About Me

Rumah Panjang Ngelayang Sekuau Hangus Terbakar

Pagi ini di sekolah kami, dikejutkan sekali lagi dengan berita kebakaran rumah panjang di Skim Petempatan Semula Sekuau. Rumah panjang Ngelayang telah hangus terbakar pada jam lebih kurang jam 9 pagi. Pihak sekolah telah mengumumkan berita tersebut menggunakan pembesar suara bagi mengumpulkan pelajar yang datang dari rumah tersebut. Hampir belasan orang pelajar terlibat dalam kejadian tersebut. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Disyaki kejadian litar pintas telah menyebabkan kebakaran tersebut. Sedih melihat pelajar-pelajar menangisi kejadian yang telah berlaku tanpa dapat berbuat apa-apa.


Rumah Panjang Ngelayang Sekuau Hangus Terbakar

Rumah Panjang Ngelayang Sekuau Hangus Terbakar

Rumah Panjang Ngelayang Sekuau Hangus Terbakar

Rumah Panjang Ngelayang Sekuau Hangus Terbakar

Rumah Panjang Ngelayang Sekuau Hangus Terbakar

Rumah Panjang Ngelayang Sekuau Hangus Terbakar

Ini adalah kebakaran rumah panjang yang kedua melibatkan pelajar dari SMK Luar Bandar No.1 Sibu. Yang pertama adalah Rumah Panjang Das di Stapang yang juga telah hangus terbakar pada 14 Ogos 2013, iaitu semasa cuti Hari Raya yang lalu. Pada kejadian ini, hampir 20 orang pelajar yang merupakan penghuni di rumah panjang berkenaan merupakan pelajar sekolah ini.

Sebenarnya, jika dilihat semula sepanjang tahun 2013, kebakaran sering sangat berlaku di Sarawak, khususnya di Sibu. Bermula dengan kejadian di Kampung Datu, Sibu sehinggalah kes yang terbaru, sudah lebih puluhan kes kebakaran yang kita dengar. Semoga pihak yang berwajib, dapat mengambil tindakan yang sepatutnya.

Buat anak-anak pelajar yang dikasihi, semoga tabah menghadapi dugaan hidup. InshaAllah, bantuan daripada pihak sekolah dan juga pihak lain akan menyusul meringankan beban. Tabahlah!


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Apa punca agaknya...litar pintas ke? kenapa tak cuba padam ye?

    BalasPadam
  2. rasanya litar pintas kot.. tapi mcm biasa lah.. bila dah berlaku, macam2 cerita plak ble dengar.. penagih dadah punya kerja lah.. nenek tua masak air terlupa lah..

    BalasPadam