About Me

6th Asian Men's Junior Softball Championship : Malaysia Boleh!!

Berita gembira buat penggemar sukan sofbol di Malaysia! Pasukan Bawah 19 Tahun Malaysia telah berjaya mendapat Tempat Ketiga dalam Kejohanan Sofbol Lelaki Junior yang Ke-6 (6th Asian Men's Junior Softball Championship) baru-baru ini yang berlangsung di Chaiyapum, Thailand. Hebat kan?


6th Asian Men's Junior Softball Championship : Malaysia Boleh!!

Kejohanan peringkat Asia tersebut telah menarik penyertaan 8 negara, iaitu Thailand, India, Pakistan, Indonesia, Jepun, Malaysia, Hong Kong dan Singapura.

Dalam kejohanan tersebut juga pasukan Malaysia telah berjaya mengalahkan pasukan dari negara Pakistan, India, Indonesia dan Hong Kong. Perlawanan dengan tuan rumah Thailand pula, pasukan Malaysia telah dikalahkan pada peringkat kumpulan. Namun bangkit semula mengalahkan pasukan Thailand dalam perlawanan Page System Play Off. 

6th Asian Men's Junior Softball Championship : Malaysia Boleh!!

6th Asian Men's Junior Softball Championship : Malaysia Boleh!!

6th Asian Men's Junior Softball Championship : Malaysia Boleh!!

6th Asian Men's Junior Softball Championship : Malaysia Boleh!!

Manakala dalam Peringkat Play Off untuk ke Grand Final, pasukan Malaysia telah dikalahkan oleh pasukan Singapura dengan skor 4-2. Ini juga secara automatiknya meletakkan Malaysia pada tempat Ketiga dengan memperolehi Gangsa.

Secara automatiknya 3 pasukan teratas layak untuk menyertai Kejohanan Sofbol World Series. Ini bermakna pasukan Malaysia juga akan turut serta dalam kejohanan siri dunia tersebut yang akan berlangsung di Yukon, Kanada pada Julai 2014 nanti!! Hebat!

6th Asian Men's Junior Softball Championship : Malaysia Boleh!!

Boleh saksikan video-video aksi hebat dan saat manis ketika pasukan Malaysia berhempas pulas sepanjang kejohanan sofbol tersebut dalam video di bawah ini.



Sekalung tahniah buat pasukan Malaysia yang telah berjaya melakarkan sejarah baru buat dunia sofbol Malaysia. Semoga kejayaan ini juga akan membuka lebih banyak mata kepada sukan sofbol selepas ini. Teruskan menggapai impian!


p/s: Terima kasih tak terhingga buat Cikgu Han Yassin (Jurulatih Pasukan Malaysia Bawah 19 Tahun) yang sudi berkongsikan sedikit info dan gambar.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. wah dasat2 nie dulu2 suka main redas haha

    BalasPadam
  2. hak3.. rounders dah jadik redas ek...
    try ar main, confirm jatuh chenta!

    BalasPadam
  3. Terima kasih kerana berkongsi berita ini di blog Cikgu. :)

    BalasPadam
  4. Benda hebat kena kongsi cikgu HAN!! ;) Terbaek lah

    BalasPadam