.

.

KARTiKEL

Jumaat, 4 Oktober 2013

Pink Star : Berlian Paling Mahal Di Dunia

Berlian paling bernilai di dunia - 'Pink Star' - berharga AS$60 juta (RM183 juta) akan dilelong oleh Sotheby di Geneva, 13 November depan. Berlian 59.60 karat itu adalah yang paling terang warna merah jambunya pernah dinilai oleh Institut Berlian Amerika (GIA). Mengambil masa selama 2 tahun untuk digilap dan didapatkan daripada galiannya, berlian ini memang mencipta fenomena tersendiri.

Pink Star : Berlian Paling Mahal Di Dunia

Pengerusi Jabatan Berlian Sotheby di Eropah dan Asia Barat dan pengerusi Sotheby, Switzerland, David Bennett, berkata:

“Saya bernasib baik dapat memeriksa beberapa berlian terbaik dunia sejak 35 tahun lalu tetapi memang benar berlian ‘Pink Star’ adalah yang terpenting.

“Warnanya luar biasa hingga dikategorikan ‘merah jambu terang’ oleh GIA selain saiznya sekali gus mengatasi sebarang berlian merah jambu dalam simpanan atau koleksi pihak lain.

“Tidak sukar untuk memperbesar-besarkan kelebihannya tetapi saya percaya ia termasuk dalam senarai sumber asli teragung bumi,” 


Jom kita tengok beberapa keping lagi gambar yang memaparkan keindahan Berlian Pink Star tersebut.

Pink Star : Berlian Paling Mahal Di Dunia

Pink Star : Berlian Paling Mahal Di Dunia

Pink Star : Berlian Paling Mahal Di Dunia

 

4 ulasan:

  1. Wahhh. Nak minta ni sbg hantaran masa nikah nanti laahh. Hahahaha. Lariiii kot BF gara2 ni nanti xD

    BalasPadam
  2. tak sanggup ada. Mesti ramai yang nak mencopetnya nanti..

    BalasPadam
  3. Vea Lea : Wah.. kena kahwin dengan anak raja kalau camnih.. ;)

    Titan : Kalau dah ada, jual.. pastu simpan duit kat Bank Swiss .. hu3

    BalasPadam