About Me

Pengarah KPM Yang Baru: Tahniah YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof!

Melalui page laman sosial KPM, satu pengumuman telah dibuat mengenai pelantikan Pengarah KPM yang baru, iaitu YBhg Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusof. 

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM), Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013 menggantikan YBhg. Tan Sri Abd Ghafar Bin Mahmud.

Tahniah diucapkan kepada YBhg Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusof atas pelantikan beliau ini. Diharapkan KPM akan menjadi lebih berdaya saing dan lebih cemerlang lagi selepas ini. Jom kita baca sedikit latar belakang dan portfolio beliau.

Pengarah KPM Yang Baru: Tahniah YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof


Latar Belakang 
Nama : YBhg Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusof
Tarikh Lahir : 18 Oktober 1956
Tempat Lahir : Tanjung Sepat, Selangor


Pendidikan :
1963-1968 Sekolah Kebangsaan Port Sweettenham Selangor
1969-1972 High School Kelang (LCE) Selangor
1973-1974 Sekolah Dato’ Abdul Razak Seremban (MCE) Negeri Sembilan
1975 - 1977 Blackpool College of Technology & Art,  (GCE A-Level) England
1977 - 1981 Bolton Institute of Technology , (B.Sc Civil Engineering) England
1985 - 1986 North East London Polytechnic, (Postgrad.Diploma Civil Engineering) England
1988 - 1989 Universiti Teknologi Malaysia, (Master Civil Engineering) Kuala Lumpur
1993 - 1997 University of Manchester, 1993-1997, (Ph.D Education) England
1982 Kelayakan Ikhtisas :
Certificate of Education 1982, Bolton College of Education.
England


Pengalaman Pendidikan : 
1982 - 1991 Pensyarah & Ketua Jabatan Politeknik Ungku Omar Ipoh
1991-1997 Penolong Pengarah (Kurikulum) Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM
1997-1998 Penolong Pengarah (Penyelidikan) Jabatan Pendidikan Teknikal KPM
1998-2005 Timbalan Pengarah (Kurikulum) Jabatan Pendidikan Teknikal KPM
 2005-2006 Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Kedah, KPTM
2006-2009 Pengarah Institut Aminuddin Baki, KPM
2009-2010 Pengarah  Bahagian Pendidikan Guru, KPM
2010-2012 Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) KPM
2012-kini Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) KPM


Kurniaan :
2012 Panglima Mahkota Wilayah (PMW) WP
2011 Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) Pahang
2006 Anuegerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPM
2001 Ahli Mahkota Selangor (A.M.S)     Selangor
2000 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPM


Catat Ulasan

0 Ulasan