About Me

Video Penuh Liga Remaja Kreatif 2013 : Klik Dengan Bijak

Seperti yang pernah saya janjikan, video penuh bagi penyertaan Liga Remaja Kreatif 2013 oleh sekolah saya akan dimuatnaik selepas keputusan peringkat negeri diumumkan. Alhamdulillah, tak sangka masih menjadi rezeki pelajar-pelajar saya untuk muncul JOHAN bagi ZON SARAWAK sekali lagi pada tahun ini. Ditambah dengan saingan yang semakin hebat, LRK 2013 kali ini juga banyak menyaksikan jaguh-jaguh hebat dari negeri lain, tumbang ditewaskan jaguh-jaguh baru. Sekali lagi, Alhamdulillah..


Video Penuh Liga Remaja Kreatif 2013 : Klik Dengan Bijak

Di sini juga saya sediakan sedikit sinopsis cerita mengenai video yang dihasilkan mereka. Sekalipun ada 4 video yang tidak mendapat tempat di hati juri, namun saya masih gembira sebab pelajar dah menunjukkan semangat, kegigihan dan minat yang bersungguh-sungguh dalam bidang penghasilan filem pendek ini. Semoga pengalaman mereka mengikut pertandingan ini menjadi titik tolak kepada perkembangan diri mereka yang lebih positif.

JOHAN
Klik Dengan Bijak
Pressly Palong, Ohkie Belun, Jasmine Samai, Alex Wang Kin Loong
Video yang diadaptasi dari kisah benar 3 pelajar cemerlang PMR 2012, iaitu Ohkie, Alex dan Jasmine. Memperlihatkan bagaimana mereka menggunakan kemudahan laptop 1 Malaysia ke arah kebaikan dalam memajukan diri.



 10 TERBAIK
Klik Dengan B.I.J.A.K
Tracy Meredin, Katherine Suda, Joseph Tu, Helmi Paran
Video style iklan yang menceritakan 5 cara mudah untuk menggunakan Internet ke arah kebaikan. 5 kaedah B.I.J.A.K. Diselang selikan dengan jenaka bagi menarik perhatian penonton untuk menonton sehingga habis.




PENYERTAAN
Janji
Oliver Kelabo, Pressly Palong, Steward Selan, Easther Maxcuell
Video ini menggunakan latar dan kehidupan sekitar rumah panjang. Melakukan penggambaran di Rh Senabong, video ini menggunakan juga Bahasa Iban pada bahagian intro cerita sebagai daya tarikan kepada penonton. Kisah janji seorang abang kepada adiknya. 




PENYERTAAN
Sazali dan Sabariah
Fillyson Lawrance, Lillian Tan May Fern, Robert Jimbun, Franklaen
Video ini pula menggunakan latar cerita P Ramlee sebagai kelainan. Ada unsur jenaka, di sepanjang video. Kisah mengenai percintaan Sazali dan Sabariah yang tba-tiba diganggu dengan kehadiran bapa Sazali. Saksikan kenapa bapa Sazali bersikap demikian.




PENYERTAAN
Cinta Fesbuk
Stevenson Minggu, Gabriel Anggong, Selanjat, Warren Jambi
Mengisahkan mengenai mangsa penipuan kenalan Facebook, Steven dan 2 orang sahabat, Gabriel dan Selanjat. Nasihat daripada rakan-rakan tidak diendahkan oleh Steven yang akhirnya menanggung kesusahan pada hujung cerita.




PENYERTAAN
Hikayat Raja Keling
Nurul Arifah, Luciyana Emylia, Robert Lee, Alexius Mengga
Kisah Raja Keling yang mengadakan Pertandingan Mencari Calon Isteri selepas mendapat paksaan dari Bonda Permaisuri. Dengan bantuan Bendahara, maka Raja Keling berjaya memilih calon yang sesuai. Siapakah yang dimaksudkan?



 

Baca juga pengalaman susah senang usaha mereka untuk menghasilkan video-video ini,
http://www.cikguhailmi.com/2013/06/keputusan-liga-remaja-kreatif-2013.html

Pengalaman kami semasa Majlis Penyampaian Hadiah Peringkat Zon Sarawak 2013,
http://www.cikguhailmi.com/2013/09/keputusan-liga-remaja-kreatif-2013-zon-sarawak.html

Koleksi Video Pemenang Liga Remaja Kreatif 2013 Dari Setiap Negeri,
http://www.cikguhailmi.com/2013/09/liga-remaja-kreatif-2013-video-pemenang.html


Semoga video-video ini dapat memberi manfaat kepada anda. Jom undi kat bawah, video yang mana yang menjadi pilihan hati anda!!

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. I am very impressed that you alone oversaw 6 videos with 2 winning ones. Well done, Hailmi!
    I'll view them when I have a good internet connection! =)
    Do teach me how to make good videos!

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Mr Yong.. I'm definitely will not able to look after all the 6 projects without help from my students.. You should 'well done' them too.. ;)

      TQ also for keep supporting us!

      Padam
    2. Oh yes. Do send me love & congratulations to your students! =)

      Padam
  2. interesting..congrat sebab dapat tempat pertama

    BalasPadam
  3. kali pertama dengar hikayat raja keling. hehe

    BalasPadam
  4. menarik...bila pertandingan ni?

    BalasPadam
  5. cikgu...cikgu wat recording guna kamera pe? cantik kualiti gmbrnya...lg 1, ckg edit guna software pe? mohon pencerahan ;-)

    BalasPadam
  6. wow...menarik pertandingan ni..bleh share ilmu dgn kami? mcm berminat juga nk join taun dpn ;-)

    BalasPadam
  7. terima kasih.. inshaAllah jika ada kelapangan nanti, saya akan kongsikan sedikit tiips dan perkara2 yang boleh diamalkan oleh kita semua.. tunggu yer.. ;)

    BalasPadam
  8. TAHNIAH....seronok la nanti dapat g kem liga remaja kreatif lagi...

    BalasPadam