.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Sabtu, 31 Ogos 2013

Keputusan Pertandingan Antartika Lestari 2013

Pihak penganjur Pertandingan Antartika Lestari 2013 bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia telah mengumumkan keputusan bagi pertandingan tersebut di laman web nya hari ini. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada adik-adik atas karya yang dihasilkan telah berjaya terpilih sebagai lapan (8) terbaik. 

Senarai penuh keputusan (Tempat 1,2,3 dan Saguhati) akan diumumkan pada 7 September 2013dan pihak penganjur akan menghubungi adik-adik. Bagi yang kurang berjaya, cuba lagi pada masa akan datang.

Keputusan Pertandingan Antartika Lestari 2013

Berikut merupakan senarai lapan (8) terbaik:

Pertandingan Mencipta Video Kreatif Antartika Lestari 2013


SMKA Johor Bharu (Johor) 
Antartika : Warisan Bersama
Aliff Mirza bin Misnan

SMK Luar Bandar No.1 Sibu (Sarawak)
Aku Antartika
Pressly Palong anak John Noel

SMK Lembah Bidong (Terengganu)
Antarctica, It's Time For a Change
Muhd Haziq Hilmi bin Ibrahim

SMK Taman Molek (Johor)
Penguin's House
Ang Shu Ting

SMK Elopura (Sabah)
Tangisan Antartika
Norbadriyyah binti Amrin

SMK Lati (Kelantan)
Warisan Bersama Faedah Bersama
Muhamad Aiman

SM Sains Tuanku Munawir (Negeri Sembilan)
Antartika, Warisan Dunia Terakhir
Mohd Akmal bin Mohd Nasir

SMJK Sin Min (Kedah)
Warisan Bersama Faedah Bersama
Soo Wei Qi


Pertandingan Menulis Esei Antartika Lestari

Menengah Rendah
Fathiah Ayuni binti Hamdan, Terengganu
Ashwareya Pooja, Johor
Muhamad Ilham bin Ahmad Zaini, Terengganu
Najwa binti Kamaruzaman, Selangor
Muhamad Asyraf bin Amran, Terengganu
Amy Alcee Julekol, Sabah
Khoo Loui Ean, Negeri Sembilan

Menengah Atas
Nursyahira binti Sama'on, Johor
Mohd Amiruddin Mahian, WP Labuan
Nurul Ain Athiran binti Talib, Terengganu
Tiviya a/p Sitamparem, Johor
Nur Farieza binti Juhari, Terengganu
Mohd Ikram bin Nanur Kani, Johor
Fatin Amirah binti Abdul Latiff, WP Kuala Lumpur
Rini Hazwan binti Rithuan, WP Labuan


Alhamdulillah, penyertaan kami dalam kategori Video Kreatif membuahkan hasil. Walaupun belum tahu lagi keputusan penuh sama ada dapat nombor yang mana satu (1,2,3 dan Saguhati), namun tetap rasa berbangga dengan pencapaian pelajar-pelajar sekolah saya. InshaAllah, jika kena dengan gayanya, tak mustahil apa yang dihajatkan akan menjadi kenyataan.

Keputusan Pertandingan Antartika Lestari 2013

Lebih menarik lagi, telah dimaklumkan sebelum ini bahawa pemenang bagi tempat pertama, kedua dan ketiga akan dijemput untuk menerima hadiah sendiri semasa Majlis Perasmian 6th Malaysian International Seminar on Antarctica 2013 (MISA6 2013) pada 8 Oktober 2013 di Pulau Pinang yang akan dirasmikan oleh DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin (Pengerusi YPASM)!! Doakan kami berjaya yer!! ;)

Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013

Demam sofbol melanda lagi SMK Luar Bandar No.1 Sibu. Kali ini apabila Kelab Sofbol menganjurkan Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013 buat kali pertamanya. Karnival yang dianjurkan ini juga adalah sangat sesuai sebagai aktiviti lanjutan kepada Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan yang telah diadakan pada minggu lepas. Tanpa disangka, setiap rumah sukan telah berjaya menghantar pasukan  masing-masing bagi memberi saingan antara satu sama lain dalam karnival sofbol tersebut.

Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013


Hari Pertama
Hari pertama Karnival Sofbol adalah merupakan fasa pertama bagi pusingan pertama. Beberapa pasukan yang menyertai mula memperlihatkan kehebatan masing-masing. Setiap pasukan telah diberikan Jurulatih yang terdiri daripada pemain senior sekolah dan bertanggungjawab memimpin pasukan masing-masing.

Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013

Kumpulan A
Patinggi Ali dilatih oleh Sylvester Jetik
Syarif Masahor dilatih oleh Selanjat
Linggir dilatih oleh Augustine

Kumpulan B
Rentap dilatih oleh Gebbson Belawan
Bantin dilatih oleh Jicky
Rosli Dhoby dilatih oleh Pressly Palong

Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013

Paling menonjol sudah tentu lah pasukan daripada rumah sukan Bantin dan Patinggi Ali. Kekuatan pasukan yang terletak pada pitcher masing-masing menyebabkan dua buah rumah sukan ini jauh mendahului rumah sukan yang lain. Sambutan penonton adalah hanya terdiri daripada kalangan peminat sofbol sahaja. Beberapa orang guru ketua rumah sukan juga hadir untuk melihat persembahan pasukan masing-masing. Tahniah kepada Cikgu Liong Ming Choo, Cikgu Nurbaida Akma dan Cikgu Wan Ida Soffyani!


Hari Kedua
Hari kedua juga masih dalam pusingan pertama, namun pada fasa yang kedua. Pusingan penyingkiran ini menyaksikan 4 pasukan melayakkan diri ke pusingan separuh akhir. Pasukan tersebut adalah:

Kumpulan A
Patinggi Ali
Syarif Masahor

Kumpulan B
Bantin 
Rentap


Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013

Bantin dan Patinggi Ali terus mengungguli pertandingan dengan kemenangan bersih kesemua perlawanan dalam kumpulan bagi melayakkan diri ke Pusingan seterusnya.

Dengan kelebihan pada pasukan Bantin dan Patinggi Ali yang menjuarai kumpulan masing-masing, maka saya mengjangkakan kedua-dua pasukan ini akan bertemu pada Pusingan Akhir nanti. Tambahan pula, kedua-dua pasukan memiliki keseimbangan daripada segi kelebihan pitcher, kemahiran memukul dan juga memadang yang lebih baik berbanding pasukan lain.Kehadiran penonton-penonton juga menaikkan lagi semangat pasukan untuk terus mencuba yang terbaik bagi pasukan rumah masing-masing.


Hari Ketiga
Hari ketiga berlangsungnya Pusingan Separuh Akhir. Pada jangkaan awal saya, pasukan Bantin dan juga Patinggi yang merupakan Johan kumpulan A dan B akan melalui jalan mudah menempah tiket ke Pusingan Akhir.

Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013

Walaubagaimanapun, kejutan telah dilakukan oleh pasukan Rentap dan juga Syarif Masahor apabila mengalahkan saingan masing-masing dengan kemenangan tipis. Kesilapan kecil yang berlanjutan dilakukan oleh pasukan Bantin dan Patinggi Ali telah menyebabkan kedua-dua nya gagal mara ke pusingan akhir. 


Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013

Sudah tentu pada hari ketiga ini sokongan daripada penonton amatlah memberangsangkan. Bilangan penonton semakin bertambah, termasuk lah penonton baru yang mula meminati sofbol selepas bermulanya karnival sofbol ini. Rasa tercapai objektif karnival bagi menarik minat lebih ramai lagi pelajar untuk mencuba sukan sofbol ini.


Hari Keempat
Hari terakhir karnival menyaksikan perlawanan akhir antara pasukan Syarif Masahor menentang pasukan Rentap. Dengan pengalaman beberapa hari dan perlawanan sebelum ini, maka sudah tentu saingan adalah agak sengit dan mencabar bagi kedua-dua pasukan. 

Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013

Pasukan Rentap memulakan perlawanan dengan agak baik dengan menyekat kemaraan pasukan Syarif Masahor, serta dalam masa yang sama menjarakkan lagi skor. Namun pada inning kedua, pasukan Syarif Masahor bangkit daripada kekalahan dan membuat kejutan dengan menyamakan skor. 

Namun kelebihan lebih ramai pemukul yang baik dalam pasukan Rentap telah memberikan kemenangan kepada pasukan Rentap yang kemudiaanya terus menjarakkan skor dengan lebih besar lagi. Keputusan akhir adalah Rentap berjaya mengalahkan Syarif Masahor dengan kemenangan selesa.

Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013

Secara keseluruhannya, ternyata penganjuran Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan ini adalah sangat baik, terutamanya dalam memberi pendedahan kepada warga sekolah dan juga dalam mencungkil bakat baru sofbol. Kesan positifnya, para penonton yang tidak pernah bermain sofbol pun sudah mula pandai memberi arahan kepada pemain di padang. 

Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013

Dalam masa yang sama juga, bakat baru berjaya dicungkil dalam karnival ini. Ramai yang telah menunjukkan minat kepada sofbol, atau sekurang-kurangnya berminat untuk cuba bermain sofbol. Ada juga yang bertanyakan saya, bila lagi akan ada penganjuran yang serupa. Malah, yang telah menyertai karnival juga menyatakan kesediaan untuk terus mengikuti latihan sofbol jika ada.

Jumaat, 30 Ogos 2013

14 Murid, Guru SK Chuping Cedera Terkena Bongkah Batu Kuari

Empat belas murid dan seorang guru cedera apabila terkena bongkah batu yang terpelanting akibat kerja meletup batu sebuah kuari di Chuping, Padang Besar, Perlis di sini, hari ini. 

14 Murid, Guru SK Chuping Cedera Terkena Bongkah Batu Kuari

Dalam kejadian 12 tengah hari di Sekolah Kebangsaan (SK) Chuping itu, serpihan batu terpelanting dari kuari itu sejauh kira-kira satu kilometer sehingga merosakkan dewan makan, asrama pelajar perempuan dan makmal sains sekolah berkenaan.

Khamis, 29 Ogos 2013

Mengaplikasi Daya Geseran

Daya Geseran
Daya geseran adalah daya yang menentang arah gerakan objek apabila dua permukaan bersentuhan.

Mengaplikasi Daya Geseran

Kebaikan Geseran
1. Membolehkan kita menulis
2. Menunggang basikal
3. Memadamkan tulisan
4. Memotong buah
5. Menyalakan mancis
6. Mengasah pisau

Keburukan Geseran
1. Melambatkan pergerakan
2. Mengurangkan kecekapan mesin
3. Menghauskan permukaan alatan
4. Menghasilkan haba dan bunyi

Mengaplikasi Daya GeseranMengaplikasi Daya Geseran

Cara Meningkatkan Geseran
1. Menggunakan permukaan yang kasar
2. Meningkatkan berat objek


Cara Mengurangkan Geseran
1. Menggunakan troli
2. Menggunakan roda
3. Menggunakan minyak pelincir
4. Menggunakan rod berputar
5. Menggunakan bentuk aerodinamik


Memahami Pengukuran Daya

Daya dapat mengubah saiz, bentuk dan gerakan sesuatu objek. Daya juga merupakan kuantiti yang mempunyai magnitud (kekuatan) dan juga arah. Unit S.I bagi daya ialah Newton (N). Objek dengan jisim 100 gram mempunyai berat kira-kira 1 N. Jadi 1 kg jisim adalah bersamaan dengan 10 N. Daya boleh diukur dengan menggunakan Neraca Spring.

Neraca Spring Pengukuran Daya

Kenapa Spring yang dipilih? 
Kerana spring akan memanjang jika dikenakan daya tarikan dan akan mampat dan pendek jika dikenakan daya tolakan. Pemanjangan dan pemampatan spring adalah berkadar terus dengan kekuatan daya.

Rabu, 28 Ogos 2013

Penemuan Terbaru : Ikan Duyung Memang Wujud?

Saya rasa ramai yang sudah tahu perihal mengenai makhluk mistik yang digelar ikan duyung nih. Manusia (selalunya perempuan cantik) yang dikatakan mempunyai ekor seperti ikan. Ada yang mempercayai bahawa ikan duyung memang wujud, tetapi ada juga yang skeptikal dan tidak percaya bahawa makhluk sebegitu rupa boleh wujud. Akan tetapi, beberapa penemuan sejak kebelakangan ini, telah menambahkan lagi kekeliruan dan kacau bilau dalam konteks pemikiran manusia zaman sekarang. Dengan tersebarnya semakin banyak video (samada tulen atau tidak) di Youtube, jadi adakah Ikan Duyung memang benar-benar wujud?

Penemuan Terbaru : Ikan Duyung Memang Wujud?

Terbaru, dua orang ahli marin biologi yang melakukan selaman ke laut dalam telah, terserempak dengan seekor makhluk misteri yang dikatakan sebagai Ikan Duyung. Rakaman tersebut menggemparkan dunia selepas tersebar di Youtube, sehingga Animal Planet telah mengadakan satu rancangan khas bagi tujuan tersebut. Bezanya, ikan duyung yang ditemui tidaklah secantik seperti yang digambarkan sebelum ini. Berwajah aneh, ikan duyung tersebut telah menepuk cermin kapal selam yang dinaiki oleh saintis tersebut sehingga menampakkan jari tangannya yang berselaput. Boleh tengok rakaman video tersebut dalam video di bawah.


Sebelum itu juga kecoh dengan penemuan ikan duyung yang sedang bersidai di atas batu di Kiryat Yam, Israel. Tetapi, bila diperhatikan video tersebut lebih kepada video tipu dengan menggunakan animasi dan efek khas. Anda nilaikan sendiri dengan menonton video di bawah.


Beberapa penemuan bangkai ikan duyung (selepas tsunami) juga pernah menggegarkan dunia selepas tersebarnya gambar tersebut ke internet. Walaubagaimanapun, akhirnya seorang tukang seni arca telah mengaku itu adalah hasil kerja seninya bagi tujuan jualan. Manakala penemuan bangkai lain juga tidak dapat mengesahkan langsung kewujudan ikan duyung.

Penemuan Terbaru : Ikan Duyung Memang Wujud?


Bagi kelompok yang menyokong kewujudan ikan duyung, ada dua alasan yang selalu digunakan, iaitu hanya 10% daripada isi laut dalam yang sudah dikenalpasti dan juga berdasarkan Teori Darwin yang menyebabkan manusia berhampiran pantai mengevolusikan kaki kepada ekor untuk mencari makanan. Alasan pertama agak boleh diterima akal, memandangkan memang 90% bahagian laut dalam masih belum diteroka, sama ada kawasan atau pun spesies yang terdapat di dalamnya. Mungkin boleh wujud makhluk aneh yang jauh lebih aneh lagi. Yang kedua? He3..

Jadi, adakah ikan duyung benar-benar wujud?.. 


Selasa, 27 Ogos 2013

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPM Sesi Disember 2013

Bagi yang berminat untuk menyambung pelajaran ke Politeknik KPM, sekarang sedang dibuka permohonan untuk sesi Disember 2013. Lebih kurang 10 bidang ditawarkan di serata Malaysia, dengan pelbagai peringkat pengajian. Bagi yang berminat boleh dapatkan no.pin berharga RM10.60 di semua cawangan BSN serta isi permohonan secara dalam talian di http://www.politeknik.edu.my
 
Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPM Sesi Disember 2013


Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 OKTOBER 2013. Bagi calon yang layak, anda akan dipanggil menghadiri temuduga pada 4 OKTOBER 2013, dengan sesi temuduga adalah seminggu selepas tarikh tersebut.Pendaftaran pelajar baharu dijangka bermula pada akhir November 2013 sehingga awal Disember 2013!

Jom, apa tunggu lagi!!

Permohonan Kemasukan Kolej Komuniti Ambilan November 2013

Bagi yang berminat untuk menyambung pelajaran ke Kolej Komuniti, anda boleh lah mula membuat permohonan kemasukan ke mana-mana Kolej Komuniti yang berdekatan. Dengan syarat kelayakan yang agak minima, maka mana-mana pemegang Sijil SPM boleh mencuba nasib di sana. Rujuk iklan di bawah untuk maklumat lanjut!

Permohonan Kemasukan Kolej Komuniti Ambilan November 2013

Bagi permohonan online, anda juga boleh terus isi di sini http://online.kkkla.edu.my/eborangkk/default_xie.asp

 

Memahami Daya

Apa itu Daya?
Daya ialah tolakan atau tarikan yang boleh mengakibatkan perubahan pada objek.

Memahami Daya



Kesan Daya
Daya ini boleh menyebabkan 
- perubahan bentuk, 
- menggerakkan objek pegun, 
- mengubah kedudukan, 
- menambah kelajuan, 
- memberhentikan objek yang sedang bergerak.


Jenis Daya
1) Daya Graviti
Daya tarikan yang menggerakkan sesuatu jasad ke arah pusat cakerawala (eg: bulan atau Bumi)

2) Daya Geseran
Daya menentang gerakan yang terhasil apabila dua permukaan bersentuhan

3) Daya Elektrostatik
Daya tarikan antara cas berlainan / Daya tolakan antara cas yang sama

4) Daya Magnet
Daya tarikan atau tolakan antara dua magnet yang berlainan atau antara magnet dengan bahan magnet.


Permohonan Online Kemasukan Murid ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Permohonan secara online Kemasukan Murid ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM bagi tahun 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013. 

Permohonan Online Kemasukan Murid ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Bagi yang berminat, sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut.

Permohonan Online Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Permohonan secara online Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM bagi tahun 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013. 

Permohonan Online Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Bagi yang berminat, sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut.

Isnin, 26 Ogos 2013

10 Pokok Tertua Di Dunia

Bayangkan hidup selama beribu-ribu tahun, selama berdekad dan berabad sambil memerhatikan peradaban dunia yang silih berganti. Menjadi saksi bisu kepada peristiwa dunia dan terus kekal sehingga hari ini. Demikian lah kisah sepi pokok-pokok yang tertua wujud di dunia. Di sini saya senaraikan 10 jenis pokok yang tertua di dunia.

1. Methuselah
Pokok pine berusia hampir 4, 800 tahun ini yang berada di Great Basin Bristlecone, Nevada. Namun ada pokok yang paling tua sekali yang digelar nama Prometheus telah dipotong pada 1964 sehingga menimbulkan kontroversi.

Methuselah





2. Sarv e-Abarkooh
Pokok Sarv e-Abarkooh ini adalah jenis pokok cypress yang berusia hampir 4 000 tahun dan berada di Abarkooh, Iran. Juga dikenali sebagai 'Zoroastrian Sarv', maka pokok ini merupakan lambang masyarakat Iran dan aktiviti keagamaan.

Sarv e Abarkooh




3. Llangernyw Yew
Pokok ini juga memainkan peranan penting dalam masyarakat di Wales. Pokok jenis ini banyak ditanam di kubur bagi menandakan keabadian hidup sama seperti hayat pokok ini sendiri.

Llangyerw Yew




4. Alerce
Jenis pokok ini telah dikesan hidup sejak 35 juta tahun dahulu melalui fosil-fosilnya. Walaubagaimanapun, pokok yang tertua ini hanya berusia 3 500 tahun, merupakan jenis Patagonian Cypress yang juga dikenali sebagai Alerce. Hidup subur di Chile.

Alerce


5. The Senator
Bald Cypress ini lebih dikenali sebagai The Senator, dijumpai di Florida, Amerika Syarikat. Berusia antara 3 400 hingga 3 500 tahun, pokok ini juga merupakan pokok yang terbesar di Sungai Mississippi.

Senator


6. Patriach
Satu lagi penghuni asal Amerika Selatan adalah pokok 'Patriarca de Floresta di Brazil. Merupakan pokok terbesar di Hutan Atlantik, pokok ini dijangka berusia 3 000 ribu tahun.

Patriach

7. Alyshun
Pokok yang juga dikenali sebagai 'Pokok Suci Alishan' di Taiwan, dijangka berusia 3 000 tahun. Walaubagaimanapun, pada 1 Julai 1997, pokok ini telah tumbang disebabkan oleh hujan ribut yang dahsyat.

Alyshun

8. Old Chestnut
Merupakan pokok Chestnut yang tertua di dunia dan dikenali sebagai ' Pokok 100 ekor Kuda'. Pokok ini boleh ditemui di San D Alfio, Sicily. Dijangkakan berusia dalam lingkungan 2 000 hingga 4 000 tahun.

Old Chestnut




9. General Sherman
Antara merupakan pokok purba jenis Giant Sequoia yang termuda. Boleh ditemui di Sequioa National Park, dipercayai berusia 2 300 hingga 2 700 tahun. Juga dikenalpasti sebagai pokok terbesar di dunia jika diukur pada isipadu kayu.

General Sherman

10. Jhomonsugi
Pokok yang paling muda dalam kalangan pokok yang pling tua. Pokok Jhomonsugi ini boleh ditemui di Yakushima, Jepun di katakan mungkin berusia 2 170 tahun sehingga lah 7 200. 

Jhomonsugi

Sejauhmanakah lagi pokok-pokok ini boleh terus bertahan? 



Sabtu, 24 Ogos 2013

Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan 1M1S

Pada 22-24 Ogos yang lalu telah berlangsung Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan (1M1S) bagi peringkat sekolah saya. Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan ini bertujuan untuk mendedahkan murid kepada aktiviti sukan dan permainan dan juga merupakan salah satu dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang rancak diperkenalkan dalam tahun kebelakangan ini. Justeru penganjuran kem ini di sekolah saya, memang sangat-sangat dialu-alukan sesuai dengan kehendak dan tujuan program.

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S Peringkat Sekolah

Untuk kali ini, Cikgu Lajang Anyie telah dilantik untuk menjadi Penyelaras Kem 1 Murid 1 Sukan peringkat sekolah, serta dibantu oleh Cikgu Kesavan sebagai Penolong Penyelaras. Manakala Fasilitator pula terdiri daripada Cikgu Thomas Majing (Bola Sepak), Cikgu Abdul Hakim (Badminton), Cikgu Shidin Dato (Bola Tampar), Cikgu Claudya (Bola Jaring), Cikgu Mujiburrahman (hoki) dan saya sendiri, Cikgu Hailmi (Sofbol).


Hari Pertama
Pada hari pertama ini, perjalanan kem bermula selepas selesai sesi persekolahan dengan dimulakan dengan pendaftaran peserta. Peserta adalah terdiri daripada 10 orang pelajar (5 lelaki dan 5 perempuan) daripada setiap rumah sukan yang ada di sekolah ini. Ada 6 rumah sukan semuanya dengan mengambil nama pahlawan gagah berani dari seluruh negeri Sarawak. 

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S

Mereka adalah :
Syarif Masahor (Rumah Merah)
Rentap (Rumah Ungu)
Linggir (Rumah Jingga)
Rosli Dhoby (Rumah Kuning)
Patinggi Ali (Rumah Biru)
Bantin (Rumah Hijau)

Pelajar telah diberikan sedikit taklimat oleh Kem Komandan berkaitan dengan perjalanan kem dan juga disiplin yang perlu dipatuhi sepanjang mengikuti kem ini. Pelajar juga diberikan fail berisi buku nota serta pensil dan pen untuk tujuan mencatat.


Hari Kedua
Pengisian hari kedua lebih menarik sebab pada hari ini aktiviti sukan dijalankan. Pelajar didedahkan dengan 1 jam teori oleh 6 sukan permainan oleh fasilitator masig-masing yang telah dilantik. Sesi awal pagi dimulakan oleh Cikgu Beatris Bangkang dengan Sesi Memanaskan Badan dan diikuti oleh Cikgu Shidin Dato untuk permainan bola tampar. Kemudian slot ketiga diisi oleh Cikgu Thomas untuk permainan bola sepak. Cikgu Hakim pula untuk permainan badminton pada slot terakhir. Kemudian pelajar berhenti rehat seketika untuk makan tengahari dan solat Jumaat.

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S Sesi Memanaskan Badan

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S 1 jam teori

Sesi sebelah petang dimulakan dengan sesi permainan bola jaring oleh Cikgu Claudya Nanny dan diikuti dengan permainan sofbol oleh Cikgu Hailmi. Semasa slot teori Sofbol selama 1 jam, saya lebih banyak memperkenalkan sukan sofbol kepada pelajar, terutamanya dari segi peralatan dan juga cara permainan. Seperti yang kita sedia maklum, sofbol bukan lah seperti sukan bola sepak yang sudah diketahui cara permainan nya oleh hampir semua orang. 

Justeru itu, ini lah peluang yang saya dapat gunakan untuk menarik lebih banyak penyertaan pelajar dalam sukan sofbol. Idea-idea yang diperolehi semasa mengikuti Kursus Modul Sofbol 1 Murid 1 Sukan pada Mei lalu, juga banyak membantu saya untuk memahamkan pelajar bahawa permainan sofbol itu, mudah!

Manakala sesi teori untuk permainan hoki oleh Cikgu Mujiburrahman dilakukan pada sebelah malam, kerana waktu pada sebelah petangnya telah dikhususkan untuk sesi praktikal selama 3 jam. Sesi yang paling menarik!

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S badminton

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S Bola Sepak

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S Hoki

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S Futsal

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S Bola Tampar

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S Bola Jaring

Setiap sukan dan permainan telah diberikan 6 stesyen yang berbeza. Pada stesyen berkenaan, fasilitator perlu melakukan aktiviti ringkas sukan masing-masing selama 20 minit untuk setiap kumpulan yang terdiri daripada 10 orang peserta kem. Stesyen sofbol adalah stesyen yang ketiga, di mana ada lebih kurang 13 orang pelajar yang akan membantu ketika aktiviti saya nanti. 

Oleh kerana sukan sofbol ini selalu dilihat oleh pelajar lain sebagai permainan yang sukar, jadi saya telah mengambil tanggungjawab sebagai pitcher tetap dan berpencen untuk semua kumpulan. Tujuannya supaya saya boleh membuat lambungan bola yang konsisten bagi memudahkan peserta kem untuk cuba memukul. Bagi menaikkan semangat peserta untuk mencuba sukan sofbol, saya biarkan peserta kem yang datang untuk mengambil giliran memukul terlebih dahulu. Sebab? Perkara yang paling menarik dalam sukan sofbol adalah ketika melakukan pukulan yang penuh gaya!

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S Sofbol

Pelajar yang membantu saya telah ditugaskan untuk memadang (fielding), dengan 4 orang lagi pelajar pembantu saya yang lebih mahir akan membantu peserta kem pada setiap base. Mereka terdiri daripada pemain senior sofbol yang mewakili Bahagian Sibu dan Sarawak, iaitu Jicky Joseph, Pressly Palong, Selanjat dan Sylvester Jetik yang akan membantu peserta untuk melakukan larian dari base ke base dan cara permainan.

Ternyata memang mereka sangat seronok! Terutamanya apabila buat kali pertama mereka memegang kayu pemukul dan dapat pukul bola pergi jauh-jauh. Lagi excited bila dapat buat Homerun (kononnya..). 

Selepas selesai giliran semua 10 orang peserta memukul, mereka diberi peluang untuk memadang pula. Untuk nak bagi sama adil, saya pilih pelajar-pelajar yang lebih kecil dari tingkatan 1 atau 2 yang baru berjinak-jinak dengan sukan sofbol untuk memukul. Ini kerana tidak mahu memberi tekanan kepada peserta kem dalam 'menumpaskan' pasukan lawan. Saya biarkan juga peserta kem untuk cuba melakukan lambungan mudah seperti yang saya lakukan. 

Mengejutkan kerana ramai juga dalam kalangan peserta kem yang dapat melakukan kemahiran asas sofbol dengan baik! Ada juga yang mula menunjukkan riak muka yang sangat gembira dan tak sabar nak main lagi walaupun tak pernah turun padang sekalipun pernah diajak oleh saya berkali-kali. Masa 20 minit yang diperuntukkan ternyata sangat lah tidak mencukupi untuk sesi aktiviti yang dilakukan. Namun, saya yakin telah berjaya menimbulkan minat kepada peserta kem untuk cuba bermain sukan ini pada masa akan datang!


Hari Ketiga
Pada hari terakhir ini, peserta kem telah diberikan peluang untuk cuba mengasah kemahiran dalam sukan bola tampar dengan Mini Karnival Bola Tampar. Pertandingan antara rumah sukan ini dilakukan di gelanggang bola tampar di dataran perhimpunan.Tak dapat nak fokus sangat sebab ada sekolah gantian dan saya perlu masuk kelas. Sedar-sedar dari dalam kelas, peserta kem di bawah dah pun menjerit kegembiraan dengan kemenangan kepada pasukan dari rumah sukan Syarif Masahor! Tahniah..

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S bola tampar

Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S Syarif Masahor Johan

Majlis penutupan ringkas diadakan dengan ucapan dari Pengetua dan barisan pentadbir. Sudah semestinya tak lengkap kan kalau tak diakhiri dengan sesi fotografi sebagai tanda kenang-kenangan. 


Kem 1 Murid 1 Sukan 1M1S SMK Luar Bandar Sibu

Pada pendapat saya, pelaksanaan kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan ini adalah sangat berjaya jika dinilai pada pengaruhnya kepada peserta. Saya melihat peserta semakin menunjukkan minat untuk cuba bersukan, terutamanya sukan yang asing bagi mereka sebelum ini seperti sofbol. Bagi saya, biar lah minat mereka bermula dengan keseronokan yang dirasai ketika kem. Sekiranya didapati berbakat dan minat yang menebal, maka boleh lah diasah lagi bakat mereka ke tahap yang lebih baik.


DOWNLOAD : Manual KPM Kem Sukan Sekolah 1M1S

Rabu, 21 Ogos 2013

Bulatan Misteri di Dasar Laut Jepun

Pasukan penyelam di dasar laut Jepun telah menemui satu bulatan misteri yang dikaitkan dengan tapak pendaratan kapal angkasa UFO makhluk asing. Bulatan dengan simetri dan juga lekukan yang terdapat pada dasar laut tersebut menimbulkan seribu satu pertanyaan kepada pasukan tersebut, dan juga orang awam yang kagum dengan bulatan tersebut.

Bulatan Misteri di Dasar Laut Jepun

Sehingga lah satu kajian terperinci yang telah dijalankan oleh saintis Jepun akhirnya mendapati bahawa bulatan tersebut adalah binaan yang dihasilkan oleh sejenis ikan buntal jantan bagi menawan hati ikan buntal betina idaman untuk tujuan mengawan!

Seekor ikan buntal jantan tersebut mengambil masa sehingga 10 hari bagi menghasilkan sarang tersebut. Lekukan dan juga bulatan yang dihasilkan hanyalah daripada lenggokan badan dan juga pergerakan ikan buntal tersebut sahaja. Sekiranya ada ikan buntal betina yang berpotensi untuk ikan jantan tersebut, maka ikan jantan tersebut akan mengocakkan pasir-pasir kecil di bahagian tengah binaan tersebut, bagi menarik perhatian ikan betina tersebut. Dan jika ikan betina itu berpuashati dengan binaan tersebut, ikan itu akan bertelur di bahagian tengah dan seterusnya meninggalkan kawasan tersebut.

Bulatan Misteri di Dasar Laut Jepun

Ikan jantan tersebut akan menjaga telur-telur tersebut sehingga 6 hari sebelum telur tadi menetas. Seterusnya akan meninggalkan sarang tersebut dan bergerak ke tempat lain bagi menghasilkan sarang baru yang lebih kurang serupa. Rajin nya!