About Me

PBPPP : Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP  2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

PBPPP : Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan


PTK digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Sumber

PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan bagaimanapun tertakluk kepada garis panduan JPA.



Penilaian ini juga akan mengambilkira pada penilaian kompetensi dan penilaian keberhasilan. Penilaian kompetensi adalah seperti nilai profesional, pengurusan aktiviti, sumbangan dan juga kemahiran profesional pdp. Manakala penilaian keberhasilan adalah seperti keberhasilan pdp, keberhasilan kaunseling dan keberhasilan kejurulatihan. Namun semuanya berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing.


PBPPP : Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan


Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai PBPPP ini, adalah boleh download powerpoint Instrumen PBPPP dan juga excel Penilaian Bersepadu PBPPP (SM) ini. InshaAllah membantu!


Catat Ulasan

27 Ulasan

  1. sy masih blur lg tth PBPPP. ade org kate, selain ujian, kena g kursus jugak

    BalasPadam
  2. itu lah pasal.. banyak sangat benda baru yang nak dibuat..
    Maklumat dari rakan saya di Kedah, guru yang wajib menyertai kursus PBPPP ini adalah guru-guru yang mula posting pada tahun 2010..
    Semoga ada maklumat tambahan lain yang dapat membantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sya bru hbis kursus 2 arini... kursus ni byk memberi ilmu...

      Padam
  3. Klau yg memberi taklimat mengatakan dia sendiri blur, tak jelas... bgimn dgn kita yg mendengar dan melaksanakan? adakah sesiapa yg blh berikan tunjuk ajar ttg template instrumen? s, ks, skor telah di`lock', jadi kita nak tengok hubungan (link), dari mana pun tak dapat. ade siapa blh tlg?
    Manual pun tiada penerangan yg kita nak. sy nak permudahkan, klau dah tahu tu nak linkkan je dr daftar kehadiran, marksheet dll yg sedia ada.

    BalasPadam
  4. tu lah pasal, banyak sangat 'peningkatan' yang nak dibuat, sampai jadi membebankan dan mengelirukan plak.. semoga dipermudahkan lagi urusan kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. guru umpama seekor tikus dijadikan eksperimen untuk perubahan dalam pendidikan yang sehangat tahi ayam,,,guru bersedia menerima perubahan semasa tetapi pastikan pelaksaanannya berbaloi fikir fikirkan guru sebagai agen pelaksana...guru lebih banyak mendokumentasi daripada merancang...hanya luahan sahaja...

      Padam
  5. Saya nak PTK semula....tidak memeningkan kepala & membolehkan saya fokus dengan PdP.

    BalasPadam
  6. Pb3p lebih kepada kejadian seseorg murid. Apa yang telah kita laksanakan sepanjang tahun tersebut. Manakala ptk lebih kepada teori. Yang belum di aplikasikan. Insyaallah.

    BalasPadam
  7. Semoga tak ada yang terbeban dengan pelaksanaan ini..

    BalasPadam
  8. Semoga semua guru dipermudahkan urusan

    BalasPadam
  9. apa saja yg baru diharap 'mesra guru'

    BalasPadam
  10. Semoga setiap yg dirancang adlh mesra guru dan dpt mningkatkan prifesional guru...apapun stay positif...

    BalasPadam
  11. terima kasih cikgu...cara penyampaian ni baru jelas sikit walaupun dah menghadiri taklimat tentang PBPPP..masih juga tak dapat faham. sekarang baru faham lepas baca banyak kali...

    BalasPadam
  12. Jangan awal2 "negative thinking"....belum hapa hapa dah meroyan..

    BalasPadam
  13. Cikgu2 PBPPP ini berhasrat menggantikan semua bentuk penilaian di KPM termasuk LNPT. Jadi PBPPP ini telah menggabungkan semua aspek dalam semua penilaian di KPM. Cikgu2 jgn bimbang, tidak ada ujian, cuma jika cikgu tidak berada pada prestasi tinggi cikgu akan diberi kursus untuk meningkatkan prestasi cikgu. PBPPP akan menilai semua aspek kerja cikgu dalam bahagian kompetensi (generik dan fungsional) termasuklah penglibatan dan kerja2 bukan hakiki cikgu2. Hanya 10% sahaja markah keberhasilan diambil. Markah keberhasilan diambil setelah perbincangan dibuat antara PYD dengan PP. Jangan risau PBPPP tidak mengukur pencapaian tetapi peningkatan. Untuk maklumat lanjut dan untuk mendapatkan bahan PBPPP cikgu2 boleh memuat turun web smg (sistem maklumat guru) modul e prestasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih untuk info yang sangat bermanfaat.
      Boleh jadi panduan jugak utk yg lain

      Padam
  14. Tunggu da lihat...apa2pun pelaksanaannya...saya bekerja kerana Allah...

    BalasPadam
  15. Diharap PBPPP ini juga tidak akan jadi seperti online yang lain apabila pelaksanaannya dilaksanakan keseluruh negara nanti...pihak yang bertanggungjawab mesti memastikan sistem online ini tidak mendatangkan masalah kepada semua yang terlibat, supaya sistem ini memudah dan meyenangkan semua pihak yang terlibat....

    BalasPadam
  16. InshaAllah sama-sama kita harapkan yang terbaik

    BalasPadam
  17. Balasan
    1. hu3... yer... kadang2 sampai tak sempat nak faham, dah kuar yang baru plak

      Padam
  18. jom buat fail prestasi tebal2 dan cantik2... :D

    BalasPadam
  19. Pbppp... Sejauhmana boleh menilai tahap kompetensi guru... Masih novis, kompeten atau sudah berada pd tahap pakar?

    BalasPadam
  20. Aku dah pening dengan macam2 kedamikan KPM...

    BalasPadam
  21. PBPPP is a Malaysian evaluation system for education service officers, assessing their performance, accountability, and professional development. It covers teaching quality, leadership skills, and administrative competence. This holistic approach enhances the education sector, fostering a culture of excellence and elevating Malaysian education standards, making it a vital tool. divorce and family law new york

    BalasPadam