.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Ahad, 30 Jun 2013

Liga Remaja Kreatif 2013 Dilanjutkan

Berita baik buat semua pelajar sekolah menengah dan juga guru-guru sekalian. Pihak SKMM melalui page Facebook rasminya telah mengumumkan bahawa Liga Remaja Kreatif 2013 dengan tema Klik Dengan Bijak telah dilanjutkan tarikh tutup pertandingannya sehingga 31 Julai 2013. Ini adalah bagi tujuan memberi peluang kepada lebih banyak penyertaan dan juga memberi lebih banyak masa kepada pelajar untuk memuat naik video penyertaan masing-masing. 


Liga Remaja Kreatif 2013 Dilanjutkan


Bagi yang belum berkesempatan untuk menyertai sebelum ini, boleh lah ambil kesempatan ini untuk cuba menghasilkan video. Boleh juga rujuk beberapa video yang sudah dimuatnaik ke Youtube sebagai panduan menghasilkan video yang menarik dan kreatif. Jemput jugak membaca pengalaman menarik ketika pasukan sekolah menyertai pertandingan ini. Boleh tengok di SINI untuk maklumat lanjut tentang pertandingan dan juga hadiah-hadiah nya yang menarik tuh.. ;)


Adab Makan Masyarakat Malaysia

Secara amnya, adab makan masyarakat Malaysia; Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum lagi tidak jauh berbeza. Kita perlu mengamalkan adab makan yang bersopan. Masyarakat Malaysia mempunyai adab makan yang tersendiri. Antara adab makan tiga kaum utama di Malaysia adalah seperti yang berikut:


a) Adab Makan Masyarakat Melayu
Orang Melayu pada zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Sebagai contoh seseorang itu dilarang tidur selepas makan. Maksud di sebalik larangan ini ialah untuk pendidikan dan kesihatan. Kalau tidur semasa perut kenyang, makanan yang dimakan masih belum hadam. Ia akan melalaikan seseorang daripada melakukan pekerjaan lain seperti bersolat dan sebagainya.

Adab makan masyarakat Malaysia
Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tidak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.



Selain pantang larang terdapat pula adab dan tatatertib yang berkaitan dengan makan. Antara adab dan tatatertib tersebut adalah seperti berikut:

  • Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan menghidangkan makanan atau minuman, janganlah menolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah setidak-tidaknya menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu.

  • Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian baharulah diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masing-masing.

  • Anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.

  • Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah diikuti oleh orang muda. Adalah tidak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang muda. Oleh itu, sesetengah orang membuat peraturan supaya orang muda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan dahulu daripada orang muda. Bagaimanapun, amalan ini tidak begitu sesuai jika hendak menanamkan kemesraan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan anak-anak.

  • Ketika makan seelok-eloknya ambillah makanan yang berhampiran dengan kita. Janganlah menjangkau makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdekatan jika kita mahukan makanan itu.

  • Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri.

  • Semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-eloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.

  • Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor.

  • Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.

  • Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan.

  • Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain.

  • Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan.

  • Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkahak atau berludah dengan kuat.

  • Jangan makan terlalu kenyang.  Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja.

  • Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-eloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun.

  • Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan. Jika dilakukan, seolah-olah kita menyindirya supaya berhenti makan atau melarangnya menghabis makanannya.

  • Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu maghrib pula adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Oleh itu seelok-eloknya datanglah selepas waktu  isyak.

Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan. Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi. Oleh yang demikian, beberapa pantang larang diwujudkan supaya kesopanan dapat dikekalkan hingga ke generasi yang akan datang.

 

b) Adab Makan Masyarakat Cina

  • Sungguhpun orang cina memakai penyepit ini sewaktu mereka hendak menjamu selera ,namun mereka tidak akan sesekali memukul/mengetuk, membuat bising, menarik perhatian atau membuat gerak isyarat  kayu penyepit ini dimangkuk makanan mereka sewaktu makan. Mengapa? Ini kerana perilaku tersebut biasanya dilakukan oleh orang yang bergelar pengemis sahaja. Bagi mereka bermain-main dengan kayu penyepit merupakan salah satu tingkah yang amat biadab.
  • Penyepit tidak digunakan untuk mengalihkan pinggan mangkuk.
  • Selalunya, penyepit tidak digunakan untuk tikam-menikam makanan, kecuali menyiat-nyiat makanan yang lebih besar seperti sayur dan kimchi. Adakalanya, benda yang kecil dan sukar dipegang seperti bebola ikan boleh ditikam, tetapi ini tidak diterima oleh golongan tradisional.
  • Penyepit boleh diletakkan pada atas pinggan mangkuk secara melintang agar tidak menyentuh meja. Selain itu, hashioki (alat letak penyepit) juga digunakan untuk menjauhkan hujungnya dari permukaan meja.
  • Penyepit tidak boleh diletakkan berdiri tegak dalam mangkuk berisi nasi atau makanan lain. Mana-mana benda berbentuk batang yang ditegakkan menaik sebegini menyerupai batang colok  yang digunakan sebagai sembahan kepada ahli keluarga yang mennggal dunia; sesetengah upacara pengebumian menentukan hidangan sembahan kepada si mati dengan menggunakan penyepit berdiri tegak.
  • Elakkan dari memakan dari penyepit yang kedua-dua hujungnya tidak sama rata, kerana ini ibarat peribahasa Cina “tiga panjang dua pendek” yang bererti maut.

 

c) Adab Makan Masyarakat India
* makan dengan menggunakan tangan kanan
* makan dengan tertib
* makanan diletakkan di atas daun pisang
* tidak bercakap dengan kuat semasa makan




d) Adab Makan Masyarakat Lain-lain
              tiada sumber rujukan




p/s: saya sangat mengalu-alukan perkongsian daripada pembaca-pembaca lain yang arif mengenai adab makan masyarakat lain-lain di Malaysia..  ;) 

Isu MMI : NUTP Dah Mula Bersuara

Kementerian Pendidikan diminta meneliti semula pelaksanaan program Melindungi Masa Instruksional (MMI) kerana program itu dilihat mengundang permasalahan kepada warga pendidik. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan berkata inisiatif yang memfokuskan kepada pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah itu dilihat menyekat pergerakan pengetua, guru besar dan guru yang dikehendaki berada di sekolah pada setiap masa.

Melindungi Masa Instruktional MMI

"Tugas mereka sebenarnya tidak terbatas setakat itu sahaja. Mereka juga perlu menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah atau kementerian serta melaksana kegiatan kokurikulum melibatkan sukan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco NUTP, di sini Jumaat.

Beliau berkata mesyuarat itu mengambil ketetapan menolak MMI dan menggesa kementerian menimbang untuk memansuhkannya. Program MMI dilaksana awal tahun ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya melindungi waktu pembelajaran murid di dalam bilik darjah di semua sekolah.

Antara rasional pelaksanaannya ialah pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat. Antara garis panduan MMI ialah memastikan pelaksanaan kokurikulum di sekolah mematuhi ketetapan kementerian dan meminimum kekerapan guru keluar meninggalkan bilik darjah.

Pengetua dan guru besar sebagai pemimpin instruksional pula perlu memberi tumpuan dan tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan, memelihara dan mempertahankan perkara-perkara asas, memanfaat dan mengoptimumkan masa pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan sentiasa tampak di sekolah.  BERNAMA




p/s: Memang tertekan pun dengan isu MMI nih.. nak bawak budak keluar sukan demi naikkan nama sekolah pun kena ganti kelas. Bukan kita keluar untuk suka-suka.. ;(

Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 2 : Dokumentasi / Filing)

Alhamdulillah, atas sambutan yang menggalakkan daripada entri saya yang sebelum ini mengenai Panduan Memohon Guru Cemerlang, maka saya teruskan dengan menyediakan sedikit tips Fasa 2 iaitu Membuat Pendokumetasian atau pun juga lebih dikenali sebagai Filing. Saya rasa bahagian ini lah yang paling 'menyeksakan' guru-guru apabila membuat permohonan Guru Cemerlang, termasuk lah saya sendiri. Banyak sangat benda berterabur kan?. Hu3.. Jom kita tengok beberapa tips yang boleh dikongsikan dengan rakan guru sekalian. 


Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 2 : Membuat Pendokumentasian / Filing)


1. Kumpul dan susun
Adalah lebih baik jika kita kumpulkan terlebih dahulu semua surat dan kertas lantikan yang berkaitan bagi memudahkan urusan kita. Kemudian, baru lah mulakan proses susunan dengan membahagikan nya mengikut tahun. Tak perlu terlebih rajin.. Hanya fokuskan kepada dokumen untuk 3 tahun lepas dan juga pada tahun semasa. 

Selepas dibahagikan mengikut tahun, bahagikan pula mengikut bidang; iaitu Akademik, HEM, dan Ko-Kurikulum. Bagi kategori yang anda tidak pasti, pilih lah bidang berkaitan yang paling hampir. Selepas itu, susun pula mengikut tarikh.

Jika mahu memudahkan lagi urusan penyusunan dan penyimpanan dokumen, anda boleh menggunakan warna yang berbeza bagi setiap label; sebagai contohnya label warna HIJAU untuk fail akademik, label warna OREN untuk fail HEM, dan label warna KUNING untuk fail yang berkaitan dengan ko-kurikulum.

dokumentasi guru cemerlang
sistem warna dan bidang

Timbul pula persoalan, AJK / bidang tugas yang manakah yang perlu diwujudkan Fail?.. Jawapan saya, pilih lah jawatan atau pun bidang tugas yang boleh memberi kelebihan kepada anda dari segi pemarkahan semasa dicerap oleh Nazir nanti..

2. Fail atau Jilid?
Ini juga satu persoalan yang berlegar dalam minda saya masa hendak memohon dulu, sama ada mahu menggunakan sistem fail atau pun jilidkan terus semua dokumen. Selepas mendapat pendapat daripada rakan guru yang lain, akhirnya saya putuskan untuk menggunakan Fail Ring bagi memfailkan dokumen pada tahun semasa, dan menjilidkan terus dokumen pada tahun-tahun lepas

dokumentasi guru cemerlang
contoh bidang tugas yang dah dijilidkan 

Sebelum dibukukan / dijilidkan tuh, baiklah jika dibuat cover depan yang menarik lengkap dengan tajuk, tahun, perkara dan nama anda sendiri bagi melindungi hakcipta terpelihara. Jika jilidkan, pastikan anda letakkan sekali dengan plastik sebagai cover paling hadapan untuk simpanan jangka masa panjang.


3. Sediakan Fail Meja
Fail Meja juga merupakan perkara penting yang perlu ada untuk setiap guru. Jika di cari di internet, kebanyakan format Fail Meja yang dijumpai adalah terlalu kompleks dan banyak dokumen yang perlu disediakan. Ini kerana Fail Meja merujuk kepada kandungan fail yang mempunyai semua maklumat dan bidang tugas bagi sesuatu jawatan.

Bagi guru pula, tak perlulah nak disediakan dengan sekompleks itu. Jika anda rajin, boleh dapatkan semua maklumat yang diperlukan. Bagi yang malas, lebih kurang macam saya nih.. ;) anda boleh sekadar letakkan semua surat lantikan bagi tugas anda untuk sepanjang tahun. 

Mana-mana majlis yang melibatkan anda, ada nama anda, masukkan sahaja dalam Fail Meja tersebut. Bahagikan juga kepada bidang tugas dalam Akademik, HEM dan Ko-kurikulum. Juga jangan lupa susun mengikut tarikh bagi memudahkan urusan pencarian nanti bila ditanya Nazir. 

Bagi memudahkan juga urusan Nazir mencari maklumat dan bidang tugas anda, sediakan senarai semak pada muka surat pertama bagi setiap kategori, lengkap dengan tarikh. Anda pun mudah nak susun dan cari, Nazir pun mudah nak semak dan cari.. ;)

Bagi surat lantikan dan bidang tugas pada tahun-tahun terdahulu, boleh masukkan sahaja dalam fail Arkib Fail Meja untuk simpanan sebagai rujukan. Jika tiada surat lantikan, sebarang bukti yang boleh mengukuhkan penyertaan dan penglibatan anda juga memadai. Sebagai contohnya, gambar, sijil, keratan akhbar dan lain-lain.

 
4. Sediakan fail khas
Jika ada beberapa perkara yang anda ingin highlightkan kepada Nazir nanti, lebih baik jika anda sediakan fail khas yang tersendiri bagi memudahkan Nazir mengesan perkara tersebut. Sebagai contohnya, sediakan fail khas untuk Markah dan Penilaian yang mengandungi semua maklumat mengenai markah peperiksaan, seperti TOV ETR, Item Analisis, Markah Pelajar, Keputusan Pelajar selepas Peperiksaan Awam dan lain yang berkaitan. 

Jika anda selalu memberi ceramah akademik, anda boleh juga adakan satu fail khas yang mengandungi maklumat dan sedikit dokumentasi ringkas semua program yang anda pernah hadiri, lengkap dengan gambar atau surat sebagai bukti.

modul guru cemerlang
koleksi modul saya yang tak seberapa

Untuk modul yang anda sediakan pula, boleh juga anda jilidkan lengkap dengan cover depan yang menarik. Print muka depan pada kertas bercorak supaya modul anda nampak lebih hebat dan lain daripada yang lain. Sekurang-kurang nya dapat juga menarik perhatian Nazir yang datang nanti.

5. Rancangan Mengajar Tahunan 
Pastikan juga anda mencari semula Rancangan Mengajar Tahunan bagi 3 tahun ke belakang dan untuk tahun terkini. Semua bahan perlu dikemaskini dan disemak semula adakah benar-benar lengkap seperti yang dikehendaki Kementerian Pendidikan Malaysia. Jika masih belum lengkap (sepatutnya sudah dilengkapkan sebelum dihantar kepada pihak sekolah pada hujung tahun) boleh lah ambil masa untuk lengkapkan nya sebelum Nazir datang. 

fail meja guru cemerlang

Saya tak pasti pula mengenai guru yang berpindah ke sekolah lain, bagaimana menguruskan Rancangan Mengajar Tahunan bagi tahun yang terdahulu. Tetapi saya rasa mungkin boleh hubungi semula sekolah lama bagi mendapatkan bantuan daripada sekolah lama untuk mengepos kan kepada anda semula.

Di sini juga saya sertakan sedikit contoh mengenai kandungan maklumat yang perlu ada dalam pendokumentasian bagi beberapa perkara. Rakan guru boleh buat pengubahsuaian bagi disesuaikan dengan kehendak dan keperluan fail anda.

BIDANG AKADEMIK
1. Fail Panitia Sains
     > Carta Organisasi
     > Biodata Guru
     > Jadual Waktu Guru
     > Jadual Waktu Penggunaan Bilik Khas (Makmal)
     > Rancangan Tahunan Panitia
     > Program Khas Panitia
     > Takwim Panitia
     > Pelan Strategik, Pelan Taktikal, Pelan Operasi
     > Minit Mesyuarat
     > Lain-lain Perkara

2. Fail Pentaksir Sains
     > Buku Panduan Pentaksiran PEKA
     >Surat Pekeliling PEKA
     > Jawatankuasa PEKA Sekolah
     > Minit Mesyuarat PEKA
     > Rangka Jadual Kerja Pentaksiran
     > Instrumen Pemantauan PEKA oleh Pengetua / PK1 / KB
     > Borang Laporan Prestasi Calon


3. Fail Markah dan Penilaian
     > Markah Peperiksaan
     > Markah Ujian Bulanan
     > TOV dan ETR
     > Analisis Item
     > Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah
     > Tindak Susul (Post Mortem) Peperiksaan Sekolah     > Analisis Keputusan Peperiksaan Awam
     > Tindak Susul (Post Mortem) Peperiksaan Awam

BIDANG HEM
1. Fail AJK Fotografi Sekolah
     > Senarai Ahli Jawatankuasa
     > Rancangan Aktiviti Sepanjang Tahun
     > Minit Mesyuarat
     > Surat menyurat
     > Jadual Bertugas (jika berkaitan)
     > Lampiran

2. Fail Pengurus Kelas
     > Senarai Pelajar
     > Carta Organisasi
     > Jadual Waktu Guru
     > Jadual Waktu Kelas
     > Rancangan Tahunan Kelas
     > Aktiviti (dokumentasi, gambar)
     > Yuran
     > Lampiran


BIDANG KO-KURIKULUM
1. Fail Kelab Sofbol
     > Senarai Ahli
     > Senarai Ahli Jawatankuasa Kelab
     > Rancangan Aktiviti
     > Senarai Pemain
     > Rekod Pencapaian
     > Surat Menyurat
     > Lampiran (Gambar dan lain-lain)

Sekali lagi diingatkan kepada semua rakan guru, bahawa sebenarnya anda bebas membuat pendokumentasian mengikut keselesaan dan keperluan anda. Lain orang, lain citarasanya. Yang penting, perkara wajib yang perlu ada dalam dokumentasi kita tersebut mestilah ada. Selamat Membuat Kerja-kerja Pendokumentasian yer.. Nantikan Panduan Memohon Guru Cemerlang : Fasa 3 (Menyediakan Rancangan Mengajar)

Sabtu, 29 Jun 2013

Teknik Pembenihan Awan dan Halangannya

Dengan kejadian jerebu yang melanda negara kita sebelum ini, ramai pihak yang menggesa supaya  proses Pembenihan Awan perlu dilakukan walaupun kosnya sangat tinggi. Walabagaimanapun ramai dalam kalangan kita sebenarnya tak tahu pun apa itu yang dimaksudkan dengan pembenihan awan. Jom kita tengok proses dia.


Proses Pembenihan Awan dan Halangannya


TERDAPAT 3 JENIS PEMBENIHAN AWAN:-

Pembenihan dinamik awan
Arus udara menegak terdorong dan lebih banyak air melalui awan. Hal ini membawa pada lebih banyak hujan. Kaedah ini mempunyai 11 peringkat yang berbeza yang terlibat dan setiap kesalahan di salah satu peringkat boleh merosakkan seluruh proses.


Pembenihan Awan Higroskopik
Bahan letupan dan flare digunakan untuk menyebarkan garam melalui bahagian bawah awan. Air tertarik pada garam dan siaznya membesar lalu turun ke bawah sebagai hujan. Teknik ini masih memerlukan banyak kajian.


Pembenihan Awan Statik
Bahan kimia iaitu silver iodide disebarkan ke dalam awan. Kelembapan yang terdapat dalam awan terkondensasi di sekitar kristal. Hal ini membuat awan lebih berkesan dalam penyebaran hujan di tempat – tempat tertentu.


Namun begitu, Pembenihan awan juga bergantung pada cuaca. Lepas tuh, awan juga mesti ada, wajib! Kaedah ini bergantung kepada suhu dan juga kandungan komposisi awan. Proses pembenihan awan sebenarnya adalah sangat kompleks dengan mengambil masa beberapa tahun latihan supaya proses itu menemui kejayaan. Kemudian juga risiko lain bagi pembenihan awan adalah, tiada kawalan bagi tempat untuk menentukan di mana hujan akan turun.


Sumber

Khamis, 27 Jun 2013

Permohonan Progam Pertukaran Belia Malaysia-Korea di Republik Korea Tahun 2013

MAKLUMAN DARI JPA : PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA DI REPUBLIK KOREA TAHUN 2013
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menganjurkan Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea di Republik Korea selama 10 hari bermula dari12 November 2013 sehingga 21 November 2013.
Permohonan Progam Pertukaran Belia Malaysia-Korea di Republik Korea Tahun 2013
Syarat-syarat pencalonan adalah seperti berikut:

(a) Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2013;
(b) Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana;
(c) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
(d) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2010, 2011 & 2012). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan;
(e) Tidak mengikuti kursus pendek di luar Negara dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);
(f) Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA;
(g) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah; dan
(h) Telah mengisytiharkan harta.

Guru yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di Portal JPA www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak dengan disertakan bersama-sama:

(a) Borang JPA(L)LDP 1A/96 (LAMPIRAN B);
(b) Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C);
(c) Salinan Senarai Tugas; dan
(d) Salinan Kad Pengenalan calon.

Tarikh tutup permohonan online bagi pegawai yang ingin memohon adalah pada 5 Julai 2013 (Jumaat), manakala permohonan yang lengkap perlu dikemukakan kepada Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan selewat-lewatnya sebelum atau pada 8 Julai 2013 (Isnin). 
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut :
5.1 Pn. Nur Irmawarni Mohamad 03-8884 7942
5.2 En. Azmi Tepoli 03-8884 7947

Menganalisa Ciri Fizikal Air

Air wujud dalam keadaan pepejal, cecair dan gas. Berdasarkan Teori Kinetik Jirim, air terdiri daripada partikel sangat kecil dan tersusun dan bergerak mengikut keadaannya yang tertentu. Bermaksud, pada keadaan pepejal, susunan dan pergerakan molekul air adalah tidak sama seperti pada keadaan cecair. 

Ais Pepejal Air Cecair Wap Stim Gas

Takat beku air
  • Takat beku air adalah suhu di mana air berubah daripada cecair kepada pepejal.
  •  Takat beku air = 0 C

Takat didih air
  • Takat didih air adalah suhu di mana air berubah daripada cecair kepada gas.
  • Takat didih air = 100 C

Rabu, 26 Jun 2013

Semakan Keputusan Program DAPJ KPM/US Sport Academy 2012

Bagi yang dah mengikuti Program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani (DAPJ) program kerjasama KPM dan US Sport Academy pada tahun 2012 yang lalu, kini anda boleh lah mula membuat semakan keputusan akhir bagi program tersebut. Layari  http://apps.moe.gov.my/abpg/kdp2012/login_dapj.cfm untuk membuat semakan sama ada anda layak atau pun tidak untuk bergraduasi. Hebat! Dapat Diploma Antarabangsa dari US Sport Academy lagi!
 
Semakan Keputusan Program DAPJ KPM/US Sport Academy 2012
 
Tahniah kepada yang berjaya.

Cuba lagi bagi yang tidak berjaya.


p/s : Bagi yang berminat untuk memohon Program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan (DAPJKS) untuk tahun 2013 pula, boleh klik di SINI. Selamat berjaya!


6 Makanan Untuk Elak Jadi Pelupa

Di sini saya nak kongsikan 6 jenis makanan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan diri kita daripada menjadi seorang yang pelupa. Beberapa makanan seperti pemanis dan juga tenusu dikaitkan dengan sifat tersebut. Malahan dipercayai makanan berkanji juga merupakan satu daripada penyumbang utama kepada sifat pelupa. Jom kita tengok beberapa makanan yang boleh kita amalkan untuk elak daripada menjadi seorang yang pelupa.

6 Makanan Untuk Elak Jadi Pelupa


1. Avokado
Avokado memang merupakan makanan yang hebat! Banyak khasiat. Kandungan asid oleik yang tinggi dalam avokado boleh melindungi saraf neuron kita. Selain itu ianya juga meningkatkan aliran darah dalam otak sekaligus memperbaiki fungsi jantung.

2. Blueberry
Blueberry juga merupakan makanan yang sangat bagus untuk kesihatan. Juga dikenali sebagai 'brainberries', buah ini mengandungi antioksidan yang paling tinggi dalam kalangan buah-buahan. Buah ini juga selalu digunakan bagi merawat penyakit Alzheimer, iaitu nyanyuk.

3. Kacang
Kacang (kekacang) juga makanan untuk kesihatan otak. Ianya boleh menstabilkan aras kandungan gula dalam badan sekaligus meningkatkan fungsi otak. Amalan memakan kekacang juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada makanan berkanji tinggi.

4. Bijirin dan Bijian
Bijirin juga  dapat membekalkan manfaat untuk kesihatan badan. Selain daripada tinggi dengan kandungan fiber atau serat, makanan ini juga dapat membekalkan vitamin dan mineral yang tinggi untuk badan. Kandungan lemak omega nya mampu meningkatkan lagi kemampuan otak ke tahap yang maksimum.

5. Ikan Salmon Liar
Ikan salmon memang merupakan antara ikan yang mempunyai khasiat yang diperakui. Omega-3, Vitamin B dan juga asid amino yang tinggi menjadikan nya makanan yang paling bagus untuk meningkatkan keupayaan kognitif kita.

6. Coklat Hitam
Coklat juga terbukti mempunyai antioksidan yang tinggi. Selain itu, ia mampu membaiki fokus, meningkatkan konsentrasi dan merangsang penghasilan endorfin, yang membantu membina otak yang sihat.


p/s: Suka amal makan kismis (Bijirin dan Bijian) masa sekolah-sekolah dulu.. ;)

Isnin, 24 Jun 2013

Jerebu Dah Melarat ke Sarawak Lah Pulak

Jika dilihat pada laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, dah makin banyak sekolah yang terpaksa di tutup disebabkan oleh jerebu. Antara yang dah ditutup selepas Johor pada hari awalnya, adalah sekolah di Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan juga Putrajaya. Hmm.. makin teruk lah jerebu kat Malaysia nih..

Jerebu Dah Melarat ke Sarawak Lah Pulak

Yang paling terkini melalui http://aqicn.org/city/malaysia/sarawak/sibu/ ini jugak menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara bagi Sibu, Sarawak jugak dah mula naik sampai 106! Kualiti udara memang makin merosot. Patut ler petang tadi main bola tampar dengan budak-budak sekolah, sekejap jer dah rasa semput. Ingatkan sebab faktor penuaan tadik! ha3..

Apa pun, kita ucapkan segala yang selamat lah buat rakan-rakan guru kita dan pelajar terchenta sekalian yang berada di kawasan-kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu nih. Kalau saya yang di Sibu, Sarawak nih baru 106 pun dah semput-semput nafas, tak dapat nak dibayangkan macam mana mereka-mereka yang berada di tempat yang sampai mencecah 7++!


Sila jaga keselamatan anda, jangan keluar rumah sangat, banyak minum air, gunakan topeng keselamatan dan juga kurangkan aktiviti di luar. InshaAllah, dugaan ini pasti akan berlalu. Kesabaran amat diperlukan pada ketika ini. All the best! ;)


Ahad, 23 Jun 2013

Pertandingan Mencipta Video Kreatif Antartika Lestari 2013 : The Making

Baru-baru ini juga dalam masa kelam kabutnya, telah diadakan satu Pertandingan Mencipta Video Kreatif Antartika Lestari bersempena dengan 6th Malaysian International Seminar on Antarctica 2013 (MISA6 2013) dan Penyelidikan Antartika USM-LRGS. Pertandingan dah lama berlalu, tapi baru dapat maklumat pada saat-saat akhir. Tarikh pertandingan adalah pada 15 Mac 2013, dan tarikh akhir hantar video adalah selewat-lewatnya pada 15 Jun 2013. Dah ler sibuk jugak dengan Liga Remaja Kreatif 2013 pada masa tuh, nasib baik sempat jugak join!

Pertandingan Mencipta Video Kreatif Antartika Lestari 2013 : The Making


Krew Penggambaran
Bagai pucuk dicita ulam yang tiba, maka Kelab Drama yang aktif ler sangat tuh pun memulakan pencarian bakat-bakat baru. Seperti biasa, Pressly Palong telah saya tugaskan sebagai Pengarah. Pengalaman pelajar nih dengan banyak drama saya, memang ler sangat-sangat diperlukan. Tambahan pula, beliau pernah mengikuti Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2012 anjuran SKMM pada awal tahun lepas, jadi perlulah dipergunakan oleh cikgunya dengan sebaik mungkin. he3.. Maka bermulalah misi beliau sebagai Pengarah Junior.. 

Pertandingan Mencipta Video Kreatif Antartika Lestari 2013 : The Making
 Gank Antartika beraksi di dalam sampan


Anggota lain yang terpilih adalah Gebbson Belawan dan juga Charry Pressly, bintang baru Kelab Drama sekolah saya.. ha3 Untuk pelakon pula, memang lah ramai sangat yang nak jadi Aaron Aziz dan Diana Danielle nih. Jadi sedikit ujibakat kita buat, dan keutamaan diberi kepada pelajar yang baru nak mencuba dalam bidang ini.. ;)


Pengenalan Pertandingan
Bagi pertandingan ini, para peserta dikehendaki mencipta satu video pendek kreatif yang bertemakan ‘Antartika: Warisan Bersama untuk Faedah Bersama’ yang merangkumi aspek pengenalan Antartika, Kepentingan Antartika dan isu semasanya, serta peranan Malaysia dalam menangani isu ini. Video boleh dibuat dalam bentuk gabungan animasi, power point, sketsa pendek, dokumentari, lakonan atau/dan lain-lain mengikut kreativiti peserta dengan jangka masa video adalah 5 hingga 10 minit sahaja.
 
Objektif pertandingan adalah untuk memupuk kesedaran tentang Antartika dalam kalangan penduduk Malaysia.​ Berpeluh juga suruh budak-budak tuh mencari maklumat mengenai Antartika. Kebanyakan bahan yang dijumpai adalah dalam Bahasa Inggeris. Baru sedar, sangat kurang bahan mengenai Antartika dalam Bahasa Malaysia, sekalipun Malaysia adalah antara negara yang aktif membuat penyelidikan di sana. Satu cabaran untuk mereka! 


Penggambaran Gank Antartika
Walaubagaimanapun, atas usaha ketiga-tiga pelajar berkenaan, maka dapatlah juga dikumpul serba sedikit maklumat mengenai Antartika. Maklumat dicernakan woseyh seterusnya dijadikan jalan cerita kepada video Antartika mereka itu. Benarlah kata orang, pengalaman banyak membantu. Kali ini, kumpulan tersebut juga tampil lengkap dengan storyboard yang menarik. Wow! Ini baru betul lah!!.. ;)

Pertandingan Mencipta Video Kreatif Antartika Lestari 2013 : The Making
 pelakon extra yang terlibat


Tajuk filem pendek mereka adalah Aku Antartika, dengan berkonsepkan sketsa. Berdurasi 7:29 minit, filem pendek ini mengisahkan mengenai seorang pelajar dengan namanya yang unik, iaitu Antartika. Disebabkan nama tersebut juga, maka dia melakukan 'pengembaraan' mencari erti di sebalik nama Antartika nya itu. Ending nya mesti tonton nanti masa video penuh dimuat naik ke Youtube!! Kasi saspen sket.. 



 Teaser 2 minit bagi filem pendek 'Aku Antartika'

Proses shooting memakan masa 2/3 hari juga, dengan seperti biasa saya setia menemani mereka sehingga habis shooting. Pastu, pilih tempat shooting yang jauh-jauh dari kawasan sekolah, (Rh Panjang John Dullah, Sekuau dan Nanga Sekuau)  .. Hmm memang best sebab cikgu dia jugak lah yang kena gi antar.. ;)
 
Pertandingan Mencipta Video Kreatif Antartika Lestari 2013 : The Making
pelakon extra plak lebih-lebih nak posing

Untuk proses editing, saya rasa lagik lah lama.. Jenuh membimbing ;) Hampir seminggu juga untuk mendapatkan hasil akhir yang memuaskan. Proses ini diketuai oleh Pressly Palong dan dibantu oleh Charry Presly. Di akhir-akhir editing, kelihatan semakin cekap mereka menggunakan perisian tersebut. Misi berjaya!

Maka proses penghantaran pun bermula lah dengan menggunakan khidmat Pos Ekspress. 2 hari kemudian, satu emel dari pihak Antartika Lestari telah memaklumkan penerimaan dvd tersebut. Maka kami semua pun gembira! hu3 hepi ending betul.


Hadiah Hebat
Jika diteliti pada hadiah yang ditawarkan, boleh dikatakan juga agak boleh tahan walaupun masih tak boleh lawan dengan Liga Remaja Kreatif 2013 punya hadiah lah. Tapi masih ok, sebab sekurang-kurangnya pelajar ada peluang untuk mencuba kreativiti mereka. 

Selain daripada setiap penyertaan akan menerima Sijil Penyertaan daripada pihak penganjur, Pemenang bagi tempat Pertama sehingga Ketiga akan dijemput untuk menerima hadiah semasa Majlis Perasmian 6th Malaysian International Seminar on Antarctica 2013 (MISA6 2013) pada 8 Oktober 2013 di Pulau Pinang yang akan dirasmikan oleh DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin (Pengerusi YPASM)!! Uiii punya hebat!

Haa.. ini lagi maklumat pasal hadiah-hadiah nya

Tempat Pertama: Trofi, Wang tunai RM4500.00 dan Sijil penyertaan
​Tempat Kedua: Trofi, ​Wang tunai RM3500.00 dan Sijil penyertaan
​Tempat Ketiga: Trofi, Wang tunai RM2500.00 dan Sijil penyertaan
Sagu Hati ( 5 X): Wang Tunai RM500.00, ​hadiah sumbangan kepada peserta, Sijil penyertaan



Selain itu, video akan dipaparkan oleh pihak penganjur di laman perkongsian video untuk rujukan pihak dalam dan antarabangsa yang berkaitan pendidikan benua Antartika. Tapi, tak ada royalti, OK! Video yang terpilih juga akan diguna pakai sebagai salah satu medium aktiviti pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar : Antartika. 


Keputusan Pertandingan

Dijangka pihak Antartika Lestari akan mengumumkan pemenang pada bulan ​Ogos 2013 dengan tarikh penyampaian hadiah adalah pada ​*8 Oktober 2013. 

Adat menyertai pertandingan, sudah tentulah kita mahukan yang terbaik. Begitu juga lah dengan pasukan Gank Antartika ini pun. Saya mendoakan yang terbaik buat mereka semua. InshaAllah, jika sudah ditetapkan rezeki untuk kita, tidak akan ke mana. Yang penting, kita telah mencuba sehabis baik dalam setiap apa yang kita lakukan! Fighting!


p/s: motivasi saya kepada pelajar adalah, buat yang terbaik supaya kita sama-sama boleh pergi melawat Universiti tempat saya belajar dulu, USM terchenta!


Sabtu, 22 Jun 2013

619 Sekolah Di Johor Tutup Sebab Jerebu

Akibat jerebu teruk yang melanda bahagian Selatan Semenanjung Malaysia, maka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil tindakan dengan menutup 619 buah sekolah menengah dan rendah atas kerana faktor keselamatan kesihatan. Pengumuman rasmi telah dibuat melalui laman web rasmi KPM dan juga laman Facebook rasmi KPM. Berikut adalah statistik ringkas mengenai perkembangan tersebut.


Sekolah ditutup sebab jerebu
Sekolah ditutup sehingga jam 7.00 malam (21 Jun 2013) di Johor akibat jerebu.

1. Daerah Muar 40 SM (33,331 murid) 171 SR (39,580 murid)
2. Daerah Batu Pahat 31SM (37,167 murid) 144 SR (45,440 murid)
3. Daerah Pasir Gudang 35 SM (49,419 murid) 70 SR (68,618 murid)
4. Daerah Pontian 15 SM (15,616 murid) 82 SR (18,201 murid)
5. Daerah Kota Tinggi 15 SM (13,060 murid) 16 SR (6,262 murid)

Jumlah 136 SM (148,593 murid) 483 SR (178,101 murid)

Jumlah keseluruhan sekolah ditutup 619 (326,694 murid)
Dengan krisis jerebu yang melanda, saya berharap guru dan pelajar di kawasan yang terjejas mengamalkan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang betul. Indek Kualiti Udara juga jelas menunjukkan bacaan IPU yang sangat tidak sihat, 200-300. Jika IPU melebihi 301, maka dah boleh dikategori sebagai kategori bahaya.

Jumaat, 21 Jun 2013

Jawatan Kosong : Permohonan Pembantu Am Pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia

Jawatan kosong kepada sesiapa yang berminat untuk memohon sebagai Pembantu Am Pejabat. Permohonan telah pun mula dibuka pada 19 Jun 2013 sehingga 17 Julai 2013. Bagi yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga Kementerian Pendidikan Malaysia, bolehlah cuba memohon. Baca di bawah untuk makluman lanjut.

Jawatan Kosong : Permohonan Pembantu Am Pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia


Permohonan Pembantu Am Pejabat
Kementerian Pendidikan Malaysia

Tarikh Buka Permohonan : 19 Jun 2013
Tarikh Tutup Permohonan : 17 Julai 2013
Cara Mohon : ONLINE di http://www.moe.gov.my/emohonpap/login.php
Maklumat Akademik Yang Diminta : UPSR, PMR dan SPM


Boleh semak status permohonan pada 16 September 2013 di http://www.moe.gov.my/emohonpap/login.php


p/s: Ini bukan jawatan Kerani a.k.a Pembantu Tadbir yer.. Ini adalah untuk jawatan yang juga dikenali sebagai office boy.. TQ Pn Juraidah Sabu atas info!

Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2013

Alhamdulillah, berakhir juga Pertandingan Mencipta Video Liga Remaja Kreatif 2013! Dah siap, sekarang masa untuk menunggu Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013 pula. Dengan penyertaan hampir 21++, saya cukup pasti, semua pelajar yang ada ikut pertandingan ini tentu dah tak sabar-sabar lagi nak tahu keputusannya. Dari sekolah saya, Alhamdulillah ada 4 pasukan telah berjaya menghantar penyertaan mereka. Jom kita tengok balik rentetan apa yang berlaku sepanjang pertandingan ini berlangsung.

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013
 
Pra Liga Remaja Kreatif 2013
Sebaik sahaja saya dapat maklumat pasal Liga Remaja Kreatif 2013 ini diadakan, maka yang pertama sekali saya buat adalah dengan menyediakan papan kenyataan khas untuk pertandingan ini. Disebabkan pertandingan ini pernah mencetuskan fenomena nya yang tersendiri dalam kalangan pelajar sekolah ini, saya rasa ada keperluan untuk pelajar mendapatkan maklumat terkini daripada papan kenyataan tersebut. 


Liga Remaja Kreatif 2013 : Klik Dengan Bijak

Simple jer kan?. 

So langkah seterusnya adalah dengan mengadakan Bengkel Drama dengan usahasama Kelab Drama, bersama-sama Cikgu Nurbaida Akma. Penceramah adalah saya sendiri! Hu3.. Sekadar perkongsian dengan pelajar pengalaman ketika menyertai Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2012 di ASWARA, Kuala Lumpur. Turut berkongsi pengalaman dan pengetahuan adalah Pressly Palong yang juga merupakan salah seorang peserta kem tersebut.

Dalam ceramah yang sama juga, saya turut menerangkan kepada pelajar tema 'Klik Dengan Bijak' untuk tahun ini supaya pelajar mendapat sedikit idea untuk dikembangkan sebagai cerita mereka. Pengetahuan asas drama seperti teknik menulis skrip yang baik, proses shooting, penggunaan video kamera dan proses editing juga diselitkan sebagai membantu mereka menghasilkan cerita terbaik mereka.

Dalam pada itu juga sempat saya promosikan kepada para pelajar supaya menyertai Liga Remaja Kreatif 2013 ini, dengan harapan lebih ramai pelajar yang berminat untuk menghasilkan video masing-masing sebanyak mungkin. Sambutan pada ketika itu sangat menggalakkan, dengan hampir 100 orang pelajar membanjiri Bilik Audio Visual. Melimpah ruah! 

Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak

Langkah seterusnya yang saya buat adalah dengan menyediakan garis panduan kepada para pelajar serta tarikh yang patut mereka patuhi jika ingin menyertai pertandingan video ini. Ini sebenarnya adalah bagi tujuan memudahkan mereka, dan cikgu mereka sendiri.. He3.. Sebab selalunya kerja-kerja sesudah itu lebih banyak dari kerja-kerja sebelum. Sekurang-kurangnya jika video disediakan lebih awal, beberapa perubahan masih boleh dibuat (setelah mendapat pandangan dari pihak sekolah dan guru-guru lain)

Ditambah pula dengan kesibukan saya sebagai Jurulatih sofbol bagi pasukan Sibu pada ketika itu untuk Kejohanan Sofbol MSS Sarawak di Miri, jadi jadual ini banyak membantu mengatur perjalanan persiapan video para pelajar. Nak tambah lagi sibuk, minggu seterusnya terpaksa pula pergi untuk Kursus Modul Jurulatih Utama Sofbol 1 Murid 1 Sukan di Kuching.. Bimbang juga takut ada pelajar yang curi tulang dan tidak bersungguh-sungguh.

Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak

Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak


Semasa Liga Remaja Kreatif 2013
Beberapa kumpulan telah mula menghantar skrip penyertaan mereka untuk saya semak. Memandangkan ada antara mereka yang baru cuba-cuba untuk berjinak dengan bidang video kreatif ini, maka banyak juga skrip yang terpaksa ditolak dan perlu dibetulkan semula. Beberapa tips turut diberi supaya skrip yang dihasilkan adalah lebih baik dan ada kelainan dengan cerita lain. 

Beberapa kumpulan yang telah diluluskan skrip dan storyboard nya diberi peluang untuk memilih tarikh shooting. Ini kerana kemudahan yang ada oleh pihak sekolah adalah amat terhad. Lagi-lagi pelajar saya terdiri daripada pelajar asrama. Jadi sebarang pergerakan memerlukan perancangan yang lebih teliti dan lengkap dengan dokumen. 

Antara lokasi penggambaran kali ini adalah di sekitar kawasan sekolah, YMCA, Sibu Jaya, Rumah Aini Leng di Sebintek, Rumah Panjang Tatum di Tabau, Kedai Motor Soon Chin dan  kawasan sepanjang perjalanan ke sekolah.

Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak

Kebanyakan kumpulan memilih untuk shooting di luar kawasan sekolah. Nak tak nak, terpaksa lah saya mengangkut mereka keluar shooting, ke sana dan ke sini. 2 minggu sebelum cuti pertengahan tahun, digunakan dengan semaksimum mungkin supaya dapat memberi kesempatan kepada pelajar untuk merancang proses editing semasa cuti persekolahan. 

Bagi yang tidak berkesempatan, minggu pertama dan kedua selepas cuti diberi peluang kepada mereka untuk melakukan proses shooting. Tetapi perlu bertungkus lumus menyiapkan editing dengan secepat mungkin, dan juga kurang tempoh untuk melakukan penambahbaikan seperti kumpulan yang lebih awal. 

Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak

Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak

Bagi proses editing, memang saya memantau para pelajar dengan lebih teliti, memandangkan mereka tiada peralatan canggih melainkan komputer buruk dan video kamera buruk cikgu mereka. Jadi sepanjang-panjang 2 minggu ini, hampir setiap 'pagi-petang-siang-malam' saya menemani dan membimbing mereka dalam menghasilkan video yang terbaik. Inilah proses yang ambil masa yang sangat panjang. Pemilihan klip video, lagu latar dan efek bunyi dan video yang menarik, memang sangat mencabar!!


Namun akhirnya, setelah lelah dan penat untuk beberapa minggu ini, maka 4 penyertaan daripada 4 buah kumpulan telah siap disubmit pada 20 Jun 2013. Terkejut bila tengok angka penyertaan yang dah mencecah angka 21++! Wow! Banyak betul penyertaan tahun ini, dan sudah tentulah saingan nya juga jauh lebih sengit. Walau bagaimana pun, saya hanya mengharapkan yang terbaik bagi kesemua anak murid saya. Saya yakin, kami semua telah melakukan yang sebaik mungkin!

Berikut adalah beberapa keping gambar yang berjaya disnap sepanjang proses penggambaran dengan anak-anak murid saya.


Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak

Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak

Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak

Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak

Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak

Kerjasama dan bantuan daripada ahli keluarga para pelajar juga sangat menggalakkan. Ramai yang sanggup menolong menghantar ke sini dan ke sana bagi memudahkan perjalanan para pelajar ini. Seronok bila melihat kesungguhan mereka dalam membantu para pelajar ini melakukan yang terbaik sepanjang penggambaran. 
 
Pasca Liga Remaja Kreatif 2013
Akhirnya siap ler jugak, 4 buah video kreatif yang dihasilkan oleh 4 buah kumpulan ini, dengan genre dan konsep yang berbeza. Walau pun memang kebimbangan sangat tinggi pada mulanya, takut pelajar gagal menyiapkan bahan pada tarikhnya, namun usaha dan semangat mereka mengatasi segalanya! 

Berikut adalah sedikit maklumat kumpulan, tajuk produksi dan peserta. Nama pelajar yang paling awal adalah ketua bagi kumpulan masing-masing.

LRK2013 Cinta Fesbuk Kumpulan 1 : 
Sketsa 
Cinta Fesbuk
(Stevenson Minggu, Gabriel Anggong, Selanjat, Warren Jambi)
 
LRK2013 Sazali dan Sabariah

Kumpulan 2 :
Sketsa 
Sazali dan Sabariah
(Fillyson, Franlaen, Lillian Tan, Robert Jimbun)



LRK2013 Klik Dengan Bijak


Kumpulan 3 : 
Iklan 
Klik Dengan Bijak
(Pressly Palong, Ohkie, Alex Wang Kin Loong, Jasmine Samai)


LRK2013 Klik Dengan Bijak

Kumpulan 4 : 
Iklan 
Klik Dengan B.I.J.A.K
(Tracy Meredin, Katherine Suda, Helmi Paran, Joseph Tu)



Menariknya dengan penyertaan pelajar pada tahun ini, masing-masing menampilkan kelainan yang tersendiri. Konsep dan cerita yang dipersembahkan juga adalah berbeza dan unik. Tidak ada satu pun penyertaan di atas yang mempunyai cerita yang sama atau hampir sama dengan satu yang lain. 

Bagi saya pula secara peribadi, saya merasakan tak sia-sia usaha saya selama ini mengadakan Science Projekt sebagai aktiviti tahunan untuk pelajar Sains saya. Pelajar-pelajar yang pernah terlibat dengan Science Projekt ini ternyata lebih jauh mendahului pelajar lain ketika dalam proses menghasilkan video ini. Projek serampang dua mata ini, InshaAllah akan menampakkan hasil suatu hari nanti.

Saya juga ucapkan Selamat Maju Jaya kepada anak-anak murid saya. Kita dah lakukan yang terbaek!! Semoga boleh membawa pulang lagi trofi Johan bagi Peringkat Negeri Sarawak untuk tahun ini! Mana tahu ada rezeki, kita boleh gegarkan Peringkat Kebangsaan pulak... ;)


Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013

p/s: Berdasarkan pengalaman yang lalu, saya menjangkakan keputusan akan diumumkan sekitar bulan Ogos/ September.. Jadi bersedialah yer.. Hanya mampu mendoakan yang terbaek! Video akan menyusul... ;)