About Me

Tindakbalas Logam Dengan Bukan Logam

Terdapat banyak unsur yang membentuk bahan-bahan lain di bumi. Ada unsur logam seperti aluminium, besi, timah dan zink. Dan ada juga unsur bukan logam seperti oksigen, sulfur, hidrogen dan nitrogen. Unsur-unsur ini boleh bertindakbalas antara satu sama lain, bagi membentuk sebatian lain. Jom kita tengok lagi, apa nama sebatian yang terhasil bila unsur logam bertindakbalas dengan unsur bukan logam.

Tindakbalas Logam Dengan Bukan Logam

Sebagai contohnya, tindakbalas antara Aluminium (logam) dengan oksigen (bukan logam) akan menghasilkan sebatian yang diberi nama aluminium oksida. Nama bagi unsur logam iaitu 'Aluminium' diletakkan di hadapan nama sebatian tersebut. Manakala, unsur bukan logam, iaitu 'oksigen' diletakkan di belakang nama sebatian tersebut dan ditukar dengan 'oksida'. Begitu juga dengan unsur bukan logam 'sulfur' yang ditukar kepada 'sulfida' jika diletakkan di belakang.

Selamat mencuba!

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. terima kasih atas nota nota yg sgt berguna ini........ :D

    BalasPadam
  2. Cikgu Hailmi, nota ringkas bab 6 for 6.1 ada ? saya perlukanlah untk fahamkan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah cikgu cuba sediakan dalam hujung minggu ini.. ;)

      Padam
  3. Cikgu Hailmi,nanti yang masuk untuk PBS Tingakatan 3 yang ni je ke? Maksudnya dia just nak tindak balas logam terhadap oksigen/ sulfur jelah? Please jawab!

    BalasPadam
  4. macam mane nk buat hubungkaitkan ciri sepunya untuk membina konsep logam????

    BalasPadam
  5. Apakah yang berlaku semasa pembakaran magnesium dalam udara??

    BalasPadam