About Me

Permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tahun 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT), boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://apps.moe.gov.my/esptv/kvsptv_2013/ bermula 17 September 2013 (Selasa) sehingga 25 Disember 2013 (Ahad).


Ini sedikit maklumat mengenai  Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang boleh cikgu kongsikan. Semoga Berjaya!!

Pendidikan Teknikal 
Bidang teknikal dikhususkan kepada murid yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum atau Tingkatan 6.

Pendidikan Vokasional  
Bidang vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan).  Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.

Latihan Kemahiran
Bidang kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.

Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Di samping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.



Syarat Khusus





BIL.
PROGRAM
KATEGORI
KURSUS
PENCAPAIAN MINIMUM
1.
Pendidikan Vokasional
A
1.Teknologi Mekatronik
2. Penyelenggaraan Pesawat
3. Perakaunan
4. Pengurusan perniagaan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup.

B
1. Teknologi Elektrik
2. Teknologi Elektronik
3. Teknologi Automotif
4. Sistem Komputer dan Rangkaian
5. Sistem Pengurusan Pengkalan Data dan Aplikasi Web
6. Teknologi Pembinaan
7. Pembuatan Peralatan - Metal Stamping Die
8. Pembuatan Peralatan – Mould

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup.

C
1. Pelancongan
2. Seni Kulinari
3. Bakeri dan Konfeksioneri
4. Fesyen dan Pembuat Pakaian
5. Perkhidmatan Asuhan Kanak-kanak
6. Kosmetologi
7. Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
8. Pemesin  Industri
9. Teknologi Kimpalan
10. Hotikultur Hiasan
11. Landskap
12. Mekanisasi Pertanian
13. Agroindustri Tanaman
14. Agroindustri Ruminan
15. Agoindustri Poltri
16. Bioteknologi
17. Herba
18. Pemprosesan Hasil Pertanian
19. Akuakultur
20. Florikultur
21. Kesetiausahaan  Pentadbiran
22. Insurans
23. Perbankan
24. Pemasaran
25. Pengurusan Peruncitan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup.
2.
Pendidikan Teknikal
-
1. Kejuruteraan Mekanikal
2. Kejuruteraan Elektrik
3. Kejuruteraan Awam
4. Sains Pertanian
5. Perdagangan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup.
3.
Latihan Kemahiran
-
1. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
2. Juruteknik Elektrik
3. Pemesin Am / Juruteknik Pemesinan
4. Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
5. Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
6. Pelukis Pelan Kejuruteraan  Mekanikal
7. Furniture Maker
8. Jurubina Bangunan
9. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
10. Jurukerja Paip / Pemasangan Perpaipan dan Kumbahan
11. Pelukis  Pelan Senibina
12. Juruteknik Elektronik Industri-Peralatan
13. Pembuat Pakaian Wanita / Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
14. Pembantu Penyedia Makanan  / Demi Chef
15. Jurukecantikan
16. Pekerja Ladang Pertanian / Juruteknik Ladang Pertanian
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Kemahiran Hidup.




Catat Ulasan

73 Ulasan

  1. Bagaimanakah cara nk permohonan ke kolej vokasional 2014?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nk daftar mcm mana ea? tolong reply ok. tq

      Padam
  2. cuba bukak link yang disediakan di atas
    kemudian log in masuk guna no ic dan angka giliran PMR anda jer..
    Mudah kan?.. ;)

    BalasPadam
  3. slm, sekolah menengah teknik mana yang ada kursus sains pertanian

    BalasPadam
  4. cikgu teknologi makmal perubatan xde?

    BalasPadam
  5. cikgu lepas daftar ni dia kata permohonan anda telah diterima..dah dpt ke tu?

    BalasPadam
  6. pelancongan tu macam mane??
    Respon Please :)

    BalasPadam
  7. Ckgu kalau salah isi brang mlalui internet tp dh anta nk buat mcm mne erk ,,?

    BalasPadam
  8. boleh saya tahu bagai mana cara pembelajaran di vokasional ini ?

    BalasPadam
  9. cikgu , sya ibu pada anak sya yg memohon ke vokasional dan aliran kemahiran itu ditentukan di sekolah itu mengikut keputusan PMR atau pilihan sendiri . terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikgu,saya tak berjaya saya nak mohon rayuan aliran kemahiran jurusan eletrik atau penyediaan makanan bagaimana caranya

      Padam
    2. boleh cuba buat rayuan terus kepada KV yang dipohon.. ;)

      Padam
    3. Jika prmohonn dtolak..boeh walk in

      Padam
  10. cikgu, anak saya dpt 2a 4b 2c. adakah anak saya layak mendapat belajar dalam kejuruteraan elektrik atau elektronik?

    BalasPadam
  11. puan boleh cuba memohon.. kadang2 banyak faktor lain (lokasi sekolah, subjek ditawarkan, gred subjek tertentu) yang juga mempengaruhi pemilihan pelajar untuk mengikuti kursus.. semoga berjaya yer!

    BalasPadam
  12. cikgu boleh saya tanya bagaimana nak tahu kalau nama kita dipilih untuk masuk vokasional apa yang perlu dibuka

    BalasPadam
  13. Bakeri dan konfeksioneri ada di vokasional mana.?

    BalasPadam
  14. ASSALAMUALAIKUM CIKGU?..anak saya perempuan, diterima KV A.Setar dalam diploma sistem komputer...saya masih berbelah bagi untuk menerima tawaran ini...dia sekarang di SMK biasa ambil kelas sains..kos ini sesuai tidak dengan anak saya..dalam PMR 2013 dia mendpt 4a 4b 1c....nak minta pandangan cikgu dengan peluang di masa depan terima kasih...jasa cikgu dikenang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Cikgu Foziah..

      Sekiranya anak puan memang betul2 berminat dengan kursus sistem komputer ini, bagi saya tak jadi masalah. Kalau anak puan sekadar nak cuba, takut juga bila setengah pengajaran nanti dia patah balik ke sekolah biasa.

      Sebab mengikut kefahaman saya, sistem pembelajaran di KV sekarang lebih menjurus kepada penyediaan pelajar yang mempunyai kemahiran dan laluan untuk terus bekerja. Sebab tu diorang takdak ambik SPM lagi. Itu pun antara perkara yang puan perlu pertimbangkan juga lah.

      Dari segi peluang kerja untuk masa depan, sekiranya pembelajaran anak puan adalah lebih kepada bidang khusus dalam ICT, macam pengaturcaraan, coding, penghasilan apps, saya rasa mungkin masih ada ruang untuk relevan dengan kehendak masa depan.

      Pendapat saya, lebih baik puan tanyakan dengan guru KV yang puan kenali supaya dapat gambaran yang lebih jelas mengenai sistem pembelajaran dan juga peluang kerjaya untuk masa depan.

      All da best, dan selamat berjaya buat Cikgu Foziah dan anak.. ;)

      Padam
    2. assalammualaikum , macam mana hendak tahu permohon vokasional 2014 berjaya ? adakah dia hantar ikut email or die massage kat number phone saya ? tlog bls :)

      Padam
    3. menurut sumber dari seorang rakan guru yang mengajar di sebuah KV, keputusan akan diketahui pada 13 Jan ini. boleh buat semakan melalui internet dan juga cetak surat tawaran melalui sana juga.. Selamat berjaya!

      Padam
  15. Slm cikgu,sy nk tahu kv mn yg ade kursus sistem komputerdan rangkaian...t/kasih..

    BalasPadam
  16. Cg, sye mndpt 6a2b dlm percubaan pmr dan mendpt 8a dlm pmr,knapa permohonan sye xberjaya?kecewa sangat..teringin sngt nk masuk smt :(

    BalasPadam
  17. Sweet Ninety One.. cuba lah buat rayuan dalam masa yang terdekat ini di sekolah teknik yang berdekatan.. InshaAllah ada rezeki kot..

    BalasPadam
  18. assalamualaikum.cikgu...mcam mane care pembelajaran di KV yer... bidang elektrik??kalo bdak perempuan sesuai ke?.,,,pekerjaan ape yg sesuai dgn bidang ini?

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum cikgu hailmi .. sy mmproleh kputusan sbnyk 2a 5b 2c dlm PMR .. adkah sy lyak untuk mngambil kursus penyelenggaraan pesawat atau kejuruteraan awam .. dan vokasional mnakah yg ptut sy mohon .. kerjasam ckgu sy hargai .. terima kasih :)

    BalasPadam
  20. Salam andy fxu.. sama ada anda layak atau tak untuk mengikuti sesuatu kursus di KV bergantung kepada banyak perkara.. keputusan, jumlah tempat dan lokasi KV juga menjadi faktor penentu kepada rezeki anda untuk belajar di KV. Cikgu cadangkan anda cuba saja, kemudian tunggu keputusan. Tak dapat, boleh kemukakan rayuan di KV yang berdekatan. Selamat berjaya!

    BalasPadam
  21. Tapi cikgu .. tarikh permohonan dah tamat.. apa yang perlu sy lakukan? :/

    BalasPadam
  22. Andy fxu boleh cuba terus walk in ke KV yang berdekatan bagi bertnyakan hal tersebut..

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum.cikgu.adik sy dterima masuk ke kolej vocasional muar dlm jurusan teknologi binaan.die tidak disediakan asrama.tetapi kami sekeluarga menghadapi masalah untuk penghantaran dan pengambilan die ke kolej.oleh itu sya membuat keputusan untuk menukarkan die ke kolej voca di banting dekat dengan tempat tinggal saya.adakah kesukaran untuk mendapatkan tempat di kolej lain sedangkan tawaran di kolej berbeza?

    BalasPadam
  24. Saya ingin membuat rayuan terhadap penempatan asrama . Adakah ia akan melibatkan tempoh masa yang lama?kerana dalam masa yang sama adik saya tidak mengambil surat berhenti sekolah tigkatan 3 kerana bimbang tidak di tempatkan di asrama.

    BalasPadam
  25. Anak perempuan saya mendapat smt jb dlm sains pertanian. sebelum ini anak saya belajar sains tulen. Nak minta nasihat benarkan ianya tidak bersesuaian.

    BalasPadam
  26. saya sedang dalam proses untuk pengambilan pt klo nk daftar ke kv bleh ke? reply

    BalasPadam
  27. cikgu, ada tak kursus fotografi?

    BalasPadam
  28. Balasan
    1. Maaf Arvin.. cikgu tak pasti.. boleh terus tanya dengan KV berkenaan jika berminat dengan kursus berkenaan

      Padam
  29. Assalamualaikum Cikgu Halimi. Anak saya PT3 dapat 2A 1B 2C 2D 1F.
    Ada peluang minta KV tak? Dia gagal Sains

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam puan... saya cadangkan pohon je.. inshaAllah kalau ada rezeki dia..dapat lah tu. kita sama2 doa yer

      Padam
    2. Aslm.Cikgu Hailmi,Sya mendapat 2F dlm result pt3. Dan sya mendapat panggilan utk temuduga me kolej tersebut..Apa perlu sya lakukan kerana jika mempunyai F, tidal bleh masuk kolej tersebut....Adakah sya patut pergi ke kolej utk temuduga tersebut ataupun tidak

      Padam
    3. Salam.. cikgu nasihat, pegi saja ke temuduga dan berikan yang terbaik semasa temuduga.. mana tahu ada rezeki anda untuk ke KV..semoga berjaya yer

      Padam
  30. Aslmlkm cikgu, kv ada elaun/pinjaman ptptn/biasiswa tak? Apa bentuk bantuan kewangan untuk kv ea? Tq.

    BalasPadam
  31. assalam cikgu, boleh terangkan apa silibus yg akan diajar dalam kursus perbankan itu nanti.. t.q

    BalasPadam
  32. Salam cikgu . Sy berminat utk msuk KV ni tapi sy terlambat utk mohon . Xde permohonan baru ke cikgu ? Sy mnat penyelenggaraan pesawat , sy xde gagal dlm mane2 subjek . tq

    BalasPadam
  33. boleh atau tidak pelajar kv pindah semula ke sekolah asal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya xde masalah.. tapi kena cepat2 belajar balik lah apa subjek yang dah tertinggal tu

      Padam
  34. Assalammualaikum cikgu. KV Ada elaun x

    BalasPadam
  35. Cikgu Bahagian seni kulinari lelaki boleh mohon tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. slm sejahtera cikgu.sy nk tanye adekah kite perlu membayar apa2 yuran pengajian di kv?

      Padam
    2. salam sejahtera.. maaf cikgu tak dapat nak jawab soalan tu.. mungkin saudara/i boleh rujuk terus dengan KV berdekatan

      Padam
    3. salam sejahtera.......cikgu, saya ingin ambil kursus teknologi kimpalan....tapi sains dan matematik saya gagal.......boleh ke saya masuk?

      Padam
  36. Salam cg.. Sy dari terengganu.. Tpi sy berminat untuk memohon kv di perak.. Besar tk peluang sy nk dpat masuk kv kat sane?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung kepada pengambilan. Kena cuba dulu yer. Selamat maju jaya!

      Padam
  37. Assalam cikgu..ank sya lepasan pt3 dn dia ska sgt course penghawa dingin.sya musykil..lepas abis spmv,mna hala tju dia? Boleh smbung kepringkat lbh tggi@ kja trus?

    BalasPadam
  38. Cikgu,saya dapat 6A 2B 1E 1F untuk PT3.Boleh ke saya mohon ke sekolah menengah teknik?

    BalasPadam
  39. Cikgu..smt mana yg ade aliran sains pertanian?

    BalasPadam
  40. Assalam cikgu..

    Saya ingin bertanye tentang anak saudara saya...adakah keputusan pbs atau pmr terus masuk didalam aplikasi on9 oleh kerana sebelum ini ruangan itu kosong..apabila keputusan sudah diumumkan...ruangan itubtadi sudah diisi.. saye keliru..tq cikgu

    BalasPadam
  41. Assalamualaikum cikgu,sya sebenarnya keliru ni.sya nk tanya antara sekolah menengah teknik dengan kolej vokasional mane yang lebih baik.sya nk penjelasan daripada cikgu untuk sya memilih antara 2 tu.

    BalasPadam
  42. As Salam cikgu..bagaimana harus saya lakukan utk menjadi guru subjek kejuruteraan selenggaraan pesawat di sekolah vokasional @ politeknik sekitar Pulau Pinang @ Kedah..saya bekas juruteknik pesawat TUDM selama 13thn dgn pengalaman bekerja dgn 3 jenis pesawat yg berbeza spt Beechraft (transport) buatan Pratt & Whitney,F5E (Fighter Jet) buatan Northop Grunman & EC725 (helicoopter) buatan Eurocoopter..

    BalasPadam
  43. As Salam Cikgu..Saya Ingin Menanyakan Cikgu Tentang Elaun Yg Disebutkan Itu . Saya Pelajar Sem Akhir Kv . Pada Mulanya Ada Dinyatakan Elaun Akan Diberi Bagi Pelajar Kv Diseluruh Kv Malaysia.Ada Juga Dinyatakan Elaun Tu Akan Diberi.Dan Bukti Kukuh Adalah Bajet 2015 Tentang Kv Sebagai Anak Emas Bagi Kemahiran. Sebagai Maklum Cikgu . Adakah Diploma Yang Kami Terima Itu Berkualiti ? Dengan Kami Tidak Mempunyai Spm Ni . Tolong Detail Universiti Yang Menerima Pelajar Kv Ini.Kami Bergantung Pada U Manakah Untuk Menerima Kami Ini ?? Adakah Tahap Kv Sama Dengan Tahap Universiti Ini ?????? Hmmmm , Adakah Cerah Bagi Kami Untuk Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Yang Lebih Tinggi Ini ?

    BalasPadam
  44. Salam sejahtera,cikgu.Sebenarnya,saya nak tanya kalau seseorang pelajar kelepasan pt3 yang dapat gred yang agak kurang memuaskan,adakah pelajar itu dapat mohon untuk masuk kolej vokasional?Saya ingin tujukan soalan ini sebab ada golongan pelajar yang tidak mendapat gred yang bagus namun mempunyai bakat atau kemahiran dalam sesuatu yang mereka minati.Harap cikgu dapat memberikan penjelasan yang secukupnya :)

    BalasPadam
  45. Assalamualaikum cikgu.saya dapat sekolah teknik aliran sains pertanian.tapi di sekolah biasa saya aliran sains tulen.boleh jelaskan kan tak mana satu yg lebih baik untuk saya pilih.tq ��

    BalasPadam
  46. Salam cikgu.. esok adik sy daftar msok skolah vokasional bidang teknologi kimpalan.. so esok dia kna pakai bju skolah dgn kasut hitam atau putih?
    Tq cikgu

    BalasPadam
  47. Assalamualaikum cikgu...saya nk tnye cikgu,kalau pelajar lepasan pt3 dari sekolah swasta nk mohon ke kv boleh ke?

    BalasPadam
  48. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  49. assalam cikgu saya nak tanya kalau smbung diploma kat kv boleh apply ptptn tak?

    BalasPadam
  50. Assalamualaikum Cikgu, saya telah memasuki kolej vokasional tetapi saya telah berbincang dengan keluarga saya bahawa saya ingin pindah ke sekolah menengah harian biasa kerana saya menghadapi kesukaran untuk belajar sewaktu disana. Apakah langkah yang perlu saya dan keluarga saya lakukan untuk saya membuat permohonan pindah ke sekolah menengah harian biasa? Berapa lama kah masa proses permindahan yang diperlukan? Saya harap cikgu dapat memberi maklum balas. Jasa cikgu amat saya hargai. Terima kasih.

    BalasPadam
  51. assalamualaikum cikgu,blh x buat pertukaran dr KV ke SMK balik?

    BalasPadam
  52. Assalamualaikum cikgu.. Ye sy juga punyai masalah yg sama seperti soalan sebelum ini.. Blh bagi pencerahan x cikgu?? ..

    BalasPadam