.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Isnin, 30 September 2013

Ujian Kompetensi ICT Guru dan Pentadbir Kementerian Pendidikan Malaysia

Sistem Analisa Kompetensi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah ujian ICT yang merupakan komponen di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Semua GURU dan PENTADBIR WAJIB menjawab semua soalan mengikut tempoh tarikh dan masa yang ditetapkan.

Sistem Analisa Kompetensi Kementerian Pendidikan Malaysia


Sila ikut tarikh seperti berikut untuk menggelakkan kesesakkan sistem:
26 Sep - 02 Oct 2013 - Perlis, Perak dan Melaka
03 Oct - 08 Oct 2013 - Kelantan, Terengganu dan Pahang
09 Oct - 16 Oct 2013 - P.Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur
17 Oct - 22 Oct 2013 - Negeri Sembilan dan Johor
23 Oct - 31 Oct 2013 - Sabah, Sarawak, Labuan dan Selangor




Klik link di bawah untuk mulakan Ujian ICT anda!




NEW Klik link di bawah untuk buat Semakan Keputusan Ujian Kompetensi ICT anda! NEW




Arahan Penting:
1) JANGAN GUNAKAN BUTANG 'BACK' di browser untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
2) SEKIRANYA BERLAKU KELEWATAN SISTEM ATAU INTERNET PERLAHAN, JANGAN TEKAN BUTANG 'SETERUSNYA' BERULANG KALI untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
3) SEKIRANYA SISTEM TIDAK ADA RESPON, ANDA BOLEH LOG KELUAR DAN TUTUP SEMUA BROWSER DAN BUKA BROWSER YANG BARU UNTUK SAMBUNG MENGAMBIL UJIAN.
4) Nombor kad pengenalan adalah sulit dan peribadi. Jangan berkongsi untuk ujian ini.
5) Log keluar selepas selesai sesi ujian.
6) Pastikan guna skrin browser yang baharu (dimana tutup dan buka skrin browser)
7) Tutup browser selepas menggunakan sistem ini.



Makluman:
* Sekiranya mempunyai masalah semasa "Log Masuk" sila hubungi HELPDESK di talian 03-77310327 atau di email helpdesk@opulens-sa.com
* Pihak HELPDESK tidak mengeluarkan sebarang keputusan ujian. Keputusan hanya dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

Pusat Graviti Mempengaruhi Kestabilan Objek

Suatu objek dapat diimbangkan pada satu titik yang disebut pusat graviti. Pusat graviti juga disebut titik keseimbangan objek. Kedudukan pusat graviti sesuatu objek bergantung kepada bentuk objek. Bagi objek berbentuk sekata, pusat gravitinya terletak di tengah objek. Manakala bagi objek yang tidak sekata pula, pusat graviti nya terletak di luar objek.

Pusat Graviti Mempengaruhi Kestabilan Objek


Pusat graviti
Pusat graviti adalah satu titik di mana seluruh berat objek dapat diseimbangkan.

Pusat Graviti Mempengaruhi Kestabilan Objek

Pusat Graviti Mempengaruhi Kestabilan Objek

Pusat Graviti Mempengaruhi Kestabilan Objek


Faktor yang mempengaruhi kestabilan
Sesuatu objek juga dikatakan stabil, apabila objek tersebut sukar untuk tumbang. Selain daripada pusat graviti, luas tapak juga boleh mempengaruhi kestabilan sesuatu objek.

Faktor yang mempengaruhi kestabilan

1) Pusat Graviti
Semakin rendah pusat graviti, semakin stabil sesuatu objek

2) Luas Tapak
Semakin luas tapak sesuatu objek, semakin stabil objek tersebut


Ahad, 29 September 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2013

Pada 2 Oktober ini, seramai 462 940 orang calon akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR 2013 di 3 530 pusat peperiksaan di seluruh Malaysia. Manakala seramai 33 766 orang guru pula telah dilantik sebagai petugas peperiksaan yang akan membantu memastikan peperiksaan dijalankan dengan lancar. 

 Gunakan Jadual PMR 2013 kat atas ini sebagai wallpaper anda!
 Gunakan Jadual PMR 2013 kat atas ini sebagai wallpaper anda!


Untuk tahun ini, saya tidak berkesempatan untuk mengajar pelajar bagi PMR yang terakhir kali ini. Sebelum ini, dah 3 tahun berturut-turut saya bertungkus lumus menyiapkan pelajar bagi menghadapi PMR. Walaubagaimanapun, tetap nak ucapkan juga selamat maju jaya kepada semua calon PMR 2013 di sekolah saya dan juga di seluruh Malaysia.

Kepada adik-adik yang menjadi calon PMR 2013, pastikan adik-adik merujuk Jadual Peperiksaan PMR 2013 dengan tepat. Patuhi juga amaran yang telah ditetapkan serta janganlah lupa untuk membawa Kad Pengenalan bersama. Itu 'lesen besar' untuk masuk ke Dewan Peperiksaan.

Semoga beroleh kejayaan dengan cemerlang sekali! InshaAllah


p/s: Ini adalah Peperiksaan PMR yang terakhir. Tahun depan akan digantikan dengan PBSMR!! Kita tunggu yer.. 

Kepentingan Sistem Sokongan Dalam Benda Hidup

Mengapakah sistem sokongan sangat penting kepada semua hidupan di dunia ini? Ini kerana dengan adanya sistem sokongan, badan kita dapat bergerak dan dapat melakukan aktiviti seharian dengan baik dan lebih sempurna. Ikan paus yang terdampar di tepi pantai tidak berupaya untuk bergerak balik ke laut kerana kehilangan sokongan daripada air. Orang tempang terpaksa menggunakan tongkat ketiak bagi membantu mereka berjalan dengan lebih baik.

 Orang tua memerlukan bantuan daripada alatan untuk bertindak sebagai sistem sokongan mereka
 Orang tua memerlukan bantuan daripada alatan untuk bertindak sebagai sistem sokongan mereka


Ikan yu yang terdampar di tepi pantai ini tidak dapat kembali ke laut kerana hilang sokongan apungan daripada air
Ikan yu yang terdampar di tepi pantai ini tidak dapat kembali ke laut kerana hilang sokongan apungan daripada air


Amalkan nilai murni dengan membantu mereka yang kesusahan dan memerlukan bantuan. Semoga anda dirahmati!


Usaha Inovatif Dalam Mereka Bentuk Mesin Untuk Memudahkan Kerja

Banyak alat yang digunakan dalam kehidupan seharian direka cipta berdasarkan kepada prinsip tuas. Sebagai contoh dacing juga dicipta berdasarkan kepada prinsip tuas. Jom kita tengok lagi peralatan lain yang dicipta berdasarkan prinsip tuas ini lagi.



Usaha Inovatif Dalam Mereka Bentuk Mesin Untuk Memudahkan Kerja

Usaha Inovatif Dalam Mereka Bentuk Mesin Untuk Memudahkan Kerja

Usaha Inovatif Dalam Mereka Bentuk Mesin Untuk Memudahkan Kerja


Kepentingan Kestabilan Dalam Kehidupan

Semua benda hidup perlu mencapai kestabilan untuk menjalani proses hidup. Bagi mempunyai badan yang stabil, hidupan tersebut perlu mempunyai pusat graviti yang rendah dan tapak yang luas. Begitu juga halnya dengan objek lain. Penggunaan objek yang tidak stabil boleh menyebabkan kemalangan dan kerugian harta benda. Oleh itu, kestabilan merupakan faktor penting yang perlu diambilkira apabila kita mereka cipta sesuatu objek. 

Jom kita tengok beberapa hidupan dan objek yang mengaplikasikan konsep kestabilan dalam kehidupan mereka.
 Badak STABIL kerana mempunyai pusat graviti yang rendah dan badan yang berat
 Badak STABIL kerana mempunyai pusat graviti yang rendah dan badan yang berat




Zirafah mengangkangkan kakinya bagi mendapatkan luas tapak yang lebih besar ketika minum supaya lebih stabil
Zirafah mengangkangkan kakinya bagi mendapatkan luas tapak yang lebih besar ketika minum supaya lebih stabil


 Basikal tiga tayar ini STABIL kerana mempunyai luas tapak yang besar
 Basikal tiga tayar ini STABIL kerana mempunyai luas tapak yang besar


 Kereta lumba ini STABIL kerana mempunyai pusat graviti yang rendah
 Kereta lumba ini STABIL kerana mempunyai pusat graviti yang rendah


TIPS TAMBAHAN
Satu lagi cara untuk menstabilkan sesuatu objek adalah dengan menambahkan berat pada bahagian dasarnya. Contoh nya seperti kipas angin.

Sabtu, 28 September 2013

Histeria di MRSM Muar Makin Serius

Lebih 50 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar di Batu 6 Bakri, di sini, mengalami histeria sejak malam Rabu lalu hingga memaksa pengurusan sekolah membenarkan pelajarnya pulang ke rumah sejak kelmarin. Kejadian difahamkan berlaku apabila pelajar mula mengalami gangguan dan menjerit serta meracau-racau hingga gagal dikawal. 

Histeria di MRSM Muar Makin Serius

Seorang bapa yang enggan dikenali berkata, beliau hanya mengetahui mengenai perkara itu petang kelmarin apabila anak perempuannya menghubungi meminta beliau segera datang untuk membawanya pulang.

"Saya diberitahu ramai pelajar terkena histeria mungkin akibat gangguan makhluk halus sejak Rabu lalu dan semalam pihak sekolah membenarkan ibu bapa mengambil anak mereka," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. 


Sumber


p/s: Semoga tiada perkara buruk yang berlaku. Diharap pihak ibu bapa dan sekolah bekerjasama dalam menangani isu ini dengan baik. Sebarang ikhtiar adalah amat diharapkan dapat membantu, terutamanya dalam masa-masa musim peperiksaan PMR dan SPM nih.. Sama-sama kita berdoa dijauhi dari segala malapetaka.. 

Koleksi Soalan Percubaan SPM 2013 Negeri Sembilan

Kepada rakan-rakan guru dan adik-adik pelajar yang tengah mencari bahan untuk ulangkaji akhir SPM 2013, koleksi soalan percubaan trial SPM 2013 Negeri Sembilan ini boleh dijadikan bahan yang bermanfaat. Walaupun tak lengkap bagi semua subjek dan ada yang ada skema, ada yang tak ada, namun, saya berharap bahan ini boleh membantu kita semua dalam menghadapi Peperiksaan SPM 2013 pada awal November nanti. Semua dijemput mendownload dan menggunakan bahan dengan sebaiknya. Kredit untuk tuan punya fail yer.. ;)


Koleksi Soalan Percubaan Trial SPM 2013 Negeri Sembilan


Subjek Teras  
Negeri Sembilan Bahasa Melayu : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema)
Negeri Sembilan Bahasa Inggeris : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema) 
Negeri Sembilan Sejarah : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema) + Kertas 3 (skema)
Negeri Sembilan Matematik : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema)
Negeri Sembilan Pendidikan Islam : Kertas 1 + Kertas 2 + Skema

Negeri Sembilan Pendidikan Moral : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema)


Subjek Elektif  
Negeri Sembilan Fizik : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema) + Kertas 3 (skema)   
Negeri Sembilan Biologi : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema) + Kertas 3 (skema)   
Negeri Sembilan Kimia : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema) + Kertas 3 (skema)  
Negeri Sembilan Ekonomi Asas : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema) 
Negeri Sembilan Bahasa Cina : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema)   
Negeri Sembilan Bahasa Tamil : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema)  
Negeri Sembilan ERT : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema)  
Negeri Sembilan Sains Pertanian : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema)  
Negeri Sembilan Pendidikan Seni Visual : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema)    


Semoga bermanfaat!!! 

Jumaat, 27 September 2013

Liga Remaja Kreatif 2013 : Video Pemenang Setiap Negeri

Seperti yang saya janjikan, saya akan cuba kongsikan video pemenang Liga Remaja Kreatif 2013 : Klik Dengan Bijak daripada setiap negeri yang akan mewakili negeri masing-masing ke peringkat kebangsaan pada 31 Oktober di Kuala Lumpur nanti. Ada yang dah berlegar-legar di Youtube dan ada juga yang tak masuk Youtube lagi. Eksklusif! Jom kita sama-sama tengok!

Liga Remaja Kreatif 2013 : Video Pemenang Setiap Negeri

PERLIS
SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah



KEDAH
SM Sains Kubang Pasu




PULAU PINANG
SMJK Chung Ling




PERAK
SMK Rapat Setia

 

SELANGOR
Sekolah Antarabangsa Asia Pasifik


WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SMKA Kuala Lumpur



NEGERI SEMBILAN
Sekolah Datuk Abdul Razak
 


MELAKA
Kolej Yayasan Saad


JOHOR
SMK Semenchu
 


KELANTAN
SMK Cherang Ruku



TERENGGANU
SMKA Nurul Ittifaq


PAHANG
SMK Clifford


SABAH
SMK Kuhara
 


SARAWAK
SMK Luar Bandar No.1 Sibu
 

p/s: Bagi sesiapa yang ada info berkaitan, tolong sharekan link video juga yer bagi Johan negeri yang tak ada video nya kat sini.. ;) 

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013 Zon Sarawak

Majlis penyampaian hadiah pemenang Liga Remaja Kreatif 2013 bagi Zon Sarawak telah diadakan di Hotel Hilton Kuching pada 26 September, semalam. Majlis yang diadakan di Hotel Hilton Kuching itu telah menyaksikan 10 penyertaan daripada 7 buah sekolah seluruh Sarawak berentap bagi merebut gelaran Johan bagi Zon Sarawak sekaligus melayakkan diri untuk mewakili Sarawak ke peringkat Kebangsaan. 

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013 Zon Sarawak
 
2 video penyertaan daripada sekolah saya telah terpilih sebagai antara 10 Video Terbaik bagi Zon Sarawak. Gembira sangat para pelajar saya apabila menerima surat jemputan tersebut. Sedikit masalah timbul apabila, kos perjalanan semuanya terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah. 

Namun, selepas perbincangan dengan pihak sekolah, pihak sekolah sanggup untuk membiayai separuh daripada perbelanjaan pengangkutan memandangkan peluang yang jarang-jarang sekali ada ini. Separuh lagi perbelanjaan akan ditanggung oleh pelajar sendiri dan juga sumbangan rakan guru. Atas nasihat pihak sekolah juga, kami menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan bagi mengelakkan kos yang lebih tinggi jika menggunakan bas dan terpaksa bermalam.

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013 Zon Sarawak

Dengan menaiki kapal terbang dari Sibu, kami tiba di Airport Kuching pada jam 900 pagi. Terus dibawa dengan van ke Hilton Hotel Kuching, yang terletak berhampiran dengan Kuching Waterfront. Di sana pula, kami merupakan antara pasukan yang paling lewat tiba dan mendaftar di sana. 

Selepas sedikit jamuan sarapan pagi yang ringkas, semua peserta dijemput masuk ke dewan bagi memulakan majlis. Di setiap tempat duduk disediakan beg yang berisi sedikit hadiah peringatan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Majlis bermula agak lewat kerana VIP kami pada hari tersebut tiba lewat disebabkan penerbangan yang tertunda dari KL. Jadi kami dihiburkan dahulu dengan sedutan daripada video-video Johan daripada negeri-negeri yang sudah pun menerima hadiah masing-masing. Teruja juga melihat video-video hebat tersebut. 

Majlis yang dikendalikan oleh penyelaras Liga Remaja Kreatif, Encik Taher Musa terus bermula sebaik sahaja VIP tiba. Sedikit ucapan kata-kata aluan daripada Pemangku Ketua SKMM Wilayah Sarawak, Encik Adiman Ajem dan majlis terus dirasmikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Jalur Lebar SKMM, Puan Nor Akmar Shah Minan. 

Kemudian tibalah saat yang mendebarkan iaitu pengumuman pemenang! Pengumuman pemenang dimulakan dengan hadiah Saguhati yang akan membawa pulang, wang tunai RM500. Berikut adalah senarai sekolah yang mendapat Saguhati untuk Zon Sarawak.

1. Kolej DPAH Abdillah, Kuching
Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013 Zon Sarawak

2. SMK Belaga, Belaga
Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013 Zon Sarawak

3. SM Sains Miri, Miri
Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013 Zon Sarawak

4. Kolej Vokasional Kuching, Kuching
Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013 Zon Sarawak

5. SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, Kuching
Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013 Zon Sarawak

6. SMK Chung Hua, Sibu
Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013 Zon Sarawak

7. SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sibu
Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013 Zon Sarawak


Selesai pemenang Saguhati diumumkan, saya lihat pelajar sedikit kelegaan kerana salah satu video sekolah kami telah terpilih sebagai antara pemenang Hadiah Utama Zon Sarawak. Majlis ditambah lagi debarannya, dengan menayangkan dahulu 3 video yang telah mendapat tempat 3 terbaik bagi negeri Sarawak. Seterusnya dengan penuh debaran, maka keputusan penuh pun diumumkan.

Tempat Ketiga : SMK Belaga, Belaga
Tempat Kedua : SMKA Tun Ahmad Zaidi, Kuching
Tempat Pertama : SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sibu


Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013 Zon Sarawak

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013 Zon Sarawak

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013 Zon Sarawak


Alhamdulillah, masih ada rezeki kami untuk menjuarai Liga Remaja Kreatif bagi peringkat negeri Sarawak! Kumpulan yang menang ini diketuai oleh Pressly Palong, dibantu oleh Ohkie Belun, Jasmine Samai dan Alex Wang Kin Loong. Mereka membawa pulang wang tunai RM5000 berserta 4 Kamera digital Canon Powershot SX510 HS! 

Bersyukur sangat video kami yang menjadi pilihan juri, memandangkan 2 video lagi juga hebat dan mempunyai kelebihan masing-masing. Secara jujur juga saya katakan, tahap kualiti video-video penyertaan dari Sarawak kini sudah berada pada tahap yang membanggakan. Ada kualiti yang tersendiri. Tahniah untuk semua!!.. 

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013 Zon Sarawak

Majlis diteruskan lagi dengan sesi fotografi dan temuramah oleh pihak akhbar. Tak menang tangan mereka melayan wartawan yang mengerumuni mereka. Ada juga rakaman bagi Berita Wilayah pada petangnya, selain berinteraksi secara langsung untuk Bernama TV bagi siaran radio. 

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013 Zon Sarawak

Disebabkan masa yang panjang bagi menunggu penerbangan pulang ke Sibu, maka saya ajak para pelajar menyeberangi Sungai Sarawak dengan menggunakan perahu untuk membeli kek lapis yang terkenal, iaitu Dayang Salhah dan juga Mira. 

Oleh kerana dah berjanji dengan van yang mengambil kami dari airport tadi, maka kami hanya bersiar-siar berdekatan dengan kawasan waterfront sahaja bagi menghabiskan masa sebelum ke airport. 

Alhamdulillah, kami semua dah dapat pengalaman yang sangat bernilai! InshaAllah, tunggu kami ke peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur yang dijangka akan berlangsung pada 31 Oktober nanti.. ;)

p/s: Entri saya seterusnya akan memaparkan video yang menjadi Johan bagi setiap negeri. Tunggu yer.. ;)

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Pada 26 September yang lalu, sekolah saya telah menganjurkan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform untuk tahun 2013. Pertandingan kawad kaki ini merupakan aktiviti ko-kurikulum tahunan yang diadakan di sekolah saya, selain daripada aktiviti perkhemahan yang diadakan pada setiap awal tahun. Lebih kurang pertandingan kawad kaki ini merupakan penutup kepada aktiviti ko-kurikulum bagi unit beruniform. Pertandingan disertai oleh kesemua 8 unit beruniform yang ada di sekolah saya. Antaranya adalah Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM), Kadet Remaja Sekolah (KRS), Kadet Bomba, Kadet Polis, Kadet Pertahanan Awam (KAPA), Pandu Puteri, Pengakap dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). 

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Unit beruniform saya, Kadet Pertahanan Awam (KAPA) merupakan Johan bagi pertandingan yang sama untuk tahun lepas. Dah tentu pertandingan untuk tahun ini merupakan pertandingan yang sengit. Sebabnya, PKBM sekolah saya merupakan Johan bagi Pertandingan PKBM peringkat negeri Sarawak untuk tahun 2013. Hampir separuh daripada kalangan mereka terpilih mewakili Sarawak untuk pertandingan peringkat kebangsaan di Terengganu. Manakala KAPA sudah pasti akan cuba mengekalkan kejuaraaan tersebut. Itu belum ditambah dengan semangat dan keazaman pelajar-pelajar dari unit beruniform yang lain. Pasti sengit!

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Walau bagaimanapun, kerana masa penganjuran yang kurang sesuai, ditambah pula dengan kesibukan aktiviti lain berlangsung, maka persiapan untuk kawad kaki ini dilakukan pada saat-saat akhir. Tahap penyertaan pelajar juga sangat kurang, sehingga kami terpaksa menggunakan guru disiplin dan pihak pentadbiran sekolah bagi 'memaksa' pelajar untuk mengikuti aktiviti tersebut. Seingat saya hanya ada 3/4 hari sahaja kesempatan untuk melakukan latihan dengan bilangan ahli yang mencukupi. Dan, dah tentu hasilnya juga adalah last minute..

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Bagi KAPA, saya sekali lagi menjadi kepercayaan rakan-rakan bagi melatih pelajar untuk kawad kaki. Alhamdulillah, ilmu kawad yang dipelajari semasa mengikuti kursus asas pertahanan awam bagi guru penyelaras KAPA pada tahun 2009, menjadi bekal yang sangat berguna untuk saya. Pengalaman melatih sendiri kadet sejak 2010 juga merupakan satu kelebihan untuk saya. 

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Masalah timbul apabila, tiba-tiba kami mendapat makluman bahawa pakaian seragam dari JPAM Sibu tidak dapat dipinjamkan kepada pihak sekolah. Ini kerana  pakaian tersebut digunakan bagi satu lagi skuad KAPA yang mewakili Sibu ke Perhimpunan RIMUP peringkat negeri di Sarikei. Kecewa juga saya pada mulanya, sebab sekolah hanya menyimpan pakaian asas KAPA sahaja, iaitu yang terdiri daripada baju dan seluar sahaja! Sekalipun dah diusahakan dengan rakan-rakan guru dari sekolah lain, maka redha juga kami akhirnya dengan set uniform yang memang tidak sempurna.

Hidup mesti diteruskan! ;)

Pada masa pertandingan, hanya 25 orang ahli kadet sahaja yang mendapat peluang untuk kawad kaki disebabkan masalah uniform. Maka pelajar lain, saya jadikan pembantu saya sepanjang pertandingan berlangsung. Kasihan juga melihat mereka yang turun latihan bersungguh-sungguh, tetapi tiada peluang untuk turut serta dalam pertandingan. Namun, apa boleh buat.. 


Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Kali ini, saya melatih Alice Isa, pelajar tingkatan 4 sebagai ketua platun. Alice mempunyai sedikit pengalaman memberi arahan kawad kerana telah menyertai pertandingan yang sama pada tahun lalu. Manakala bagi ahli pula, kebanyakkan nya terdiri daripada pelajar tingkatan 1 yang baru mula belajar nak kawad. Dengan 3 dan 4 hari sahaja latihan, memang sudah tentu hasilnya juga kurang memuaskan. Redho je lah..

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Pertandingan berlangsung dengan jayanya. Cuaca juga agak baik, dengan keadaan agak mendung sepanjang pertandingan berlangsung. KAPA mendapat giliran ketiga selepas Kadet Bomba dan BSMM. Tiada sebarang masalah semasa mereka berkawad, kecuali kawad yang kurang kemas. Dari segi format pertandingan juga semua nya betul dan diikuti. Ketua platun juga dapat melaksanakan tugas dengan baik. Sebaik sahaja selesai berkawad, dapat kelihatan yang peserta KAPA berpuas hati dengan kawad mereka sekalipun ada sedikit kecacatan kecil akibat kurang latihan.


Selesai semua unit berkawad, saya dapat merasakan ada beberapa unit yang dapat memberikan saingan hebat kepada KAPA, terutamanya PKBM. Dengan pakaian uniform yang lengkap, sudah tentu keputusan akan berkemungkinan besar lebih memihak kepada mereka. He3..

Akhirnya keputusan pun diumumkan..

JOHAN : Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)
NAIB JOHAN : Kadet Pertahanan Awam (KAPA)
KETIGA : (Kadet Remaja Sekolah) KRS


Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Sekalipun gagal mempertahankan gelaran Johan untuk tahun ini, namun masih berpuas hati dengan pencapaian pelajar. Syukur lah, daripada tak ada nombor. Apa-apa pun mereka sudah melakukan yang sebaik mungkin yang dapat mereka buat. Jadi, tahniah untuk gank KAPA semua!! Tahun depan kita cuba lagi.. ;)

Rabu, 25 September 2013

Koleksi Soalan Percubaan SPM 2013 Kedah

Kepada rakan-rakan guru dan adik-adik pelajar yang tengah mencari bahan untuk ulangkaji akhir SPM 2013, koleksi soalan percubaan trial SPM 2013 Kedah ini boleh dijadikan bahan yang bermanfaat. Walaupun tak lengkap bagi semua subjek dan ada yang ada skema, ada yang tak ada, namun, saya berharap bahan ini boleh membantu kita semua dalam menghadapi Peperiksaan SPM 2013 pada awal November nanti. Semua dijemput mendownload dan menggunakan bahan dengan sebaiknya. Kredit untuk tuan punya fail yer.. ;)


Koleksi Soalan Percubaan SPM 2013 Kedah


Subjek Teras  
Kedah Bahasa Melayu : Kertas 1  (skema) + Kertas 2 (skema)  
Kedah Bahasa Inggeris : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema)  
Kedah Sejarah : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema) + Kertas 3 (skema)  
Kedah Matematik : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema)  
Kedah Sains : Kertas 1 + Kertas 2 + Skema   
Kedah Pendidikan Islam : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema)


Subjek Elektif  
Kedah Fizik : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema) + Kertas 3 (skema)  
Kedah Kimia : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema) + Kertas 3 (skema)  
Kedah Biologi : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema) + Kertas 3 (skema
Kedah Matematik Tambahan : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema)    
Kedah Prinsip Perakaunan : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema
Kedah Perdagangan : Kertas 1 (skema) + Kertas 2 (skema)

Semoga bermanfaat!!!