.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Rabu, 30 Januari 2013

20 Negara Paling Malas Dalam Dunia!

Satu majalah British, iaitu The Lancet telah mengeluarkan senarai 20 negara yang paling malas dalam dunia sebelum bermulanya Sukan Olimpik 2012 pada tahun lepas. Tahap kemalasan adalah diukur kepada tahap keaktifan rakyatnya dalam bersukan. Greece mencatatkan keputusan terbaik pada 15.0%.

Malaysia?.. Jom tengok kat senarai di bawah sama ada termasuk dalam senarai atau pun tidak.. ;)


Selasa, 29 Januari 2013

Kejohanan Sofbol Pemilihan SUKMA 2013 : Sarawak Teruskan Perjuangan


Pada 24 – 27 Januari yang lalu, Persatuan Sofbol Sarawak SSA telah menganjurkan Kejohanan Pemilihan SUKMA di Miri. Kejohanan adalah bagi tujuan memilih pemain-pemain sofbol berpotensi seluruh Sarawak bagi mewakili pasukan sofbol negeri itu ke SUKMA KL pada hujung bulan Jun 2013.

Kejohanan Sofbol Pemilihan SUKMA Sarawak 2013 di Miri
 
Sekalipun, harapan untuk penyertaan masih belum pasti buat pasukan sofbol Sarawak, namun persediaan rapi perlu juga diteruskan. Ini adalah termasuk dengan menyediakan sebuah pasukan yang kuat dan mantap. 
 
 Justeru itu, kejohanan ini adalah sesuatu yang baik untuk mencungkil lebih banyak bakat terpendam dalam sukan sofbol serata negeri Sarawak. Penyertaan kejohanan juga agak menggalakkan di mana, selain daripada pasukan Miri, beberapa pasukan lain juga turut menyertai kejohanan ini. Ini juga termasuklah pasukan dari jauh, Kuching dan Betong.


Pasukan Kuching semasa Kejohanan Sofbol Pemilihan SUKMA Sarawak 2013 di Miri


Pasukan Betong semasa Pasukan Kuching semasa Kejohanan Sofbol Pemilihan SUKMA Sarawak 2013 di Miri



Berikut adalah keputusan Kejohanan daripada hari pertama hingga hari terakhir kejohanan.

 

HARI 1 (Khamis, 24 Januari 2013)
(L) Miri (8) vs Betong (7)
(P) Miri (4) vs Sarawak All Star (10)
(L) Kuching (4) vs Sarawak All Star (10)
(P) Sarawak All Star (27) vs Sarawak Mix (3)
(L) Sarawak All Star (9) vs Betong (5)


HARI 2 (Jumaat, 25 Januari 2013)
(L) Kuching (6) vs Miri (9)
(P) Sarawak Mix (1) vs Miri (16)
(L) Kuching (6) vs Betong (3)
(L) U21 All Star (5) vs Sarawak All Star (2)


HARI 3 (Sabtu, 26 Januari 2013)
(L) Miri (1) vs Sarawak All Star (21)
(P) Sarawak Mix (5) vs Sarawak All Star (12)
(L) Betong (6) vs Miri (8)
(P) Sarawak All Star (7) vs U21 All Star (4)
(L) Betong (3) vs Kuching (5)


HARI 4 (Ahad, 27 Januari 2013)
(L) Sarawak All Star (16) vs U21 All Star (4)
(P) Miri (14) vs Sarawak Mix (2)
(L) Miri (7) vs Kuching (3)





Pasukan Sarawak All-Star semasa Pasukan Betong semasa Pasukan Kuching semasa Kejohanan Sofbol Pemilihan SUKMA Sarawak 2013 di Miri



KEPUTUSAN AKHIR

LELAKI

===============

Johan – Miri

Naib Johan – Kuching

Ketiga – Betong



PEREMPUAN

==============

Johan – Miri

Naib Johan – Sarawak Mix



Tournament Award Winners
========================
Best Slugger (Men) : Muhd Kautsar Untong (Kuching)
Best Slugger (Women) : Chan Kim Fong (Miri)
Most Valuable Player (Men) : Ahmad Eshlie Zamanimaran (Miri)
Most Valuable Player (Women) : Maria Ping (Mukah)
Best Pitcher (Men) : Bryan Munan Stanley (Miri)
Best Pitcher (Women) : Haifa Chin Bt Ishak (Miri)




Kejohanan 4 hari tersebut juga ternyata membuka lembaran baru buat pemain, apabila sebilangan daripada mereka telah terpilih menyertai pasukan bayangan SUKMA.



Maka dengan berakhirnya kejohanan tersebut juga diharapkan segala usaha pihak berkaitan mampu menarik minat daripada Pengarah MSN Negeri Sarawak dalam mempertimbangkan usaha menghantar pasukan sofbol negeri ke SUKMA KL.



Sama-sama kita berharap!


Teori Perlanggaran (Collision Theory)

Teori perlanggaran adalah satu teori yang dicadangkan oleh Max Trautz (1916) dan William Lewis (1918), yang menerangkan bagaimana tindak balas kimia berlaku dan mengapa kadar tindak balas berbeza bagi tindak balas yang lain.

Apabila sesuatu reaktan bertindakbalas, akan berlaku perlanggaran zarah-zarah semasa proses tersebut. Sekiranya zarah-zarah berlanggar pada orientasi (posisi) yang betul dan juga dengan nilai magnitud yang betul, maka ini kita panggil sebagai Perlanggaran Berkesan.



Kadar tindak balas kimia mengikut Teori Perlanggaran (Collision Theory)


Namun, harus diingat. Tidak semua perlanggaran yang berlaku semasa tindak balas adalah perlanggaran berkesan!

Perlanggaran yang berkesan mempunyai tenaga yang cukup, juga dikenali sebagai tenaga pengaktifan untuk mengatasi daya tarikan antara ikatan dan membentuk ikatan baru.

Ini bermakna, jika semakin kerap berlakunya perlanggaran, akan semakin keraplah juga berlakunya perlanggaran berkesan. Apabila semakin kerap perlanggaran berkesan, maka semakin tinggilah kadar tindakbalas.


5 Faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas adalah : saiz bahan, kepekatan, suhu, mangkin, tekanan


Saiz
 Faktor yang mempengaruhi adalah saiz bahan
Semakin kecil saiz bahan, semakin besar luas permukaan
Kekerapan perlanggaran meningkat
Kekerapan perlanggaran berkesan meningkat
Kadar tindak balas meningkat


Kepekatan
Faktor yang mempengaruhi adalah kepekatan
Semakin tinggi kepekatan bahan, semakin banyak bilangan zarah per isipadu
Kekerapan perlanggaran meningkat
Kekerapan perlanggaran berkesan meningkat
Kadar tindak balas meningkat


Suhu
Faktor yang mempengaruhi adalah suhu
Semakin tinggi suhu, semakin tinggi tenaga kinetik zarah
Kekerapan perlanggaran meningkat
Kekerapan perlanggaran berkesan meningkat
Kadar tindak balas meningkat


Mangkin
Faktor yang mempengaruhi adalah mangkin
Kehadiran mangkin akan mengubah tenaga pengaktifan tindak balas
Kekerapan perlanggaran meningkat
Kekerapan perlanggaran berkesan meningkat
Kadar tindak balas meningkat


Tekanan
Faktor yang mempengaruhi adalah tekanan
Semakin tinggi tekanan, semakin banyak bilangan zarah per isipadu
Kekerapan perlanggaran meningkat
Kekerapan perlanggaran berkesan meningkat
Kadar tindak balas meningkat



Isnin, 28 Januari 2013

Pengelasan Tumbuhan Tidak Berbunga

Pengelasan tumbuhan dibahagikan kepada 2, iaitu tumbuhan berbunga dan tumbuhan tidak berbunga. Bagi tumbuhan yang tidak berbunga, ianya terbahagi pula kepada 4, iaitu lumut, alga, konifer dan paku pakis.

 

Pengelasan Tumbuhan Berbunga: Monokotiledon & Dikotiledon

Pengelasan tumbuhan dibahagikan kepada 2, iaitu tumbuhan berbunga dan tumbuhan tidak berbunga. Bagi tumbuhan yang berbunga, ia mampu menghasilkan bunga yang juga mengandugi organ pembiakan. Bunga akan berkembang menjadi buah dan biji benih bagi tujuan pembiakan semula.

Tumbuhan berbunga dibahagikan kepada tumbuhan monokotiledon dan tumbuhan dikotiledon.


Pengelasan Tumbuhan Berbunga Monokotiledon
Satu kotiledon
Daun berurat selari
Akar berserabut
Batang lembut dan tidak berkayu

Ahad, 27 Januari 2013

10 Tips Penjagaan Glove Supaya Tahan Lama

Glove merupakan alatan yang paling penting dan paling dihargai dalam sukan besbol atau sofbol. Perkara yang menjadikan nya penting untuk dijaga adalah kerana semakin selesa sesuatu glove itu, semakin baik permainan boleh dilakukan. Di sini saya sertakan 10 tips penjagaan glove supaya lebih tahan lama.
Tips Penjagaan Glove Supaya Tahan Lama dari cikguhailmi.blogspot.com

TIPS 01 : "Break in" glove dengan cara yang betul
Glove yang baru masih keras dan belum berbentuk. Oleh itu, baca arahan daripada pengeluar glove anda cara yang terbaik untuk memelihara glove supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Langkah terbaik untuk break in sesebuah glove adalah dengan bermain dengannya! Jangan paksa glove anda dengan kaedah lama seperti merendam, memanaskan, mengetuk dan lain-lain.


Mizuno Strong Oil Conditioner
 TIPS 02: Sapu conditioner / minyak yang sesuai
Conditioner berfungsi untuk mengelakkan daripada glove menjadi kering dan pecah-pecah. Pemilihan conditioner yang sesuai pula penting dalam menentukan jangka hayat glove anda. Jangan guna sabun biasa atau Vaselin untuk melembapkan glove anda. Sebaliknya gunakan conditioner yang sesuai, seperti Mizuno Strong Oil dan Wilson Pro Stock. Tetapi ingat, jangan sampai berlebihan.


Jangan tidur atas glove sofbol anda
 TIPS 03: Jangan duduk atas glove
Perbuatan ini hanya boleh menyebabkan glove anda hilang bentuk asli nya. Glove juga akan hilang kekenyalan kulit nya, sekaligus mempercepatkan kadar kerosakan glove.


Simpan bola jika glove sofbol anda tidak digunakan
 TIPS 04: Simpan sebiji bola dalam glove
Jika anda tidak menggunakan glove, simpan sebiji bola di dalam glove tersebut, supaya ia kekal dalam bentuk nya. Jika mahu simpan glove dalam jangka masa yang lebih panjang, masukkan bola dan ikat dengan tali getah.


Jangan lambung glove anda
 TIPS 05: Jangan baling atau campak glove
Perbuatan seperti ini sudah tentu merosakkan glove. Ingat, glove juga sama seperti alatan sukan lain yang perlu dijaga rapi bagi menjamin kualiti nya yang memuaskan.

TIPS 06: Jangan rendam dalam air
Jangan rendam glove anda dalam air, sekalipun niat anda untuk membersihkan nya. Apa yang anda buat hanya lah merosakkan kulit dan menambahkan lagi risiko untuk glove tersebut kering dan merekah.


Posisi yang betul untuk meletakkan glove atas lantai
 TIPS 07: Kedudukan poket yang betul
Sekiranya anda berniat untuk meletakkan glove anda ke lantai, sila pastikan kedudukan poket yang betul supaya ianya tidak merosakkan glove.


Ikatan dan tali glove sofbol perlu sentiasa diketatkan
 TIPS 08: Selalu ketatkan ikatan/tali
Sentiasa pastikan ikatan dan tali yang terdapat pada glove anda berada dalam keadaan yang ketat dan baik. Kebiasaannya, kulit akan hilang sedikit kekenyalan nya dalam jangka masa tertentu.


Baiki kerosakan glove sofbol anda dengan segera
 TIPS 09: Baiki kerosakan kecil dengan cepat
Sekiranya anda dapat mengenalpasti ada bukaan kecil pada glove anda, pastikan anda segera membaiki kerosakan kecil tersebut. Ini adalah bagi mengurangkan kadar kerosakan yang lebih teruk.


Jemur glove sofbol anda di tempat yang teduh
 TIPS 10: Jemur di tempat yang redup
Jika glove anda basah, keringkan dengan secepat mungkin di bawah cahaya yang redup dengan aliran udara yang baik. Jangan sesekali untuk terfikir memasukkan glove anda ke dalam oven atau pun mesin basuh!

 Selamat beramal

Tajuk-tajuk bagi Kimia Tingkatan 5

Berikut adalah tajuk-tajuk bagi matapelajaran Kimia Tingkatan 5 mengikut sukatan KBSM. Sukatan terdiri daripada 2 tema, dengan 5 bab yang perlu dikuasai oleh pelajar.

Nota KBSM Kimia Tingkatan 5 di cikguhailmi.blogspot.com
NOTA KIMIA KBSM
TINGKATAN 5

BAB 1 : KADAR TINDAKBALAS
1.1 Menganalisis kadar tindak balas
1.4 Mempraktikkan pengetahuan saintifik untuk meningkatkan kualiti kehidupan

BAB 2 : SEBATIAN KARBON
2.1 Memahami sebatian karbon
2.2 Menganalisis Alkana
2.3 Menganalisis alkena.
2.4 Mensintesiskan idea isomerisme
2.5 Menganalisis Alcohol
2.6 Menganalisis asid karboksilik
2.7 Menganalisis Ester
2.8 Menilai lemak
2.9 Menganalisis getah asli
2.10 Menyedari ketertiban dalam siri homolog
2.11 Mensyukuri kewujudan pelbagai bahan organik dalam alam.

BAB 3 : PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN
3.1 Menganalisis tindak balas redoks
3.2 Menganalisis pengaratan sebagai tindak balas redoks
3.3 Memahami siri kereaktifan logam dan aplikasinya
3.4 Menganalisis tindak balas redoks dalam sel elektrolisis dan sel kimia
3.5 Menghargai kebolehan unsure mengubah nombor pengoksidaannya

BAB 4 : TERMOKIMIA
4.1 Menilai perubahan  Tenaga dalam tindak balas kimia.
4.2 Memahami haba pemendakan
4.3 Memahami haba penyesaran
4.4 Memahami haba peneutralan
4.5 Memahami haba pembakaran
4.6 Menghargai kewujudan pelbagai sumber tenaga.

BAB 5 : BAHAN KIMIA UNTUK PENGGUNA
5.1 Menganalisis sabun dan detergen
5.2 Menilai penggunaan bahan tambah makanan
5.3 Memahami ubat.
5.4 Menghargai kewujudan bahan kimia.