.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Rabu, 31 Julai 2013

Masa Untuk Rangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)

Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif. Secara umumnya, mengikut taksonomi Bloom, HOTS merujuk kepada empat aras teratas kemahiran berfikir (lihat grafik) iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta, manakala aras paling bawah yang merujuk kepada kemahiran berfikir aras rendah (LOTS) iaitu memahami dan menghafal. Kemahiran berfikir antara enam ciri utama murid yang menjadi aspirasi kementerian untuk mereka berupaya bersaing pada peringkat global. 


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)

Pelajar tak lagi menghafal


Ini bermakna, kurikulum yang digubal menerusi PPPM berhubung HOTS ialah inisiatif supaya pelajar tidak lagi hanya menghafal untuk menghadapi peperiksaan, sebaliknya tahu menggunakannya.


Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Datuk Dr Amin Senin, berkata transformasi itu akan mengubah pengajaran dan pembelajaran yang sebelum ini lebih bertumpu kepada peperiksaan dan menghafal.


“Kita dapati keputusan pelajar Malaysia dalam ujian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) tidak berada pada tahap memuaskan. 


“Kajian mendapati antara punca kepada keadaan itu ialah soalan dalam kedua-dua ujian yang menjadi penanda aras tahap pendidikan antarabangsa berbentuk HOTS, iaitu bukan mengingat sesuatu fakta, tapi bagaimana hendak menggunakannya.


“Kita menyedari kelemahan itu, seterusnya membuat cadangan dalam PPPM supaya HOTS diberi penekanan,” katanya kepada BH di sini.


Beliau berkata, walaupun HOTS wujud dalam kokurikulum sebelum ini, tidak dilaksanakan secara berfokus, sebaliknya konsep pemikiran itu hanya diharap digunakan pelajar secara semula jadi.


Katanya, pelaksanaan HOTS di bawah PPPM kali ini difokuskan kepada subjek Sains, Matematik dan Sejarah serta dilakukan secara menyeluruh membabitkan proses pengajaran dan pembelajaran, soalan peperiksaan, penyediaan alat bantuan mengajar, malah diterapkan dalam aktiviti kokurikulum seperti kuiz dan pertandingan.


Konsep soalan peperiksaan ada elemen HOTS


Katanya, bagi memastikan pelajar mengaplikasi kemahiran berfikir, kementerian juga mengubah konsep soalan peperiksaan dengan memasukkan elemen HOTS dalam soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara berperingkat.


“Sasaran Kementerian Pendidikan ialah sebanyak 40 peratus soalan HOTS dimasukkan dalam kertas soalan UPSR, manakala SPM (50 peratus) menjelang 2016,” katanya.


Beliau berkata, untuk memastikan pelaksanaannya berjaya, guru terlebih dulu perlu mengikuti kursus jangka pendek dalam program i-Think kendalian Agensi Inovasi Malaysia, bagi membolehkan mereka menguasai teknik berfikir HOTS.


“Tahun ini, guru dari 500 sekolah dihantar mengikuti program ini dan tahun depan, kita mahu guru dari semua sekolah negara ini mengikuti kursus itu.


“Mereka akan pulang ke sekolah dan berkongsi kemahiran itu dengan rakan sejawatan seterusnya mengajar murid menggunakan teknik terbabit,” katanya.


Lebih interaktif


Mengulas lanjut, Amin berkata, penekanan terhadap HOTS secara tidak langsung mengubah corak dan proses pembelajaran dalam kelas, menjadikannya lebih interaktif kerana memerlukan pembabitan aktif pelajar dan guru.


“Kita tidak lagi melihat proses sehala dengan guru berada di depan kelas mengajar, manakala murid hanya menyalin dan menghafal.


“Sebaliknya guru perlu menggalakkan murid banyak bertanya dan membiarkan mereka meneroka rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang diajar, seterusnya mengaitkannya dalam kehidupan,” katanya.


Amin berkata, kejayaan pelaksanaan itu akan dinilai daripada keputusan peperiksaan pelajar, terutama cara pelajar menjawab peperiksaan berbentuk HOTS


p/s: Musim HOTS!... ;)

Selasa, 30 Julai 2013

5 Imej Wi-Fi Jika Dapat Dilihat Oleh Mata Manusia

Wi-Fi, Internet tanpa wayar. Tenaga yang tidak kelihatan ini berada di sekeliling kita yang dapat menghubungkan kita sesama kita dan juga internet ke seluruh dunia. Tetapi bagaimana jika kita dapat melihat Wi-Fi? Itulah persoalan yang terpacul daripada seorang ahli fikir terkenal, Nicholay Lamm mengenai Wi-Fi. Nicholay Lamm nih pernah menjadi kontroversi apabila pernah mengeluarkan gambar bentuk wajah manusia untuk 100, 000 akan datang. Boleh tengok kat SINI. Tapi untuk Wi-Fi ni, beliau telah bekerjsama dengan seorang ahli astrobiologi, M. Browning Vogel bagi menghasilkan imej Wi-Fi jika dapat dilihat oleh mata manusia.

Imej Wi-Fi Jika Dapat Dilihat Oleh Mata Manusia

Imej Wi-Fi Jika Dapat Dilihat Oleh Mata Manusia

Imej Wi-Fi Jika Dapat Dilihat Oleh Mata Manusia

Imej Wi-Fi Jika Dapat Dilihat Oleh Mata Manusia

Imej Wi-Fi Jika Dapat Dilihat Oleh Mata Manusia




Wireless internet. This wonderful hidden energy all around all of us that connects us to people and then websites around the world. But what if you could basically see wireless internet? Exactly what would it be like? That is precisely the question artist Nickolay Lamm has wanted to answer. With the help of Astrobiologist M. Browning Vogel, he launched a number of images representing just what wi-fi would look like if it turns out to be visible to the human eye.
Wifi is an energy field that is transmitted as waves. The waves have a certain height, distance between them and travel at a certain speed. The distance between wifi waves is shorter than that of radio waves and longer than that of microwaves, giving wifi a unique transmission band that can't be interrupted by other signals. This image shows an idealized wifi data transmitted over a band that is divided into different sub-channels, which are shown in red, yellow, green and other colors.
- See more at: http://www.riseearth.com/2013/07/this-is-what-wi-fi-looks-like.html#sthash.LTyGz4PC.dpuf

Surat Cikgu Kepada Ibu Bapa Masa Kini

Surat luahan hati guru kepada ibu bapa masa kini ini saya ambil daripada satu laman sosial untuk dikongsikan bersama. Terpulang untuk anda semua sebagai pembaca untuk menilainya sendiri. Samada mahu mengIYAkan, mengHEK-ELEHkan atau sebarang respon lain kepada surat ini, itu hak anda sebagai pembaca. Tetapi dari pihak saya, saya merasakan perkara ini wajar dikongsi bagi diambil panduan dan pedoman oleh kedua-dua pihak, iaitu guru sendiri dan juga ibu bapa. Cuba bayangkan anda berada pada kedua-dua pihak, nescaya kita akan lebih faham-memahami antara satu sama lain. Bagi yang takdak apa-apa perasaan, boleh anggap ini sebagai satu lawak jenaka! ;)



Surat Guru Kepada Ibu Bapa Masa Kini


Kepada : Ibu Bapa

Ke hadapan Tuan/Puan,

Kami telah mendapat banyak aduan di dalam menyuarat PIBG tentang bagaimana kami mendidik anak tuan/puan. Terlebih dahulu kami memohon maaf atas pemasalahan yang timbul. Walaubagaimanapun, kami sebagai guru mempunyai batas-batas kuasa yang kami akan suluhkan kepada tuan/puan.

Kami bukan ibu bapa. Kami adalah ahli akademik. Kami mempunyai set tanggungjawab, dan didikan peribadi bukanlah sebahagian dari tanggungjawab kami. Kami bertanggungjawab menunjukkan peribadi elok sebagai contoh, tapi tugas mengajar adab merupakan tanggungjawab tuan/puan. Bagaimana perangai mereka di rumah, jika menjadi kurang ajar, sama sekali bukan salah kami.

Terkadang kami terkejut ketika melihat tingkah laku anak anda ketika hadir mengambil kad repot. Anak tuan/puan yang hyperaktif di sekolah sungguh senyap di depan tuan/puan. Adakah tuan kenal anak tuan sebetulnya? Tahukah tuan/puan anak puan yang hadir ke sekolah bukanlah anak tuan/puan yang tuan/puan kenali di rumah?

Dan apabila hukuman dijalankan, apakah hak tuan/puan untuk mengatakan "saya kenal anak saya. dia bukan macam tu." di hadapan kami? Anda tiada di sekolah, dan anda sebenarnya tidak mengenal anak sendiri. Anak anda selesa di sekolah bersama kawan-kawan sehingga berasa selesa untuk berbuat salah dan kami hukumkan. Nampak benar dia tak berasa selesa untuk membuat salah di depan anda kerana tuan/puan mungkin sekali bukan spesis manusia membina, tapi menjatuhkan.

Peraturan sekolah diciptakan bersebab. Dan sebetulnya, memang hukuman diciptakan untuk menyakitkan, memalukan, dan menyusahkan.

Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar sakit yang tidak seberapa itu adalah lumrah dunia, malu itu seharusnya bertempat, dan yang menyusahkan itu selalunya benda yang perlukan usaha. Atau benda-benda yang sewaktu dengannya. Itu tanggungjawab anda, jangan lepaskan itu semua pada kami. Adakah benda asas seperti ini pun perlu kami ajari?

Kami di sekolah sebagai HANYA GURU. Tapi hakikatnya, kami tahu terlampau banyak mengenai keluarga murid. Jika tuan/puan sangkakan apa yang berlaku di rumah hanya tinggal di rumah, tuan/puan silap. Kami guru yang terdidik, melihat pada pelakuan, banyak benda yang kami tahu. Itu tidak termasuk apa yang diberitahu.

Anak-anak tuan/puan akan cuba untuk menjadi apa yang mereka tidak boleh jadi di depan tuan/puan. Tuan/puan merupakan kuasa autoriti terbesar buat mereka. Jadi apa yang mereka buat di sekolah adalah cermin untuk apa yang berlaku/tidak berlaku di rumah.

Jika anda mahukan kami mendidik dengan sepatutnya, kami perlu kuasa autoriti yang lebih besar. Kalau kerana hanya satu garisan dari sebatan rotan menyebabkan kami dipenjarakan, ketahuilah oleh tuan/puan yang kami sebenarnya langsung tak mahu bersangkut paut dengan kehidupan anak tuan/puan, apatah lagi isu rumah tangga tuan/puan.

Hanya kerana anak tuan tak pernah mengadu mereka terbuat kesilapan, jangan menyangka anak tuan/puan sangat baik. Anak yang bijak/pandai selalu eksperimen dan selalu berbuat silap, dan mereka tidak mahu imej buruk atau keburukan mereka sampai kepada tuan/puan jadi mereka berahsia. Adalah terpulang kepada ibu bapa sama ada anak mereka berahsia atau tidak.



Surat Cikgu Kepada Ibu Bapa Masa Kini

Nasihat kami untuk tuan/puan :

Setiap anak melaku kesilapan. Jangan berdiri lantang untuk mereka dengan melampau. Mereka harus diajar erti tanggungjawab, dan bertanggungjawab bagi setiap tingkah laku. Kami tak perlukan anda untuk berdiri bagi pihak anak anda hanya kerana anak anda menumbuk seorang kanak-kanak lain. Itu sebahagian dari proses pemantapan fizikan dan mental. Menyekat pengalaman bermaksud anda menyekat kebolehan otak anak anda berkembang.

Mendidik kanak-kanak itu tidak susah. Tapi yang menyusahkan selalunya ibu bapa. Kerana mereka selalu ingin menyelesaikan masalah anak-anak bagi pihak mereka, menolak hak mereka mempunyai autoriti yang sepatutnya. Akhirnya mereka cuma boneka yang diberi skrip. Mereka bukan lagi makhluk tuhan yang diberi kehidupan.

Kami tahu apa beza seorang murid tingkatan tiga mampu buat dan seorang pelajar jurusan kejuruteraan mampu buat. Jangan buat kerja sekolah mereka untuk mereka. Mereka perlu berbuat silap untuk belajar. Jika anda menjadikan mereka sedemikian bodoh, jangan salahkan kami semasa datang ambil kad repot.

Jika seorang pelajar dihantar kepada kami kerana kesalahan tingkah laku, kami tidak akan menghukum mereka serta merta. Kami akan memberi masa mereka bersendiri memikirkan apa yang baru mereka lakukan, dan memberi respon bergantung pada respon mereka setelah mereka lebih tenang dan setelah mereka mempunyai masa berfikir. Mungkin tuan/puan juga boleh cuba cara yang sama. Mungkin tuan/puan sendiri lupa zaman tuan/puan kanak-kanak kerana tuan/puan kini sudah dewasa, betapa gementarnya kanak-kanak yang berbuat silap.

Ekonomi yang teruk masa kini menyebabkan ramai ibu bapa bekerja lewat masa dan mempunyai masa yang sedikit untuk memahami atau bersama anak mereka. Menyangka anda boleh menebus kesalahan dengan berdiri bagi pihak mereka di depan guru adalah tindakan yang salah.

Jika anda mahukan proses pendidikan ini bersifat dua-hala, bersikap adillah dengan kami.

Atau jika tidak, abaikan sahaja kewujudan kami dalam proses pemanusiaan. Kerana kami sendiri mempunyai hal sendiri untuk dijaga dari menjaga anak orang.

Yang Benar,
Guru.


Aplikasi Prinsip Tekanan Udara Dalam Kehidupan Harian

Aplikasi Prinsip Tekanan Udara Dalam Kehidupan Harian
Pelbagai peralatan dalam kehidupan seharian kita beroperasi dengan menggunakan prinsip tekanan udara. Tanpa tekanan udara, banyak peralatan tidak dapat berfungsi dengan seperti yang kita harapkan. Jom kita tengok bagaimana tekanan udara memainkan peranan untuk membolehkan alat-alat tersebut berfungsi.

1. Penyedut minuman
Apabila udara disedut, kawasan dalam penyedut akan menghasilkan kawasan tekanan rendah. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar akan menolak air masuk ke dalam penyedut minuman. 


Penyedut udara tekanan udara

2. Picagari
Apabila omboh ditarik ke atas, kawasan dengan tekanan rendah terbentuk dalam picagari. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolakair masukke dalam picagari. 


Picagari tekanan udara

3. Pam Semburan
Apabila omboh ditolak ke dalam silinder, udara dipancut keluar dengan laju. Satu kawasan tekanan rendah terbentuk di sekeliling muncung silinder. Keadaan ini menyebabkan tekanan udara yang lebih tinggi di dalam tin memaksa racun serangga masuk ke dalam tiub logam. Kemudian, racun serangga dipecahkan kepada titisan kecil oleh udara yang dipancut keluar dengan laju dari silinder. 


Pam semburan tekanan udara

4. Sifon
Apabila air mengalir dari hujung bawah salur, kawasan tekanan rendah terbentuk di dalam salur. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak air masuk ke sifon. 


Sifon tekanan udara

5. Paip tersumbat
Menekan pam akan memaksa udara yang ada di dalamnya keluar, kemudian membentuk keadaan bertekanan rendah. Mangkuk getah melekat pada permukaan singki apabila tekanan yang lebih tinggi di luar menekan ke atasnya. Tekanan yang lebih tinggi di dalam paip menolak kotoran yang tersumbat apabila pam sedutan ditarik ke atas.


Paip tersumbat tekanan udara

6. Tin dengan dua lubang
Susu dipaksa keluar di salah satu lubang oleh tindakan tekanan udara yang menolak udara ke dalam lubang yang bertentangan.

Tin dengan dua lubang tekanan udara

Memahami Tekanan Udara

Apa yang dimaksudkan dengan tekanan udara? Tekanan Udara bermaksud tekanan yang dihasilkan oleh pelanggaran zarah-zarah udara ke atas permukaan luar dan permukaan dalam sesuatu objek.Bagi lebih memahami konsep Tekanan Udara, kita perlulah memahami terlebih dahulu Teori Kinetik Jirim. Teori ini mengatakan bahawa zarah-zarah dalam sesuatu jirim sentiasa bergerak dan berlanggar antara satu sama lain. Jadi zarah udara yang ada dalam sesuatu objek juga akan berlanggar dengan permukaan dalam, manakala zarah udara yang ada di luar objek akan berlanggar dengan permukaan luar. Perlanggaran inilah yang menghasilkan Tekanan Udara.


Memahami Tekanan Udara

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan udara?
1) Isipadu
Jika udara dimampatkan lagi dengan mengurangkan isipadu bekas, zarah udara akan melanggar dinding bekas dengan lebih kerap. Ini menyebabkan tekanan bertambah

Isipadu berkurang, Tekanan bertambah

2) Suhu udara
Jika udara dipanaskan, zarah-zarah udara dalam bekas akan memperolehi lebih banyak tenaga dan akan melanggar dinding bekas dengan lebih kerap. Ini menyebabkan tekanan bertambah

Suhu meningkat, Tekanan meningkat


Baca Aplikasi Tekanan Udara dalam kehidupan seharian

Isnin, 29 Julai 2013

Permohonan Mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) 2013

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah di bawah kelolaan KPM dan sedang mengajar subjek bukan opsyen asal untuk mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO). 
 
Bagi yang berminat, boleh terus isi borang permohonan di SINI.
 
Bagi yang belum tau apa-apa lagi pasal PITO nih, boleh baca entri nih sampai habis. Oh ya.. Jangan salah sebut yer.. PITO bukan Tukar Opsyen, tapi Tambah Opsyen..
 
 
Permohonan Mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) 2013
       
1. Nama Program : PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH
       
2. Mod Kursus : Kursus Dalam Perkhidmatan
       
3. Tempoh Kursus : 12 Minggu




Pelaksanaan
Tempoh
a.
Sepenuh Masa (Face to Face)
6 Minggu
b.
Luar Kampus (Off-campus)
5 Minggu
c.
Weekend of Campus
1 Minggu



Peserta akan berada di sekolah semasa sesi luar kampus (off-campus) selama 5 minggu. Manakala sesi sepenuh masa (face to face) dan sesi weekend of campus (5 kali Sabtu), peserta akan berada di IPTA/IPGK untuk 6 minggu berikutnya. Peserta akan menduduki peperiksaan pada minggu terakhir sesi sepenuh masa (face to face).
       
4. Syarat Peserta
Kursus
: Peserta terdiri daripada guru dalam perkhidmatan seperti butiran berikut:


:
  1. Warganegara Malaysia;
  2. telah disahkan dalam jawatan pada lantikan pertama;
  3. tidak berdaftar atau mengikuti sebarang pengajian atau kursus dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa/separuh masa/sambilan dengan tajaan KPM;
  4. bukan opsyen dalam bidang yang dipohon
  5. mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut dalam bidang yang dipohon;
  6. mempunyai tahap kesihatan yang baik (calon wanita yang hamil enam bulan ke atas tidak digalakkan mengikuti kursus);
  7. memperoleh purata markah yang baik bagi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT);
  8. bebas dari tindakan mahkamah dan tatatertib;
  9. tidak terlibat dengan pengawasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau penandaan kertas peperiksaan


:
Peserta perlu mengisi Borang Permohonan (dalam talian) dan disokong sepenuhnya oleh pengetua/guru besar sekolah tempat bertugas.




5. Bidang/Mata Pelajaran Yang Ditawarkan : Sejarah (SEJ) – Teori
Kemahiran Hidup (KH) – Teori & Praktikal
Bahasa Melayu (BM) – Teori
Pendidikan Khas (PKhas) – Teori




6. Tempat Kursus dan Subjek Yang Ditawarkan :
Subjek
Pusat Pengajian
SEJARAH
USM, UTM, UPSI
BAHASA MELAYU
UKM
KEMAHIRAN HIDUP
UPM
PENDIDIKAN KHAS (MENENGAH)
USM & UKM
PENDIDIKAN KHAS (RENDAH)
IPG KAMPUS




7. Pensijilan :
Sijil Tambah Opsyen (Sijil Kursus Dalam Perkhidmatan) dikeluarkan oleh BPG dengan disahkan bersama oleh pihak Majlis Dekan IPTA dan Rektor IPG. Transkrip peperiksaan dikeluarkan oleh IPTA dan IPGK yang berkenaan. Sijil ini melayakkan peserta untuk pindah kredit sekiranya melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan.




8. Pembiayaan Kursus :
Perbelanjaan kursus ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.




9. Kemudahan Peserta :
Peserta disediakan penginapan berserta makan/minum oleh IPTA/IPGK yang melaksanakan kursus. Tuntutan perjalanan adalah di bawah tanggungan JPN masing-masing menggunakan  peruntukan NKRA Kualiti Guru mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.
10. Jadual Proses Permohonan :
Bil. Perkara Tarikh Catatan
1.
Edaran surat siaran PITO 2013 ke semua Jabatan Pelajaran Negeri
17 Julai 2013

2.
Permohonan PITO 2013 secara dalam talian (online)
29 Julai 2013 hingga 9 Ogos 2013

3.
Sokongan Pengetua/Guru Besar secara dalam talian
12 Ogos 2013 hingga 23 Ogos 2013

4.
Semakan Keputusan Tawaran/Surat Tawaran secara dalam talian
7 Oktober 2013 hingga 17 Oktober 2013

5.
Pendaftaran Kursus
19 Oktober 2013
di IPTA/IPGK yang berkenaan
*Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa 


Ahad, 28 Julai 2013

Program 1 Malam Bersama Kimia

Berakhir juga Program 1 Malam Bersama Kimia anjuran Panitia Kimia SMK Luar Bandar No. 1 Sibu dengan jayanya. Walaupun saya yang pertama kali join program cetusan idea bernas Cikgu Mackie Juing (Ketua Panitia Kimia), tapi saya dapat merasakan akan kesannya pada pelajar dan juga pada saya sendiri. Mestilah pengalaman baru sebab terpaksa bersengkang mata berjaga sepanjang malam dari pukul 7.30 malam sehinggalah 5.30 pagi, hanya untuk belajar Kimia sahaja. Menarik kan?..

Program 1 Malam Bersama Kimia


Pengenalan
Sejarah awal program nih bermula apabila Cikgu Mackie telah mengadakan program seumpama ini buat pertama kali nya pada tahun 2010. Semuanya kerana beliau dah pun pernah mengadakan program yang sama ketika mengajar di SMK Patiambun, Limbang. Jadi bertitik tolak daripada kejayaan di sekolah lama nya, maka program tersebut pun ikut jugak lah berpindah sekali dengan tuan dia di sekolah baru. Menarik!

Program 1 Malam Bersama Kimia


Pelaksanaan
Konsep pelaksanaannya adalah, guru dan pelajar akan sama-sama bersengkang mata daripada pukul 7.30 malam sehinggalah jam 5.30 pagi untuk sama-sama belajar Kimia. Pelajar bebas dengan aktiviti belajar mereka, tetapi dalam masa yang sama perlu patuh kepada beberapa peraturan yang telah ditetapkan, seperti masa rehat dan juga waktu keluar. 

Program 1 Malam Bersama Kimia


Mengantuk?. Rasa mengantuk ada, tetapi ada cara untuk menghilangkan rasa mengantuk tersebut. Pelajar disediakan makanan, minuman, dan snek untuk dinikmati sepanjang malam. Bagi yang menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan, boleh merujuk kepada rakan-rakan atau guru yang ada di sekeliling. Pada kali ini, selain daripada Cikgu Mackie, Cikgu Belle dan saya sendiri juga ada mengikuti program tersebut.

Program 1 Malam Bersama Kimia

Program 1 Malam Bersama Kimia

Permintaan daripada pelajar terhadap program ini sangat menggalakkan. Pada awalnya, kumpulan sasaran hanyalah pada kumpulan pelajar lemah dalam lingkungan 20 orang pelajar. Walaubagaimanapun, ramai pelajar lain, termasuk yang dah dapat keputusan bagus pun turut nak ikut serta. Hampir 60 orang pelajar (4 kelas) jugak lah. Maka, terpaksa lah 2 buah makmal digunakan untuk menampung keperluan ini.

Program 1 Malam Bersama Kimia

Program 1 Malam Bersama Kimia

Bagi pemilihan tajuk pula, pelajar juga bebas untuk belajar / menjawab soalan / ulangkaji daripada mana-mana set soalan / buku model / Modul Ulangkaji SPM 2013 / sumber rujukan. Ini kerana, hanya pelajar yang tahu bab manakah yang masih belum dikuasai oleh mereka. Di sini saya senaraikan beberapa tajuk bab mengikut kategori senang, sederhana dan susah. Saya mensyaratkan kepada pelajar, bagi bab yang dilabelkan SENANG, pelajar WAJIB menguasai bab tersebut.



KIMIA TINGKATAN 4
1. Pengenalan Kimia                                               SENANG
2. Struktur Atom                                                    SENANG
3. Formula Kimia dan Persamaan                        SEDERHANA
4. Jadual Berkala                                                     SENANG
5. Ikatan Kimia                                                        SENANG
6. Elektrokimia                                                        SUSAH
7. Asid dan Alkali                                                     SEDERHANA
8. Garam                                                                   SEDERHANA
9. Bahan Buatan dalam Industri                            SENANG

KIMIA TINGKATAN 5
1. Kadar Tindak balas                                             SEDERHANA
2. Sebatian Karbon                                                  SUSAH
3. Pengoksidaan dan Penurunan                           SUSAH
4. Termokimia                                                          SEDERHANA
5. Bahan Kimia untuk Pengguna                            SENANG


Pemerhatian
Daripada pemerhatian kasar saya, nampak pelajar lebih berminat dengan konsep pembelajaran sebegini. Sebabnya? mereka dapat fokus terus kepada satu subjek sahaja sepanjang malam untuk ulangkaji, selain mempunyai guru untuk bertanya jika ada sebarang permasalahan. 

Program 1 Malam Bersama Kimia

Paling saya suka, bila keluar perkataan "oooooooooo.... " daripada mulut pelajar, yang menandakan dah mula semakin faham lah tuh! Dengan ramai rakan guru yang ada juga membolehkan pelajar mendapatkan ilmu Kimia dengan cara penyampaian berbeza daripada guru-guru yang berbeza. 

Mungkin ada pelajar yang tak faham dengan penyampaian saya, tapi boleh faham dengan penyampaian guru lain. Begitu juga sebaliknya.

Program 1 Malam Bersama Kimia

Program 1 Malam Bersama Kimia

Pelajar juga nampak lebih mesra dan dekat dengan guru. Mereka lebih senang bertanya jika ada permasalahan ketika menjawab berbanding ketika berada dalam kelas dengan suasana yang lebih formal. Keadaan santai dan rileks membolehkan p&p berjalan dengan lebih lancar!


Kesimpulan
Sekiranya berkesempatan untuk mengadakan program seperti ini sekali lagi, sudah tentu saya akan turut melibatkan diri bersama-sama sebab saya yakin dengan kesannya kepada pemahaman pelajar terhadap Kimia. 


Program 1 Malam Bersama Kimia

Dengan kawasan yang jauh daripada bandar seperti sekolah saya ini, dapatlah saya katakan 99% kejayaan pelajar adalah bergantung kepada usaha guru dan usaha pelajar. Majoriti mereka tidak menghadiri mana-mana tuisyen luar, sama ada kerana tidak berkemampuan atau faktor pengangkutan, maka usaha sebegini diharapkan dapat membantu mereka untuk memajukan diri mereka.

Dah sama-sama penat, sama-sama mengantuk, jom kita tidur!

Modul Ulangkaji PMR 2013 dari JPN Perlis

JPN Perlis telah menghasilkan modul ulangkaji PMR 2013 dengan bahan kandungan yang boleh dimuatturun daripada laman web JPN Perlis sendiri. Seperti soalan ramalan pmr 2013 atau pun soalan spot pmr 2013, sudah tentu lah modul ini mengandungi banyak modul ulangkaji bagi subjek Bahasa Melayu, English, Matematik, Bahasa Arab, Sains, Pendidikan Islam dan Sejarah. Tahniah untuk JPN Perlis yang berkongsi bahan untuk kecemerlangan bersama! Jom kita download!


Modul Ulangkaji PMR 2013 dari JPN Perlis





KLIK juga : Teknik Menjawab Soalan Sains PMR
KLIK juga : Modul Pecutan Akhir Sains PMR 2012

Semakan Khidmat Negara PLKN Siri 11/2014

Semakan bagi peserta yang terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara PLKN Siri 11 / 2014 telah boleh mula disemak sekarang di pautan http://www.khidmatnegara.gov.my/terpilih.html . Walau bagaimanapun, penempatan pelatih akan dimaklumkan kemudian. Anda juga boleh menyemak status pemilihan dengan menggunakan SMS
Taip: PLKN semak hantar ke 15888
atau telefon 03-40274747


Semakan Khidmat Negara PLKN Siri 11/2014

Tahniah bagi yang terpilih! Selamat berbakti untuk negara!

Sabtu, 27 Julai 2013

Cikgu Cabul 4 Murid Darjah Dua!

Empat murid perempuan sebuah sekolah rendah di Besut, mengadu dicabul oleh seorang guru di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan pada 9 Jun lalu. Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, guru lelaki itu didakwa mencabul murid tahun dua di bilik kesihatan sekolah berkenaan. Kisah itu terbongkar pada 21 Jun lalu apabila salah seorang daripada murid tersebut telah memaklumkan kepada ibunya mengenai perbuatan guru terbabit. Kanak-kanak itu memberitahu, guru berkenaan telah melakukan perbuatan lucah terhadapnya dan dua lagi rakannya. Sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, ibu kanak-kanak terbabit segera membuat laporan polis di Balai Polis Jertih pada 24 Jun lalu. 

Cikgu cabul murid perempuan darjah dua

Ketiga-tiga murid tersebut tinggal di kampung sama dan berdekatan dengan sekolah tersebut. Manakala sumber memberitahu, mangsa keempat murid tahun dua sekolah sama tampil membuat laporan kelmarin, mendakwa turut menjadi mangsa guru tersebut.
Difahamkan, perkara itu terbongkar selepas ibu mangsa mendengar kes berkenaan lalu bertanyakan kepada anaknya sama ada dia turut dicabul guru tersebut.

Murid terbabit mengadu menerima nasib sama seperti rakannya dengan mendakwa guru berkenaan telah memasukkan jari ke dalam kemaluannya selepas menutup mata dan mulut dengan pita pelekat manakala kaki dan tangannya diikat dengan tali. Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.


p/s: Lagi Cikgu... nampaknya musim cikgu-cikgu masuk berita kali nih. Guru Ditembak, Guru Racist, Guru suruh makan dalam jamban, Guru diugut bunuh, Guru...Guru...dan Guru.... semua mensasarkan Guru nampaknya, macamana kita nak memartabatkan profesion. Jaga cikgu-cikgu, yang baik dilakukan seorang guru itu jarang keluar berita, kalau yang buruk belum tentu 'sahih' pun awal2 sudah keluar berita. Akhirnya yang buruk disimpan dalam ingatan masyarakat, yang baik dibiarkan sepi berlalu begitu sahaja...  So, rakan guru, jom kita jaga perangai masing-masing yer, supaya lebih disenangi..


Khamis, 25 Julai 2013

Memahami Pemeliharaan Kualiti Air

Pemeliharaan kualiti air selalunya dikaitkan dengan pencemaran air dan jenis-jenis bahan buangan yang mencemarkan air. Justeru itu, kita sebagai pengguna perlulah menggunakan air dengan bijak dan melakukan perkara-perkara yang sekurang-kurang nya boleh membantu mengurangkan pencemaran air.

Pencemaran Sungai


Jenis-jenis Bahan Yang Menyebabkan Pencemaran Air
1) Bahan buangan industri
Sumber : Kilang industri
Kandungan : Ianya mengandungi sisa kimia atau sisa radioaktif
Kesan : Menjejaskan hidupan akuatik dan manusia yang memakan hidupan tersebut

2) Bahan buangan domestik
Sumber : Kediaman
Kandungan : Sampah sarap dan air kumbahan
Kesan : Menghalang aliran air sungai, Kekurangan oksigen terlarut dalam air

3) Bahan kimia pertanian
Sumber : Ladang pertanian dan sawah padi
Kandungan : Baja kimia dan pestisid
Kesan : Pertumbuhan alga yang menjejaskan hidupan akuatik lain

4) Pengelodakan sungai
Sumber : Pembangunan dan penebangan hutan
Kandungan : Lumpur dan kelodak
Kesan : Mengakibatkan banjir kilat, Sungai semakin cetek

5) Tumpahan minyak
Sumber : Kapal tangki minyak
Kandungan : Minyak
Kesan : Menjejaskan hidupan akuatik dan burung di kawasan laut berkenaan


Cara-cara Mengawal Pencemaran Air
1) Bahan buangan dan sisa kimia tidak boleh dibuang ke dalam sungai
2) Sampah dilupuskan secara sistematik oleh pihak pelupusan sampah
3) Bahan beracun dari kilang hendaklah ditapis atau dirawat sebelum disalurkan ke sungai
4) Penjualan pestisid diperketatkan
5) Bahan bukan organik hendaklah dikitar semula
6) Mempergiatkan usaha mendapatkan tenaga biojisim daripada sampah sarap

PBS | B6D4E1 Pencemaran Air

Contoh panduan bagi PBS Sains Tingkatan 2 B6D4E1 iaitu dengan menggunakan sebarang bentuk persembahan yang berkaitan dengan pencemaran air, kaedah pengawalan pencemaran air, pembersihan air dan cara penjimatan penggunaan air. Pelajar dipersilakan menyiapkan tugasan dengan kreativiti masing-masing berdasarkan sedikit maklumat di bawah. Selamat mencuba!

PBS | B6D4E1 Pencemaran Air


Pencemaran Air
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

Pencemaran sungai



Kaedah Pengawalan Pencemaran Air
a) Pencegahan
- Kitar semula bahan buangan
- Merawat kumbahan
- Merancang kawasan industri dan perumahan dengan teratur 

Perawatan kumbahan kediaman


b) Kuatkuasa Undang-undang
- Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang mengandungi undang-undang, peraturan dan garis panduan berkenaan pencemaran air


Pertumbuhan alga


c) Pemantauan
- Pengawasan udara dan air untuk tumpahan minyak atau pembuangan sisa di kawasan larangan

Tumpahan Minyak



Pembersihan Air 
Ada beberapa kaedah pembersihan air, antaranya pendidihan, pengklorinan, penurasan dan penyulingan. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Air yang datang daripada sumber yang kita gunakan, sama ada dari paip atau pun dari sumber sungai dan lain-lain, merupakan air yang masih perlu dirawat. Air mentah dari pelbagai sumber ini perlulah menjalani kaedah pembersihan air sebelum selamat untuk digunakan.

Sisa industri


a) Penurasan Kaedah penurasan menggunakan beberapa lapisan bahan (batuan, pasir) sebagai penapis semulajadi kepada air yang mahu dibersihkan tersebut.


Penurasan

Kebaikan : Air jernih dan bebas daripada zarah terampai
Keburukan : Air masih mengandungi mikroorganisma dan bahan terlarut


b) Pendidihan
Pendidihan dilakukan dengan cara memanaskan air sehingga mendidih, iaitu sehingga mencapai takat didih, 100 C.


Pendidihan

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup
Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut


c) Pengklorinan
Pengklorinan adalah cara membersihkan air dengan cara menambahkan klorin ke dalam air tersebut bagi tujuan untuk membunuh mikroorganisma



Pengklorinan

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup
Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut


d) Penyulingan
Penyulingan adalah melalui proses dalam makmal dengan radas yang disediakan seperti di bawah dan menggunakan konsep kondensasi gas kepada cecair bagi menulenkan air yang kotor.


Penyulingan


Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma, zarah terampai dan bahan terlarut
Keburukan : Tidak mengandungi zat mineral yang berguna kepada kesihatan badan

# INFO EXTRA : Sistem Bekalan Air ke kediaman


Cara Penjimatan Penggunaan Air
a) Mandi dengan air pancuran  
b) Jangan biarkan air terus mengalir semasa menggosok gigi atau menyapu sabun pada badan  
c) Basuh pinggan di dalam sinki yang diisi dengan air, bukan yang mengalir dari pili air  
d) Cuci kereta dengan menggunakan air di dalam baldi
e) Pasang tangki curahan air tandas dwisistem yang menggunakan curahan separuh untuk urin dan curahan penuh untuk najis
f) Gunakan mesin basuh dengan muatan penuh  
g) Baiki pili air atau paip yang bocor  
h) Kumpulkan air hujan untuk menyiram pokok dan tanaman