.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Ahad, 27 Oktober 2013

Asid Sulfurik : Kegunaan dan Kesan Penghasilan Kepada Alam Sekitar

Asid sulfurik adalah asid mineral yang kuat. Daripada jenis asid diprotik yang berkebolehan menghasilkan 2 ion hidrogen, asid sulfurik mempunyai formula kimia  H2SO4


Asid sulfurik

Asid sulfurik ini sebenarnya ditemui oleh seorang ahli kimia Islam, Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi, pada kurun ke-9. Beliau telah memperoleh asid sulfurik dengan penyulingan kering mineral-mineral vitriol tertentu. Kemudian pada tahun 1831, seorang pedagang cuka Britain, Perengie Phillips, mempatenkan proses yang jauh lebih murah untuk menghasilkan sulfur trioksida dan asid sulfurik pekat. Proses ini dinamakan Proses Sentuh, dan kini hampir semua bekalan asid sulfurik dunia dihasilkan dengan proses ini.

Asid sulfurik


Kegunaan Asid Sulfurik
1. pembuatan baja (ammonium sulfat)
2. pembuatan detergen dan sabun
3. elektrolit dalam bateri kereta
4. pembuatan racun perosak
5. pembuatan cat dan pewarna
6. pembuatan barangan plastik (nilon)


Kesan Penghasilan Asid Sulfurik Kepada Alam Sekitar
Perlu difahami bahawa dalam proses menghasilkan asid sulfurik, kita perlu menghasilkan gas sulfur dioksida dan sulfur dioksida. 

Pembentukan hujan asid

Gas ini lah yang membawa kesan langsung kepada alam sekitar kerana tindakbalas keduanya dengan air hujan akan menghasilkan larutan berasid. 

Atau dalam erti kata yang mudah, menghasilkan hujan asid!

Kesan hujan asid

Hujan asid pula boleh menghakis dan merosakkan harta benda. Selain itu kandungan asid dalam hujan juga akan mengurangkan pH tanah dan menyebabkan tanah kurang subur. Selain itu, dapat mengurangkan pH air sekaligus membunuh hidupan akuatik. Akhir sekali ini semua akan merosakkan keindahan alam sekitar.

Proses Sentuh : Contact Process

Untuk kali ini saya nak menerangkan mengenai Proses Sentuh atau juga dikenali sebagai Contact Process. Kita akan belajar apa tujuan Proses Sentuh, bahan yang kita nak gunakan dan juga setiap satu fasa penyediaannya. Saya cuba masukkan info berkaitan seperti yang selalu ditanyakan dalam peperiksaan Kimia. Selamat belajar yer!

Proses Sentuh : Contact Process

Sebelum kita belajar lebih jauh lagi, jom kita tengok dulu video Proses Sentuh untuk menghasilkan asid sulfurik secara industri.



Ini pula cara nak jawab dalam bentuk esei / karangan

Proses Sentuh
Proses Sentuh adalah bertujuan untuk menghasilkan asid sulfurik.

Bahan mentah yang diperlukan
Sulfur dalam bentuk cecair, udara dan air.

Carta alir Proses Sentuh


Proses Penyediaan
1. Sulfur dalam bentuk cecair dibakar dalam udara untuk menghasilkan sulfur dioksida.
                        S + O2   -------------->   SO2


2. Sulfur dioksida dicampur dengan oksigen untuk menghasilkan sulfur trioksida
      2SO2 + O2   -------------->   2SO3

Suhu: 400C - 450C
Tekanan: 1 atmosfera
Mangkin: Vanadium(V) Oksida V2O5


3.  Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat untuk membentuk oleum.
                    H2SO4 + SO3 -------->   H2S2O7


4. Oleum ditambahkan dengan air untuk menghasilkan asid sulfurik.
                       H2S2O7 + H2O ---------->   2H2SO4



* Oleum dihasilkan sebagai hasil perantaraan kerana melarutkan sulfur trioksida secara terus ke dalam air adalah amat berbahaya kerana proses ini akan membebaskab banyak haba. (walaupun asid sulfurik boleh dihasilkan sebegitu).

* Tindak balas penghasilan sulfur trioksida daripada sulfur dioksida adalah satu tindak balas berbalik. Maka suhu, tekanan, mangkin dan nisbah bahan tindak balas adalah amat penting demi memaksimumkan kuantiti sulfur trioksida yang terhasil.

 

Cari juga maklumat:
Kegunaan asid sulfurik?
Kesan penghasilan asid sulfurik kepada persekitaran? 
Klik di SINI


10 Corak Haiwan Yang Cantik

Kita tahu bahawa banyak binatang yang mempunyai corak atau belang yang cantik pada badannya. Samada bagi tujuan untuk penyamaran atau pun daya penarik untuk mencari pasangan, corak dan belang tersebut mempunyai keunnikan masing-masing. Kalau tak, takkan lah manusia sibuk-sibuk nak buat baju dengan corak binatang. Dari dalam hutan hingga lah ke dasar laut, jom kita teka 10 haiwan dengan belang yang cantik dan menarik ini!

10 Corak Haiwan Yang Cantik

10 Corak Haiwan Yang Cantik

10 Corak Haiwan Yang Cantik

10 Corak Haiwan Yang Cantik

10 Corak Haiwan Yang Cantik

10 Corak Haiwan Yang Cantik

10 Corak Haiwan Yang Cantik

10 Corak Haiwan Yang Cantik

10 Corak Haiwan Yang Cantik

10 Corak Haiwan Yang Cantik


Khamis, 24 Oktober 2013

Langkah Pertama Sebagai Penulis Buku

Alhamdulillah.. Hari ini dapat kejutan ketika berlangsung mesyuarat kecil Panitia Kimia untuk membincangkan buku kerja yang akan digunakan pelajar aliran Sains pada tahun 2014. Dalam 6-7 buah buku yang menunggu untuk dipilih, ada 2 buah buku yang paling mendapat perhatian saya, iaitu 2 buah buku yang kat bawah ni..

Fly High Kimia Tingkatan 4 dan 5 terbitan Cerdik Publications

Tak perasan?.. Tak faham?.. Hmm.. Cer tengok nama penulis buku tuh.. ;) 

Suratan atau kebetulan?.. Yer, nama saya lah itu! Alhamdulillah, dah selamat diterbitkan pun 2 buah buku saya yang pertama nih. Kedua-dua buah buku adalah buku Fly High Kimia untuk Tingkatan 4 dan 5 terbitan Cerdik Publications untuk tahun 2014. Kedua-duanya menggunakan dwibahasa dan boleh ler cuba-cuba tengok kat kedai-kedai buku yang berhampiran dengan anda kalau-kalau berminat. Jangan risau, saya tak untung pun kalau kamu borong buku tuh banyak-banyak kat kedai buku!

Camana boleh terbabit dalam bidang ini?. Semuanya bermula pada awal Mac tahun ini apabila saya mendapat satu emel daripada wakil syarikat tersebut. Sebenarnya ada lagi 2 syarikat penerbitan yang turut berminat untuk mengambil saya sebagai penulis buku mereka. Namun selepas mempertimbangkan banyak perkara, maka akhirnya saya pilih untuk bersama dengan Cerdik Publications. Jadi dipendekkan cerita, selepas 7 bulan, maka ini lah hasilnya!

Soal bayaran tak perlu tanyakan kepada saya. Sebab saat awal-awal lagi keterlibatan saya dalam bidang ini bukan lah bagi tujuan tersebut. Hanya sekadar mencari pengalaman. Alhamdulillah dengan rezeki Allah. Semoga kehadiran 2 buah buku ini menjadi inspirasi kepada saya untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam bidang pendidikan... Amin!


Rabu, 23 Oktober 2013

20 Negara Paling Gembira di Dunia

Berdasarkan kepada laporan yang dilakukan oleh agensi dari Amerika Syarikat, yang diambil dari tahun 2010 sehingga 2012, kesemua 20 buah negara yang paling gembira di dunia mencapai skor yang menggalakkan. Daripada nilai 10, semua negara tersebut mencapai tahap 7. Manakala lebih separuh daripada 156 buah negara mencapai skor antara 4 hingga 6 sahaja. Status negara kaya dan maju tidak menjamin kegembiraan sesebuah negara itu. Laporan dinilai kepada kegembiraan dari segi emosi, menikmati hidup dengan baik bersama-sama komuniti yang disenangi dan dipenuhi dengan rangkaian-rangkaian dan keperluan hidup yang hampir serba sempurna. Jom kita tengok 20 negara yang paling gembira atas muka bumi ini!


20.Venezuela
20 Negara Paling Gembira Di Dunia Venezuela 
 
19. Luxembourg
20 Negara Paling Gembira Di Dunia Luxembourg

18. Ireland
20 Negara Paling Gembira Di Dunia Ireland

17. United States
20 Negara Paling Gembira Di Dunia Amerika

16. Mexico
20 Negara Paling Gembira Di Dunia Mexico

15. Panama
20 Negara Paling Gembira Di Dunia Panama

14. United Arab Emirates
20 Negara Paling Gembira Di Dunia UAE

13. New Zealand
20 Negara Paling Gembira Di Dunia New Zealand

12. Costa Rica
20 Negara Paling Gembira Di Dunia Costa Rica

11. Israel
20 Negara Paling Gembira Di Dunia Israel

10. Australia
20 Negara Paling Gembira Di Dunia Australia

9. Iceland
20 Negara Paling Gembira Di Dunia Iceland

8. Austria
20 Negara Paling Gembira Di Dunia Austria'

7. Finland 
20 Negara Paling Gembira Di Dunia Finland

6. Canada
20 Negara Paling Gembira Di Dunia Canada

5. Sweden
20 Negara Paling Gembira Di Dunia Sweden

4. Netherlands
20 Negara Paling Gembira Di Dunia Netherland

3. Switzerland
20 Negara Paling Gembira Di Dunia Switzerland

2. Norway
20 Negara Paling Gembira Di Dunia Norway

1. Denmark
20 Negara Paling Gembira Di Dunia Denmark


p/s: Tengok jugak yer 20 Negara Paling Malas di Dunia!

Isnin, 21 Oktober 2013

5 Binatang Dengan Hidung Yang Aneh

Kejadian Tuhan bagi segala hidupan di muka bumi ini penuh dengan keindahan. Kelainan itu juga menjadi satu keunikan bagi kita untuk saling kenal mengenal antara satu sama lain. Jom kita tengok 5 jenis haiwan dengan hidung mereka yang pelik dan aneh sket berbanding hidupan lain.

1. Unicornfish


2. Mandrill


3. Elephant Shrew


4. Sword Nosed Bat


5. Goblin Shark

Ahad, 20 Oktober 2013

Hits 1 000 000, Traffik 10 000 dan Alexa Rank Bawah 1 000

Alhamdulillah! Sampai juga cita-cita saya nak jadikan blog setahun jagung saya nih mencecah hits 1 000 000 sebelum sambutan ulang tahun kelahiran blog yang pertama, iaitu pada 18 November 2013 nih nanti. Hu3.. Baru nak 1 juta, orang lain dah berjuta-juta hits. Tuh pun nak bising. Hu3.. Bagi saya yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging nih, saya rasa ini adalah satu pencapaian yang dah cukup baik buat saya dan blog saya nih.

Hits 1 000 000, Traffik 10 000 dan Alexa Rank Bawah 1 000

Dalam 3 minggu ini juga traffik yang masuk ke blog ini juga secara puratanya mencecah sehingga 10 000 view sehari. Tak tahu ler yang 10 000 view tuh kategori banyak ke sket ke pada pandangan anda. Tapi saya rasa dah OK kalau dapat maintain harian sebanyak tu. Sumbangan utama untuk trafik ke blog ini dah tentu lah pasal perkembangan terkini dunia pendidikan (PBSMR dan Ujian Kompetensi ICT Guru), soalan spot PMR, soalan percubaan PMR dan SPM. 

Tak lupa juga penyumbang utama trafik yang datang daripada PBS Band 6 dan juga Jawatan Kosong Pembantu Am Pejabat KPM. Juga entri kontroversi pasal ePenyata Gaji. Hu3.. Semuanya menjadi penyumbang utama sehinggalah mencatatkan rekod traffik harian yang paling banyak pada 7 Oktober, iaitu 25, 550 hits untuk satu hari.

Hits 1 000 000, Traffik 10 000 dan Alexa Rank Bawah 1 000


Banyak juga perbincangan melalui komen yang saya rasa turut membantu pembaca lain. Macam yang berlaku pada entri pasal Jawatan Kosong Pembantu Am Pejabat KPM dan juga SISC+. Perkongsian melalui komen adalah sangat hebat dan penuh dengan pertukaran info yang sangat berguna. Kadang-kadang sampai tak sempat saya nak membalas komen mereka. Terima kasih banyak-banyak kepada yang anda-anda yang sudi mengkongsikan info-info tersebut!

Lebih menggembirakan bila Alexa Rank yang pening kepala nih (sekejap naik, sekejap turun) pun menunjukkan peningkatan yang baik. Hari tuh masa traffik banyak-banyak, sempat juga dia naik sampai ranking 3 +++. Tak faham.. Patut nya makin mengecil lah kan?. So, tak ler ambik kisah sangat. Namun dalam seminggu kebelakangan ni, bila dah perasan Alexa Rank makin mengecil, ok, mula ambil port balik. he3...

Hits 1 000 000, Traffik 10 000 dan Alexa Rank Bawah 1 000

Hasilnya, dah 4 hari jugak ler merasa Alexa Rank untuk blog nih berada pada tahap 9++, bawah 1 000! Yeah! Angka pun berubah-berubah jer setiap hari. Masih terlalu jauh nak dibandingkan dengan blog-blog hebat daripada blogger-blogger super duper senior. Tapi, untuk newbie cam saya nih, dah kira ok dah.. Walaubagaimanapun, sentiasa ja bersedia kalau-kalau ranking tuh nak membesar semula. Redho jer..

Dengan rekod dan kejayaan peribadi seperti ini, semoga saya lebih bermotivasi dan diberi kekuatan untuk berkongsi ilmu dan info bermanfaat dengan para pengunjung blog ini. InshaAllah, saya masih dan akan terus sentiasa belajar selok belok dunia blogging dan juga percaya sikap istiqamah itu lebih membawa kejayaan berbanding pulun pada permulaannya sahaja. Teruskan menyokong yer!! ;)


Otak Kena Cuci Masa Tidur

Semua orang tahu mereka akan sukar berfikir jika kurang tidur, sesuatu yang kurang difahami saintis sekalipun. Bagaimanapun, satu kajian baru mendapati seseorang yang nyenyak tidur akan berasa segar dan fokus apabila terjaga. Ia disebabkan penyelidik menemui sistem baru di kepala yang membersihkan otak ketika orang itu tidur. 

Otak Kena Cuci Masa Tidur

Penemuan itu bukan saja dianggap boleh mengubah pemahaman mengenai tidur tetapi juga mungkin membantu untuk merawat masalah seperti Alzheimer yang ada kaitan dengan penambahan toksin dalam otak. Sistem pembersihan tersebut berhenti ketika kita terjaga dan bermula apabila kita tidur.

“Ia umpama membuka dan menutup paip air, sungguh dramatik,” kata Dr Maiken Nedergaard, pengarah bersama Pusat bagi ‘Translational Neuromedicine’ di Pusat Perubatan Universiti Rochester. Nedergaard adalah ketua penyelidik kajian yang disiarkan Khamis lalu oleh jurnal Science.

Dia dan rakan mula melaporkannya tahun lalu mengenai sistem pembuangan sisa otak membuang produk toksik yang bertambah ketika seseorang itu terjaga. Saintis berkenaan menggunakan alat mikroskop pengimbasan baru membolehkan mereka melihat ke dalam tisu termasuk otak tikus.

Mereka mendapati aktiviti pembuangan sisa itu bergerak dengan membuangnya ke dalam sistem pengaliran tubuh hingga sampai ke hati. Mereka mendapati, ketika seseorang itu tidur, sel otak mengembang yang menambah ruang antara sel hingga 60 peratus membenarkan pembuangan berjalan dengan lancar. - AGENSI

Sabtu, 19 Oktober 2013

10 Perkara Biasa Yang Jadi Luar Biasa Jika Dilihat Dari Bawah Mikroskop

Kadang-kadang kita tentu tak perasan dengan beberapa perkara kecil di sekeliling kita. Namun kalau kita ambil masa seketika untuk beri perhatian kepada perkara kecil ini, sudah tentu akan mendatangkan kejutan yang amat sangat! Sama seperti gambar yang saya akan kongsikan kat bawah nih.. Tak sangka datangnya daripada perkara biasa yang kita tengok setiap hari. Jom kita tengok!

1. Bantal (kutu pada bantal)

2. Dasar Laut (ulat)


3. Lidah (tunas rasa)

4. Sperma dan Ovum




5. Kupu Kupu



6. Mata Manusia

7. Bulu Mata



8. Larva Lebah

9. Plak pada Gigi



10. Sesungut Sotong