya bawa pembaca mengimbau kembali kontroversi dan isu-isu yang melanda pendidikan Malaysia sepanjang tahun 2013 ini. Semoga yang baik, kita jadikan teladan, dan yang buruk kita jadikan sempadan!




Isu Ibubapa vs  Cikgu
Isu pada awal tahun bermula dengan gambar keratan akhbar mengatakan amaran kepada cikgu supaya jangan denda, hukum dan bagi kerja rumah kepada anak murid. Maka ramai lah yang respon dengan perkara ini dengan menyuruh ibubapa mengajar sendiri anak-anak mereka. Tapi muncul juga persoalan, benarkah mesej tersebut daripada ibubapa?



Isu kemudian diteruskan lagi dengan kenyataan kontroversi Dr Rubiah K Hamzah mengenai cikgu yang bersalah kalau pelajar bermasalah. Dah tentu lah meletup sekejap rakan guru mengulas kenyataan yang camtu. Macam-macam komen juga keluar dari pelbagai pihak.

Kes bertambah serius lagi dengan isu makan pelajar bukan Islam dalam jamban semasa bulan puasa yang mendapat liputan yang sangat meluas di media massa. Sehinggalah kebenarannya terbukti. Itu bukan jamban! Tetapi bilik persalinan yang diubahsuai bagi menggantikan kantin yang sedang dibina semula. Langsung tak ada permohonan maaf daripada ibu yang mencetuskan huru hara kepada pihak sekolah!



Selain itu ada juga isu bapa pelajar yang menyaman sekolah kerana anaknya tidak menyiapkan kerja rumah. Sehingga kan muncul juga beberapa video parodi mengenai isu ini. Kesian cikgu.. Kemudian sebuah sekolah didakwa telah memasang CCTV dalam tandas yang kemudiannya dinafikan oleh pihak sekolah. Pemasangan CCTV juga sebenarnya telah mendapat persetujuan ibubapa.



Isu Cikgu
Kisah cikgu yang paling menggemparkan tahun ini tentulah kisah mengenai seorang guru yang kematian anak nya dalam kereta. Saya tak nak ulas lebih-lebih, tetapi mendoakan yang terbaik buat beliau dan keluarga. Kemudian dikejutkan sekali lagi mengenai kehilangan anak seorang guru. Yang kemudiannya anak tersebut ditemui di Pulau Pinang, dilarikan oleh kekasihnya. Hmm.. Ini pun taknak komen lebih-lebih.

Isu semasa seperti LGBT juga telah mengetengahkan guru yang bergiat aktif dalam menyedarkan golongan LGBT, seperti Cikgu Erin, dulu pondan sekarang pendakwah. Dunia pendidikan juga dikejutkan dengan insiden tembakan beberapa orang guru di Kelantan dan Kedah. Tak lupa juga kematian beberapa tokoh utama dalam dunia pendidikan di Malaysia seperti Allahyarham Ustaz Muhammad El-Muhammady, Allahyarham Tan Sri Ainuddin Wahid, dan Allahyarham Tan Sri Dr Awang Had Salleh. Semoga Allah merahmati mereka semua!



Isu Buli
Untuk tahun ini, masih ada kedengaran beberapa kes buli dalam kalangan pelajar yang dilaporkan ke media massa. Dimulakan dengan isu buli ketua kelas di SMK Tun Hussein Onn sehinggalah isu buli dalam asrama di SMK Julau, Sarawak



Walaupun kes yang berlaku di 2 buah sekolah ini adalah tidak serius sehingga menyebabkan kematian, namun perkara seperti ini perlu sentiasa dipandang serius. Semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras kes buli ini sehingga ke tahap sifar!



Isu Cikgu Berpolitik
Oleh sebab pada tahun ini kita didemamkan dengan demam politik untuk hampir sepanjang tahun, maka muncul lah beberapa cikgu yang saya rasa sedikit melampau bila bermain dengan isu politik. Maka muncul lah kes-kes macam Cikgu Doggie. Serius juga kesnya, sehinggakan diambil tindakan oleh polis dan KPM sendiri.



Isu politik ini berterusan lagi apabila seorang guru di Selangor telah menghukum pelajar-pelajarnya yang sekolah rendah berdiri hanya kerana perbezaan fahaman politik. Musim politik, sila jaga diri yer..



Isu Cikgu Perkauman
Ini juga antara isu yang sepatutnya dah tak boleh ada di bumi Malaysia nih. Seorang cikgu perempuan di sebuah sekolah di Johor, telah melakukan provokasi melampau terhadap muridnya dengan memanggil mereka dengan gelaran yang sangat tidak sopan. Memang tak patut! Guru tersebut kemudiannya ditempatkan di PPD sementara menunggu siasatan.


Kemudian sekali lagi gempar dengan kenyataan kontroversi oleh seorang Pengetua semasa perhimpunan. Kenyataan menjadi lebih kontroversi apabila wartawan hanya melaporkan "balik ke China dan India" menyebabkan ianya menjadi isu yang besar. Kenyataan asalnya, "balik ke China, India dan Indonesia". Yang wartawan tuh pun satu hal..




Isu PPPM
Isu pelaksanaan PPPM juga mengundang banyak polemik dalam kalangan pendidik Malaysia. Terutamanya bagi mereka yang salah faham akan tujuan pelaksanaan dasar tersebut. Bantahan menyebabkan respon yang keras daripada pelbagai pihak. Ini termasuk kenyataan daripada Dr Teo Kok Seong terhadap Dong Zong yang dilihat menentang pelaksanaan dasar tersebut. Menteri Pendidikan pula tegas dengan kenyataan akan meneruskan pelaksanaan dasar tersebut. Akhirnya pada bulan September 2013, PPPM telah selamat dilancarkan dengan jayanya.




Isu PBS
Isu PBS memang isu yang paling TOP dalam kalangan cikgu untuk tahun 2013 ini. Sampai ada yang buat luahan berkaitan dengan permasalahan yang timbul akibat PBS ini. Rungutan demi rungutan didedahkan oleh pihak tertentu. Kes menjadi lebih kritikal apabila isu PBS dan sistemnya iaitu SPPBS turut disuarakan di Parlimen. Kesannya, sistem yang banyak kelemahan tersebut telah ditutup bagi dibaikpulih selama sebulan. 

Tokoh-tokoh akademik seperti Dr Mohamad Agus juga lantang dalam memperjuangkan nasib-nasib guru yang bertungkus lumus menyiapkan tugasan dalam kesukaran. Kewujudan group-group di Facebook yang memohon supaya dimansuhkan PBS bagi menjamin masa depan pendidikan Malaysia.



Isu Profesionalisma Guru
2013 juga menyaksikan kewujudan begitu banyak sistem-sistem e- dalam dunia pendidikan Malaysia. Memang banyak, sampai ada yang bertindih fungsinya. Itu belum kira samaada berkesan atau tak, lambat atau cepat. Kemudian keluar pula kenyataan mengenai 70% guru Bahasa Inggeris yang tidak menguasai bahasa tersebut. Pelbagai maklumbalas daripada guru-guru Bahasa Inggeris menerjah dunia blog. 

Pelaksanaan dasar MMI juga memberi reaksi berbeza daripada guru-guru sehingga memaksa untuk NUTP bertindak memperjuangkan permasalahan yang timbul di peringkat guru dan sekolah. Dengan pelaksanaan pelbagai dasar lagi untuk sepanjang tahun 2013 ini, maka diharapkan KPM agar lebih berhati-hati dan jalankan kajian terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.

Muncul juga kenyataan-kenyataan kontroversi daripada pihak-pihak tertentu berhubung dengan profesionalisma guru seperti guru yang tidak bersemangat mengajar dan pelajar ponteng kerana cikgu membosankan.



Isu Peperiksaan
Isu peperiksaan paling popular tahun ini tentulah mengenai pemansuhan PMR dan digantikan dengan PBSMR bermula tahun 2014. Walaupun masih belum clear sistem dan tatacara pelaksanaannya, namun diharapkan pelaksanaannya tidak menjejaskan pendidikan generasi akan datang.

Kisah pada hari keputusan UPSR juga tak kurang hebatnya. Ada kisah sedih mengenai seorang anak OKU yang dikendong oleh bapanya sampai ke rumah kerana mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Dan ada juga kisah yang berlebihan. Namun yang paling diingati tentulah kisah seorang tokey ayam yang menghadiahkan anaknya sebuah kereta Mini Cooper sebab dapat 5A.. Bestnya dia...



Pada hari pertama SPM juga, kita dikejutkan dengan kisah sedih mengenai kematian 2 orang pelajar yang menjadi calon SPM. Sudah tentu kisah ini mengingatkan saya kepada mendiang pelajar saya yang tak sempat nak ambil SPM pada tahun ini kerana terlibat dalam satu kemalangan maut. 

Kisah SPM dipanaskan lagi dengan isu soalan Matematik yang dikatakan bocor. Memang hebat betul perdebatan yang berlaku kat ruangan komen di blog saya nih. Pelbagai pihak saling tuduh menuduh dan memberikan bukti masing-masing. Akhirnya Lembaga Peperiksaan muncul dengan kenyataan bahawa tidak ada isu soalan bocor. Selesai!



Isu Pertukaran Guru
Pertukaran guru juga merupakan isu yang memang sudah lama berkumandang dalam dunia pendidikan. Besarnya isu ini sehingga dimainkan sebagai antara isu utama dalam permainan politik pada tahun ini sehingga menyebabkan menteri mengeluarkan kenyataan berita baik bagi pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin

Pertukaran juga dikatakan akan lebih bersifat mesra pasangan. Malah guru-guru semenanjung di Sabah dan Sarawak yang sudah lama berkhidmat akan cuba dibawa pulang pada tahun ini. Tak cukup dengan itu, KPM juga tampil membersihkan diri dengan menjawab dakwaan pertukaran yang menggunakan duit oleh orang tengah.


Akhirnya apa yang berlaku?. Keputusan EGTukar lewat diumumkan lebih daripada kebiasaan. Dan pertukaran mesra pasangan seperti yang dijanjikan juga kurang boleh dipercayai. Kalau tidak masakan boleh muncul watak cikgu yang baru, iaitu Cikgu Idayu. Kisah sedih guru muda yang sangat tertekan akibat gagal dalam permohonan pertukaran. Bukan Cikgu Idayu sahaja, tetapi juga Cikgu Hailmi yang gagal permohonan pertukaran buat kali ke-10! (tumpang sekaki)


Di sebalik semua kisah kontroversi sepanjang tahun 2013 ini, saya yakin semua guru mempunyai semangat yang kental dalam mengharungi susah payah dan jerih perih kesukaran bergelar seorang cikgu! Semoga kita terus tabah dan dikurniakan dengan semangat yang tak pernah kenal erti jemu dalam mendidik anak bangsa. Amin!

Isnin, 23 Disember 2013

Bercuti ke Thailand : Krabi

Untuk entri kali ini, saya nak ceritakan pengalaman saya berada di Krabi plak. Saya singgah ke Krabi, dalam perjalanan pulang dari Phuket ke Malaysia. Sebelum tu ada juga singgah di Phang Nga yang menemukan saya dengan Pulau Panyee dan Pulau James Bond. Destinasi seterusnya yang menanti adalah Krabi.

Bercuti ke Thailand : Krabi

Kalau tak salah saya, orang Thai menyebut Krabi dengan perkataan Kerbi. Betulkan saya kalau salah yer. 

Seperti juga Phuket, tarikan utama Krabi adalah pantai dan pulau-pulau nya yang cantik. Di Krabi, tarikan utama pelancong adalah ke Pantai Ao Nang dan juga Ko Phi Phi. Untuk entri ini saya fokuskan pada bandar Krabi ini dulu.


Bercuti ke Thailand : Krabi

Bercuti ke Thailand : Krabi

Bercuti ke Thailand : Krabi

Bercuti ke Thailand : Krabi

Bercuti ke Thailand : Krabi

Bercuti ke Thailand : Krabi

Krabi merupakan sebuah pekan kecil, tapi lengkap dengan segala kemudahan. Banyak juga pasaraya-pasaraya besar yang ada di Krabi ini. Mungkin industri pelancongan telah banyak membantu Krabi untuk lebih maju berbanding dulu.

Thai Hotel Krabi

Thai Hotel Krabi

Sebelah malamnya saya berkunjung ke pasar malam di tengah-tengah bandar Krabi. Tak tersangka terjumpa pula rakan baik masa belajar di USM dulu, Cikgu Husnil Arzi dan keluarga. Untuk aktiviti di pasar malam ini, lebih kepada beli belah t-shirt dan buah tangan untuk dibawa pulang. 

Pasar malam Krabi

Pasar malam Krabi

Pasar malam Krabi

Pasar malam Krabi

Pasar malam Krabi

Barangan di Krabi ternyata jauh lebih murah berbanding di Phuket. Maka saya mengesyorkan anda jika berkunjung ke Krabi, sila lah membeli belah lebih banyak berbanding ketika berada di Phuket.

Atas faktor kesuntukan masa, untuk kunjungan kali ini, saya hanya berkesempatan berkunjung ke Ao Nang Beach sahaja. Ko Phi Phi belum ada peluang lagi. InshaAllah pada masa akan datang kot.